“6–12 Mei. Lukas 12–17; Yohanes 11: ‘Marilah Kita Bergembira; Dombaku yang Hilang Sudah Aku Jumpai Semula’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2019 (2019)
“6–12 Mei. Lukas 12–17; Yohanes 11,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2019
6–12 Mei
Lukas 12–17; Yohanes 11
“Marilah Kita Bergembira; Dombaku yang Hilang Sudah Aku Jumpai Semula”
Semasa anda membaca Lukas 12–17 dan Yohanes 11, cari dengan penuh doa apa yang Bapa Syurgawi ingin anda mengetahui dan melakukan. Pengajian anda bab-bab ini boleh membuka hati anda untuk pesanan-pesanan yang diniatkan hanya untuk anda.
Mencatat Tanggapan Anda
Dalam kebanyakan situasi, 99 daripada 100 dianggap sangat baik—tetapi bukan apabila nombor-nombor yang demikian mewakili anak-anak Tuhan yang dikasihi (lihat A&P 18:10). Dalam kes itu, bahkan satu jiwa perlukan pencarian yang menyeluruh “sehingga dapat” (Lukas 15:4), seperti Juruselamat mengajar dalam perumpamaan domba hilang. Kemudian kegembiraan boleh bermula, kerana “ada kegembiraan yang lebih besar kerana seorang berdosa bertaubat, daripada kegembiraan kerana sembilan puluh sembilan orang berhormat yang tidak perlu bertaubat” (Lukas 15:7). Kalau ini nampak tidak adil, ingat bahawa, sebenarnya, tidak ada orang yang “tidak perlu bertaubat.” Kita semua perlukan penyelamatan. Dan kita semua dapat menyertai penyelamatan, bergembira bersama kerana setiap jiwa yang diselamatkan (lihat A&P 18:15–16).
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Saya patut menujukan hati saya pada hal-hal penting secara abadi dan tidak pada hal-hal dunia ini.
Mengapakah Tuhan mengatakan “Jahil” kepada seorang lelaki yang berjaya dan bekerja keras yang telah membina bangsal-bangsal besar dan mengisinya dengan buah pekerjaannya? (Lihat Lukas 12:16–21). Dalam bab-bab ini dalam Lukas, Juruselamat mengajar beberapa perumpamaan yang boleh membantu kita meningkatkan pandangan kita dari yang duniawi kepada yang abadi. Sesetengah daripada perumpamaan-perumpamaan disenaraikan di sini. Bagaimanakah anda akan meringkaskan pesanan setiap perumpamaan? Apakah yang anda fikir Tuhan memberitahu anda?
-
Orang kaya yang bodoh (Lukas 12:13–21)
-
Makan malam besar (Lukas 14:12–24)
-
Anak yang mengecewakan (Lukas 15:11–32)
-
Pengurus yang tidak adil (Lukas 16:1–12)
-
Lelaki yang kaya dan Lazarus (Lukas 16:19–31)
Lihat juga Matius 6:19–34; 2 Nefi 9:30; Ajaran dan Perjanjian 25:10.
Bapa Syurgawi bergembira apabila orang yang hilang dijumpai.
Adakah anda pernah memikirkan bagaimana Bapa Syurgawi rasa mengenai orang yang telah berdosa atau yang “hilang”? Para Farisi dan jurutulis mengkritik Yesus kerana bergaul dengan orang demikian. Dalam balasan, Yesus memberitahu tiga perumpamaan, yang dijumpai di Lukas 15—perumpamaan domba yang hilang, syiling yang hilang, dan anak yang mengecewakan.
Semasa anda membaca tiga perumpamaan ini, mempertimbangkan membuat senarai kesamaan dan perbezaan antaranya. Contohnya, anda boleh mencari apa yang hilang dan sebabnya, bagaimana ia dijumpai, dan bagaimana reaksi orang apabila ia dijumpai. Apakah pesanan-pesanan yang Yesus mempunyai untuk orang yang “hilang”—termasuk orang yang berfikir mereka tidak hilang? Apakah pesanan-pesanan yang Dia mempunyai untuk orang yang mencari orang yang hilang?
