Ikutlah Aku
13–19 Mei. Matius 19–20; Markus 10; Lukas 18: ‘Adakah Lagi Yang Harus Saya Lakukan?’


“13–19 Mei. Matius 19–20; Markus 10; Lukas 18: ‘Adakah Lagi Yang Harus Saya Lakukan?’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“13–19 Mei. Matius 19–20; Markus 10; Lukas 18,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2019

Imej
pekerja-pekerja di sebuah ladang anggur

13–19 Mei

Matius 19–20; Markus 10; Lukas 18

“Adakah Lagi Harus Saya Lakukan?”

Baca Matius 19–20; Markus 10; dan Lukas 18, sambil ingatkan kanak-kanak yang anda ajar. Rekod apa pun tanggapan yang anda terima. Persediaan anda akan membantu anda mengajar kanak-kanak yang diajar apa yang mereka perlu tahu daripada bab-bab tersebut.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemput kanak-kanak untuk beritahu kelas sesuatu yang mereka kasihi berkenaan keluarga mereka. Anda juga boleh minta ibu bapa kanak-kanak untuk sediakan gambar keluarga untuk mereka kongsikan di dalam kelas.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Markus 10:6–8

Bapa Syurgawi inginkan kita untuk berkahwin di dalam bait suci dan mempunyai keluarga abadi.

Bagaimanakah kanak-kanak yang diajar memperoleh faedah daripada pembelajaran mengenai ajaran keluarga abadi? Ia mungkin amat membantu untuk merujuk “Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia” (Ensign atau Liahona, Nov. 2010, 129).

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bacakan Markus 10:6–8 kepada kanak-kanak, dan tunjukkan satu gambar sepasang suami isteri. Minta kanak-kanak untuk tunjuk kepada lelaki dan perempuan apabila mereka mendengar anda membaca lelaki dan perempuan. Jelaskan bahawa Bapa Syurgawi berniat untuk seorang lelaki dan seorang perempuan berkahwin (lihat Kejadian 1:27–28).

  • Pamerkan gambar-gambar sebuah keluarga dan satu bait suci. Jelaskan bahawa Bapa Syurgawi ingin kita dimeteraikan kepada keluarga kita di bait suci supaya kita boleh bersama mereka buat selama-lamanya. Sila peka terhadap kanak-kanak yang ibu bapanya belum lagi dimeterai.

  • Nyanyikan “Keluarga Bahagia,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 104. Jemput kanak-kanak untuk tunjuk kepada diri apabila mereka menyanyikan “saya,” “aku,” “kami,” dan “kita.” Aktiviti ini boleh diulangi beberapa kali. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi perkara seronok yang mereka pernah lakukan bersama keluarga masing-masing. Mengapakah mereka bersyukur untuk keluarga mereka?

  • Nyanyikan sebuah lagu mengenai bait suci atau keluarga, contohnya “Ku Ingin Ke Bait Suci” atau “K’luarga Dapat Kekal Selamanya,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 99, 98. Benarkan kanak-kanak memegang gambar bait suci atau keluarga, dan jemput mereka untuk angkat gambar mereka apabila mereka menyanyikan “bait suci” atau “keluarga.” Mengapakah ia penting untuk dimeterai dalam bait suci?

Imej
Pasangan yang lebih matang di hadapan bait suci

Perkahwinan abadi merupakan sebahagian daripada rancangan Tuhan.

Markus 10:13–16

Yesus ingin kanak-kanak kecil datang kepada-Nya supaya Dia boleh memberkati mereka.

Kisah ini menyediakan peluang untuk membantu kanak-kanak merasai betapa Yesus amat mengasihi mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Dalam kata-kata sendiri, kongsikan kisah dalam Markus 10:13–16. Anda juga boleh tunjukkan video “Suffer the Little Children to Come unto Me” (LDS.org). Bilakah kanak-kanak telah merasai kasih Yesus terhadap mereka? Berikan saksi anda kepada kanak-kanak bahawa Yesus mengasihi mereka dan ingin memberkati mereka.

  • Pamerkan gambar Kristus dan Anak-Anak (Buku Seni Injil, no. 47). Jelaskan bahawa jika kita ingin menjadi seperti kanak-kanak yang duduk bersama Yesus maka kita harus ikut perintah-perintah-Nya dan mengasihi Dia dan orang lain. Apakah yang kanak-kanak boleh lakukan untuk menjadi seperti kanak-kanak yang duduk bersama Yesus?

  • Benarkan kanak-kanak melukis gambar mereka sendiri diberkati Yesus (lihat Markus 10:16).

Markus 10:17–22

Jika kita mematuhi perintah-perintah, kita akan menerima kehidupan abadi.

