2010–2019
Berdiri Tegak dan Melakukan Dengan Segala Jiwa
April 2017


11:59

Berdiri Tegak dan Melakukan Dengan Segala Jiwa

Semoga kita buat perubahan yang diperlukan dan memandang ke depan dengan harapan dan iman. Semoga kita berdiri tegak dengan berani dan melakukan dengan segala jiwa.

Beberapa tahun lalu, cucu perempuan kami mengisytihar dengan teruja, “Datuk, saya masuk tiga gol hari ini dalam pertandingan bola sepak!”

Saya balas dengan penuh minat, “Bagus sekali, Sarah!”

Ibunya memandang saya dan kata dengan lucu, “Skor itu ialah dua-satu.”

Saya tidak berani tanya siapa yang menang!

Persidangan umum ialah satu waktu untuk merenung, menerima wahyu, dan kadangkala membuat penghalaan semula.

Ada satu syarikat sewa kereta yang gunakan satu sistem GPS yang dipanggil NeverLost. Jika anda buat satu pusingan salah selepas anda masukkan destinasi anda, suara bimbingan itu tidak kata, “Bodoh!” Sebaliknya, dengan suara yang tenang, ia kata, “Mengubah jalan—apabila boleh, buat pusingan U yang sah.”

Dalam Yehezkiel kita baca janji yang bagus ini:

“Jika seorang jahat berhenti berbuat dosa, dan mula mentaati hukum-Ku, serta melakukan apa yang benar dan baik, dia tidak akan mati. Dia pasti akan hidup.

“Semua dosanya akan diampunkan.”1

Betapa indah janji ini tetapi ia perlukan dua tindakan untuk menerima janji ketiga. Henti berbuat dosa, mentaati hukum; kemudian diampunkan. Ini perlukan komitmen segala jiwa.

Kita tidak harus bertindak seperti seorang lelaki yang dilaporkan dalam Wall Street Journal. Dia kirimkan satu sampul surat penuh dengan wang tunai serta satu surat tanpa nama ke Lembaga Hasil Dalam Negeri yang bertulis: Kepada LHDN, “Ini hutang cukai saya. Jika saya masih berasa salah selepas kiriman ini, saya akan kirim baki wang yang saya masih berhutang.”2

Kita tidak harus berkelakuan macam ini! Kita tidak tunggu untuk melihat apa yang boleh kita elakkan. Tuhan memerlukan hati dan minda yang rela.3 Segala hati kita! Apabila kita dibaptis, kita dicelup dengan sepenuhnya sebagai satu lambang janji kita untuk mengikut Juruselamat dengan sepenuhnya, bukan separuh hati sahaja. Apabila kita berkomitmen dan “melakukan dengan segala jiwa”, langit bergoncang demi kebaikan kita.4 Apabila kita hanya melakukan dengan separa jiwa, kita kehilangan sebahagian berkat syurgawi.5

Bertahun-tahun yang lalu, saya membawa satu kumpulan pengakap ke satu khemah dalam gurun. Budak-budak lelaki itu tidur dekat satu api yang mereka bakar, seperti setiap pemimpin pengakap yang bagus, saya tidur di belakang trak saya. Pada pagi hari besok, saya bangun dan memerhati tempat khemah itu, saya nampak seorang pengakap, yang akan saya panggil Paul, berwajah letih. Saya tanya bagaimana dia tidur semalam, dan dia balas, “Tidak baik.”

Apabila saya tanya mengapa, dia jawab. “Saya sejuk; api itu padam.”

Saya kata, “Ya, api akan padam. Beg tidur anda tidak cukup panas?”

Dia tidak jawab.

Seorang pengakap kata dengan kuat, “Dia tidak gunakan beg tidurnya.”

Saya tanya dengan hairan, “Mengapa tidak, Paul?”

Dia menjadi diam—kemudian jawab dengan malu: “Saya fikir jika saya tidak buka beg tidur saya, saya tidak perlu lipatkan dan simpankan ia.”

