Satu Generasi yang Menahan Dosa
Semasa anda mengajar, membimbing, dan menyayangi anak-anak, anda boleh menerima wahyu peribadi yang akan menolong anda untuk mencipta dan mempersenjatai anak-anak yang berani menahan dosa.
Satu setengah tahun dahulu, Presiden Russell M. Nelson berucap tentang keperluan “untuk mengajar dan membesarkan satu generasi yang menahan dosa.”1 Frasa “satu generasi yang menahan dosa” sangat bererti kepada saya.
Kita menghargai kanak-kanak yang berusaha untuk menjadi suci dan mematuhi perintah. Saya sudah saksi kekuatan ramai kanak-kanak dari seluruh dunia. Mereka berdiri tidak mudah luntur, “tabah dan tak tergoyah”2 dalam pelbagai keadaan dan situasi yang mencabarkan. Kanak-kanak ini faham identiti ilahi mereka, merasai kasih sayang Bapa Syurgawi, dan berusaha untuk mematuhi kehendak-Nya.
Tetapi, ada kanak-kanak yang susah berdiri “tabah dan tak tergoyah” dan minda sensitif mereka dilukai.3 Mereka diserang oleh “anak panah berapi dari musuh”4 dan mereka perlukan pengukuhan dan sokongan. Mereka ialah motivasi kita untuk melibatkan diri dan berjuang untuk menentang dosa dalam usaha kita untuk membawakan anak-anak kita kepada Kristus.
Dengarlah kata-kata Elder Bruce R. McConkie hampir 43 tahun dahulu:
“Sebagai ahli Gereja, kita terlibat dalam satu konflik yang besar. Kita berada dalam satu peperangan. Kita menyertai perjuangan Kristus untuk menentang Lusifer. …
“Malangnya, peperangan rohani yang hebat ini mengakibatkan banyak mangsa, adanya membawa maut. Ini bukan perkara yang baru. …
“Sekarang tidak ada orang yang boleh menetap neutral dalam peperangan ini.”5
Hari ini peperangan ini menerus dengan keamatan yang semakin besar. Peperangan ini mempengaruh kita semua, dan anak-anak kita berada pada barisan hadapan menghadapi kuasa pertentangan. Jadi, kita perlu memperkukuhkan strategi rohani kita.
Memperkukuhkan kanak-kanak untuk menahan dosa ialah satu tugas dan berkat untuk ibu bapa, datuk dan nenek, ahli keluarga, guru, dan pemimpin. Kita masing-masing bertanggungjawab untuk menolong. Tetapi, Tuhan terutamanya mengarah ibu bapa untuk mengajarkan anak-anak mereka “untuk mengerti ajaran tentang pertaubatan, iman kepada Kristus Putera Tuhan yang hidup, dan tentang pembaptisan dan kurnia Roh Kudus” dan “untuk berdoa, dan untuk berjalan dengan lurus di hadapan Tuhan.”6
Untuk “membesarkan anak-anak [kita] dalam terang dan kebenaran”7 mungkin satu cabaran kerana ini berbeza mengikut keperluan setiap keluarga dan setiap kanak-kanak, tetapi Bapa Syurgawi sudah berikan garis panduan universal yang akan membantu kita. Roh akan mengilhamkan kita dalam cara paling berkesan untuk kita menginokulasikan anak-anak kita.
Pertama, mempunyai satu wawasan tentang kepentingan tanggungjawab ini adalah mustahak. Kita harus faham identiti dan tujuan ilahi kita—dan mereka—sebelum kita boleh menolong anak-anak kita untuk memahami siapa mereka dan mengapa mereka di sini. Kita mesti menolong mereka mengetahui tanpa keraguan bahawa mereka anak kepada seorang Bapa Syurgawi yang penyayang dan Dia ada harapan ilahi bagi mereka.
