Ikutlah Aku
9–15 Disember. Wahyu 1–11: ‘Kemuliaan, dan Kuasa, Kepada … Anak Domba Selama-lamanya’


“9–15 Disember. Wahyu 1–11: ‘Kemuliaan, dan Kuasa, Kepada … Anak Domba Selama-lamanya’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“9–15 Disember. Wahyu 1–11,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2019

Kristus mengawasi kawanan kambing

The Good Shepherd, oleh Del Parson

9–15 Disember

Wahyu 1–11

“Kemuliaan, dan Kuasa, Kepada … Anak Domba Selama-lamanya”

Pertimbangan untuk menulis soalan yang anda miliki tentang apa yang anda baca dalam Wahyu. Anda boleh kemudian mencari jawapan kepada soalan-soalan anda atau membincangkannya dengan seorang ahli keluarga atau di dalam kelas-kelas Gereja.

Mencatat Tanggapan Anda

Pernahkah anda sukar untuk luahkan kepada orang lain apa yang anda rasakan ketika mengalami pengalaman rohani yang kuat. Bahasa seharian terasa tidak mencukupi untuk menggambarkan perasaan dan tanggapan rohani. Mungkin ini adalah kenapa Yohanes menggunakan lambang yang kaya dan berupa gambaran untuk menggambarkan wahyu agungnya. Dia boleh dengan mudah mengatakan bahawa dia telah melihat Yesus Kristus, tetapi untuk membantu kita memahami pengalamannya, dia menggambarkan Juruselamat menggunakan perkataan seperti ini: “Mata-Nya bagaikan nyala api,” “dari mulut-Nya keluar sebilah pedang tajam bermata dua,” dan “wajah-Nya bersinar-sinar bagaikan matahari yang terik”(Wahyu 1:14–16). Ketika anda membaca kitab Wahyu, cuba untuk mencari pesanan Yohanes ingin anda untuk pelajari dan rasakan, bahkan sekiranya anda tidak memahami makna kepada setiap lambang. Mengapakah dia membandingkan jemaah gereja dengan kaki pelita, Setan dengan naga, dan Yesus Kristus dengan anak domba? Anda tidak perlu untuk memahami setiap lambang dalam Wahyu untuk memahami tema pentingnya, termasuk tema paling menonjol: Yesus Kristus dan para pengikut-Nya akan memperoleh kejayaan atas kerajaan manusia dan Setan.

ikon kajian peribadi

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Wahyu

Bagaimanakah saya dapat memahami kitab Wahyu?

Kitab Wahyu mungkin sukar difahami, tetapi jangan berputus asa. Janji Yohanes mungkin mengilhami anda untuk terus mencuba: “Diberkatilah mereka yang membaca, dan mereka yang mendengar dan memahami perkataan-perkataan nubuat ini taat kepada hal-hal yang tertulis di dalamnya, kerana masa kedatangan Tuhan semakin dekat” (Terjemahan Joseph Smith, Wahyu 1:3 [di dalam Panduan Tulisan Suci], penekanan ditambah).

Soalan dan sumber berikut dapat menyediakan pandangan semasa anda mempelajari Wahyu.

  • Siapakah Yohanes? (Lihat 1 Nefi14:18–27; Panduan Tulisan Suci, “Yohanes.”)

  • Bagaimanakah kitab tersebut disusun, dan apakah beberapa tema untuk dikenal pasti? (Lihat Panduan Tulisan Suci, “Wahyu Yohanes.”)

  • Apakah lambang-lambang di Wahyu mewakili? (Lihat Ajaran dan Perjanjian 77; New Testament Student Manual [buku Panduan Sistem Pendidikan Gereja, 2014], 525–68.)

Juga akan membantu untuk mencari buah fikiran di dalam pelbagai ayat Wahyu dalam Terjemahan Joseph Smith. (Lihat Terjemahan Joseph Smith (di dalam Panduan Tulisan Suci.)

Wahyu

Penglihatan Yohanes mengajarkan bahawa Bapa Syurgawi menyelamatkan anak-anak-Nya.

Ketika anda mulai mengkaji kitab Wahyu, fikirkan tentang bagaimana hal-hal yang anda pelajari berhubung dengan apa yang anda ketahui tentang rancangan Bapa di Syurga untuk penebusan dan permuliaan anak-anak-Nya. Anda boleh mula dengan menyemak gambaran keseluruhan tentang rancangan keselamatan di dalam Mengkhutbahkan Injil-Ku (halaman 47–59). Kemudian, semasa anda membaca laporan Yohanes tentang penglihatannya, tanyakan diri anda soalan seperti ini: Apakah kebenaran yang saya pelajari dari Kitab Wahyu tentang apa yang Bapa Syurgawi telah lakukan untuk membantu saya kembali kepada Dia? Bagaimanakah ini dapat membantu saya memahami rancangan Tuhan untuk saya?

