Kemudian Yesus Melihat Dia dan Mengasihi Dia
Apabila anda disuruh untuk melakukan sesuatu yang susah, bayangkan Tuhan melihat anda, mengasihi anda, dan menjemput anda untuk ikutlah Dia.
Beberapa tahun dahulu saya telah dipanggil, bersama isteri saya, Jacqui, untuk memimpin misi Washington Spokane. Kami tiba di padang misi dengan perasaan yang bercampuran takut dan gembira terhadap tanggungjawab untuk bekerjasama dengan ramai penginjil muda yang hebat. Mereka berasal dari latar belakang yang berbeza dan dengan cepat menjadi bagai anak-anak kami sendiri.
Walaupun ramai yang bekerja dengan mengagumkan, terdapat beberapa yang bergelut dengan harapan tinggi panggilan mereka. Saya ingati seorang penginjil memberitahu saya, “Presiden, saya tidak suka orang.” Beberapa yang memberitahu bahawa mereka tidak berkeinginan untuk mematuhi peraturan-peraturan penginjil yang ketat. Saya risau dan berfikirkan apa yang boleh kita lakukan untuk menukar hati penginjil-penginjil yang masih belum pelajari kegembiraan yang datang dari kepatuhan.
Satu hari sambil memandu melalui padang berbukit tanaman gandum di sempadan Washington-Idaho, saya sedang mendengar rakaman Perjanjian Baru. Sambil saya mendengar kisah terkenal mengenai pemuda kaya yang berjumpa dengan Juruselamat untuk bertanyakan bagaimana caranya dia boleh memperoleh kehidupan abadi, saya menerima wahyu peribadi mendalam yang kini satu ingatan yang kudus.
Setelah mendengar Yesus menyatakan perintah-perintah dan pemuda itu menjawab bahawa dia telah mematuhi semuanya sejak muda lagi, saya mendengar pembetulan lembut Juruselamat: “Tinggal satu perkara sahaja yang perlu kamu lakukan: … jual segala yang kamu miliki, dan …. marilah, … ikutlah Aku.”1 Yang menghairankan, saya mendengar enam kata-kata sebelum bahagian ayat itu bagai saya tidak pernah dengar atau baca sebelum ini. Ia seperti baru ditambahkan dalam kitab suci. Saya kagumi pemahaman terilham yang dikemukakan.
Apakah enam kata-kata yang sangat bermakna ini? Dengar dan perhati jika anda dapat kenali kata-kata yang nampak biasa, yang tidak didapati dalam Injil lain kecualilah injil Markus:
“Seorang lelaki berlari ke arah Yesus … lalu bertanya, Guru yang baik, apakah yang harus saya lakukan supaya beroleh kehidupan abadi?
“Dan Yesus berkata kepada dia, …
“Kamu tahu akan perintah Tuhan, Jangan membunuh, Jangan berzina, Jangan mencuri, Jangan berikan kesaksian palsu, Jangan menipu, Hormatilah ibu bapamu.
“Dan dia menjawab … , Guru, sejak muda saya telah menurut semua perintah itu.
“Kemudian dengan penuh kasih Yesus memandang orang itu, lalu berkata, Tinggal satu perkara sahaja yang perlu kamu lakukan. Pergilah jual segala yang kamu miliki, berikan wangnya kepada orang miskin, maka kamu akan beroleh harta di syurga, Kemudian marilah, ikutlah Aku.”2
“Yesus memandang dia mengasihi dia.”
Apabila saya mendengar kata-kata ini, satu gambaran jelas datang ke minda di mana Tuhan berhenti seketika dan melihat lelaki muda ini. Melihat—iaitu melihat dengan mendalam dan menusuk jiwa, mengenali kebaikan dan juga potensi dia, dan juga memahami keinginan tertingginya.
Kemudian kata-kata mudah—Yesus mengasihi dia. Dia berasa kasih dan rasa kasihan yang berlimpahan terhadap pemuda ini, dan oleh kerana kasih ini dan bersama kasih ini, Yesus meminta lebih daripadanya. Saya gambarkan bagaimana perasaan pemuda yang diselubungi kasih sedemikian sambil disuruh untuk melakukan sesuatu yang amat susah seperti menjualkan segala harta dan berikan ia kepada orang miskin.
Pada ketika itu, saya tahu bahawa bukan sahaja hati penginjil-penginjil kami yang perlu bertukar. Hati saya juga. Soalannya bukan lagi “Bagaimana presiden misi yang kecewa menggalakkan penginjil yang bergelut untuk bertingkah laku baik?” Sebaliknya, soalannya ialah “Bagaimana saya boleh dipenuhi dengan kasih seperti Kristus supaya penginjil dapat merasai kasih Tuhan melalui saya dan berhasrat untuk berubah?” Bagaimana saya dapat melihat dia dengan cara yang sama Tuhan melihat pemuda kaya itu, melihat mereka sebagai mereka sendiri dan siapa mereka boleh jadi, dan bukannya apa yang mereka buat atau tidak buat? Bagaimana saya boleh jadi seperti Juruselamat?
