“13–19 Mei. Matius 19–20; Markus10; Lukas 18: ‘Adakah Lagi Yang Harus Saya Lakukan?’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2019 (2019)
“13–19 Mei. Matius 19–20; Markus 10; Lukas 18,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2019
13–19 Mei
Matius 19–20; Markus 10; Lukas 18
“Adakah lagi yang harus saya lakukan?”
Baca dan renungkan Matius 19–20; Markus 10; dan Lukas 18, beri perhatian kepada pengaruhan yang anda terima. Catatkan pengaruhan itu, dan buat keputusan tentang bagaimana anda akan bertindak .
Mencatat Tanggapan Anda
Jika anda berpeluang untuk menanya Juruselamat satu soalan, apakah soalan itu? Pada suatu hari seorang lelaki datang kepada Yesus. Dia bertanya, “Guru, perbuatan baik apakah yang harus saya lakukan supaya beroleh hidup sejati dan kekal?” (Matius 19:16). Balasan Juruselamat tunjukkan penghargaan demi perkara baik yang sudah lelaki itu lakukan dan galakan untuk terus lakukan perkara baik. Apabila kita renungkan kemungkinan kehidupan abadi, mungkin kita juga tanya jika adakah lagi yang harus kita lakukan. Apabila kita tanya, dalam cara kita, “Adakah lagi harus saya lakukan?” (Matius 19:20), Tuhan boleh berikan kita jawapan yang peribadi seperti balasan-Nya kepada lelaki yang kaya itu. Apa pun yang Tuhan minta kita lakukan, bertindak ke atas jawapan-Nya akan perlukan kita lebih percaya kepada Dia daripada kesolehan diri sendiri (lihat Lukas 18:9–14) dan kita juga harus “menyambut Pemerintahan Tuhan seperti seorang anak” (Lukas 18:17; juga lihat 3 Nefi 9:22).
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Perkahwinan di antara seorang lelaki dan seorang perempuan ditahbiskan oleh Tuhan.
Pertukaran di antara Juruselamat dan Farisi ialah salah satu catatan di mana Juruselamat ajar tentang perkahwinan. Selepas membaca Matius 19:1–9 dan Markus 10:1–12, buat satu senarai penyataan yang anda rasa rumuskan pandangan Tuhan tentang perkahwinan. Kemudian kajikan “Marriage” dalam Gospel Topics, topics.lds.org, dan tambahkan penyataan ke senarai anda. Bagaimana pengetahuan anda tentang rancangan keselamatan Bapa bantu anda faham mengapa perkahwinan di antara seorang lelaki dan seorang perempuan ditahbiskan oleh Tuhan?
Mungkin anda tahu orang yang tidak setuju dengan atau menentang standard perkahwinan Tuhan. Untuk memperoleh satu gambaran tentang cara mengadakan satu perbualan yang penuh hormat dengan mereka, lihat video “Everyday Example: When Beliefs Are Questioned” (LDS.org).
Adakah Yesus ajar bahawa perceraian tidak diterima atau orang yang bercerai tidak harus kahwin lagi?
Dalam satu ucapan tentang perceraian, Elder Dallin H. Oaks ajar bahawa Bapa Syurgawi hendakkan perhubungan perkahwinan menjadi abadi. Tetapi, Tuhan juga faham bahawa “kerana [kita] terlalu sukar diajar” (Matius 19:8), termasuk pilihan buruk dan sikap mementingkan diri salah seorang atau kedua-dua suami isteri, kadangkala perceraian diperlukan.
Elder Oaks jelaskan bahawa Tuhan “benarkan orang yang bercerai untuk berkahwin lagi tanpa pencemaran lucah yang disebutkan dalam hukum-hukum lebih tinggi. Kecuali orang bercerai yang melakukan satu pelanggaran yang serius, dia boleh menjadi layak satu kad rekomen bait suci di bawah standard kelayakan yang sama seperti ahli lain” (“Divorce,” Ensign atau Liahona, Mei 2007, 70).
Juga lihat “Divorce,” Gospel Topics, topics.lds.org.
Matius 19:16–22; Markus 10:17–22; Lukas 18:18–23
Jika saya tanya Tuhan, Dia akan ajar saya apa yang saya perlu lakukan untuk memperoleh kehidupan abadi.
Laporan lelaki yang kaya boleh menjadi satu kebimbangan mahupun untuk pengikut sepanjang hidup yang beriman. Semasa anda baca Markus 10:17–22, apakah bukti iman dan tulus ikhlas yang dapat anda cari dalam lelaki itu?
Seperti lelaki kaya itu, kita semua tidak sempurna dan tidak lengkap, jadi, sebagai pengikut kita mesti tanya, “‘Adakah lagi yang harus saya lakukan?”—dan kita harus tanya soalan ini sepanjang hidup kita. Perhatikan bahawa jawapan itu diberikan secara berkasihan dari Dia yang benar-benarnya mengetahui kita (lihat Markus 10:21). Apa yang boleh anda lakukan untuk membuat persediaan menanya Tuhan adakah lagi yang harus anda lakukan—dan untuk menerima jawapan-Nya?
Juga lihat Larry R. Lawrence, “Adakah Lagi Harus Saya Lakukan?” Ensign atau Liahona, Nov. 2015, 33–35; S. Mark Palmer, “Kemudian Yesus Melihat Dia Dan Mengasihi Dia,” Ensign atau Liahona, Mei 2017, 114–16.
Semua orang boleh terima berkat kehidupan abadi, tidak kira bila mereka menerima injil.
Dapatkah anda mengaitkan diri dengan pengalaman orang yang bekerja di ladang? Apakah pelajaran yang dapat anda cari untuk diri sendiri dari petikan ini ? Pesanan Elder Jeffrey R. Holland “Pekerja Di Ladang Anggur” (Ensign atau Liahona, Mei 2012, 31–33) boleh bantu anda mencarikan cara baru untuk menggunakan perumpamaan ini. Apakah pengaruhan lain Roh berikan anda?
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
Semasa anda membaca tulisan suci bersama keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas-asas yang mana untuk menekankan dan membincangkan untuk memenuhi keperluan-keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa cadangan:
Dapatkah keluarga anda berfaedah dari perbincangan tentang ajaran Tuhan mengenai perkahwinan dan keluarga? Jika ada, anda boleh baca “Keluarga: Satu Perisytiharan Kepada Dunia” (Ensign atau Liahona, Nov. 2010, 129). Bagaimana ajaran-ajaran dalam perisytiharan ini boleh membetulkan kekeliruan dan kepalsuan dalam pesanan dunia mengenai perkahwinan dan keluarga?
Untuk menunjukkan asas-asas dalam Matius 20:1–16, anda boleh tubuhkan satu pertandingan, seperti satu perlumbaan yang pendek, dan janji bahawa pemenang akan terima satu hadiah. Selepas semua orang lengkapkan pertandingan itu, berikan setiap orang hadiah yang sama, bermula dengan orang pada tempat terakhir dan tamat dengan orang pada tempat pertama. Adakah ini ajar kita tentang siapa dapat terima berkat-berkat kehidupan abadi dalam rancangan Bapa Syurgawi?
Apakah erti “jika seorang antara kamu hendak menjadi yang pertama, dia harus menjadi hamba kamu semua”? (Matius 20:27). Bagaimana Yesus Kristus memberikan contoh demi asas ini? Bagaimana kita boleh mengikut teladan-Nya dalam keluarga, bahagian atau pancang, dan kawasan tempat tinggal kita?
Apa yang kita belajar dari dua perumpamaan ini mengenai doa?
Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.