“9–15 Disember. Wahyu 1–11: ‘Kepada Anak Domba itu … Kemuliaan dan Kekuasaan Selama-lamanya’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2019 (2019)
“9–15 Disember. Wahyu 1–11,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2019
9–15 Disember
Wahyu 1–11
“Kepada Anak Domba itu … Kemuliaan dan Kekuasaan Selama-lamanya”
Perlambangan di Wahyu boleh menjadi susah untuk kanak-kanak faham, tetapi Wahyu juga mengandungi ajaran penting yang indah dan mudah.
Mencatat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Jemput kanak-kanak untuk mengongsi bagaimana mereka rasa jika mereka melihat Yesus Kristus dalam penglihatan. Terangkan bahawa dalam kitab Wahyu, Yohanes menggambarkan sebuah penglihatan di mana dia melihat Yesus dan banyak perkara yang penting tentang masa lalu dan masa hadapan.
Mengajar Ajaran
Kanak-kanak yang Lebih Kecil
Saya dapat menjemput Yesus Kristus ke dalam kehidupan saya.
Metafora tentang Yesus berdiri di pintu dan mengetuk boleh membantu kanak-kanak faham bahawa Dia ingin berdekatan dengan mereka.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Tunjukkan gambar dari rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga dan membaca Wahyu 3:20. Jemput kanak-kanak untuk membayangkan bahawa Yesus sedang mengetuk pintu rumah mereka. Adakah mereka akan biar Dia masuk? Apakah yang mereka fikir Dia akan mengatakan atau melakukan?
-
Jemput kanak-kanak untuk memberitahu anda tentang masa-masa bila mereka menunggu seseorang untuk mengunjungi rumah mereka yang mereka teruja melihat. Bagaimanakah pengalaman menunggu orang itu mengetuk pintu? Apakah yang berlaku kalau mereka tidak biar orang itu masuk? Baca Wahyu 3:20, dan membiarkan kanak-kanak mengambil giliran pegang gambar tentang Yesus dan berpura-pura mengetuk pintu. Ahli-ahli kelas yang lain boleh berpura-pura membuka pintu. Apakah yang dapat kita lakukan untuk membiarkan Yesus berada dekat dengan kita, walaupun kita tidak dapat melihat Dia? Mempertimbangkan memberi setiap anak satu gambar tentang Yesus untuk mengambil ke rumah.
Yesus Kristus adalah satu-satunya orang yang layak untuk menjadi Juruselamat saya.
Yohanes belajar dari penglihatannya bahawa hanya Yesus Kristus (dilambangkan oleh anak domba) dapat menjadi Juruselamat dan memenuhi rancangan Bapa (dilambangkan oleh buku yang tertutup).
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Sebelum kelas, cari gambar-gambar yang mewakili berkat-berkat yang ada kerana Korban Tebusan Yesus Kristus (seperti bait suci, pembaptisan, dan keluarga), meletakkan gambar-gambar itu ke dalam buku, dan bungkuskan buku dengan kertas atau tali. Menggunakan beberapa frasa penting dari Wahyu 5:1–10, menggambarkan penglihatan yang Yohanes melihat. Tunjukkan kanak-kanak buku itu, dan memberitahu mereka bahawa satu-satunya cara membuka buku ialah untuk mencari gambar tentang Yesus yang anda telah menyembunyikan di bilik. Apabila mereka menjumpai gambar, buka buku dan mengongsi dengan kanak-kanak gambar-gambar yang dalam buku. Bersaksi bahawa Juruselamat adalah satu-satunya orang yang dapat membuat perkara-perkara itu mungkin.
-
Ringkaskan penglihatan yang digambarkan di Wahyu 5:1–10, dan menjemput kanak-kanak untuk berlakon tentang bagaimana Yohanes dan orang lain rasa semasa bahagian-bahagian lain penglihatan. Contohnya, mereka mungkin berpura-pura menangis bila tidak ada orang yang dapat membuka buku, atau mungkin mereka bersorak apabila Juruselamat mebukakannya.
Yesus Kristus membantu saya menjadi bersih dari dosa.
Yohanes melihat ramai orang yang memakai jubah yang “dijadikan … putih dengan darah Anak Domba” (ayat 14). Mempertimbangkan bagaimana penglihatan ini boleh membantu kanak-kanak faham kepentingan dijadikan bersih dari dosa kita melalui Korban Tebusan Yesus Kristus.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Tunjukkan kanak-kanak baju pembaptisan atau baju putih yang lain dan gambar tentang Yesus. Baca Wahyu 7:9, 13–14 kepada kanak-kanak, dan minta mereka untuk tunjuk gambar dan baju setiap kali mereka dengar perkataan putih. Terangkan bahawa baju putih mewakili kebersihan dan mengingatkan kita bahawa Yesus Kristus dapat membuat kita bersih dari kesalahan kita.
