Ikutlah Aku
19–25 Ogos. 1 Korintus 1–7: ‘Hendaklah Kamu Bersatu’


“19–25 Ogos. 1 Korintus 1–7: ‘Hendaklah Kamu Bersatu’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“19–25 Ogos. 1 Korintus 1–7,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2019

Korintus

Corinth, Southern Greece, the Forum and Civic Center, lukisan oleh Balage Balogh/www.ArchaeologyIllustrated.com

19–25 Ogos

1 Korintus 1–7

“Hendaklah Kamu Bersatu”

Catatkan tanggapan anda apabila membaca 1 Korintus 1–7. Tanggapan ini boleh termasuk tekanan untuk belajar sesuatu idea dengan lebih mendalam, untuk berkongsi dengan orang lain sesuatu yang anda belajar, atau untuk membuat perubahan dalam hidup anda.

Mencatat Tanggapan Anda

Semasa beberapa bulan Paulus di Korintus, “banyak orang lain di Korintus mendengar berita daripada [Paulus], dan mereka percaya kepada Yesus lalu dibaptis” (Kisah Rasul-Rasul 18:8) Jadi ia mungkin amat menyedihkan bagi Paulus untuk mendengar, hanya selepas beberapa tahun kemudian, terdapat “perpecahan” dan “pertengkaran” di kalangan Orang Suci Korintus dan oleh kerana dia tidak bersama mereka, mereka mula mengikut “kebijaksanaan dunia” (1 Korintus 1:10–11, 20). Sebagai maklum balas, Paulus menulis surat yang kini dipanggil 1 Korintus. Ia penuh dengan ajaran mendalam dan pada waktu yang sama, Paulus kelihatan kecewa kerana Orang Suci tidak bersedia menerima semua ajaran yang dia ingin berikan kepada mereka “Saudara-saudaraku! Sebenarnya aku tidak dapat bercakap dengan kamu seperti bercakap dengan orang yang mempunyai Roh Tuhan,” dia mengeluh, “kerana kamu masih hidup menurut tabiat manusia” (1 Korintus 3:1–3). Sambil kita bersedia untuk membaca perkataan Paulus, ia mungkin menolong kita untuk memeriksa kesediaan kita untuk menerima kebenaran—termasuk kerelaan kita sendiri untuk mengikut Roh dan berusaha untuk perpaduan dalam keluarga kita, dengan para Orang Suci, dan dengan Tuhan.

ikon kajian peribadi

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

1 Korintus 1:10–17; 3:1–11

Ahli Gereja Kristus adalah bersatu.

Kita tidak tahu semua keperincian tentang kekurangan perpaduan di antara Orang Suci Korintus, tetapi kita tahu tentang kekurangan perpaduan dalam hubungan kita . Fikirkan satu hubungan dalam hidup anda yang boleh mendapat manfaat dengan lebih banyak perpaduan; kemudian cari apa yang Paulus ajar dalam 1 Korintus 1:10–17; 3:1–11 tentang kekurangan perpaduan di antara Orang Suci Korintus. Pandangan apa yang anda dapat tentang bagaimana untuk membina lebih perpaduan dengan orang lain?

Lihat juga Mosia 18:21; 4 Nefi 1:15–17; Ajaran dan Perjanjian 38:23–27; 105:1–5; “Unity,” Gospel Topics, topics.lds.org.

1 Korintus 1:17–312

Untuk menyempurnakan kerja Tuhan, saya perlukan kebijaksanaan Tuhan.

Walaupun ia bagus—malah digalakkan—untuk mencari kebijaksanaan di mana kita boleh mencarinya (lihat 2 Nephi 9:29; A&P 88:118), Paulus memberi amaran keras tentang kebijaksanaan manusia yang cacat, yang dia panggil “kebijaksanaan dunia.” Sambil anda membaca 1 Korintus 1:17–25, renungkan apa erti frasa ini. Apa yang anda fikirkan erti Paulus tentang “kebijaksanaan dunia”? Mengapa kita perlukan kebijaksanaan Tuhan untuk menyempurnakan kerja Tuhan?

Dalam usaha anda untuk memenuhi tanggungjawab anda dalam menyempurnakan kerja Tuhan, pernahkah anda mengalami “gementar, … kerana ketakutan” yang Paulus rasa apabila dia mengajar Orang Suci Korintus? (1 Korintus 2:3). Apa yang anda temui dalam 1 Korintus 2:1–5 yang memberi anda keberanian? Pertimbangkan bagaimana anda boleh menunjukkan yang anda percaya “kuasa Tuhan” lebih daripada “kebijaksanaan manusia.”

Lihat juga Ajaran dan Perjanjian 1:17–28.

1 Korintus 2:9–16

Saya perlukan Roh Kudus untuk memahami perkara Tuhan.

