Ikutlah Aku
6–12 Mei. Lukas 12–17; Yohanes 11: ‘Marilah Kita Bergembira; Dombaku yang Hilang Sudah Aku Jumpai Semula!’


“6–12 Mei. Lukas 12–17; Yohanes 11: ‘Marilah Kita Bergembira; Dombaku yang Hilang Sudah Aku Jumpai Semula!’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“6–12 Mei. Lukas 12–17; Yohanes 11,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2019

Imej
lelaki memeluk anaknya

Anak yang Sesat oleh Liz Lemon Swindle

6–12 Mei

Lukas 12–17; Yohanes 11

“Marilah Kita Bergembira; Dombaku yang Hilang Sudah Aku Jumpai Semula!”

Baca dengan berdoa Lukas 12–27 dan Yohanes 11, untuk mencari cara bagaimana anda boleh menolong kanak-kanak untuk memahami kebenaran dalam bab ini dan merasa kasih-sayang Bapa Syurgawi.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Ingatkan semula kanak-kanak tentang perumpamaan dan cerita yang berada dalam Lukas 12–27 dan Yohanes 11, dan jemput mereka untuk memilih satu cerita dan melukis gambar cerita itu.

Imej
ikon Pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Lukas 15

Bapa Syurgawi ingin semua anak-anak-Nya untuk pulang kepada-Nya.

Mungkin terdapat beberapa kanak-kanak dalam kelas anda yang tidak menghadiri Sekolah Primer dengan kerap. Bagaimana anda boleh mengilhami kanak-kanak yang kamu ajar untuk menghubungi mereka dengan kasih-sayang?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Berikan satu kanak-kanak satu duit syiling, seorang lagi satu gambar domba, dan seorang lagi gambar anak yang sesat (LDS.org). Beritahu tiga perumpamaan yang terdapat di Lukas 15 dan jemput kanak-kanak untuk mengangkat duit syiling mereka atau gambar apabila anda menyebutnya. Anda boleh menjemput kanak-kanak untuk mengulang perumpamaan itu kepada satu sama lain dalam perkataan mereka sendiri.

  • Jemput kanak-kanak untuk berkongsi masa apabila mereka telah hilang sesuatu. Jelaskan bahawa seseorang boleh menjadi hilang secara rohani apabila mereka tidak merasa kasih-sayang Tuhan atau apabila mereka berpaling daripada-Nya. Beri kesaksian bahawa perumpamaan ini mengajar bahawa Tuhan mahu kita menolong orang yang hilang kembali kepada-Nya.

  • Jemputlah kanak-kanak untuk memikirkan kanak-kanak lain yang tidak datang ke Sekolah Primer. Tolong mereka menulis nota untuk menjemput kanak-kanak ini menghadiri Sekolah Primer atau aktiviti Sekolah Primer. Apakah cara lain kita boleh menolong kanak-kanak ini merasai kasih-sayang Bapa Syurgawi untuk mereka?

Lukas 17:11–19

Saya boleh menunjuk kasih-sayang saya kepada Bapa Syurgawi dengan lebih bersyukur bagi berkat-berkat saya.

Bagaimana cerita sepuluh orang penyakit kusta boleh menggalakkan kanak-kanak untuk lebih berterima-kasih?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Ceritakan kisah sepuluh orang penyakit kusta yang disembuh oleh Yesus. Tunjukkan gambar yang terdapat dalam rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga dan galakkan kanak-kanak untuk berkira sehingga sepuluh dengan jari mereka. Kemudian suruh mereka untuk menarik sembilan jari untuk menunjukkan satu orang berpenyakit kusta yang menyatakan terima-kasih kepada Yesus. Bila kanak-kanak pernah menyatakan perasaan syukur mereka kepada seorang kawan atau orang tercinta?

  • Jemput setiap kanak-kanak untuk melakonkan sesuatu yang mereka bersyukur terhadap dan minta kanak-kanak lain untuk meneka perkara itu. Minta kanak-kanak untuk kongsi cara kita dapat tunjuk kepada Bapa Syurgawi yang kita amat berterima-kasih untuk berkat kita.

Yohanes 11:1–46

Kami percaya bahawa Yesus ialah Putera Tuhan.

Marta, iaitu kakak Lazarus, berkata kepada Yesus: “aku percaya bahawa Tuhan Anak Tuhan, Penyelamat yang diutus oleh Tuhan” (Yohanes 11:27). Cerita Maria, Marta, dan Lazarus boleh menguatkan kesaksian kanak-kanak dalam Yesus Kristus.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Berikan ringkasan cerita Lazarus kembali daripada kematian.(lihat juga “Bab 43: Yesus Menghidupkan Kembali Lazarus,” Kisah-Kisah Perjanjian Baru, 107–9, atau video yang sepadan di LDS.org) dan tunjukkan satu dahan yang mati dan tumbuhan yang hidup. Berikan kesaksian bahawa dengan kuasa Yesus Kristus, mereka yang telah meninggal dunia akan dibangkitkan dan hidup selamanya.

