“5–11 Ogos. Roma 1–6: ‘Kuasa Tuhan yang Membawa Keselamatan’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2019 (2019)
“5–11 Ogos. Roma 1–6,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2019
5–11 Ogos
Roma 1–6
“Kuasa Tuhan yang Membawa Keselamatan”
Mencatatkan bisikan akan membantu anda untuk mengingati apa yang Roh sedang mengajarkan anda. Pertimbangkan juga untuk mencatatkan perasaan anda tentang bisikan-bisikan ini.
Mencatat Tanggapan Anda
Pada masa Paulus menulis suratnya kepada para ahli Gereja Roma, yang merupakan gabungan kumpulan orang Yahudi dan orang bukan Israel, Gereja Yesus Kristus telah bertumbuh melebihi sebuah ikatan kecil bagi penganut dari Galilea. Kira-kira 20 tahun selepas Kebangkitan Juruselamat, terdapat umat Kristian hampir setiap tempat di mana para Rasul dapat pergi—termasuklah Roma, sebuah pusat empayar yang luas. Tetapi sementara pendengar terdekat Paulus adalah Orang Suci Roma, pesanannya adalah universal, dan ia termasuk semua kita hari ini: “Injil Kristus … adalah kuasa Tuhan untuk membawa keselamatan kepada setiap orang yang percaya” (Roma 1:16, huruf condong ditambah).
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Roma–Filemon
Apakah surat-surat tersebut dan bagaimanakah mereka disusun?
Surat-surat adalah surat yang ditulis oleh para pemimpin Gereja kepada Orang Suci di pelbagai bahagian di dunia. Rasul Paulus menulis kebanyakan dari surat-surat di Perjanjian Baru—bermula dengan Roma dan berakhir dengan Ibrani. Surat-suratnya disusun dengan kepanjangan. Walaupun Roma adalah surat pertama di dalam Perjanjian Baru, ia sebenarnya ditulis hampir penghujung perjalanan Paulus sebagai penginjil. Untuk lebih maklumat tentang surat-surat tersebut, lihat Panduan Tulisan Suci, “Surat-surat Paulina.”
Ketika saya menunjukkan iman kepada Juruselamat dengan mematuhi perintah-perintah-Nya, saya dipersolehkan melalui rahmat-Nya.
Tafsiran berikut mungkin akan membantu anda lebih memahami Surat kepada Roma:
-
Hukum:Ketika Paulus menulis tentang “hukum”, dia merujuk kepada hukum Musa. Serupa juga, perkataan “pekerjaan” dan penulisan Paulus sering merujuk kepada upacara dan cara penyembahan hukum Musa. Paulus membandingkan hukum ini dengan “hukum iman” (lihat Roma 3:27–31), atau ajaran Yesus Kristus, yang merupakan sumber sebenar kepada keselamatan kita.
-
Sunat, tidak bersunat:Di zaman kuno, sunat merupakan lambang atau simbol perjanjian yang Tuhan buat dengan Abraham. Paulus menggunakan kata “sunat” untuk merujuk kepada orang Yahudi (umat perjanjian) dan “tidak bersunat” untuk merujuk kepada bangsa bukan Israel (mereka yang bukan dalam perjanjian Abraham). Sunat tidak lagi diperlukan sebagai lambang perjanjian Tuhan dengan umat-Nya (lihat Kisah Rasul-Rasul 15:23–29).
-
Dimaklumkan soleh, dipersolehkan, layak”Penggunaan kata ini merujuk kepada pengampunan, atau perlepasan, dosa. Ketika kita telah dipersolehkan, kita diampuni, dinyatakan tidak bersalah, dan dibebaskan dari hukuman abadi atas dosa-dosa kita. Seperti Paulus jelaskan, ini dimungkinkan melalui Yesus Kristus (lihat Panduan Tulisan Suci, “Soleh, Kesolehan,” scriptures.lds.org; lihat juga D. Todd Christofferson, “Justification and Sanctification,” Ensign, June 2001, 18–25). Di Roma, perkataan seperti soleh dan kesolehan dapat dilihat sebagai sinonim untuk perkataan seperti adil dan dimaklumkan soleh.
