Ikutlah Aku
1–7 Julai. Kisah Rasul-Rasul 1–5: ‘Kamu Akan Menjadi Saksi-Saksi-Ku’


“1–7 Julai. Kisah Rasul-Rasul 1–5: ‘Kamu Akan Menjadi Saksi-Saksi-Ku’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“1–7 Julai. Kisah Rasul-Rasul 1–5,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2019

hari Pentakosta

Day of Pentecost, oleh Sidney King

1–7 Julai

Kisah Rasul-Rasul 1–5

“Kamu Akan Menjadi Saksi-Saksi-Ku”

Semasa anda mengkaji Kisah Rasul-Rasul 1–5, Roh Kudus boleh mengilhami anda untuk menjumpai kebenaran-kebenaran yang berkaitan dengan kehidupan anda. Ingat ayat-ayat suci yang mendorong anda, dan mencari kesempatan untuk mengongsi apa yang anda belajar.

Mencatat Tanggapan Anda

Adakah anda pernah fikirkan apa yang Petrus mungkin berfikir dan rasa bila dia, bersama Rasul-Rasul yang lain, “memandang ke langit” semasa Yesus naik ke Bapa-Nya? (Kisah Rasul-Rasul 1:10). Gereja yang didirikan oleh Putera Tuhan sekarang dipimpin oleh Yesus melalui Petrus, nabi Tuhan. Tugas memimpin usaha untuk “mengajar semua bangsa” sekarang ditanggung oleh Petrus (Matius 28:19). Tetapi jika dia rasa tidak cukup atau takut, kita tidak menjumpai apa-apa bukti mengenainya dalam kitab Kisah Rasul-Rasul. Apa yang kita menjumpai ialah contoh-contoh kesaksian dan perubahan hati yang berani, penyembuhan mukjizat, kemunculan rohani, dan perkembangan besar untuk Gereja. Sekarang, dengan kurnia Roh Kudus, Petrus tidak lagi nelayan yang tidak pandai yang Yesus jumpai di persisiran Laut Galilea. Dia juga tidak lagi lelaki yang terganggu yang beberapa minggu lalu menangis banyak kerana dia tidak mengakui bahawa dia mengenali Yesus dari Nazaret.

Dalam kitab Kisah-Kisah Rasul, anda akan membaca perisytiharan-perisytiharan yang berkuasa tentang Yesus Kristus dan Injil-Nya. Anda akan juga melihat bagaimana Injil boleh mengubah orang—termasuk anda—menjadi pengikut-pengikut berani yang Tuhan tahu mereka boleh menjadi.

ikon kajian peribadi

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Kisah Rasul-Rasul 1:1–8, 15–26; 2:1–42; 4:1–13, 31–33

Yesus Kristus memimpin Gereja-Nya melalui Roh Kudus.

Kitab Kisah-Kisah Rasul mencatatkan usaha-usaha para Rasul untuk mendirikan Gereja Yesus Kristus selepas Kenaikan Juruselamat. Walaupun Yesus Kristus tidak lagi berada di bumi, Dia memimpin Gereja oleh wahyu melalui Roh Kudus. Fikirkan bagaimana Roh Kudus membimbing para pemimpin baru Gereja Kristus semasa anda membaca ayat-ayat suci berikut: Kisah Rasul-Rasul 1:1–8, 15–26; 2:1–42; 4:1–13, 31–33.

Apakah beberapa dari tugas, panggilan, atau tanggungjawab yang Tuhan telah memberikan anda? Apakah yang anda belajar dari pengalaman-pengalaman Rasul-Rasul awal ini tentang bagaimana anda boleh bergantung pada Roh Kudus untuk membimbing anda?

Lihat Bible Dictionary, “Holy Ghost.”

Kisah Rasul-Rasul 2:1–18

Apakah tujuan kurnia lidah?

Kurnia lidah kadang-kadang disifatkan sebagai berbicara dalam bahasa yang tidak seorang pun faham. Tetapi, Nabi Joseph Smith merujuk kepada peristiwa-peristiwa di Kisah Rasul-Rasul 2 untuk menjelaskan bahawa kurnia Roh ini “diberikan untuk tujuan mengkhutbahkan [Injil] antara orang yang bahasanya tidak difahami; seperti pada hari Pentakosta. … Tujuan akhir [kurnia] lidah ialah untuk bercakap kepada orang asing” (Teachings of Presidents of the Church: Joseph Smith [2008], 383–84). Jamuan Pentakosta, cuti besar Yahudi, membawa orang Yahudi dari banyak negara ke Yerusalem. Kurnia lidah membiarkan para pelawat ini untuk faham kata-kata para Rasul dalam bahasa ibunda mereka.

Kisah Rasul-Rasul 2:36–47; 3:13–21

Asas-asas dan tatacara-tatacara pertama Injil membantu saya datang kepada Kristus.