Ini kisah benar: budak ini sejuk beku berjam-jam kerana dia cuba elakkan melipat beg tidur yang hanya ambil 5 minit. Mungkin kita berfikir, “Bodohnya kamu!” Siapa buat begini? Sebenarnya, kita selalu buat begini dalam cara yang lebih bahaya. Kita enggan buka beg tidur rohani kita apabila kita tidak ambil masa untuk berdoa dan mengkaji dengan ikhlas, serta mematuh Injil setiap hari; api itu akan padam, dan kita hilang perlindungan dan menjadi sejuk secara rohani.

Apabila kita berpuas hati dengan perjanjian kita, kita bertanggungjawab ke atas akibatnya. Tuhan menasihat kita “untuk berhati-hati mengenai kamu sendiri, untuk tekun mengindahkan firman tentang kehidupan kekal.”6 Dan Dia terus mengisytiharkan, “Darah-Ku tidak akan membersihkan mereka jika mereka tidak mendengar-Ku.”7

Dalam realiti, adalah lebih mudah untuk “melakukan dengan segala jiwa”. Apabila kita melakukan dengan separa atau tidak berkomitmen langsung, seperti yang disebutkan dalam Star Wars, akan ada satu “gangguan daya.” Apabila kita tidak segerak dengan kehendak Tuhan, kita tidak segerak dengan kegembiraan.8 Yesaya kata:

“Orang jahat seperti laut yang berombak dan tidak pernah tenang; arusnya membawa sampah dan lumpur.

“Orang berdosa tidak akan selamat.”9

Syukurnya, tidak kira di mana kita berada atau ke mana pernah kita pergi, kita tidak di luar pengaruh Juruselamat, yang berfirman: “Oleh itu, sesiapa yang bertaubat dan datang kepada-Ku seperti seorang anak kecil, dialah yang akan Aku terima, kerana demikianlah kerajaan Tuhan. Lihatlah, untuk yang demikianlah telah Aku serahkan nyawa-Ku, dan telah mengambilnya kembali.”10

Semasa kita terus bertaubat dan bergantung pada Tuhan, kita memperoleh kekuatan apabila kita kembali ke kerendahan hati dan iman seperti seorang anak kecil,11 diperkaya dengan kebijaksanaan yang datang dari pengalaman sepanjang hidup. Ayub kata, “Orang yang baik dan tidak bersalah, semakin yakin bahawa Tuhan berkenan kepada mereka.12 Tennyson tulis, “Kekuatan saya kuat seperti sepuluh orang, kerana hati saya suci.”13 Tuhan berfirman, “Berdirilah kamu di tempat-tempat kudus, dan janganlah berpindah.”14

Anak lelaki kami Justin meninggal dunia pada usia 19 tahun selepas berjuang dengan satu penyakit sepanjang hidupnya. Dia berikan satu ucapan dalam pertemuan sakramen sebelum dia meninggal dunia. Dia kongsikan satu cerita yang bermakna bagi dia tentang seorang bapa dan anak lelakinya yang pergi ke satu kedai permainan di mana mereka nampak satu beg tumbuk berbentuk seorang lelaki. Budak itu menumbuk beg tumbuk itu, ia terbalik dan dengan serta merta berdiri tegak lagi selepas setiap tumbukan. Bapa itu menanya anaknya mengapa beg tumbuk itu terus berdiri tegak. Budak itu fikir sekejap dan kemudian kata, “ Saya tidak tahu. Mungkin dia berdiri tegak di dalam.” Untuk berdiri tegak, kita perlu berdiri dan menghadapi cabaran.15

Kita berdiri tegak apabila kita menunggu-nunggukan Tuhan dengan sabar untuk menyingkirkan atau memberikan kita kekuatan untuk menahan penyakit yang sangat menyakitkan.16 Penyakit itu mungkin satu penjangkitan, ketidakmampuan, penyakit mental, kematian seorang yang terkasih dan banyak cabaran lain.

