2010–2019
Bahasa Injil
April 2017


12:27

Bahasa Injil

Pengajaran yang berkuasa sangat penting untuk mengekalkan Injil di dalam keluarga kita, dan ia memerlukan ketekunan dan usaha.

Setelah dipanggil sebagai Penguasa Umum, saya dan keluarga saya berpindah dari Costa Rica ke Salt Lake City untuk tugas pertama saya. Sini di Amerika Syarikat, saya telah diberkati untuk berkunjung dengan orang baik dari pelbagai latar belakang dan kebudayaan. Ramai di antara mereka yang, seperti saya, dilahirkan di negara-negara Amerika Latin.

Saya perasan bahawa ramai orang Hispanik generasi pertama di sini bercakap dalam bahasa Sepanyol sebagai bahasa utama mereka dan cukup bahasa Inggeris untuk berkomunikasi dengan orang lain. Generasi kedua, yang dilahirkan di Amerika Syarikat atau datang pada umur yang muda dan menghadiri sekolah di sini, bercakap dalam bahasa Inggeris dengan fasih dan mungkin sedikit bahasa Sepanyol. Dan kerap kali dengan generasi ketiga, bahasa Sepanyol, bahasa ibunda nenek moyang mereka, hilang.1

Dalam istilah linguistik, ini dipanggil “kehilangan bahasa.” Kehilangan bahasa mungkin berlaku apabila keluarga-keluarga berpindah ke negara asing di mana bahasa ibunda mereka tidak banyak digunakan. Ini berlaku bukan saja di kalangan orang Hispanik tetapi juga di kalangan populasi di seluruh dunia di mana bahasa ibunda digantikan dengan bahasa baru.2 Bahkan Nefi, seorang nabi Kitab Mormon, berasa bimbang akan kehilangan bahasa ibunda nenek moyangnya ketika dia sedang bersedia untuk berpindah ke negeri yang dijanjikan. Nefi menulis, “Lihatlah, adalah kebijaksanaan Tuhan bahawa kita patut mendapat catatan-catatan itu, supaya kita boleh mengekalkan untuk anak-anak kita bahasa nenek-moyang kita.3

Tetapi Nefi juga berasa bimbang tentang kehilangan jenis bahasa yang lain. Dalam ayat seterusnya, dia menyambung, “Dan juga supaya kita dapat mengekalkan untuk mereka kata-kata yang telah diucapkan oleh mulut semua nabi kudus, yang telah disampaikan kepada mereka oleh Roh dan kuasa Tuhan, sejak masa dunia bermula, bahkan sampai ke masa kini.”4

Saya melihat kesamaan di antara mengekalkan bahasa ibunda dan mengekalkan Injil Yesus Kristus dalam kehidupan kita.

Hari ini dalam analogi saya, saya ingin menekankan bukan sesuatu bahasa duniawi tetapi bahasa abadi yang mesti dikekalkan dalam keluarga kita dan tidak dihilangkan. Saya merujuk kepada bahasa5 Injil Yesus Kristus. Dengan “bahasa Injil,” saya memaksudkan semua ajaran nabi-nabi kita, kepatuhan kita kepada ajaran-ajaran itu, dan pengikutan tradisi-tradisi yang soleh.

Saya akan membincangkan tiga cara bahasa ini dapat dikekalkan.

Pertama: Menjadi Lebih Tekun dan Lebih Prihatin di Rumah

Dalam Ajaran dan Perjanjian, Tuhan menjemput banyak ahli Gereja terkenal, termasuk Newel K. Whitney, untuk mengatur rumah mereka. Tuhan berfirman, “Hamba-Ku Newel K. Whitney … perlu ditegur, dan menertibkan keluarganya, dan usahakan agar mereka lebih rajin dan lebih memperhatikan di rumah, dan selalu berdoa, kalau tidak mereka akan disingkirkan dari tempat mereka.”6