Adakah anda pernah rasa “gelisa,” seperti orang Yahudi pada hari Pentakosta? (Kisah Rasul-Rasul 2:37). Mungkin anda melakukan sesuatu yang anda menyesali, atau mungkin anda ingin mengubah kehidupan anda. Apakah yang patut anda lakukan bila anda mempunyai perasaan ini? Nasihat Petrus kepada orang Yahudi dijumpai di Kisah Rasul-Rasul 2:38. Lihat bagaimana asas-asas dan tatacara-tatacara pertama Injil (termasuk iman, pertaubatan, pembaptisan, dan kurnia Roh Kudus—atau apa yang dipanggil ajaran Kristus) mengesankan penganut-penganut baru ini, seperti yang dicatatkan di Kisah Rasul-Rasul 2:37–47.

Anda mungkin sudah dibaptiskan dan terima kurnia Roh Kudus, jadi bagaimana anda terus menggunakan ajaran Kristus? Fikirkan kata-kata ini dari Elder Dale G. Renlund: “Kita boleh disempurnakan dengan berulang-kali … menjalankan iman dalam [Kristus], bertaubat, mengambil sakramen untuk memperbaharui perjanjian dan berkat pembaptisan, dan menerima Roh Kudus sebagai teman tetap ke tahap yang lebih tinggi. Semasa kita berbuat demikian, kita menjadi lebih seperti Kristus dan mampu bertahan sampai akhir, dengan semua keadaan yang memerlukan” (“Orang Suci Zaman Akhir Teruslah Berusaha,” Ensign atau Liahona, Mei 2015, 56).

Lihat juga 2 Nefi 31; 3 Nefi 11:31–4127; Brian K. Ashton, “Ajaran Kristus,” Ensign atau Liahona, Nov. 2016, 106–9.

Kisah Rasul-Rasul 3:19–21

Apakah “masa penyegaran” dan “masanya bagi Tuhan menjadikan semuanya baru”?

“Masa penyegaran” merujuk Zaman Seribu Tahun, bila Yesus Kristus akan kembali ke bumi. “Masanya bagi Tuhan menjadikan semuanya baru” merujuk kepada Pemulihan Injil.

Kisah Rasul-Rasul 3; 4:1–31; 5:12–42

Pengikut-pengikut Yesus Kristus diberikan kuasa untuk melakukan mukjizat dalam nama-Nya.

Lelaki tempang berharap menerima wang dari orang yang datang ke bait suci. Tetapi orang-orang suruhan Tuhan memberikannya banyak lebih. Semasa anda membaca Kisah Rasul-Rasul 3; 4:1–31; dan 5:12–42, fikirkan bagaimana mukjizat berikut mengesankan:

Lelaki tempang

Petrus dan Yohanes

Saksi-saksi di bait suci

Imam-imam tinggi dan para pemerintah

Orang Suci yang Lain

Lihat juga video “Peter and John Heal a Man Crippled Since Birth,” “Peter Preaches and Is Arrested” (LDS.org).

ikon kajian sekeluarga

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Semasa anda membaca tulisan suci bersama keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas-asas yang mana untuk menekankan dan membincangkan untuk memenuhi keperluan-keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa cadangan:

Kisah Rasul-Rasul 2:37

Bilakah kita telah rasa “gelisa” apabila seseorang mengajar Injil? Apakah erti perasaan ini? Mengapakah ia penting untuk mengatakan, “Apakah yang harus kita lakukan?” apabila kita mempunyai perasaan yang demikian?

Kisah Rasul-Rasul 3:1–8

Bagaimanakah lelaki di bait suci diberkati dengan lain daripada apa yang dia menjangka? Bagaimanakah kita telah melihat berkat-berkat Bapa Syurgawi datang kepada kita dalam cara yang tidak dijangka?

Petrus menyembuhkan seorang lelaki

Such as I Have I Give Thee, oleh Walter Rane

Kisah Rasul-Rasul 3:12–26; 4:1–21; 5:12–42

Apakah yang mendorong anda mengenai iman Petrus dan Yohanes? Bagaimanakah kita boleh berani dalam kesaksian kita tentang Yesus Kristus?

Kisah Rasul-Rasul 4:32–5:11

Keluarga anda mungkin suka melakonkan kisah Ananias dan Safira dengan kostum mudah dan beberapa syiling. Apakah pelajaran yang kita belajar dari cerita ini? Menurut keperluan keluarga anda, anda mungkin membincangkan kejujuran, menyokong pemimpin Gereja, atau pembaktian.

Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Pilih satu tajuk. Biarkan ahli-ahli keluarga mengambil giliran memilih tajuk dari Kisah Rasul-Rasul 1–5 untuk mengkaji bersama.

Kenaikan Yesus

The Lord’s Ascension, oleh William Henry Margetson