Ikutlah Aku
20–26 Mei. Matius 21–23; Markus 11; Lukas 19–20; Yohanes 12: ‘Lihatlah, Raja Kamu Datang’


“20–26 Mei. Matius 21–23; Markus 11; Lukas 19–20; Yohanes 12: ‘Lihatlah, Raja Kamu Datang’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“20–26 Mei. Matius 21–23; Markus 11; Lukas 19–20; Yohanes 12,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2019

seorang lelaki di pokok semasa Yesus datang

Zacchaeus in the Sycamore Tree, oleh James Tissot

20–26 Mei

Matius 21–23; Markus 11; Lukas 19–20; Yohanes 12

“Lihatlah, Raja Kamu Datang”

Sebelum membaca idea-idea di rangka panduan ini, baca Matius 21–23; Markus 11; Lukas 19–20; dan Yohanes 12. Catatkan tanggapan yang anda boleh mengongsi dengan keluarga anda atau di kelas-kelas Gereja anda.

Mencatat Tanggapan Anda

Juruselamat lapar selepas berjalan dari Betania ke Yerusalem, dan pokok ara nampaknya sumber buah. Tetapi semasa Yesus mendekati pokok itu, Dia mendapati bahawa ia tidak ada buah (lihat Matius 21:17–20; Markus 11:12–14, 20). Pokok ara itu ialah seperti para pemimpin agama hipokrit di Yerusalem; ajaran-ajaran kosong mereka dan pertunjukan kekudusan mereka tidak memberi pemeliharaan apa pun. Para orang Farisi dan jurutulis nampaknya mematuhi banyak perintah tetapi tidak kena dua perintah terbesar: untuk mengasihi Tuhan dan mengasihi jiran anda seperti anda mengasihi dirimu sendiri (lihat Matius 22:34–40; 23:23).

Sebaliknya, banyak orang telah bermula mengenali buah yang baik dalam ajaran-ajaran Yesus. Apabila Dia tiba di Yerusalem, mereka mengalu-alukan Dia dengan dahan-dahan yang dipotong dari pokok untuk membuat jalan-Nya, berasa girang kerana akhirnya, seperti yang dikatakan dalam nubuat purba, “Raja kamu datang” (Zakharia 9:9). Semasa anda membaca minggu ini, fikirkan buah ajaran-ajaran dan korban tebusan Juruselamat dalam kehidupan anda dan bagaimana anda dapat menghasilkan “banyak [buah]” (Yohanes 12:24).

ikon kajian peribadi

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Matius 23; Lukas 19:1–10; 20:45–47

Tuhan tidak menghakimi menurut penampilan luar tetapi menurut keinginan-keinginan hati.

Pada zaman Yesus, banyak orang fikir bahawa para pemungut cukai tidak jujur dan mencuri dari orang. Jadi kerana Zakheus, ketua pemungut cukai, ialah kaya, dia lagi dicurigai. Tetapi Yesus melihat hati Zakheus. Apakah yang Lukas 19:1–10 memperlihatkan tentang hati Zakheus? Anda mungkin mencatatkan kata-kata ayat-ayat suci ini yang menggambarkan apa yang Zakheus melakukan untuk menunjukkan pengabdiannya kepada Juruselamat. Apakah keinginan-keinginan hati anda? Apakah yang anda melakukan untuk mencari Juruselamat, seperti Zakheus lakukan?

Interaksi Juruselamat dengan para jurutulis dan Farisi membuat perbezaan yang menarik kepada interaksi-Nya dengan Zakheus. Seperti Presiden Dieter F. Uchtdorf menjelaskan, “[Yesus] naik marah terhadap orang munafik contohnya para jurutulis, Farisi, dan orang Saduki—mereka yang tampak baik hanya untuk memperoleh pujian, pengaruh, dan kekayaan duniawi, sambil menindas mereka yang perlu diberkat” (“Kesejatian,” Ensign atau Liahona, Mei 2015, 81).

Dalam Matius 23, Juruselamat menggunakan beberapa metafora untuk terangkan kemunafikan. Mempertimbangkan menandai atau menyenaraikan metafora-metafora ini dan mencatatkan apa yang diajar tentang kemunafikan. Apakah yang anda diilhamkan melakukan kerana ajaran-ajaran Juruselamat?

Lihat juga Ajaran dan Perjanjian 88:62–63; 137:9; Bible Dictionary, “Hypocrite.”

Matius 21:1–11; Markus 11:1–11; Lukas 19:29–44; Yohanes 12:12–16

Yesus Kristus adalah Rajaku.

