Ikutlah Aku
11–17 November. Ibrani 7–13 ‘Imam Agung Daripada Perkara-perkara Baik Akan Datang’


“11–17 November. Ibrani 7–13: ‘Imam Agung Daripada Perkara-perkara Baik Akan Datang’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“11–17 November. Ibrani 7–13,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2019

Imej
Melkisedek beri satu berkat kepada Abram

Melchizedek Blesses Abram, Oleh Walter Rane

11–17 November

Ibrani 7–13

“Imam Agung Daripada Perkara-perkara Baik Akan Datang”

Semasa anda mengulang kaji dan merenungkan rangka panduan ini, beri perhatian kepada pengaruh yang anda terima tentang kanak-kanak yang anda ajar. Roh akan menolong anda mencari pesanan untuk mereka dalam Ibrani 7–13.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Tanya kanak-kanak untuk mengongsikan perkara yang mereka dan keluarga mereka lakukan untuk belajar injil dalam rumah. Jemput mereka mengongsikan pengalaman kegemaran mereka semasa belajar injil bersama keluarga mereka.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Ibrani 7:1–6

Imamat boleh menolong kita dalam pelbagai cara.

Ibrani 7:1–6 boleh memberikan satu peluang untuk memperkenalkan berkat-berkat imamat kepada kanak-kanak.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Secara ringkas, jelaskan siapa Abraham, dan kemudian gunakanIbrani 7:1–6 dan Terjemahan Joseph Smith, Kejadian 14:36–40 (dalam Panduan Tulisan Suci) untuk mengajar bahawa Abraham membayar persepuluhan kepada Melkisedek. Jelaskan bahawa Melkisedek memegang imamat yang lebih tinggi, iaitu kuasa Tuhan yang diberikan kepada manusia pada bumi, dan dia gunakan ia untuk memberkati Abraham. Kanak-kanak mungkin suka melakonkan cerita dengan prop, seperti satu mahkota dan satu sampul surat persepuluhan.

  • Jemput seorang Imamat Harun dan Imamat Melkisedek mengunjung kelas dan memberitahu kanak-kanak bagaimana mereka pernah gunakan imamat untuk memberkati orang lain. Kemudian tunjukkan kanak-kanak gambar-gambar tatacara imamat (sebagai contoh, lihat pictures 103–8 dalam Buku Seni Injil). Bantu kanak-kanak memutuskan imamat manakah diperlukan untuk setiap tatacara dan berikan gambar itu kepada pemegang imamat yang sesuai.

Ibrani 11:1–32

Iman adalah mempercayai perkara yang tidak dapat kita nampak.

Walaupun mereka tidak dapat nampak Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus atau mengalamai semua berkat injil, kanak-kanak yang anda ajar boleh mengembangkan iman dengan belajar dari teladan dalam Ibrani 11.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjuk satu gambar Yesus. Letakkan beberapa benda di sekeliling bilik untuk mewakili “bukti” bahawa Dia adalah benar walaupun kita tidak dapat nampak Dia (seperti kitab suci, satu gambar Penglihatan Pertama, dan satu gambar bumi). Jemput kanak-kanak untuk mencari benda-benda itu, dan kemudian kongsi bersama mereka bagaimana setiap benda itu menolong kita beriman bahawa Yesus hidup.

  • Bawakan satu kipas, dan biarkan kanak-kanak ambil giliran untuk merasa angin bertiup pada muka mereka. Ajar mereka bahawa kita tidak dapat nampak angin, tetapi kita boleh rasanya. Serupanya, kita tidak dapat nampak Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus, tetapi kita boleh rasa kasih sayang Mereka dan beriman bahawa Mereka adalah benar.

  • Kongsikan cerita-cerita tentang orang dalam Ibrani 11:4–32. Pertimbangkan menggunakan Kisah-Kisah Perjanjian Lama (lihat bab 4–6, 8–10, 15–17, 23, dan 28). Apakah yang orang-orang ini lakukan untuk menunjukkan mereka beriman kepada sesuatu yang mereka tidak dapat nampak? Kongsikan berkat-berkat yang sudah anda terima kerana iman anda.

Ibrani 13:5–6

Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus akan menolong kita dan tidak akan tinggalkan kita.

Cubaan apakah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak? Bagaimana pesanan dari Ibrani 13:5–6 boleh menolong mereka?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Mengulang semula cerita-cerita Perjanjian Baru yang sudah kanak-kanak belajar tahun ini di mana Juruselamat menolong orang lain, seperti apabila Dia menyembuhkan lelaki yang lumpuh (lihat Lukas 5:18–26) atau memberi makan kepada 5,000 orang (lihat Matius 14:15–21). Bantu kanak-kanak belajar frasa “Tuhan penolongku” (Ibrani 13:6).