Kita berdiri tegak apabila kita mengangkat tangan yang terkulai. Kita berdiri tegak apabila kita membela kebenaran bertentangan dunia yang jahat dan sekular yang semakin berasa tidak senang dengan cahaya, memutarbalikkan yang baik dan yang jahat17 dan “menghukum yang soleh kerana kesolehan mereka.”18

Berdiri tegak walaupun ada kesusahan adalah munasabah kerana adanya hati nurani, jaminan yang memperkukuhkan dan yang menyenangkan hati dari Roh Kudus dan satu perspektif abadi yang melebihi pemahaman fana.19 Dalam kehidupan fana, kita harus berteriak demi kebahagiaan yang datang dari peluang untuk mengalami kefanaan.20 Kita berdiri tegak apabila kita buat keputusan untuk menjadi pembela rancangan Bapa Syurgawi yang berani. Inilah masa untuk berdiri dan membela rancangan-Nya sekali lagi!

Bapa saya yang berusia 97 tahun baru-baru ini meninggal dunia. Apabila seseorang menanya bagaimana keadaannya, dia selalu balas “Dari nilai 1 hingga 10, saya 25!” Mahupun apabila dia tidak mampu berdiri atau duduk, susah bertutur, jawapannya masih sama. Jiwanya selalu berdiri tegak.

Pada masa bapa saya berusia 90 tahun, kami berada pada satu lapangan terbang dan saya tanya jika dia perlukan kerusi roda. Dia kata, “Tidak, Gary—mungkin apabila saya menjadi tua.” Kemudian dia tambah, “Jika saya penat untuk berjalan, saya boleh lari.” Jika kita tidak berupaya untuk berdiri tegak semasa kita jalan sekarang, mungkin kita perlu berlari; mungkin kita perlu mengubah jalan kita. Mungkin kita perlu buat satu pusingan U. Mungkin kita perlu mengkaji dengan lebih mendalam, berdoa dengan lebih bersungguh-sungguh, atau tidak risau tentang perkara yang kurang penting supaya kita dapat memegang kepada perkara yang betul-betulnya mustahak. Mungkin kita perlu lepaskan dunia ini supaya kita boleh bergantung pada keabadian. Bapa saya faham asas ini.

Bapa Elder Sabin dalam tentera laut

Semasa dia melayan dalam tentera laut dalam Peperangan Dunia Kedua, ada orang yang berada dalam bangunan besar dan lapang21 yang mengusik asas-asasnya; dua orang teman sekapalnya, Dale Maddox dan Don Davidson, memerhati dan tidak buat demikian. Mereka tanya, “Sabin, mengapa anda berbeza daripada orang lain? Anda bermoral tinggi dan tidak minum minuman keras, tidak merokok, atau mencarut, tetapi anda nampaknya tenang dan gembira.”

Tanggapan positif mereka tentang bapa saya tidak padan dengan apa yang sudah mereka belajar tentang Mormon, dan bapa saya mengajar dan membaptiskan kedua-dua teman sekapal itu. Ibu bapa Dale sangat marah dan memberi amaran bahawa jika dia menyertai Gereja, dia akan kehilangan kekasihnya, Mary Olive, tetapi Mary Olive bertemu dengan para penginjil dan juga dibaptiskan.

Hampir pengakhiran peperangan itu, Presiden Heber J. Grant memanggil penginjil, termasuk lelaki yang sudah kahwin. Dale dan isterinya, Mary Olive, buat keputusan bahawa Dale harus pergi melayan walaupun isterinya mengandung dengan anak pertama mereka. Akhirnya, mereka mempunyai sembilan orang anak, tiga lelaki dan enam perempuan. Semua sembilan anak mereka melayan misi, dan Dale dan Mary Olive juga melayan tiga misi. Ramai cucu mereka juga melayan misi. Dua orang anak lelaki mereka, John dan Matthew Maddox, sekarang melayan sebagai ahli Koir Tabernacle, dan menantu Matthew, Ryan juga. Nombor keluarga Maddox sekarang 144 dan mereka ialah teladan “melakukan dengan segala jiwa” yang baik.