Satu faktor yang mempengaruhi kehilangan bahasa adalah apabila para ibu bapa tidak meluangkan masa untuk mengajar anak-anak bahasa ibunda mereka. Ia tidaklah cukup untuk hanya bercakap dalam bahasa itu di rumah saja. Jika ibu bapa ingin mengekalkan bahasa mereka, ia mesti diajar. Penyelidikan telah mendapati bahawa ibu bapa yang membuat usaha sengaja untuk mengekalkan bahasa ibunda mereka sering berjaya dalam melakukan demikian.7 Jadi apakah yang merupakan usaha sengaja untuk mengekalkan bahasa Injil?

Elder David A. Bednar dari Kuorum Dua Belas Rasul memberi amaran bahawa “pengajaran Injil dan contoh yang lemah di rumah” ialah penyebab berkuasa yang mungkin menghentikan kitaran keluarga-keluarga multigenerasi dalam Gereja.8

Oleh itu kita dapat membuat kesimpulan bahawa pengajaran yang berkuasa sangat penting untuk mengekalkan Injil di dalam keluarga kita, dan ia memerlukan ketekunan dan usaha.

Kita telah dijemput banyak kali untuk mengamalkan pengajian harian tulisan suci keluarga dan peribadi.9 Banyak keluarga yang melakukan ini diberkati setiap hari dengan kesatuan yang lebih baik dan hubungan yang lebih dekat dengan Tuhan.

Seorang bapa dan anak sedang mengkaji tulisan suci

Bilakah pengajian harian tulisan suci akan berlaku? Ia akan berlaku apabila ibu bapa mengambil tulisan suci dalam tangan dan, dengan kasih, menjemput keluarga berkumpul bersama untuk mengkaji. Susahnya untuk melihat pengajian ini berlaku dalam apa-apa cara yang lain.

Keluarga sedang mengkaji tulisan suci

Bapa-bapa dan ibu-ibu, janganlah melepaskan berkat-berkat yang besar ini. Janganlah tunggu sampai terlewat!

Kedua: Contoh yang Kuat di Rumah

Seorang pakar linguistik menulis bahawa untuk mengekalkan bahasa ibunda, “anda perlu membuat bahasa itu menarik bagi anak-anak anda.”10 Kita “membuat bahasa menarik” apabila pengajaran dan contoh kita bekerjasama.

Ketika muda, saya bekerja di kilang bapa semasa cuti. Soalan pertama yang bapa selalu bertanya setelah saya terima gaji adalah “Apakah yang kamu akan buat dengan duit kamu?”

Saya tahu jawapannya dan membalas, “Bayar persepuluhan saya dan jimat untuk misi saya.”

Setelah bekerja bersama dia selama lapan tahun dan selalu menjawab soalannya yang sama itu, bapa saya berfikir bahawa dia sudah mengajar saya tentang pembayaran persepuluhan. Apa yang dia tidak tahu adalah bahawa saya telah belajar asas yang penting ini dalam satu hujung minggu sahaja. Biar saya beritahu anda bagaimana saya belajar asas itu.

Setelah beberapa peristiwa yang berkaitan dengan perang saudara di Amerika Tengah, perniagaan bapa saya muflis. Perniagaan dia berkurangan dari kira-kira 200 pekerja sepenuh masa ke kurang daripada lima penjahit, yang bekerja bila diperlukan di garaj rumah kami. Pada satu hari sewaktu masa yang susah itu, saya terdengar ibu bapa saya membincangkan sama ada mereka patut membayar persepuluhan atau beli makanan untuk anak-anak.

Pada hari Ahad, saya mengikut bapa saya untuk melihat apa yang dia akan lakukan. Selepas pertemuan Gereja kami, saya nampak dia mengambil sampul surat dan memasukkan persepuluhannya ke dalam. Itu hanya sebahagian daripada pelajaran. Soalan yang masih ada adalah apa yang kami akan makan.