  • Tolong kanak-kanak untuk menghafal ayat yang Yesus kata kepada Marta: “Akulah yang membangkitkan orang mati dan yang memberikan hidup” (Yohanes 11:25). Jelaskan oleh kerana kebangkitan Juruselamat, kita akan dapat melihat semula semua orang yang kita sayangi yang telah meninggal.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Besar

Lukas 15

Saya boleh menolong Yesus mencari domba-Nya yang hilang.

Kanak-kanak mungkin tidak sedar bahawa terdapat ramai lagi dalam kelas yang tidak menghadiri Sekolah Primer. Bagaimana anda boleh mengilhami mereka untuk menghubungi kanak-kanak tersebut?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Berikan setiap kanak-kanak tugas untuk membaca antara perumpamaan domba yang hilang atau perumpamaan mata wang yang hilang dengan senyap, ia terdapat di Lukas 15:1–10, dan kongsi apa yang mereka telah pelajari.

  • Tuliskan nama ini di atas papan: bapa, abang, dan adik lelaki. Tunjukkan video “The Prodigal Son” (LDS.org) dan berhenti kadang-kadang supaya kanak-kanak boleh menulis di atas papan beberapa perasaan orang yang disenaraikan.

  • Minta seorang kanak-kanak untuk keluar dari bilik apabila kanak-kanak yang lain menyorok satu duit syiling atau domba yang diperbuat daripada kertas. Minta kanak-kanak di luar untuk masuk semula dan mencari duit syiling atau domba. Ingatkan kanak-kanak bahawa orang boleh hilang daripada berkat injil. Jemput mereka untuk mencadangkan cara mereka boleh menghubungi orang seperti itu. Nyanyi bersama dengan kanak-kanak “Berharga Bagi Gembala,” Nyanyian Rohani, no. 100, dan beri kesaksian tentang kegembiraan apabila seseorang pulang kepada Tuhan.

  • Jelaskan bahawa Yesus menggunakan domba yang hilang, mata wang yang hilang, dan anak yang sesat untuk mewakili mereka yang “hilang” kerana mereka tidak mempunyai berkat injil. Jemputlah kanak-kanak untuk memikirkan beberapa orang yang mereka tahu yang tidak datang ke Gereja. Apakah mereka boleh buat untuk menolong orang tersebut untuk merasai kasih-sayang Bapa Syurgawi untuk mereka?

Imej
Yesus dengan domba pada bahu-Nya

Domba yang Hilang oleh Liz Lemon Swindle

Lukas 17:11–19

Saya boleh menunjuk kasih-sayang saya kepada Bapa Syurgawi dengan lebih bersyukur bagi berkat-berkat saya.

Cerita sepuluh orang berpenyakit kusta mungkin adalah cara yang bagus untuk mengilhami kanak-kanak untuk menunjukkan kesyukuran kepada Bapa Syurgawi untuk berkat-berkat-Nya.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca bersama perumpamaan sepuluh orang berpenyakit kusta. Bagaimana seorang yang berpenyakit kusta yang berterima-kasih kepada Kristus diberkati untuk kesyukurannya? Kenapa ia adalah penting untuk mengucapkan terima-kasih kepada Tuhan untuk berkat-berkat-Nya?

  • Jemput kanak-kanak untuk menyenaraikan perkara yang mereka syukur dengan menggunakan setiap abjad dalam nama mereka.

  • Minta kanak-kanak untuk menulis nota terima-kasih kepada Bapa Syurgawi untuk berkat yang Dia beri kepada mereka. Mereka boleh menggantung nota sebelah katil mereka untuk meluahkan kesyukuran apabila mereka berdoa.

Yohanes 11:1–46

Kami percaya bahawa Yesus ialah Putera Tuhan.

Bagaimana anda boleh menggunakan cerita Maria, Marta, dan Lazarus untuk menolong kanak-kanak untuk tahu seperti Marta, bahawa Yesus ialah “Tuhan Anak Tuhan”? (Yohanes 11:27).

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tulis pada papan beberapa kenyataan yang di sebut oleh orang ramai dalam Yohanes 11. Jemput kanak-kanak untuk meneka siapa yang kata kenyataan tersebut, dan minta mereka untuk mencari dalam Yohanes 11 untuk memeriksa tekaan mereka. Bagaimana mereka akan rasa jika mereka ialah Yesus, Marta, Maria, atau Lazarus? Bagaimana percaya dalam Yesus menolong kita apabila kita sedih atau takut?

  • Baca kesaksian Marta, dalam Yohanes 11:20–27. Jemput kanak-kanak untuk mencari perkataan atau frasa yang menunjukkan Marta mempunyai iman. Apa yang boleh kita buat untuk mempunyai iman apabila ia susah?

  • Tolong kanak-kanak untuk menghafal Yohanes 11:25. Terangkan bahawa semua orang akan dibangkitkan, tetapi hanya mereka yang soleh akan menerima kehidupan abadi dan tinggal bersama Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus semula.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Berikan kanak-kanak kertas atau buku nota kecil yang mereka boleh gunakan untuk menulis atau melukis perkara yang mereka syukur untuk sepanjang minggu ini.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Pengulangan ialah kekunci pembelajaran. Kanak-kanak mendapat manfaat dengan mendengari asas injil dengan melalukan aktiviti lebih daripada satu kali. Cuba ulangi aktiviti dalam beberapa cara.

Cetak