Ikutlah Aku
16–22 Disember. Hari Natal: ‘Berita Baik’


“16–22 Disember. Hari Natal: ‘Berita Baik’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“16–22 Disember. Hari Natal,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2019

bayi Yesus di dalam palung

Selamat Di Dalam Palung oleh Dan Burr

16–22 Disember

Hari Natal

“Berita Baik”

Pelajaran ini adalah peluang untuk menolong kanak-kanak yang anda ajar untuk meraikan kelahiran, hidup dan misi Juruselamat pada masa Hari Natal. Oleh itu ingat matlamat ini apabila anda bersedia untuk mengajar.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Tunjukkan gambar yang terdapat dalam rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga dan jemput kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka tahu tentang kelahiran Juruselamat.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Matius 2:1–12; Lukas 2:1–14

Yesus Kristus datang ke dunia sebagai bayi.

Cerita kelahiran Yesus Kristus menarik kepada kanak-kanak. Kebenaran ajaran apa yang anda lihat dalam cerita ini yang anda rasa kanak-kanak harus faham?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca Lukas 2:1–14 kepada kanak-kanak, atau terangkan peristiwa dalam ayat ini dengan merujuk kepada “Bab 5: Yesus Kristus Lahir,” Kisah-Kisah Perjanjian Baru, 13–15,atau video yang berkaitan di LDS.org. Jemput kanak-kanak untuk melukis gambar peristiwa ini dan menggunakan lukisan itu untuk mereka menceritakan cerita tersebut. Mengapa anda gembira Yesus datang ke dunia sebagai bayi?

  • Minta kanak-kanak untuk beritahu kamu cerita Orang Majus yang mengikut bintang untuk mencari Yesus. Juka mereka perlu diiangatkan tentang cerita tersebut, lihat Matius 2:1–12 atau “Bab 7: Orang-Orang Majus,” Kisah-Kisah Perjanjian Baru, 18, atau video yang berkaitan di LDS.org. Sorokkan gambar Yesus di dalam bilik. Lukis atau potong kertas dalam bentuk bintang dan pegangnya tinggi di atas. Jemput kanak-kanak untuk berlakon menjadi ahli kaji bintang dengan membawa hadiah, dan pimpin mereka dalam bilik untuk mencari Yesus. Apakah beberapa hadiah yang kita boleh beri Yesus dalam hidup kita sekarang?

  • Nyanyikan lagu Hari Natal bersama kanak-kanak, seperti “Suka Cita bagi Dunia” dan “Malam Sunyi” (Nyanyian Rohani, no. 87, 91) atau “Bintang-bintang Gemerlapan,” “Nun Jauh dalam Palungan,” dan “O’Diamlah Sayang” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 24, 26, 30).

Yohanes 3:16

Yesus Kristus menjadikannya mungkin untuk saya hidup dengan Bapa Syurgawi sekali lagi suatu hari nanti.

Adakah kanak-kanak yang anda ajar faham kenapa Yesus Kristus datang ke dunia? Ambil masa dan renungkan apa yang Juruselamat telah lakukan untuk anda secara peribadi dan bagaimana anda boleh menolong kanak-kanak faham apa yang Dia telah lakukan untuk mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bawa satu hadiah yang dibalut ke kelas dengan gambar Yesus Kristus di dalamnya. Letakkan satu tag dengan “Yohanes 3:16” ditulis di atasnya, dan beritahu kanak-kanak ia adalah petunjuk tentang apa dalam hadiah itu. Baca Yohanes 3:16 bersama kanak-kanak, dan jemput mereka untuk meneka apa hadiah itu dan bukanya. Mengapa Tuhan mengutus Putera-Nya kepada kita?

  • Pilih gambar daripada Buku Seni Injil (seperti no. 1, 30, 35–6684) yang menggambarkan beberapa cara Yesus memberkati orang ramai apabila Dia hidup di dunia. Jemput beberapa kanak-kanak untuk memegang gambar sambil anda menceritakan kisah tersebut. Anda mungkin ingin memilih gambar yang sepadan dengan perkataan dalam “C’ritakan Padaku Kisah Tentang Yesus” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 36) dan berikan kanak-kanak untuk memegang gambar tersebut sambil mereka menyanyi lagu tersebut.