Pada awal pagi Isnin, beberapa orang mengetuk pintu kami. Apabila saya membuka pintu, mereka meminta bercakap dengan bapa saya. Saya memanggil dia, dan apabila dia tiba, para pengunjung itu memberitahu dia tentang pesanan penjahitan mustahak yang mereka perlukan secepat mungkin. Mereka beritahu dia bahawa pesanan itu begitu mustahak jadi mereka akan bayar pendahuluan. Hari itu saya belajar asas-asas membayar persepuluhan dan berkat-berkat yang mengikutinya.

Dalam Perjanjian Baru, Tuhan bercakap tentang menjadi contoh. Dia berkata, “Percayalah, Putera tidak dapat melakukan apa-apa menurut kehendak-Nya sendiri. Dia hanya melakukan apa yang dilihat-Nya dilakukan oleh Bapa-Nya. Apa yang dilakukan oleh Bapa, perkara itu juga yang dilakukan oleh Putera.”11

Menghadiri bait suci

Ia tidak cukup untuk hanya bercakap sahaja kepada anak-anak kita tentang kepentingan perkahwinan bait suci, berpuasa, dan menguduskan hari Sabat. Mereka harus melihat kita meluangkan masa dalam jadual kita untuk menghadiri bait suci sekerap mungkin. Mereka perlu melihat tekad kita kepada berpuasa secara kerap12 dan menguduskan sepanjang hari Sabat. Jika remaja kita tidak dapat berpuasa selama dua waktu makan, tidak dapat mengkaji tulisan suci secara kerap, dan tidak dapat menutup televisyen semasa pertandingan besar pada hari Ahad, adakah mereka akan mempunyai penguasaan diri rohani untuk menentang godaan-godaan berkuasa di dunia yang mencabar, termasuk godaan pornografi?

Ketiga: Tradisi-tradisi

Satu lagi cara bahasa dapat diubah atau hilang adalah apabila bahasa dan tradisi yang lain dicampur dengan bahasa ibunda.13

Pada tahun-tahun awal Gereja yang dipulihkan, Tuhan menjemput banyak ahli Gereja terkenal untuk mengatur rumah mereka. Dia mulakan jemputan-Nya dengan mengemukakan dua cara yang kita mungkin kehilangan keterangan dan kebenaran dari rumah kita: “Yang jahat itu datang dan mengambil terang dan kebenaran itu melalui ketidakpatuhan, dari anak-anak manusia dan oleh sebab adat resam nenek moyang.14

Sebagai keluarga, kita perlu mengelakkan apa-apa tradisi yang akan menghalang kita dari menguduskan hari Sabat atau mengadakan pengkajian tulisan suci dan doa harian di rumah. Kita perlu menutup pintu-pintu digital rumah kita kepada pornografi dan semua pengaruh jahat yang lain. Untuk menentang tradisi-tradisi duniawi zaman kita, kita perlu menggunakan tulisan suci dan suara nabi-nabi moden kita untuk mengajar anak-anak kita tentang identiti ilahi mereka, tujuan mereka dalam kehidupan, dan misi ilahi Yesus Kristus.

Kesimpulan

Dalam tulisan suci, kita menjumpai banyak contoh “kehilangan bahasa.”15 Contohnya:

“Sekarang, terjadilah bahawa ada banyak daripada generasi muda yang tidak dapat memahami perkataan-perkataan raja Benyamin, kerana masih anak-anak kecil pada waktu dia berbicara kepada rakyatnya; dan mereka tidak mempercayai adat resam nenek moyang mereka. …

“Dan sekarang, kerana ketidakpercayaan mereka, mereka tidak dapat mengerti firman Tuhan; dan hati mereka menjadi keras.”16

Untuk generasi muda, Injil menjadi bahasa yang pelik. Walaupun manfaat-manfaat mengekalkan bahasa ibunda kadang-kadang dibahaskan, dalam konteks rancangan keselamatan, tidak ada bahasan tentang akibat-akibat abadi kehilangan bahasa Injil di rumah kita.