“Kemudian Yesus melihat dia mengasihi dia.”
Sejak dari itu, apabila saya duduk berhadapan dengan seorang penginjil yang bergelut dengan kepatuhan, hati saya kini melihat seorang lelaki muda atau perempuan muda beriman yang telah mengikut hasratnya untuk datang ke misi. Kemudian saya dapat berkata dengan penuh perasaan seperti seorang bapa:3 “Elder atau Sister, jika saya tidak mengasihi kamu, saya tidak akan ambil peduli apa yang berlaku dalam misi kamu. Tetapi saya mengasihi kamu, dan kerana saya mengasihi kamu, saya memberi perhatian berkenaan siapa yang kamu akan menjadi. Jadi saya menjemput kamu untuk mengubah perkara yang susah dan menjadi seseorang yang Tuhan inginkan.”
Setiap kali saya menemu ramah penginjil-penginjil, saya berdoa untuk kurniaan ihsan terlebih dahulu dan agar saya dapat melihat setiap elder atau sister seperti mana Tuhan melihat mereka.
Sebelum persidangan-persidangan zon, apabila Sister Palmer dan saya menyambut kedatangan setiap penginjil, saya akan berhenti sejenak dan memandang ke dalam mata mereka, melihat mereka—satu temu duga tanpa kata-kata—dan kemudiannya tanpa gagal, saya dipenuhi dengan kasih hebat terhadap putera dan puteri Tuhan ini.
Saya telah pelajari banyak pelajaran yang mengubah kehidupan daripada pengalaman peribadi yang mendalam dengan Markus pasal 10. Terdapat empat pelajaran yang saya percaya akan membantu setiap kita:
-
Apabila kita belajar melihat orang seperti mana Tuhan melihat mereka dan bukannya dengan mata kita sendiri, kasih kita terhadap mereka dan keinginan untuk membantu mereka akan bertambah. Kita akan melihat potensi yang tidak dilihat oleh diri mereka sendiri. Dengan kasih seperti Kristus kita tidak akan takut untuk bercakap dengan berani, kerana “kasih yang sempurna menyingkir segala ketakutan.”4 Dan kita tidak akan berputus asa, mengingati bahawa mereka yang paling susah dikasihi memerlukan kasih yang lebih.
-
Tiada pengajaran atau pelajaran benar yang akan berlaku apabila ia dilakukan dalam kekecewaan atau kemarahan, dan hati tidak akan berubah di mana kasih tidak wujud. Tidak kira jika kita melakukannya dalam peranan kita sebagai ibu bapa, guru, atau pemimpin, pengajaran yang benar hanya akan berlaku dalam kepercayaan dan bukannya pengutukan. Rumah kita harus sentiasa menjadi tempat yang selamat bagi anak-anak kita—bukannya suasana yang bermusuhan.
-
Kasih sayang tidak harus ditarik apabila anak, kawan, atau ahli keluarga gagal mencapai harapan kita. Kita tidak tahu apa yang berlaku kepada pemuda kaya setelah dia pergi dengan sedih, tetapi saya yakin Yesus masih mengasihi dia dengan sempurna walaupun dia telah memilih jalan yang lebih mudah. Mungkin kemudian, dia mendapati harta bendanya tidak bermakna, dia ingati dan bertindak berdasarkan satu-satu pengalamannya dengan Tuhan yang telah melihatnya, mengasihinya, dan menjemputnya untuk mengikut Dia.
-
Kerana Dia mengasihi kita, Tuhan mengharap lebih daripada kita. Jika kita rendah hati, kita akan menerima jemputan Tuhan untuk bertaubat, untuk berkorban, dan untuk melayan sebagai bukti kasih sempurnanya untuk kita . Sesudahnya, jemputan untuk bertaubat juga merupakan satu jemputan untuk menerima kurniaan keampunan dan kedamaian. Oleh itu, “janganlah kecil hati … apabila Tuhan menunjukkan kesalahanmu, dan janganlah kecil hati apabila Dia menghukum kamu.”5
Saudara dan saudari saya yang dikasihi, apabila anda berasa anda disuruh untuk melakukan sesuatu yang susah—menghentikan tabiat atau penagihan yang tidak baik, mengetepikan pencapaian duniawi, mengorbankan aktiviti kegemaran kerana hari Sabat, mengampuni seseorang yang telah menyalahi anda—bayangkan Tuhan melihat anda, mengasihi anda, dan menjemput anda untuk lepaskannya dan ikutlah Dia. Dan bersyukurlah kepada Dia kerana mengasihi anda secukupnya untuk menjemput anda membuat lebih.
Saya bersaksikan Juruselamat kita, Yesus Kristus, dan memandang ke masa Dia memeluk kita, melihat kita dan menyelubungi kita dengan kasih-Nya yang sempurna. Dalam nama Yesus Kristus, amin.