-
Rahmat:Rahmat adalah “bantuan atau kekuatan ilahi … , diberikan melalui belas kasihan dan kasih dari Yesus Kristus.” Melalui rahmat, semua manusia akan dibangkitkan dan menerima kebaqaan. Sebagai tambahan, “Rahmat ialah kuasa yang memungkinkan yang membenarkan para lelaki dan wanita untuk memperoleh kehidupan abadi dan permuliaan selepas mereka memberikan usaha mereka yang terbaik.” Kita tidak memperoleh rahmat melalui usaha kita; melainkan, adalah rahmat yang memberi kita “kekuatan dan bantuan untuk melakukan pekerjaan baik yang [kita] sebaliknya tidak akan dapat kekalkan” (Panduan Tulisan Suci, “Rahmat”; lihat juga Dieter F. Uchtdorf, “Kurnia Rahmat,” Ensign atau Liahona, Mei 2015, 107; 2 Nefi 25:23).
Tindakan luaran saya harus mencerminkan dan meningkatkan penukaran hati dalaman.
Ajaran-ajaran Paulus menunjukkan bahawa sesetengah penganut Kristian orang Yahudi di Roma masih mempercayai bahawa kepatuhan kepada upacara dan penyembahan hukum Musa membawa keselamatan. Ini mungkin kelihatan seperti masalah yang tidak diaplikasikan lagi memandangkan kita tidak lagi menjalani hukum Musa. Tetapi ketika anda membaca penulisan Paulus, Roma 2:17–29, fikirkan tentang usaha anda sendiri untuk menjalani injil. Adakah tindakan luaran anda, seperti mengambil sakramen atau menghadiri bait suci, membawa anda kepada penukaran hati dan menguatkan iman anda kepada Kristus? (lihat Alma 25:15–16). Bagaimanakah anda dapat memastikan bahawa tindakan luaran anda membawa kepada perubahan hati?
Lihat juga Dallin H. Oaks, “The Challenge to Become,” Ensign, Nov. 2000, 32–34.
Melalui Yesus Kristus, saya dapat diampuni atas dosa-dosa saya.
Sesetengah orang mungkin merasa kecewa terhadap penyataan Paulus yang berani bahawa “Tidak ada seorang pun yang benar, seorang pun tidak” (Roma 3:10). Tetapi juga terdapat pesanan pengharapan dalam Roma. Carilah di dalam bab 3 dan 5, dan pertimbangkan mengapa mengingati bahawa “semua orang telah berbuat dosa, dan telah kehilangan kemuliaan Tuhan” (Roma 3:23) adalah langkah penting menuju kepada “bermegah dalam pengharapan” melalui Yesus Kristus (Roma 5:2).
Injil Yesus Kristus menjemput saya untuk “berjalan dalam pembaharuan kehidupan.”
Paulus mengajarkan bahawa injil harus mengubah cara hidup kita. Apakah penyataan di Roma 6 yang akan anda gunakan untuk membantu seseorang untuk memahami bagaimana injil telah membantu anda “berjalan dalam pembaharuan kehidupan”? (ayat 4). Apakah pengalaman peribadi yang boleh anda kongsi?
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
Semasa anda membaca tulisan suci bersama keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas-asas yang mana untuk menekankan dan membincangkan untuk memenuhi keperluan-keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa cadangan:
Bagaimanakah kita dapat menunjukkan bahawa kita “tidak malu dengan injil Kristus”?
Sesetengah orang mungkin berkata kerana kita “dipersolehkan hanya melalui rahmat [Tuhan]” (Terjemahan Joseph Smith, Roma 3:24 [dalam Roma 3:24, nota kaki a]), tidak ada syarat untuk kita menerima rahmat. Walaupun kita tidak akan pernah lakukan dengan cukup untuk “memperoleh” rahmat Tuhan, Tuhan meminta kita untuk lakukan hal-hal tertentu untuk menerimanya. Apakah yang kita dapat lakukan untuk menerima rahmat?
Apakah kesengsaraan yang telah kita alami? Bagaimanakah kesengsaraan ini membantu kita untuk membentuk kesabaran, pengalaman, dan harapan?
Apakah yang Paulus katakan di dalam ayat tentang simbol pembaptisan? Mungkin keluarga anda boleh merancang untuk menghadiri pembaptisan yang akan datang. Atau seseorang dalam keluarga anda boleh berkongsi gambar atau kenangan dari pembaptisannya. Bagaimanakah melakukan dan mematuhi perjanjian pembaptisan kita membantu kita “berjalan dalam pembaharuan kehidupan”?
Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.