Yesus telah mengajar lelaki muda yang kaya itu bahawa untuk memperoleh kehidupan abadi—kehidupan seperti Bapa Syurgawi—dia harus mematuhi perintah-perintah.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca kisah lelaki muda yang kaya itu dalam Markus 10:17–22 bersama kanak-kanak. (Lihat juga “Bab 42: Pemuda yang Kaya,” Kisah-Kisah Perjanjian Baru, 105–6, atau video berkaitan di LDS.org.) Minta mereka dengar arahan Yesus kepada lelaki muda dan bagaimana lelaki muda itu menjawab.

  • Kongsikan kisah-kisah di mana kanak-kanak yang meminta nasihat atau panduan daripada ibu bapa tetapi tidak mengikut atau mematuhi. Apakah perkara-perkara yang Bapa Syurgawi ingin kita lakukan? Bagaimanakah perasaan kita apabila kita mematuhi perintah-perintah Dia?

  • Kongsikan pengalaman apabila anda menerima dorongan peribadi untuk melakukan sesuatu dengan lebih baik.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Besar

Markus 10:6–8

Bapa Syurgawi inginkan kita untuk berkahwin di dalam bait suci dan mempunyai keluarga abadi.

Perkara-perkara yang Yesus telah ajar tentang perkahwinan dapat membantu kanak-kanak apabila mereka menghadapi mesej-mesej dunia yang bertentangan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta seorang kanak baca Markus 10:66 dengan lantang. Jelaskan bahawa bersatu bermaksud untuk “melekat” atau “memegang teguh kepada” sesuatu. Mengapakah ia penting suami isteri harus bergabung bersama, mengasihi satu sama lain, dan bekerjasama sebagai satu pasangan?

  • Kongsikan penyataan berikut daripada “Keluarga: Satu Perisyitiharan Kepada Dunia,” dan bantu kanak-kanak fahami apa maksudnya: “Jantina merupakan sifat asas untuk identiti dan tujuan prafana, fana, dan abadi seseorang.”

  • Minta kanak-kanak untuk membantu anda memikirkan jawapan-jawapan untuk soalan seperti “Mengapakah keluarga penting di dalam Gereja?” atau “Mengapakah ia penting bagi anda untuk berkahwin di dalam bait suci?” Nyanyi bersama “K’luarga Dapat Kekal Selamanya,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 98. Kongsi kesaksian anda berkenaan perkahwinan dan keluarga abadi bersama kanak-kanak. Jemput mereka untuk kongsikan kesaksian mereka juga.

  • Jemput setiap kanak untuk membaca tulisan suci daripada senarai ini: Markus 10:6–8; 1 Korintus 11:11; A&P 42:22; 131:1–4; dan Musa 3:18, 21–24. Apakah yang setiap ayat suci ajar tentang perkahwinan?

Markus 10:17–22

Yesus dapat membantu saya tahu apa yang saya perlukan untuk maju.

Lelaki muda yang kaya telah mencari Yesus dan menerima arahan yang khas terutamanya untuk dia. Bagaimanakah anda dapat mengilhami kanak-kanak untuk mencari bimbingan yang hampir sama dalam kehidupan mereka sendiri?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta kanak-kanak untuk cari satu ayat dalam Markus 10:17–22 yang menerangkan gambar dalam rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Jelaskan bahawa nasihat yang Yesus berikan kepada lelaki muda itu adalah peribadi, dan kita semua dapat menerima arahan peribadi daripada Tuhan melalui Roh.

  • Baca Markus 10:17–22bersama. Jemput kanak-kanak untuk tuliskan di atas papan perintah-perintah yang Juruselamat telah berikan kepada lelaki muda itu untuk dipatuhi (lihat ayat 19). Apakah lagi yang harus dia lakukan? (lihat ayat 21). Galakkan kanak-kanak untuk fikirkan tentang perkara yang mereka mungkin perlu lakukan atau berhenti lakukan untuk mengikut Yesus dengan lebih baik. Apakah cara-cara lain untuk mendapat tahu perkara yang Yesus ingin kita lakukan?

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk beritahu keluarga mereka mengapa mereka bersyukur untuk keluarga, mungkin dengan menulis surat dan berikan kepada ibu bapa atau dengan berkongsi kesaksian berkenaan keluarga semasa malam keluarga.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Beri perhatian kepada kanak-kanak. Bagaimanakah penerimaan kanak-kanak di dalam kelas terhadap aktiviti pembelajaran? Jika mereka tidak tampak terlibat, mungkin adalah masa untuk cuba aktiviti lain atau mengambil perjalanan pendek yang takzim. Sebaliknya, jika anda perhati kanak-kanak terlibat dan sedang belajar dari sebahagian daripada ajaran itu, janganlah berasa tertekan untuk maju tetapi pastikan anda telah meliputi bahan-bahan ajaran tersebut.

Cetak