Ahli-ahli keluarga Maddox dalam Koir Tabernacle

Semasa membaca kertas bapa saya, kami mendapati satu surat dari Jennifer Richards, salah seorang anak perempuan teman sekapal lain, Don Davidson. Dia tulis: “Kesolehan anda mengubah kehidupan kami. Saya tidak dapat menggambarkan hidup kami tanpa Gereja. Bapa saya meninggal dunia mengasihi Injil dan berusaha untuk mematuhi Injil sampai hujung hidupnya.”22

Memang susah untuk mengukur pengaruh setiap individu soleh yang berdiri tegak. Bapa saya dan dua teman sekapalnya enggan mendengar mereka yang berada dalam bangunan besar dan lapang yang menudung jari.23 Mereka tahu bahawa adalah lebih baik untuk mengikut Pencipta dan bukan orang ramai.

Rasul Paulus mungkin menghurai tentang zaman kita apabila dia beritahu Timotius bahawa “beberapa orang sudah menyimpang daripada hal-hal itu, lalu tersesat dalam perbincangan yang sia-sia.”24 Terdapat banyak “perbincangan yang sia-sia” dalam dunia ini hari ini. Itu perbualan mereka dalam bangunan yang besar dan lapang.25 Kerap kali perbincangan itu nampaknya sebagai satu bentuk rasionalisasi untuk memberi alasan kepada kejahatan atau menunjukkan diri apabila orang menjadi sesat dengan cepat. Kadang-kala ini datang daripada mereka yang belum lakukan perkara apa yang diperlukan untuk berdiri tegak dan lebih suka mengikut manusia alamiah dan bukan nabi.

Syukurnya, kita tahu apa yang akan berlaku kepada orang yang beriman. Apabila kita “melakukan dengan segala jiwa”, kita mempunyai jaminan bahawa “Tuhan mengendalikan segala hal sehingga menghasilkan yang baik bagi orang yang mengasihi Dia.”26 Seperti Elder Neal A. Maxwell kata, “Jangan takut, hanya hidup dengan soleh.”27

Bapa mertua saya mengajar di BYU dan dia suka pasukan bola sepak Amerika BYU tetapi tidak suka menonton pertandingan mereka kerana dia berasa tegang terhadap keputusan pertandingan mereka. Kemudian perakam kaset video dicipta, jadi dia boleh merakam pertandingan mereka. Jika BYU menang, dia akan menonton rakaman itu dengan keyakinan sempurna, pasti dengan keputusannya. Jika mereka dihukum secara tidak adil, dicedera atau nampaknya akan kalah, dia tidak berasa tegang kerana dia sudah tahu mereka akan menang! Anda boleh kata dia memiliki “kecerahan harapan yang sempurna”!28

Sama begitu bagi kita juga. Apabila kita beriman, kita memiliki kepastian yang sama bahawa semua akan menjadi baik pada akhirnya. Janji Tuhan adalah pasti. Ini tidak bererti hidup kita akan menjadi senang atau tanpa air mata, tetapi seperti Paulus tulis, “Apa yang belum pernah dilihat atau didengar, atau terlintas dalam fikiran manusia, itulah yang disediakan oleh Tuhan untuk orang yang mengasihi Dia.”29

Saudara saudari, tiada seorang pun sudah berdosa hari esok. Semoga kita buat perubahan yang diperlukan dan memandang ke depan dengan harapan dan iman. Semoga kita berdiri tegak dengan berani. Semoga kita menjadi suci dan berani membela rancangan Bapa Syurgawi kita dan misi Putera-Nya, Juruselamat kita. Saya beri saksi bahawa Bapa kita hidup, Yesus ialah Kristus, dan tentang realiti rancangan kegembiraan. Saya berdoa bahawa berkat Tuhan bersama anda, dan saya buat demikian dalam nama Yesus Kristus, amin.