Ikutlah Aku
8–14 Julai. Kisah Rasul-Rasul 6–9: ‘Engkau Akan Diberitahu Apa Yang Harus Engkau Lakukan’


“8–14 Julai. Kisah Rasul-Rasul 6–9: ‘Engkau Akan Diberitahu Apa Yang Harus Engkau Lakukan’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“8–14 Julai. Kisah Rasul-Rasul 6–9,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2019

Paulus pada perjalanan ke Damsyik

May We So Live, oleh Sam Lawlor

8–14 Julai

Kisah Rasul-Rasul 6–9

“Engkau Akan Diberitahu Apa Yang Harus Engkau Lakukan”

Bermula dengan membaca Kisah Rasul-Rasul 6–9. Cadangan-cadangan dalam rangka panduan ini boleh bantu anda mengenal pasti asas-asas penting dalam bab-bab ini, dan anda boleh carikan yang lain dalam pengajian diri sendiri juga.

Mencatat Tanggapan Anda

Jika adanya seseorang nampaknya tidak akan berpaling pada Tuhan, Sauluslah orang itu—seorang Farisi yang ada reputasi untuk menganiaya orang Kristian. Apabila Tuhan memberitahu seorang pengikut yang bernama Ananias untuk mencari Saulus dan berikan dia satu berkat, memang difahami Ananias teragak-agak. Ananias menjawab, “Ya Tuhan, banyak orang sudah memberitahu aku tentang orang ini. Dia sudah melakukan banyak perkara yang kejam terhadap umat-Mu di Yerusalem” (Kisah Rasul-Rasul 9:13). Tetapi Tuhan mengetahui hati Saulus dan potensinya, dan Tuhan ada satu misi untuk Saulus: “Aku sudah memilih dia untuk mengabdikan diri kepada-Ku, supaya dia memberitakan nama-Ku kepada bangsa-bangsa bukan Yahudi, raja-raja, dan umat Israel” (Kisah Rasul-Rasul 9:15). Jadi Ananias mematuh, dan apabila dia menemui bekas penganiayanya, dia panggil Saulus “Saudara Saulus” (Kisah Rasul-Rasul 9:17). Jika Saulus boleh berubah dengan sepenuhnya dan Ananias sedia menyambut dia, jadi, haruskah kita fikir sesiapa pun tidak boleh ubah—termasuk kita diri sendiri?

ikon kajian peribadi

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Kisah Rasul-Rasul 6–8

Hati saya perlu “tulus di sisi Tuhan.”

Satu gereja yang berkembang ada satu keperluan untuk lebih ramai pengikut untuk melayan. Menurut Kisah Rasul-Rasul 6:1–15, mutu apakah yang dicarikan oleh Dua Belas Rasul dalam orang yang akan melayan bersama mereka? Semasa anda baca Kisah Rasul-Rasul 6–8, perhatikan bagaimana mutu-mutu itu, dan yang lain, ditunjukkan oleh orang seperti Stefanus dan Filipus. Apakah yang Simon kurang, dan apakah yang boleh kita belajar daripada dia tentang kerelaan untuk mengubah?

Apakah yang anda diilhamkan untuk ubah untuk memastikan bahawa hati kamu “tulus di sisi Tuhan”? (Kisah Rasul-Rasul 8:21–22). Bagaimana perubahan ini boleh memberkat anda semasa anda melayan Tuhan?

Kisah Rasul-Rasul 6–7

Pelawanan Roh Kudus akan mengakibatkan penolakan Juruselamat nabi-nabi-Nya.

Walaupun para pemimpin orang Yahudi diberi tugas untuk menyediakan orang ramai demi kedatangan Mesias, mereka menolak Yesus Kristus dan menuntut Penyaliban-Nya kerana keangkuhan dan pengejaran kuasa. Bagaimanakah ini berlaku? Stefanus kata kepada mereka, “Saudara semua selalu melawan Roh Tuhan!” (Kisah Rasul-Rasul 7:51). Apakah erti untuk melawan Roh Kudus? Mengapa pelawanan Roh Kudus mengakibatkan penolakan Juruselamat dan nabi-nabi-Nya?

Semasa anda baca Kisah Rasul-Rasul 6–7, carikan pesanan-pesanan yang Stefanus ajarkan orang Yahudi. Dia memberi amaran tentang sikap-sikap apa? Dapatkah anda mengesan sikap-sikap yang serupa dalam diri sendiri? Apakah yang diajar boleh kata Stefanus tentang akibat melawan Roh Kudus? Bagaimana anda boleh menjadi lebih sensitif dan lebih membalas kepada pengaruhan Roh Kudus dalam hidup anda?

Juga lihat video “The Martyrdom of Stephen” (LDS.org).

Kisah Rasul-Rasul 7:54–60

Selain daripada Stefanus, siapa lagi mati syahid kerana kesaksian mereka tentang Yesus Kristus?