-
Tunjukkan kanak-kanak sekeping kain putih, dan biar mereka mengotorkannya dengan pen atau dengan tanah. Terangkan bahawa dosa membuat roh kita kotor. Tunjukkan gambar tentang Yesus di Getsemani (seperti Buku Seni Injil, no. 56), mengambil kain kotor, dan tunjukkan kain putih yang bersih. Bersaksi bahawa melalui Korban Tebusan Yesus Kristus, kita dapat menjadi bersih.
-
Nyanyi lagu tentang pembaptisan, seperti “Waktu Aku Dibaptis” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 53), dan membincangkan bagaimana Yesus membantu kita menjadi bersih bila kita dibaptiskan.
Mengajar Ajaran
Kanak-kanak yang Lebih Besar
Saya dapat memilih untuk biar Yesus Kristus menjadi sebahagian kehidupan saya.
Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak yang anda ajar untuk membuka hati dan kehidupan mereka kepada kuasa dan pengaruh Yesus Kristus?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Jemput kanak-kanak untuk melihat gambar dari rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga ketika anda membaca Wahyu 3:20. Untuk membantu mereka mengambil makna dari gambar, jemput mereka untuk berusaha dalam pasangan untuk menjawa soalan-soalan seperti ini: Mengapakah anda fikir Yesus mengetuk pintu? Mengapakah tidak ada tombol pintu di luar pintu? Apakah ertinya untuk membenar Yesus ke dalam kehidupan kita?
-
Minta kanak-kanak untuk menulis di papan cara-cara lain untuk “membuka pintu” kepada Yesus. Beberapa contoh mungkin termasuk melayani orang lain, membaca tulisan suci, dan mengambil sakramen.
Yesus Kristus adalah satu-satunya orang yang layak untuk menjadi Juruselamat saya.
Penglihatan yang digambarkan di Wahyu 5 mengajar saya bahawa hanya Yesus Kristus yang layak dan dapat melaksanakan Korban Tebusan dan menyelamatkan kita dari dosa.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Jemput kanak-kanak untuk memberitahu anda tentang masa bila mereka perlu seseorang untuk melakukan sesuatu yang mereka tidak dapat melakukan sendiri. Minta mereka membaca Wahyu 5:1–10 dan mencari apa yang perlu dilakukan yang hanya satu orang dapat melakukan (terangkan bahawa Anak Domba ialah Yesus Kristus dan buku itu mewakili rancangan Tuhan). Apakah yang Yesus melakukan untuk kita yang tidak seorang pun yang lain dapat melakukan?
-
Minta kanak-kanak untuk mencari lagu rohani atau lagu kanak-kanak yang bersaksi tentang Yesus Kristus (seperti “Beautiful Savior,” Children’s Songbook, 62–63). Apakah yang kata-kata lagu ini mengajar tentang Yesus Kristus? Bagaimanakah lagu ini seperti lagu rohani pujian yang dinyanyikan tentang Yesus Kristus di Wahyu 5:9–10?
Injil boleh membantu saya mengatasi godaan.
Asap yang menggelapkan udara di Wahyu 9:2 boleh dibandingkan dengan godaan (lihat 1 Nefi 12:17).
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Lukiskan gambar matahari dan awan gelap, dan potongnya dari kertas. Jemput kanak-kanak untuk membaca Wahyu 9:2 dan 1 Nefi 12:17 dan tuliskan pada awan gelap apa ertinya asap atau kabus dalam ayat-ayat ini. Letakkan awan gelap di papan, dan menjemput kanak-kanak untuk membuat senarai tentang godaan-godaan yang kanak-kanak umur mereka menghadapi. Letakkan matahari di papan dan minta mereka membuat senarai tentang alat-alat yang Bapa Syurgawi telah berikan kita untuk mengatasi kegelapan di dunia.
-
Bagaimanakah kanak-kanak dapat membantu orang lain yang berada di kegelapan secara rohani? Untuk membantu mereka memikirkan soalan ini, tunjukkan video “Choose the Light” (LDS.org), dan menjemput mereka untuk berbincang tentang pengguna basikal.
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Jemput kanak-kanak untuk mengongsi dengan keluarga mereka cara-cara yang mereka boleh menjemput pengaruh Juruselamat ke dalam rumah mereka.