Kedua, pemahaman ajaran pertaubatan adalah penting untuk menahan dosa. Untuk menahan dosa tidak bererti menjadi tanpa dosa, tetapi ia bererti bertaubat dengan berterusan, berjaga-jaga, dan bermulia. Mungkin untuk menahan dosa ialah berkat dari menentang dosa berulang kali. Seperti Yakobus katakan, “Lawanlah Iblis, maka Iblis akan lari daripada kamu.”8
Dua ribu orang putera teruna “amat gagah berkaitan dengan keberanian … ; tetapi lihatlah, ini bukanlah semuanya—mereka … jujur pada setiap masa dalam hal apa pun yang dipercayakan kepada mereka. Ya, … mereka telah diajar untuk mentaati perintah-perintah Tuhan dan untuk berjalan dengan lurus di hadapan-Nya.”9 Para pemuda ini pergi berperang membawakan hemah seperti Kristus sebagai senjata untuk melawan musuh mereka. Presiden Thomas S. Monson mengingatkan kita bahawa “kita dipanggil untuk menjadi berani. Setiap hari kita perlukan keberanian—bukan hanya untuk waktu yang penting sahaja tetapi lebih kerap kali semasa kita buat keputusan atau balasan terhadap keadaan yang mengeliling kita.”10
Anak-anak kita memakai perisai rohani apabila mereka menubuhkan pola penganutan peribadi harian. Mungkin kita memandang rendah keupayaan kanak-kanak untuk memaham konsep penganutan harian. Presiden Henry B. Eyring menasihat kita untuk “bermula awal dan terus mengajar” mereka.11 Kunci ketiga untuk menolong kanak-kanak untuk menahan dosa adalah untuk menanamkan ajaran dasar Injil pada umur yang awal dengan kasih sayang—menggunakan kitab suci, Fasal-Fasal Kepercayaan, risalah For the Strength of Youth , lagu-lagu Sekolah Primer, lagu-lagu rohani, dan kesaksian peribadi kita—yang akan memimpin kanak-kanak kepada Juruselamat.
Mencipta tabiat doa, pengajian kitab suci, malam keluarga, dan persembahan hari Sabat yang konsisten mendatangkan kesempurnaan, ketekalan dalaman, dan nilai-nilai moral yang kuat—iaitu kesempurnaan akhlak rohani. Dunia hari ini, di mana kesempurnaan akhlak semakin mundur, anak-anak kita berhak untuk memahami erti kesempurnaan akhlak yang benar dan mengapa ia penting—terutamanya semasa kita menyediakan mereka untuk membuat dan mentaati perjanjian kudus pembaptisan dan bait suci. Preach My Gospel ajar, “Mentaati komitmen menyediakan orang [termasuk orang yang sangat muda] untuk membuat dan mentaati perjanjian kudus.”12
Elder Jeffrey R. Holland ajar, “ Apabila kita berucap tentang mentaati perjanjian, kita berucap tentang hati dan jiwa tujuan kita dalam kefanaan.”13 Adanya satu kuasa luar biasa apabila kita buat dan mentaati perjanjian dengan Bapa Syurgawi kita. Musuh tahu tentang hal ini, jadi dia mengaburkan konsep membuat perjanjian.14 Menolong kanak-kanak memahami, membuat, dan mentaati perjanjian ialah satu kunci untuk mencipta generasi yang menahan dosa.
Bagaimana kita menyediakan anak-anak kita untuk membuat dan mentaati perjanjian kudus semasa mereka masuk dan berkembang di sepanjang jalan perjanjian? Mengajar kanak-kanak untuk mentaati janji yang mudah apabila mereka masih kecil akan memberi kuasa kepada mereka untuk mentaati perjanjian kudus kemudian.
Biarkan saya kongsikan satu contoh: Dalam malam keluarga, seorang bapa tanya, “Bagaimana keadaan keluarga kita?” Lizzie yang berumur lima tahun merungut bahawa abangnya, Kevin, mengusik dia dan menyakitkan hatinya. Kevin mengakui Lizzie adalah betul dengan rasa berat. Ibu Kevin tanya dia apa yang boleh dia lakukan untuk lebih bermesra terhadap adiknya. Kevin fikir dan buat keputusan dia akan janji Lizzie bahawa dia akan tidak mengusik dia buat satu hari.