Selalunya lebih baik kalau tidak menjadi hilang. Mengenai Lukas 15:7, Penatua James E. Talmage menulis, “Tidak ada justifikasi untuk campur tangan bahawa pendosa dipilih kasih atas jiwa soleh yang telah menolak dosa” (Jesus the Christ [1916], 461). Tetapi, semua kita berdosa dan perlu penyelamatan, dan pesanan perumpamaan-perumpamaan Juruselamat yang menghibur ialah bahawa setiap kita dapat bertaubat dan kembali ke kesolehan, kerana Tuhan ingin agar satu jiwa pun tidak meninggal.
Lihat juga Ajaran dan Perjanjian 18:10–16; Jeffrey R. Holland, “The Other Prodigal,” Ensign, Mei 2002, 62–64.
Apakah yang Yesus mengajar dalam perumpamaan pengurus yang tidak adil?
Elder James E. Talmage terangkan satu pelajaran yang kita dapat belajar dari perumpamaan ini: “Hendaklah kamu rajin; kerana masa yang anda dapat menggunakan kekayaan duniawi akan berlalu tidak lama lagi. Belajar dari orang yang tidak jujur dan jahat; kalau mereka begitu bijak sehingga mereka menafkahi hanya masa hadapan sahaja, haruslah kamu, yang percaya dalam masa hadapan yang abadi, bersedia! Jika kamu belum pernah belajar kebijaksanaan dalam penggunaan ‘hal-hal duniawi,’ bagaimanakah kamu boleh dipercayai dengan kekayaan yang abadi?” (Jesus the Christ, 464).
Kesyukuran untuk berkat-berkat saya akan membawa saya lebih dekat kepada Tuhan.
Jika anda salah satu daripada sepuluh orang dengan penyakit kusta, adakah anda fikir anda akan balik untuk berterima kasih kepada Juruselamat? Apakah berkat tambahan yang orang dengan penyakit kusta yang bersyukur menerima kerana dia berterima kasih? Bagaimanakah menyatakan kesyukuran mengesankan anda secara rohani? Menulis dalam jurnal hal-hal untuk mana anda bersyukur boleh bermanfaat, seperti Presiden Henry B. Eyring terangkan dalam pesanannya “O Remember, Remember” (Ensign atau Liahona, Nov. 2007, 66–69).
Yesus Kristus adalah Kebangkitan dan Kehidupan.
Mukjizat membangkitkan Lazarus dari kematian ialah kesaksian yang berkuasa dan tidak terbantahkan bahawa Yesus betul-betul Putera Tuhan dan Mesias yang dijanjikan. Apakah kata-kata, frasa-frasa, atau butir-butir di Yohanes 11:1–46 memperkuatkan iman anda bahawa Yesus Kristus adalah “kebangkitan, dan kehidupan”? Bagaimanakah mengetahui pengetahuan ini mempengaruhi kehidupan dan pilihan-pilihan anda?
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
Semasa anda membaca tulisan suci bersama keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas-asas yang mana untuk menekankan dan membincangkan untuk memenuhi keperluan-keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa cadangan:
Adakah ahli-ahli keluarga anda faham perasaan kehilangan sesuatu—atau untuk menjadi hilang? Membincangkan pengalaman-pengalaman mereka boleh memulakan perbincangan tentang perumpamaan domba hilang dan syiling hilang. Atau anda boleh main permainan di mana seseorang bersembunyi dan ahli-ahli keluarga yang lain cuba mencari dia. Bagaimanakah aktiviti ini membantu kita faham perumpamaan-perumpamaan ini?
Bagaimanakah kita boleh menjadi seperti ayah dalam cerita ini apabila orang yang kita kasihi hilang? Apakah yang dapat kita belajar dari pengalaman anak yang lebih tua yang boleh membantu kita menjadi lebih seperti Kristus? Dalam cara apakah ayah dalam perumpamaan ini seperti Bapa Syurgawi kita?
Untuk membantu ahli-ahli keluarga menggunakan cerita sepuluh orang dengan penyakit kusta, anda boleh menjemput mereka untuk menulis nota-nota kesyukuran yang rahsia dan meletakkannya di seluruh rumah. Anda juga boleh nyanyikan bersama “Hitung Berkatmu,” Nyanyian Rohani, no. 111, dan membincangkan berkat-berkat yang keluarga anda telah menerima.
Ahli-ahli keluarga boleh menonton video “Lazarus Is Raised from the Dead” (LDS.org) dan mengongsi kesaksian mereka tentang Yesus Kristus.
Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.