“2–8 Disember. 1–3 Yohanes; Yudas: ‘Tuhan Itu Kasih’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2019 (2019)
“2–8 Disember. 1–3 Yohanes; Yudas, Itu Kasih,”IKutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2019
2–8 Disember
1–3 Yohanes; Yudas
“Tuhan Itu Kasih”
Semasa anda baca surat Yohanes dan Yudas, carikan ilham tentang bagaimana anda boleh tunjukkan kasih anda kepada Tuhan. Catatkan tanggapan-tanggapan dan bertindak.
Mencatat Tanggapan Anda
Semasa Yohanes dan Yudas menulis surat-surat mereka, kemurtadan yang diramalkan sedang berlaku, satu akibat dari penganiayaan yang hebat dan ajaran yang rosak. Ada pengajar-pengajar palsu menyoalkan sama ada Yesus Kristus pernah “datang ke dunia” (lihat, sebagai contoh, 1 Yohanes 4:1–3; 2 Yohanes 1:7). Jadi, Rasul Yohanes mulakan suratnya dengan memberi saksi peribadi tentang Juruselamat: “Kami menulis surat kepada kamu tentang Firman yang memberikan hidup, iaitu Firman yang telah ada sejak permulaan. Kami sudah mendengarnya, dan kami sudah melihatnya dengan mata kepala sendiri. Kami sudah melihatnya dan kami sudah menyentuhnya dengan tangan” (Joseph Smith Translation, 1 John 1:1 [in 1 John 1:1, footnote a]). Tetapi mungkin pesanan yang paling kuat dari surat-surat Yohanes ialah kasih: kasih Tuhan untuk kita dan kasih yang harus kita ada untuk Dia dan semua anak-anak-Nya. Yohanes sudah mengalami kasih Juruselamat secara peribadi (lihat Yohanes 13:23; 20:2), dan dia hendak para Orang Suci merasa kasih yang sama apabila menemui kesusahan dan pertentangan, kerana “orang yang menikmati kasih Tuhan tidak mengenal perasaan takut, kerana kasih yang sempurna melenyapkan segala perasaan takut” (1 Yohanes 4:18).
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Tuhan itu cahaya, dan Tuhan itu kasih.
Jika anda mesti pilih satu atau dua perkataan untuk menghuraikan Tuhan, apakah perkataan itu? Dalam surat-suratnya, Yohanes gunakan “cahaya” dan “kasih” (1 Yohanes 1:5; 4:8, 16). Semasa anda baca 1 Yohanes, renungkan pengalaman Yohanes yang dicatatkan dalam Injil Yohanes, dan pertimbangkan bagaimana pengalaman itu ajar Yohanes tentang cahaya dan kasih Tuhan. Apakah pengalaman peribadi yang sudah ajar anda bahawa Tuhan itu cahaya dan kasih?
Juga lihat Yohanes 3:16–21; 15:9–17; 2 Nefi 26:24; Ajaran dan Perjanjian 50:24; 88:6, 12–13; 93:36–37.
Saya boleh menjadi seperti Yesus Kristus.
Adakah matlamat untuk menjadi seperti Kristus nampaknya terlalu tinggi untuk anda? Pertimbangkan nasihat Yohanes: “Anak-anakku, tetaplah hidup bersatu dengan Kristus, supaya pada waktu Dia datang, kita dapat menghadap Dia dengan penuh keberanian … [dan] kita akan menjadi seperti Dia” (1 Yohanes 2:28; 3:2). Apakah yang dapat anda cari dalam 1 Yohanes 2:24–3:3 yang berikan anda keyakinan dan kesenangan hati sebagai seorang pengikut Yesus Kristus? Semasa anda mengkaji surat-surat Yohanes, carikan asas-asas lain yang boleh menolong anda dalam usaha anda untuk menjadi lebih seperti Kristus.
Juga lihat Moroni 7:48; Ajaran dan Perjanjian 88:67–68; “Becoming Like God,” Gospel Topics, topics.lds.org.
Lampiran Terjemahan Joseph Smith, 1 Yohanes 4:12
“Tiada manusia yang melihat Tuhan pada bila-bila masa pun”?
Lampiran Terjemahan Joseph Smith, 1 Yohanes 4:12 jelaskan bahawa “tiada manusia yang melihat Tuhan pada bila-bila masa pun, kecuali mereka yang percaya” (dalam 1 John 4:12,; juga lihat Yohanes 6:46; 3 Yohanes 1:11). Tulisan suci catatkan beberapa kali apabila Bapa Tuhan menyatakan Diri Sendiri kepada individu yang beriman, termasuk Yohanes (lihat Wahyu 4; juga lihat Kisah Rasul-Rasul 7:55–56; 1 Nefi 1:8; Ajaran dan Perjanjian 76:23; Joseph Smith—Sejarah 1:16–17).
Apabila saya beriman kepada Yesus Kristus dan dilahirkan semula, saya boleh mengalahkan dunia.
Idea untuk mengalahkan dunia muncul beberapa kali dalam tulisan Yohanes. Yohanes catatkan firman Yesus, “Di dunia kamu akan menderita, tetapi tabahkanlah hati kamu, kerana Aku sudah mengalahkan dunia”(Yohanes 16:33). Dan dalam Wahyu 2–3, Yohanes catatkan janjian Tuhan kepada orang yang mengalahkan dunia. Apakah yang Yohanes katakan tentang mengalahkan dunia dalam 1 Yohanes 5:3–5? Semasa anda baca 1 Yohanes 5, carikan apa yang mesti kita lakukan untuk mengalahkan dunia dan memperolehi kehidupan abadi. Dalam kehidupan anda, apakah bentuk mengalahkan dunia? Anda juga boleh cari jawapan dan pandangan dalam pesanan Elder Neil L. Andersen “Mengatasi Dunia” (Ensign atau Liahona, Mei 2017, 58–62).
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
Semasa anda membaca tulisan suci bersama keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas-asas yang mana untuk menekankan dan membincangkan untuk memenuhi keperluan-keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa cadangan:
Untuk menolong keluarga anda merenungkan ajaran-ajaran Yohanes, berkumpul dalam satu bilik yang gelap dan biarkan ahli-ahli keluarga mengalami perbezaan di antara berjalan “dalam kegelapan” dan “dalam cahaya.” Bagaimana kebencian menyebabkan kita berjalan dalam kegelapan dan jatuh? Bagaimanakah mengasihi satu sama lain boleh mendatangkan cahaya ke dalam kehidupan kita?
Apakah dari ayat-ayat ini boleh meningkatkan “keberanian” kita dalam Tuhan dan dalam keupayaan kita untuk menerima jawapan kepada doa? Anda juga boleh carikan “Prayer” dalam Bible Dictionary, “Doa” dalam Panduan Tulisan Suci (scriptures.lds.org), atau Gospel Topics (topics.lds.org).
Adakah perintah-perintah yang kita fikir “terlalu susah” atau susah diikuti? Bagaimana kasih kita kepada Tuhan mengubah perasaan kita terhadap perintah-perintah-Nya?
Adakah kebahayaan rohani yang sudah “menyeludup” ke dalam kehidupan dan keluarga kita? (Yudas 1:4). Bagaimana kita boleh ikut peringatan Yudas untuk “berjuang untuk iman” dan menentang kebahayaan-kebahayaan ini? (Yudas 1:3). Apakah yang boleh kita lakukan untuk memastikan “kesejahteraan, dan rahmat dengan berlimpah-limpah” dalam keluarga kita? (Yudas 1:2).
Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.