  • Jemput kanak-kanak melukiskan satu gambar tentang satu masa mereka rasa takut. Baca Ibrani 13:5–6 kepada mereka, dan bersaksi bahawa Bapa Syurgawi akan menolong kita dan tidak akan tinggalkan kita. Bantu kanak-kanak guntingkan hati kertas yang cukup besar untuk menutupi lukisan-lukisan mereka. Apa boleh menolong kita merasa lebih dekat kepada Bapa Syurgawi? Tuliskan perkara-perkara itu pada hati kertas.

  • Ajar kanak-kanak ayat kedua “Kumohon Petunjuk-Mu Ya Tuhan” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 75). Menurut lagu ini, bantuan apakah boleh kita menerima apabila Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus dekat kita? Berucap tentang satu masa apabila Bapa Syurgawi dekat anda dan menolong anda.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Besar

Ibrani 7:1–4

Pemegang-pemegang imamat yang layak mengikut Juruselamat.

Bagaimana anda boleh gunakan ayat-ayat ini untuk menolong kanak-kanak memahami bahawa mereka yang memegang imamat harus beriman dan melayan orang lain seperti Juruselamat?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak senaraikan perkara-perkara yang mereka tahu tentang kedua-dua orang pemegang imamat hebat, Abraham dan Melkisedek. Mereka boleh dapat bantuan dari Ibrani 7:1–4; Abraham 1:1–2; dan Terjemahan Joseph Smith, Kejadian 14:25–40 (dalam Panduan Tulisan Suci). Sifat seperti Kritsus manakah yang diperolehi oleh para lelaki ini yang menolong mereka menghormati imamat?

  • Tanya kanak-kanak baca Ibrani 7:1–2 dan carikan perkataan-perkataan yang digunakan untuk menghuraikan Melkisedek. Bagaimanakah perkataan-perkataan ini mengingatkan kita tentangYesus Kristus? Bantu mereka fikir tentang cara di mana Yesus seorang “Raja Kesejahteraan.” Adakah mereka tahu pemegang imamat lain yang juga teladan mengikut Juruselamat?

  • Kongsikan satu pengalaman di mana seorang pemegang imamat yang soleh menolong anda lebih mendekati Juruselamat. Bantu kanak-kanak fikirkan cara pelayanan imamat sudah memberkati mereka.

Ibrani 11

Bapa Syurgawi mengganjar mereka yang beriman.

Ibrani 11 mengandungi banyak contoh orang yang diberkati apabila mereka bertindak dengan penuh iman. Cerita manakah paling berilham atau paling menolong kanak-kanak yang anda ajar?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak buat senarai pada papan tulis tentang perkara yang mereka belajar tentang iman dari Ibrani11:1–3, 6. Beri setiap kanak-kanak nama seorang yang disebutkan dalamIbrani 11, dan jemput mereka membaca ayat-ayat yang berkenaan orang itu. Tanya mereka kongsikan petunjuk-petunjuk tentang orang itu supaya kanak-kanak lain boleh teka siapakah orang itu. Bagaimana orang-orang ini menunjukkan iman, dan bagaimana Bapa Syurgawi mengganjar mereka? (Untuk gambar-gambar orang-orang ini, lihat bahagian Perjanjian Lama dari Buku Seni Injil).

  • Selepas membaca tentang beberapa contoh iman itu dari Ibrani 11, tanya kanak-kanak untuk menuliskan tentang seorang yang mereka tahu sudah tunjukkan iman. Jemput beberapa orang kanak-kanak mengongsikan contoh-contoh mereka dengan kelas.

Ibrani 12:5–11

Tuhan menegur orang yang Dia kasihi.

Ayat-ayat ini boleh menolong kanak-kanak memahami bahawa Bapa Syurgawi, ibu bapa mereka, dan orang lain membetulkan kanak-kanak kerana mereka semua menyayangi kanak-kanak dan hendak kanak-kanak belajar daripada kesilapan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca Ibrani 12:5–11 bersama-sama, dan tanya kanak-kanak untuk mencarikan sebab mengapa Bapa Syurgawi menegur kita (membetulkan atau mendisiplinkan kita). Apakah yang telah diajarkan kepada kita mengenai sebab ibu bapa kita di bumi juga membetulkan anak-anak mereka? Bagaimana kita harus bertindak terhadap pembetulan yang penuh kasih sayang?

  • Kongsikan contoh-contoh orang dalam kitab suci yang ditegur oleh Tuhan dan bertaubat (sebagai contoh, lihat 1 Nefi 16:25–27; Eter 2:13–15). Bagaimana mereka contoh baik tentang asas-asas dalam Ibrani 12:5–11?

  • Selepas membaca Ibrani 12:5–11, jemput kanak-kanak tuliskan beberapa perkara yang mereka akan cuba untuk mengingat apabila mereka dibetulkan demi kesilapan mereka.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak menulis atau melukiskan satu gambar tentang perkara yang terpenting yang mereka belajar dalam kelas. Menggalak mereka untuk mengongsikan perkara yang sudah mereka belajar dengan keluarga mereka.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Gunakan halaman aktiviti. Semasa kanak-kanak melengkapkan halaman aktiviti kelas, guna masa ini untuk mengulang kaji asas-asas dari pelajaran ini.

Cetak