Jika anda ingin belajar tentang sesuatu seperti mekanik automatif atau seni bina abad pertengahan, bagaimana anda akan melakukannya? Menurut 1 Korintus 2:9–16, bagaimana untuk belajar tentang “rancangan Tuhan” berbeza daripada belajar tentang “isi hati orang”? Mengapa kita mesti mempunyai Roh Kudus untuk memahami rancangan Tuhan? Selepas membaca ayat ini, apa yang anda rasa anda harus lakukan untuk memahami perkara rohani dengan lebih penuh? Bagaimana perkataan Paulus boleh menolong seseorang yang bergelut dengan kesaksian mereka?

1 Korintus 6:13–20

Tubuh badan saya adalah kudus.

Kebanyakan orang ramai di Korintus rasa yang seks yang tidak berakhlak boleh diterima dan badan mereka di buat terutamanya untuk keseronokan. Dalam perkataan lain, Korintus tidak banyak beza dengan dunia hari ini. Apa yang Paulus ajar dalam 1 Korintus 6:13–20 yang boleh menolong anda menerangkan kepada orang lain kenapa anda ingin satu hidup yang murni?

Ia juga mungkin menarik untuk melihat bagaimana Sister Wendy W. Nelson, seperti Paulus menggalakkan Orang Suci untuk menjadi murni dalam ucapan dia “Love and Marriage” (Worldwide Devotional for Young Adults, Jan. 8, 2017, broadcasts.lds.org). Bagaimana kebenaran tentang kasih-sayang dan keintiman yang digambarkan oleh Sister Nelson berlainan dengan mesej dunia?

Lihat juga Roma 1:24–27; “Chastity,” Gospel Topics, topics.lds.org.

1 Korintus 7:29–33

Adakah Paulus mengajar ia lebih baik untuk berkahwin daripada tidak berkahwin?

Beberapa ayat dalam 1 Korintus 7 nampaknya mencadangkan bahawa walaupun perkahwinan boleh diterima, tetapi untuk kekal bujang dan menjauhkan diri sepenuhnya daripada hubungan seksual adalah lebih baik. Walau bagaimanapun, Terjemahan Joseph Smith, 1 Korintus 7:29–33 (lihat Panduan Tulisan Suci) menolong kita memahami bahawa Paulus merujuk kepada mereka yang dipanggil sebagai penginjil sepenuh masa, dia memerhatikan bahawa mereka boleh melayani Tuhan dengan lebih baik jika mereka kekal bujang semasa misi mereka. Tuhan telah mengajar melalui orang suruhan-Nya, termasuk Paulus, bahawa perkahwinan adalah sebahagian daripada rancangan abadi-Nya dan perlu untuk permuliaan (lihat 1 Korintus 11:11; A&P 131:1–4).

ikon kajian sekeluarga

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Semasa anda membaca tulisan suci bersama keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas-asas yang mana untuk menekankan dan membincangkan untuk memenuhi keperluan-keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa cadangan:

1 Korintus 1:10–17; 3:1–11

Apabila ahli keluarga anda membaca ayat ini, jemput mereka untuk mencari pandangan yang boleh menolong mereka untuk menjadi lebih bersatu.

1 Korintus 3:1–2

Mungkin anda boleh membaca ayat ini sambil minum snek susu atau makan snek daging, dan anda boleh bandingkan cara bayi membesar ke orang dewasa dengan cara kita membesar secara rohani.

1 Korintus 3:4–9

Paulus membandingkan usaha penginjilnya dengan menanam benih. Apa yang perbandingan ini cadangkan tentang bagaimana kita harus mendekati perkongsian injil dengan orang lain?

1 Korintus 6:19–20

Membandingkan badan kita dengan bait suci, seperti yang dilakukan Paulus, boleh menjadi cara berkesan untuk mengajar tentang kekudusan badan kita. Mungkin anda boleh menunjukkan gambar bait suci, seperti yang ada dengan rangka panduan. Mengapa bait suci kudus? Bagaimana badan kita seperti bait suci? Apakah yang boleh kita lakukan untuk menjaga tubuh kita sebagai bait suci? (Lihat juga “Kesucian Seksual,” Untuk Kekuatan Remaja.) Jika boleh, pergi ke bait suci bersama atau melawat perkarangan bait suci, ini boleh memperkayakan perbincangan anda tentang kekudusan bait suci dan badan kita.

Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Memperbaikkan Kajian Peribadi

Bersabar dengan diri anda. Paulus mengajar bahawa susu datang sebelum daging dalam pembelajaran tentang injil (lihat 1 Korintus 3:1–2). Jika kamu rasa beberapa ajaran ini susah untuk difahami sekarang, bersabar. Persaya bahawa jawapan akan datang kepada anda apabila anda mempunyai iman dan belajar dengan tekun.

empat bait suci

Paulus bandingkan badan kita dengan kekudusan bait suci. Mengikut arah jam dari bahagian kiri atas: Bait suci Tijuana Mexico, Bait suci Taipei Taiwan, Bait suci Tegucigalpa Honduras, Bait suci Houston Texas.