“23–29 Disember. Wahyu 12–22: Barangsiapa Menang, Ia Akan Memperoleh Semuanya Ini” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2019 (2019)
“23–29 Disember. Wahyu 12–22,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2019
23–29 Disember
Wahyu 12–22
Barangsiapa Menang, Ia Akan Memperoleh Semuanya Ini
Sambil anda membaca Wahyu 12–22, carikan persamaan di antara apa yang Yohanes lihat dan apa yang anda lihat di dunia pada masa kini. Cari bimbingan rohani untuk menolong anda mencari pengajaran peribadi apabila anda mempelajari bahasa simbolik Yohanes.
Mencatat Tanggapan Anda
Bayangkan seorang wanita “sedang mengandung dan masa bersalin sudah tiba. Oleh itu, dia berteriak kerana kesakitan.” Sekarang bayangkan “seekor naga merah yang besar sekali mempunyai tujuh kepala dan sepuluh tanduk” melayang di atas wanita itu, bersedia untuk “memakan anaknya, sebaik sahaja bayi itu lahir”.(Wahyu 12:2–4). Untuk memahami ayat ini dalam wahyu Yohanes, ingat bahawa gambaran ini mewakili Gereja dan kerajaan Tuhan dan bahaya yang ia akan hadapi. Untuk para Orang Suci yang mengalami penganiayaan sengit pada zaman Yohanes, kemenangan ke atas kejahatan mungkin tidak kelihatan. Kemenangan ini mungkin susah untuk dilihat pada zaman seperti kita, apabila musuh “melawan umat Tuhan” dan mempunyai “kekuasaan … atas setiap suku, negara, bahasa, dan bangsa” (Wahyu 13:7). Tetapi pada hujung wahyu Yohanes menunjukkan dengan mulia kemenangan kebaikan ke atas kejahatan. Babilon akan jatuh. Yesus Kristus akan memerintah sebagai Raja segala Raja. “Dia akan menyapu air mata mereka,” dan yang beriman akan memerintah dengan Dia dan “menerima hak ini daripada-Ku” (Wahyu 21:4, 7).
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Peperangan yang bermula di dalam Syurga diteruskan di atas bumi.
Kita tidak tahu banyak tentang Peperangan di Syurga, tetapi terdapat keterangan yang ringkas dan terang tentangnya dalam Wahyu 12:7–11. Sambil anda membaca ayat ini, bayangkan diri anda sebagai sebahagian daripada konflik pra-fana ini. Apa yang ayat ini ajar tentang bagaimana anda dan anak beriman Tuhan yang lain mengalahkan Setan? Apa ertinya untuk anda untuk bagaimana anda boleh mengalahkan Setan pada hari ini apabila dia masih “memerangi semua [mereka yang] setia kepada ajaran yang dinyatakan oleh Yesus”? (ayat 17).
Lihat juga 1 Nefi 14:12–14; Panduan Tulisan Suci “Mikhael,” “Peperangan di Syurga.”
Siapakah malaikat yang Yohanes nampak mengkhutbahkan injil?
Salah satu pengenapan nubuat ayat ini terjadi apabila Moroni muncul kepada Joseph Smith dan membawa dia kepada catatan yang dia terjemahkan dan diterbitkan sebagai Kitab Mormon. Buku ini mengandungi “berita baik yang kekal” yang kita diberi tugas untuk mengkhutbahkan kepada “kepada semua bangsa, suku, bahasa, dan negara” (Wahyu 14:6).
Tuhan menjemput saya untuk lari daripada Babilon dan dosanya.
Wahyu 17–18 mengandungi gambaran mengganggu yang menerangkan tentang dosa, materialisme, dan nafsu Babilon—simbol kepada keduniaan dan kejahatan. Fikirkan tentang contoh keadaan seperti Babilon yang wujud dalam dunia kita sekarang, dan renungkan apa yang anda boleh lakukan untuk mengikut nasihat untuk “keluarlah” daripada Babilon dan “janganlah berbuat dosa seperti penduduk kota itu” (Wahyu 18:4).
Semua anak-anak Tuhan akan dihakimi daripada kitab orang hidup.
Andaikan seorang pengarang menulis satu buku tentang hidup anda. Butiran dan pengalaman apa yang anda ingin untuk dimasukkan? Jika anda tahu bahawa tindakan masa depan anda akan dirakamkan, bagaimanakah anda akan mendekati kehidupan anda secara berbeza? Fikirkan tentang ini apabila anda membaca tentang Hari Penghakiman di Wahyu 20:12–15. Apa yang anda harapkan akan ditulis tentang anda dalam kitab orang hidup?
Lihat juga Panduan Tulisan Suci, ”Kitab Kehidupan.”
Saya beriman, Saya akan menerima kemuliaan selestial.
Berbeza dengan keterangan tentang Babilon, Wahyu 21–22 menghuraikan kemuliaan selestial yang menanti pengikut Kristus yang beriman. Gambaran, frasa atau janji apa dalam ayat ini yang mengilhami anda untuk kekal beriman walaupun pada masa yang susah?
Adakah ayat ini bermakna yang tidak ada tambahan lagi kepada ayat suci selain Alkitab?
Sesetengah orang menggunakan Wahyu 22:18–19 sebagai sebab untuk menolak Kitab Mormon dan ayat suci zaman akhir yang lain. Tetapi, Elder Jeffrey R. Holland berkata:
“Terdapat konsensus yang besar di antara hampir semua cendekiawan alkitab bahawa ayat ini hanya untuk kitab Wahyu, bukan selurah Alkitab. Cendekiawan zaman kita mengakui bahawa beberapa ‘kitab’ Perjanjian Baru yang hampir pasti ditulis selepas wahyu Yohanes di Pulau Patmos diterima. …
“Tetapi terdapat jawapan yang lebih mudah. … Alkitab seperti yang kita tahu—satu koleksi buku yang terikat dalam satu jilid—tidak wujud bila ayat itu ditulis” (“My Words … Never Cease,” Ensign atau Liahona, Mei 2008, 91).
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
Semasa anda membaca tulisan suci bersama keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas-asas yang mana untuk menekankan dan membincangkan untuk memenuhi keperluan-keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa cadangan:
Sesetengah ahli keluarga mungkin akan menikmati dan mendapat manfaat dengan melukis gambar penglihatan yang diterangkan dalam buku Wahyu. Contohnya, melukis gambar berdasarkan Wahyu 12 boleh membawa kepada perbincangan tentang Peperangan di Syurga (lihat ayat 7–11). Gambar berdasarkan Wahyu 21 boleh mengilhami perbincangan tentang kerajaan selestial. Anda juga boleh menunjukkan gambar yang bersama dengan rangka panduan ini dan menanya ahli keluarga untuk mencari ayat dalam Wahyu 19 yang menggambarkan gambar itu.
Apakah erti frasa “dengan berita daripada Tuhan”? Bagaimana kesaksian kita dalam Yesus Kristus menolong kita mengalahkan Setan?
Pandangan apa yang ahli keluarga anda ada tentang binatang penipu itu? Bagaimana kita mengenalpasti dan mengelakkan penipuan yang kita lihat dalam dunia hari ini.
Bagaimana 1 Nefi 22:26; Ajaran dan Perjanjian 43:30–31 menolong kita memahami apa yang mungkin ertinya untuk Setan “diikat”?
Apakah erti simbolik untuk mempunyai nama Juruselamat “ditulis pada dahi [kita]”? (Wahyu 22:4; lihat juga Wahyu 13:16–17).
Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.