Ia akan membantu anda untuk mengetahui secara umum:

Wahyu 2–3

Yesus Kristus mengenali saya secara peribadi dan akan membantu saya mengatasi cabaran saya.

Firman Juruselamat di dalam Wahyu 2–3 mengungkapkan bahawa Dia memahami kejayaan dan kesusahan berbeza untuk setiap cabang Gereja di masa Yohanes. Dia meyakinkan Orang Suci di beberapa perhimpunan bahawa Dia tahu, di antara hal-hal lain, “pekerjaan,” “kesengsaraan,” “kemiskinan,” dan “kasih ihsan” mereka (Wahyu 2:2, 9, 19)—bersama beberapa cara mereka dapat memperbaiki.

Bab-bab ini dapat mengingatkan anda bahawa Juruselamat memahami kekuatan dan kelemahan anda dan ingin membantu anda untuk mengatasi cabaran duniawi anda. Apakah Yesus Kristus janjikan kepada mereka yang mengatasi? Apakah perubahan yang anda terilham untuk lakukan untuk mengatasi cabaran anda?

Wahyu 5

Hanya Yesus Kristus dapat menjadikan rancangan Bapa Syurgawi terjadi.

Walaupun anda tidak mengingatinya, anda hadir dalam peristiwa yang Yohanes gambarkan di dalam Wahyu 5. Ketika anda membaca tentang peristiwa ini, pertimbangkan apa akan terjadi ketika kita semua menyedari bahawa Yesus Kristus (“anak domba tersebut”) akan membuatkan rancangan Bapa Syurgawi terjadi (buka buku tersebut dan longgarkan tujuh meterai tersebut). Mengapakah Yesus Kristus saja dapat melakukan ini? Bagaimanakah anda dapat menunjukkan iman anda kepada Dia sebagai Juruselamat anda?

Lihat juga Ayub 38:4–7; “Atonement of Jesus Christ,” Gospel Topics, topics.lds.org.

Wahyu 6–11

Pemulihan mendahului kemusnahan yang akan mengambil tempat sebelum Kedatangan Kedua Yesus Kristus.

Wahyu 6–11 menggambarkan peristiwa yang akan mengambil tempat semasa kewujudan sementara bumi (lihat A&P 77:6), termasuk Pemulihan injil di zaman akhir (lihat Wahyu 7). Ketika anda membaca tentang peristiwa yang Yohanes nubuatkan dan menyaksikan beberapa di antara mereka terlerai, apakah yang anda terilham untuk lakukan sebagai lebih menyediakan diri anda dan keluarga anda untuk Kedatangan Kedua?

ikon kajian sekeluarga

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Semasa anda membaca tulisan suci bersama keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas-asas yang mana untuk menekankan dan membincangkan untuk memenuhi keperluan-keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa cadangan:

Wahyu 2–3

Bayangkan Yohanes diminta untuk memberi sebuah pesanan kepada keluarga anda seperti yang dia berikan kepada gereja sewaktu zamannya. Apakah yang akan dia katakan berjalan dengan baik? Bagaimana anda memperbaiki?

Wahyu 3:20

Tunjukkan gambar Juruselamat mengetuk pintu (lihat gambar yang disertakan dalam rangka panduan ini). Jemputlah keluarga anda untuk membaca Wahyu 3:20 dan bincangkan soalan seperti berikut: Mengapakah Yesus sebaliknya mengetuk daripada masuk sahaja ke dalam? Bagaimanakah kita dapat mengundang pengaruh-Nya ke dalam rumah kita?

Wahyu 7:9, 13–14

Apakah ayat-ayat ini ajarkan kita tentang mengapa kita memakai putih untuk tatacara bait suci?

Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Menggalakkan pertanyaan. Soalan adalah tanda bahawa ahli keluarga telah sedia untuk belajar dan memberi pandangan terhadap bagaimana mereka bertindak atas apa yang telah mereka diajar. Ajarkan keluarga anda bagaimana untuk mencari jawapan di dalam tulisan suci. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 25–26.)

Kristus mengetuk pintu

Let Him In, oleh Greg K. Olsen