“16–22 Disember. Krismas: ‘Berita Baik’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2019 (2019)
“16–22 Disember. Krismas,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2019
16–22 Disember
Krismas
“Berita Baik”
Krismas boleh menjadi satu masa yang sangat sibuk. Timbangkan bagaimana pengajian Perjanjian Baru boleh menolong untuk mendatangkan roh kedamaian dan kekudusan ke dalam hidup anda. Renungkan pengaruhan kelahiran dan misi Juruselamat ke atas kehidupan anda, dan catatkan tanggapan rohani yang datang kepada anda.
Mencatat Tanggapan Anda
Mengapa kelahiran bayi boleh datangkan kebahagiaan yang begitu besar? Mungkin kerana seorang bayi baru boleh menjadi satu lambang harapan. Satu hidup baru yang penuh dengan kemungkinan menjemput kita untuk merenungkan apa akan berlaku kepada bayi itu dan pencapaian yang dia dapat memenuhi. Ini paling benar pada kelahiran Putera Tuhan, Yesus Kristus. Paling banyak harapan diletakkan ke atas Dia, paling banyak janjian diberikan kepada Dia pada kelahiran-Nya.
Apabila seorang malaikat jemput para gembala untuk mencarikan seorang bayi baru dalam satu palung, dia juga berikan mereka satu pesanan tentang bayi itu. Ia ialah satu pesanan yang penuh dengan harapan—bahawa bayi ini datang ke dunia untuk melaksanakan satu misi yang kudus. Para gembala itu “memberitahu semua orang … semua orang yang mendengarnya hairan akan apa yang dikatakan oleh para gembala itu. Tetapi Maria menyimpan semua perkara itu di dalam hati dan merenungkannya.” (Lukas 2:17–19). Mungkin adalah baik untuk mengikut teladan Maria Krismas ini: merenungkan dalam hati anda perkara-perkara yang sudah anda belajar tentang Juruselamat tahun ini. Dalam laporan yang sudah anda baca, bagaimana Dia lengkapkan misi penebusan-Nya? Yang paling penting, bagaimana misi-Nya mengubah hidup anda?
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Matius 1:18–25; 2:1–12; Lukas 1:26–38; 2:1–20
Yesus Kristus rendahkan diri untuk dilahirkan di kalangan kita pada bumi ini.
Walaupun anda sudah baca atau pernah dengar cerita kelahiran Yesus Kristus banyak kali, kajilah dengan fikiran ini dalam minda: “Krismas bukan hanya satu perayaan bagaimana Yesus datang ke dunia tetapi juga mengetahui siapakah Dia—Tuhan dan Juruselamat kita, Yesus Kristus—dan mengapa Dia datang” (Craig C. Christensen, “The Fulness of the Story of Christmas” [pertemuan rohani Krismas Presidency Utama, 4 Dec. 2016], broadcasts.lds.org).
Apa yang anda tahu tentang siapakah Yesus Kristus sebelum Dia dilahirkan? (Lihat, sebagai contoh, Yohanes 17:5; Mosia 3:5; A&P 76:13–14, 20–24; Musa 4:2). Bagaimana pengetahuan ini mempengaruhi perasaan anda apabila anda baca tentang kelahiran-Nya?
Apa yang anda tahu tentang mengapa Yesus Kristus datang ke bumi? (Lihat, sebagai contoh, Lukas 4:16–21; Yohanes 3:16–17; 3 Nefi 27:13–16; A&P 20:20–28). Bagaimana pengetahuan ini mempengaruhi perasaan anda tentang Juruselamat? Bagaimana ia mempengaruhi cara anda hidup?
Juga lihat 2 Korintus 8:9; Ibrani 2:7–18; 1 Nefi 11:13–33; Alma 7:10–13; “The Nativity” (video, LDS.org).
1 Korintus 15:21–26; Kolose 1:12–22; 1 Petrus 2:21–25
Yesus Kristus lengkapkan misi-Nya dan membolehkan saya mewarisi kehidupan abadi.
Walaupun cerita kelahiran Kristus dipenuhi dengan kejadian yang ajaib, kelahiran-Nya merupakan satu kelahiran biasa sahaja jika tanpa kerja yang Dia lakukan kemudian dalam hidup-Nya. Presiden Gordon B. Hinckley kata, “Bayi Yesus dari Betlehem mungkin hanya seorang bayi biasa sahaja tanpa penebusan Kristus di Getsemani dan tempat yang dipanggil Tengorak, dan kemenangan Kebangkitan” (“The Wondrous and True Story of Christmas,” Ensign, Dis. 2000, 5).
Bukti misi ilahi Juruselamat dan kasih-Nya untuk orang lain boleh didapati dalam Perjanjian Baru. Bab atau laporan apakah datang ke minda anda? Anda boleh cari dalam sumber ini atau jurnal kajian anda dan mengulang kaji tanggapan-tanggapan yang anda sudah catatkan. Anda juga boleh baca 1 Korintuss 15:21–26; Kolose 1:12–22; 1 Petrus 2:21–25 dan renungkan bagaimana Juruselamat dan kerja-Nya sudah memberkati kehidupan anda. Apakah yang anda rasa mengilhamkan perubahan dalam kehidupan anda? Bagaimana anda akan bergantung pada kuasa Juruselamat?
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
Semasa anda membaca tulisan suci bersama keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas-asas yang mana untuk menekankan dan membincangkan untuk memenuhi keperluan-keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa cadangan:
Bagaimana anda boleh rayakan kelahiran Yesus Kristus bersama keluarga anda? Berikut ialah beberapa idea, atau anda boleh fikirkan idea diri sendiri:
-
Bersama keluarga anda, baca atau lakonkan bahagian cerita kelahiran Yesus Kristus.
-
Tontonkan video “The Nativity” (LDS.org).
-
Carikan sumber-sumber lain dari christmas.mormon.org; jesuschrist.lds.org; atau “Christmas,” Gospel Topics, topics.lds.org.
-
Tontonkan pertemuan rohani Krismas Presidensi Utama (broadcasts.lds.org).
-
Nyanyikan lagu rohani Krismas bersama keluarga, atau mengunjung jiran dan rakan dan nyanyi kepada mereka (lihat Nyanyian Rohani, no. 87-97).
-
Lakukan satu pelayanan.
-
Tanya ahli-ahli keluarga carikan perincian-perincian dalam cerita kelahiran Yesus Kristus yang berikan mereka idea-idea untuk perhiasan yang boleh mereka buat untuk mengingatkan mereka tentang Yesus Kristus.
Mengapa kita bersyukur bahawa Yesus Kristus dilahirkan? Kurnia apakah sudah Dia berikan anda? Bagaimana kita boleh tunjukkan Dia kesyukuran kita?
“Kristus Yang Hidup: Kesaksian Para Rasul”
Jika anda hendak menolong keluarga anda berfokus pada Juruselamat masa Krismas ini, mungkin anda boleh baca dan kaji bersama-sama “Kristus Yang Hidup: Kesaksian Para Rasul” (Ensign atau Liahona, Mei 2017, inside front cover). Mungkin anda boleh hafazkan ayat-ayat dari “Kristus Yang Hidup” atau carikan huraian kehidupan Juruselamat dalam Perjanjian Baru yang menyokong penyataan-penyataan itu. Anda juga boleh jemput setiap ahli keluarga menuliskan kesaksiannya tentang Yesus Kristus dan, jika terdorong, bacakan kesaksian kepada keluarga.
Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.