Seorang ibu berdoa bersama anaknya yang muda

Sebagai anak-anak Tuhan, kita merupakan orang tidak sempurna yang sedang cuba belajar satu bahasa yang sempurna.17 Seperti seorang ibu yang dipenuhi rasa kasihan terhadap anak-anak kecil dia, Bapa Syurgawi kita penuh kesabaran dengan ketidaksempurnaan dan kesalahan kita. Dia menghargai dan memahami kata-kata kita yang paling lemah, yang mengomel dengan ikhlas, seolah-olah perkataan kita merupakan puisi yang baik. Dia gembira mendengar perkataan Injil pertama kita. Dia mengajar kita dengan kasih yang sempurna.

Keluarga sedang berdoa bersama

Tiada pencapaian dalam kehidupan ini, walaupun penting, yang akan kekal penting jika kita kehilangan bahasa Injil dalam keluarga kita.18 Saya bersaksi bahawa Bapa Syurgawi akan memberkati kita dalam usaha kita apabila kita berusaha memeluk bahasa-Nya, bahkan sampai kita menjadi fasih dalam tahap komunikasi yang lebih tinggi ini, yang sentiasanya bahasa ibunda kita. Dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Among Hispanics, by the third generation “the level of English monolingualism is … 72 percent” (Richard Alba, “Bilingualism Persists, but English Still Dominates,” Migration Policy Institute, Feb. 1, 2005, migrationpolicy.org/article/bilingualism-persists-english-still-dominates).

  2. “Speaking only English is the predominant pattern by the third generation” (Alba, “Bilingualism Persists, but English Still Dominates).

  3. 1 Nefi 3:19; tekanan ditambah.

  4. 1 Nefi 3:20; tekanan ditambah.

  5. A language can be defined as “a system of communication used by a particular country or community” (Oxford Living Dictionaries, “language,” oxforddictionaries.com).

  6. Ajaran dan Perjanjian 93:50; tekanan ditambah.

  7. “[Preserving a native language] is possible, but it takes dedication and planning” (Eowyn Crisfield, “Heritage Languages: Fighting a Losing Battle?” onraisingbilingualchildren.com/2013/03/25/heritage-languages-fighting-a-losing-battle). “For example, German speakers in the Midwest were successful in maintaining their mother tongue across generations” (Alba, “Bilingualism Persists, but English Still Dominates”).

  8. David A. Bednar, “Multigenerational Families,” in General Conference Leadership Meetings, Apr. 2015, broadcasts.lds.org.

  9. Satu contoh moden ialah arahan dari Presidensi Utama: “Kami menasihati ibu bapa dan anak-anak untuk memberi keutamaan tertinggi kepada doa keluarga, malam keluarga, pengkajian dan pengajaran Injil, dan aktiviti keluarga yang baik” (First Presidency letter, Feb. 11, 1999).

  10. “You need to bring the language alive for your children, so that they can understand and communicate and feel a part of the people represented by the language” (Crisfield, “Heritage Languages: Fighting a Losing Battle?” tekanan ditambah).

  11. Yohanes 5:19.

  12. “A proper fast day observance typically includes abstaining from food and drink for two consecutive meals in a 24-hour period, attending fast and testimony meeting, and giving a generous fast offering to help care for those in need” (Handbook 2: Administering the Church [2010], 21.1.17).

  13. Lihat Omni 1:17.

  14. Ajaran dan Perjanjian 93:39; tekanan ditambah.

  15. Dalam konteks ucapan ini, “kehilangan bahasa” merujukkan bagaimana Injil dapat hilang (lihat Hakim-Hakim 2:10; Omni 1:17; 3 Nefi 1:30).

  16. Mosia 26:1, 3; tekanan ditambah.

  17. Lihat Matius 5:48; 3 Nefi 12:48.

  18. Lihat Matius 16:24–26.