Stefanus ialah orang Kristian pertama yang mati syahid (seorang yang dibunuh kerana kepercayaan mereka) selepas Kebangkitan Yesus. Sepanjang sejarah, ramai Orang Suci lain juga dibunuh kerana mereka tidak menafikan iman mereka kepada Yesus Kristus. Mereka disebut dalam 2 Tawarikh 24:20–21; Markus 6:17–29; Kisah Rasul-Rasul 12:1–2; Wahyu 6:9–11; Mosia 17:20; Alma 14:8–11; Helaman 13:24–26; Ajaran dan Perjanjian 109:47–49; 135:1–7; dan Abraham 1:11. Besar kemungkinan selepas Kebangkitan Juruselamat, semua Rasul kecuali Yohanes mati syahid.

Kisah Rasul-Rasul 8:26–39

Roh Kudus akan menolong saya membimbing orang lain kepada Yesus Kristus.

Perkara apakah yang dapat anda belajar tentang pengongsian injil dari laporan dalam Kisah Rasul-Rasul 8:26–39? Bagaimana Roh Kudus menolong Filipus? Bagaimana pengongsian injil dengan orang lain adalah seperti menjadi seorang pembimbing? (lihat Kisah Rasul-Rasul 8:31).

Kisah Rasul-Rasul 9:1–31

Apabila saya menyerah kepada kehendak Tuhan, saya akan menjadi alat dalam tangan-Nya.

Penukaran hati Saulus nampaknya tiba-tiba; dari memenjarakan orang Kristian, dia “terus” mengkhutbah tentang Kristian dalam saumaah (Kisah Rasul-Rasul 9:20). Semasa anda baca ceritanya, renungkan mengapa dia rela mengubah. (Untuk membaca huraian Saulus tentang penukaran hati diri sendiri, lihat Kisah Rasul-Rasul 22:1–16 dan 26:9–18. Perhatikan bahawa pada masa laporan-laporan ini, nama Saulus sudah diubah kepada Paulus.)

Walaupun pengalaman Saulus adalah luar biasa—bagi kebanyakan orang, penukaran hati ialah satu proses yang lebih panjang—apa yang dapat anda belajar dari penukaran hati Saulus? Apa yang dapat anda belajar dari cara Ananias dan pengikut lain berbalas terhadap penukaran hati Saulus? Apa yang akan anda lakukan untuk mengaplikasikan pelajaran-pelajaran ini dalam hidup anda? Mungkin anda boleh berdoa, seperti Saulus, “Engkau Akan Diberitahu Apa Yang Harus Engkau Lakukan” Atau anda boleh tuliskan kenyataan ini sebagai tajuk jurnal anda dan catatkan tanggapan-tanggapan yang datang kepada anda.

Juga lihat Dieter F. Uchtdorf, “Waiting on the Road to Damascus,” Ensign atau Liahona, Mei 2011, 70–77; “The Road to Damascus” (video, LDS.org).

ikon kajian sekeluarga

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Semasa anda membaca tulisan suci bersama keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas-asas yang mana untuk menekankan dan membincangkan untuk memenuhi keperluan-keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa cadangan:

Kisah Rasul-Rasul 6:8–7:60

Bandingkan laporan-laporan tentang Stefanus dalam Kisah Rasul-Rasul 6:8 dan Kisah Rasul-Rasul 7:51–60 dengan laporan-laporan tentang Juruselamat dalam Lukas 23:1–46. Bagaimana Stefanus mengikut teladan Juruselamat?

Kisah Rasul-Rasul 7:51–60

Bagaimana Roh Kudus memberkati Stefanus apabila dia dianiaya? Pernahkah kita terima pengukuhan daripada Roh Kudus pada masa kesusahan?

 

       

Petrus Membangkitkan Tabita dari Kematian

Tabitha Arise, oleh Sandy Freckleton Gagon

Kisah Rasul-Rasul 9:32–43

Bertimbang untuk menjemput ahli-ahli keluarga anda melukiskan gambar-gambar mengenai cerita-cerita dalam Kisah Rasul-Rasul 9:32–43. Apakah yang mereka belajar dari Eneas, Tabita, dan balu dari Yope, mengenai penganutan benar? Bagaimana seorang yang “melakukan hal-hal baik” menolong orang lain percaya kepada Tuhan? (lihat Kisah Rasul-Rasul 9:36, 42; “Chapter 60: Petrus Menghidupkan Kembali Tabita,” Kisah-kisah Perjanjian Baru, 156–57, atau video yang berkaitan pada LDS.org).

Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Memperbaikkan Kajian Peribadi

Mengibaratkan tulisan suci kepada kehidupan anda. Semasa anda baca, timbangkan bagaimana cerita-cerita dan ajaran-ajaran dalam tulisan suci digunakan dalam kehidupan anda. Sebagai contoh, bilakah anda rasa “dikuasai oleh Roh Tuhan” pada masa cubaan atau penganiayaan? (Kisah Rasul-Rasul 7:55).

Stefanus direjam

I See the Son of Man Standing on the Right Hand of God, oleh Walter Rane