“22–28 Julai. Kisah Rasul-Rasul 16–21: ‘Tuhan Telah Menyuruh Kami Mengkhabarkan Injil’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2019 (2019)
“22–28 Julai. Kisah Rasul-Rasul 16–21,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2019
22–28 Julai
Kisah Rasul-Rasul 16–21
“Tuhan Telah Menyuruh Kami Mengkhabarkan Injil”
Semasa anda membaca tentang usaha-usaha Paulus untuk mengkhutbahkan Injil, Roh boleh mendorong anda dengan fikiran atau perasaan. Tulis dorongan-dorongan ini, dan membuat rancangan untuk bertindak menurutnya.
Mencatat Tanggapan Anda
Antara kata-kata akhir Tuhan kepada Rasul-Rasul-Nya ialah perintah, “Pergilah kepada semua bangsa di seluruh dunia dan jadikanlah mereka pengikut-Ku. Baptislah mereka dengan menyebut nama Bapa, Anak, dan Roh Tuhan” (Matius 28:19–20). Walaupun Rasul-Rasul tidak pergi ke semua negara, Kisah Rasul-Rasul 16–21 menunjukkan bahawa Paulus dan rakan-rakannya membuat kemajuan dalam mendirikan Gereja. Mereka mengajar, membaptiskan, dan memberi kurnia Roh Kudus. Mereka melakukan mukjizat-mukjizat, bahkan membangkitkan semula seorang lelaki dari kematian, dan bernubuat tentang Kemurtadan Besar (Kisah Rasul-Rasul 20:7–12; 20:28–31). Dan pekerjaan yang mereka mulakan terus dengan Rasul-Rasul hidup hari ini, bersama pengikut-pengikut setia seperti anda, yang membantu memenuhi suruhan Juruselamat dalam cara yang Paulus tidak dapat membayangkan. Mungkin anda sedar akan orang yang tidak kenal Bapa Syurgawi mereka atau Injil-Nya. Mungkin anda telah rasa bahawa “rohmu didorong di dalam dirimu” untuk mengongsi dengan mereka apa yang anda tahu mengenai Dia (Kisah Rasul-Rasul 17:16). Jika anda mengikut teladan kerendahan hati dan keberanian Paulus dalam mengongsi Injil, anda mungkin menjumpai seseorang yang “hatinya Tuhan membuka” (Kisah Rasul-Rasul 16:14).
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Roh akan membimbing saya dalam usaha saya untuk mengongsi Injil.
Semua orang memerlukan Injil Yesus Kristus, tetapi sesetengah orang lebih bersedia daripada yang lain untuk menerimanya. Ini satu sebab kita perlu Roh Kudus apabila kita mengongsi Injil—untuk membimbing kita ke orang yang sedia. Semasa anda membaca Kisah Rasul-Rasul 16–21, ingat masa-masa bila Roh membimbing Paulus dan rakan-rakannya. Apakah berkat-berkat yang datang kerana mereka ikut Roh? Bilakah anda telah rasa Roh mendorong anda dalam usaha anda untuk mengongsi Injil?
Lihat juga Alma 7:17–20; Dallin H. Oaks, “Berkongsi Injil yang Dipulihkan,” Ensign atau Liahona, Nov. 2016, 57–60; Preach My Gospel, 92–93.
Saya dapat mengisytiharkan Injil dalam semua keadaan.
Dipenjarakan kerana mengkhutbahkan Injil mungkin kelihatan seperti sebab yang baik untuk berhenti berkhutbah. Tetapi bagi Paulus dan Silas, ia menjadi kesempatan untuk mengubah hati seorang pengurus penjara (lihat Kisah Rasul-Rasul 16:16–34). Di Acts 16–21, cari contoh-contoh yang lain kerelaan Paulus untuk mengongsi Injil dengan semua orang. Mengapakah anda berfikir dia begitu berani? Apakah yang anda belajar dari contoh Paulus?
Terdapat banyak lagi pesanan tentang mengongsi Injil di bab 16–21. Jika anda mencari dengan teliti, anda boleh menjumpai pesanan yang sangat berkaitan dengan anda. Cuba membaca bab-bab ini dengan matlamat ini. Apakah yang anda menjumpai?