Cerita-cerita di Matius 21:1–11; Markus 11:1–11; Lukas 19:29–44; dan Yohanes 12:12–16 terangkan permulaan minggu terakhir kehidupan Juruselamat, termasuk ketibaan-Nya yang hebat ke dalam Yerusalem. Orang yang mengenali Dia sebagai Raja mereka menunjukkan pengabdian mereka dengan menyapu Dia dengan minyak (lihat Yohanes 12:1–8), meletakkan baju dan dahan-dahan di jalan-Nya ke dalam Yerusalem, dan memberi pujian. Mempertimbangkan bagaimana sumber-sumber berikut boleh mendalamkan kefahaman anda tentang peristiwa-peristiwa yang bermula pada minggu terakhir kehidupan Juruselamat.

Bagaimanakah anda dapat menerima Juruselamat sebagai Tuhan dan Raja anda?

Lihat juga “The Lord’s Triumphal Entry into Jerusalem” (video, LDS.org).

Matius 22:34–40

Dua perintah yang besar adalah untuk mengasihi Tuhan dan mengasihi orang lain seperti saya mengasihi diri saya sendiri.

Jika anda rasa terharu semasa anda berusaha ikut Yesus Kristus, kata-kata Juruselamat kepada peguam di Matius 22 boleh membantu anda memudahkan dan menumpukan usaha anda sebagai pengikut. Ini satu cara untuk melakukan ini: Membuat senarai tentang beberapa perintah Tuhan. Bagaimanakah setiap perintah di senarai anda berkaitan dengan dua perintah besar? Bagaimanakah memberikan tumpuan pada dua perintah besar membantu anda mematuhi perintah-perintah yang lain?

Matius 23:5

Apa itu phylacteries?

Phylacteries ialah kotak-kotak kulit yang mengandungi jurai-jurai kertas lama dengan ayat-ayat suci yang ditulis padanya. Para orang Yahudi melekatkan kotak-kotak kecil ini kepada jurai kulit dan memakainya di keliling kepala atau lengan mereka sebagai cara untuk mengingat perintah-perintah (lihat Ulangan 6:6–8). Oleh kerana kesombongan, para Farisi memakai phylacteries yang luar biasa besarnya supaya semua orang akan melihat betapa banyak mereka mengasihi firman Tuhan.

ikon kajian sekeluarga

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Semasa anda membaca tulisan suci bersama keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas-asas yang mana untuk menekankan dan membincangkan untuk memenuhi keperluan-keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa cadangan:

Yohanes 12:1–8

Bagaimanakah Maria menunjukkan kasihnya untuk Juruselamat? Bagaimanakah kita menunjukkan kasih kita untuk Dia?

seorang perempuan menyapu kaki Yesus dengan rambutnya

Washing Jesus’s Feet, oleh Brian Call

Yohanes 12:42–43

Bagaimanakah kita dapat menunjukkan hormat kepada orang lain apabila mereka menyatakan atau mempertahankan kepercayaan keagamaan mereka? Apakah akibat-akibat sosial yang kadang-kadang tidak menggalakkan kita untuk menyatakan atau mempertahankan kepercayaan kita kepada Kristus? Untuk contoh-contoh orang yang tidak menyerah kepada tekanan sosial, lihat Daniel 1:3–20; 3; 6; Yohanes 7:45–53; 9:1–38; dan Mosia 17:1–4.

Matius 21:12–17

Bagaimanakah kita menunjukkan rasa hormat kita untuk bait suci? Apakah yang kita dapat “mengusir” daripada kehidupan kita yang menghalang kita dari mengalami bait suci sebagai “rumah tempat berdoa” (Matius 21:12–13) dan tempat penyembuhan rohani? Mempertimbangkan menyanyikan “Ku Ingin ke Bait Suci,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 99.

Matius 21:28–32

Pelajaran-pelajaran yang manakah dari perumpamaan tentang lelaki dengan dua anak lelaki boleh membantu keluarga anda? Contohnya, anda boleh menggunakan cerita untuk membincangkan kepentingan kepatuhan dan pertaubatan sejati. Mungkin keluarga anda boleh menulis skrip untuk membuat lakonan tentang perumpamaan dan mengambil giliran berlakon dalam peranan-peranan yang lain.

Matius 22:15–22

Apakah beberapa dari “milik Tuhan” (ayat 21) yang kita patut berikan kepada Dia?

Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Gunakan seni untuk menarik ahli-ahli keluarga.Buku Seni Injil dan LDS Media Library di LDS.org mengandungi banyak gambar dan video yang boleh membantu [keluarga anda] membayangkan konsep-konsep atau peristiwa-peristiwa” (Teaching in the Savior’s Way, 22). Contohnya, lukisan yang termasuk dalam rangka panduan ini boleh membantu menggambarkan cerita ketibaan Yesus ke dalam Yerusalem.

Ketibaan Kristus yang hebat

Triumphal Entry, oleh Walter Rane