  • Jemput kanak-kanak untuk berkongsi cerita kegemaran mereka tentang Yesus. Selepas setiap kisah diceritakan, tolong kanak-kanak untuk mengakhiri ayat ini: “Yesus Kristus datang ke dunia untuk .” Kemudian tunjukkan gambar berkaitan dengan korban tebusan Juruselamat, kematian dan Kebangkitan (lihat Buku Seni Injil, no. 56, 57, 58, 59) dan secara ringkas beritahu tentang peristiwa ini. Beri kesaksian anda bahawa Yesus Kristus datang ke dunia untuk mati bagi kita dan dibangkitkan supaya kita boleh pulang kepada Bapa Syurgawi.

    Yesus berlutut di Taman Getsemani

    Getsemani, oleh J. Kirk Richards

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Besar

Matius 1:18–25; 2:1–12; Lukas 1:26–38; 2:1–20

Yesus Kristus datang ke dunia sebagai bayi.

Bagaimana anda boleh menolong kanak-kanak untuk fokus kepada Yesus Kristus pada Hari Natal?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput seorang kanak-kanak untuk membaca tentang peristiwa berkaitan dengan kelahiran Juruselamat dalam Matius 1:18–25; 2: 1–12; Lukas 1:26–28; 2:1–20. Minta kanak-kanak untuk mengambil giliran dan melukis di papan apa yang dihuraikan tulisan suci. Apa yang cerita ini ajar kita tentang Yesus Kristus?

  • Tunjukkan video “Good Tidings of Great Joy: The Birth of Jesus Christ” (LDS.org). Jemputlah kanak-kanak untuk menulis apa-apa yang mereka dengar yang akan menolong mereka untuk tumpu kepada Yesus Kristus semasa musim Hari Natal. Selepas video, jemput mereka untuk kongsi apa yang mereka tulis.

  • Jemputlah kanak-kanak untuk menulis pada beberapa keping kertas apa-apa yang mereka boleh lakukan yang akan menolong mereka untuk tumpu kepada Yesus Kristus semasa musim Hari Natal. Letakkan kertas mereka dalam beg atau bekas lain untuk mereka bawa pulang. Beberapa idea termasuk membaca tulisan suci, menyanyi lagu rohani Krismas, dan melakukan perbuatan ikhlas dengan kasih-sayang.

  • Nyanyikan lagu Hari Natal tentang Juruselamat (lihat Buku Nyanyian Anak-Anak, 20–32; Nyanyian Rohani, nos. 87–97), dan jemput kanak-kanak untuk kongsi baris kegemaran atau frasa daripada lagu tersebut.

Yohanes 3:16

Yesus Kristus memungkinkan saya hidup dengan Bapa Syurgawi sekali lagi suatu hari nanti.

Bagaimana anda boleh menolong kanak-kanak kaji semula apa yang mereka belajar tahun ini dan faham kenapa mereka perlukan Yesus Kristus dalam hidup mereka?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Label dua helai kertas dengan Siapa itu Yesus Kristus dan Bagaimana Dia datang ke dunia? dan lekatkan ia di dua dinding berlainan kelas. Jemput setiap kanak-kanak untuk membaca ayat suci berikut: Matius 16:15–16; Yohanes 3:16; 1 Nefi 10:4; Mosia 3:8; Alma 7:10–13; 3 Nefi 27:14–15. Jemput anak-anak untuk mencari jawapan kepada dua soalan pada dinding dalam ayat suci yang mereka baca. Jemput mereka untuk menulis jawapan pada kepingan kertas dan lekatkan pada dinding bersebelahan soalan yang sesuai. Bagaimana kita boleh menunjukkan kesyukuran untuk apa yang Yesus Kristus telah lakukan untuk kita?

  • Jemput kanak-kanak untuk senaraikan semua nama atau gelaran Yesus yang mereka boleh fikirkan (lihat Panduan Tulisan Suci, “Yesus Kristus”). Apa yang nama ini ajar kita tentang Yesus Kristus dan misi-Nya? Mengapa kita perlukan Yesus Kristus dalam hidup kita? Untuk menolong kita jawap soalan ini, tunjukkan video “Why We Need a Savior—A Christmas Message about Our Savior Jesus Christ” (LDS.org).

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Galakkan kanak-kanak untuk mencari sekurang-kurangnya satu cara untuk melayani orang lain atau untuk mendekati Yesus Kristus pada musim Hari Natal ini.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Kanak-kanak suka untuk berkongsi apa yang mereka sedang belajar. Walaupun mereka muda kanak-kanak boleh menguatkan ahli keluarga mereka. Galakkan mereka untuk berkongsi dengan ahli keluarga mereka perkara yang mereka belajar dalam Sekolah Primer. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 30.)