“Kita semua anak Tuhan.”
Di Athens, Paulus menjumpai orang dengan pelbagai pendapat dan pandangan keagamaan. Mereka selalu ingin “mendengar hal-hal yang baru,” dan apa yang Paulus memberikan tentunya baru bagi mereka (lihat Kisah Rasul-Rasul 17:19–21). Mereka menyembah banyak tuhan, termasuk satu yang mereka panggil “Tuhan yang tidak dikenali” (Kisah Rasul-Rasul 17:23), tetapi mereka percaya bahawa tuhan-tuhan itu kekuasaan, bukan makhluk yang hidup dan bersifat, dan pastinya bukan Bapa kita. Baca apa yang Paulus berkata untuk membantu mereka mengenali Tuhan, dan ingat sifat-sifat Tuhan yang anda jumpai. Apakah maksudnya bagi anda bahawa anda “anak Tuhan”? (Kisah Rasul-Rasul 17:29). Pada pendapat anda, bagaimanakah menjadi anak Tuhan berbeza dari menjadi hanya salah satu ciptaan-Nya sahaja? Jika anda berdiri di sebelah Paulus ketika dia bersaksi, apakah yang anda akan memberitahu orang Yunani purba tentang Bapa Syurgawi kita? Adakah anda mengenali sesiapa yang boleh bermanfaat dari mendengar kesaksian anda?
Lihat juga Roma 8:16; 1 Yohanes 5:2; “We Are the Offspring of God” (video, LDS.org).
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
Semasa anda membaca tulisan suci bersama keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas-asas yang mana untuk menekankan dan membincangkan untuk memenuhi keperluan-keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa cadangan:
Untuk membantu keluarga anda membayangkan apa yang berlaku dalam bab-bab ini, ia mungkin seronok, semasa anda baca bersama, untuk menandai kota-kota yang Paulus kunjungi di peta (lihat peta di hujung rangka panduan ini).
Bagaimanakah kita boleh menjadi lebih seperti Orang Suci dalam ayat-ayat suci ini? Bagaimanakah mengkaji tulisan suci setiap hari membuat kita lebih “mulia”? (Kisah Rasul-Rasul 17:11). Apakah yang boleh kita lakukan untuk menjadi “sangat memahami kitab-kitab suci”? (Kisah Rasul-Rasul 18:24).
Ajaran-ajaran ini dari Nabi Joseph Smith boleh membantu keluarga anda membincangkan Kisah Rasul-Rasul 19:1–7: “Pembaptisan melalui pencelupan hanya setengah pembaptisan, ia tidak berkesan tanpa yang setengah lain—iaitu, pembaptisan Roh Kudus. … ‘Untuk dilahirkan dari air dan Roh’ bermaksud dicelupkan dalam air untuk pengampunan dosa-dosa dan menerima kurnia Roh Kudus selepas itu. Ini diberikan dengan meletakkan tangan oleh seseorang yang mempunyai wewenang yang diberikan oleh Tuhan” (Teachings of Presidents of the Church: Joseph Smith, 95). Apakah berkat-berkat yang telah datang kepada kita kerana menerima Roh Kudus?
Apakah yang mengilhami orang di ayat-ayat suci ini untuk membakar buku-buku mereka yang bernilai “lima puluh ribu syiling perak”? (Kisah Rasul-Rasul 19:19). Adakah terdapat milik atau aktiviti duniawi yang kita perlu melepaskan untuk menerima berkat-berkat syurgawi?
Bilakah keluarga anda telah mengalami ajaran Kristus bahawa “lebih berbahagia memberi daripada menerima”? (Kisah Rasul-Rasul 20:35). Adakah terdapat seseorang yang boleh bermanfaat dari pelayanan, masa, atau hadiah yang keluarga anda boleh berikan? Sebagai keluarga, bincangkan beberapa idea dan membuat rancangan untuk melayani seseorang. Bagaimanakah kita rasa apabila kita melayani orang lain? Mengapakah lebih diberkati untuk memberi daripada menerima?
Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.