Pada hari esok apabila mereka berkumpul untuk doa keluarga, bapa Kevin tanya Kevin adakah dia mengusik adiknya. Kevin balas “Bapa, saya taat kepada janji saya!” Lizzie bersetuju dengan gembira, dan mereka mengucap tahniah kepada Kevin.
Ibu Kevin cadangkan bahawa jika dia boleh taati janjinya buat satu hari, mungkin dia boleh lakukan demikian buat dua hari? Kevin setuju untuk mencuba lagi. Dua hari sudah lepas, Kevin berjaya untuk mentaati janjinya, dan Lizzie lebih bersyukur! Apabila bapanya menanya Kevin mengapa dia mentaati janjinya dengan begitu baik, Kevin kata, “Saya mentaati janji saya kerana saya kata saya akan buat demikian.”
Mentaati janji-janji kecil dengan berturut-turut mendatangkan kesempurnaan akhlak. Ketaatan janji yang konsisten ialah persediaan rohani bagi kanak-kanak untuk menerima perjanjian pertama mereka iaitu pembaptisan dan kurnia Roh Kudus, di mana mereka janji untuk melayan Tuhan dan mematuhi perintah-Nya.15 Janji dan perjanjian Injil adalah tidak berasingan.
Dalam kitab Daniel kita belajar tentang Sadrakh, Mesakh, dan Abednego yang enggan menyembah patung Raja Nebukadnezzar.16 Raja itu memberi amaran jika mereka tidak mematuhi dia, mereka akan dilemparkan ke dalam relau yang bernyala-nyala. Mereka menolak dan kata:
“Jika Tuhan yang kami sembah itu sanggup menyelamatkan kami dari relau yang bernyala-nyala …
“Tetapi seandainya Dia tidak melakukannya juga, hendaklah tuanku maklum bahawa kami tidak akan menyembah dewa tuanku.”17
“Tetapi seandainya Dia tidak.” Renungkan maksud empat perkataan ini dan bagaimana mereka berkaitan dengan ketaatan perjanjian. Tiga orang pemuda ini tidak mendasarkan kepatuhan mereka di atas kebebasan mereka. Mahupun jika mereka tidak dibebaskan, mereka akan mentaati perjanjian mereka kepada Tuhan kerana mereka sudah kata mereka akan buat demikian. Mentaati perjanjian kita tidak bergantung pada situasi kita. Tiga orang pemuda ini, seperti dua ribu putera teruna, ialah teladan baik bagi anak-anak kita untuk menahan dosa.
Bagaimana teladan-teladan ini boleh digunakan dalam rumah dan keluarga kita? “Baris demi baris, ajaran demi ajaran,”18 kita menolong anak-anak kita mencapai kejayaan sedikit semi sedikit. Semasa mereka mentaati janji mereka, mereka dapat rasa Roh dalam hidup mereka. Elder Joseph B. Wirthlin ajar bahawa “ganjaran paling besar kesempurnaan akhlak ialah penemanan Roh Kudus yang berterusan.”19 Kemudian “maka rasa percaya [mereka] akan menjadi kuat di hadirat Tuhan.”20 Dari perigi kesempurnaan akhlak datanglah satu generasi yang menahan dosa yang diberi kuasa.
Saudara saudari, memeluk anak-anak kecil anda—memeluk mereka dekat supaya mereka nampak tindakan rohani harian anda dan memerhati anda mentaati janji dan perjanjian kudus anda. “Kanak-kanak ialah peniru gaya yang baik, jadi, berikan mereka perkara yang baik untuk meniru.”21 Kita benar-benarnya menolong untuk mengajar dan membesarkan satu generasi yang menahan dosa kepada Tuhan, janji demi janji dan perjanjian demi perjanjian.
Saya bersaksi bahawa Yesus Kristus membimbing Gereja ini. Semasa anda mengajar, membimbing, dan menyayangi anak-anak dalam cara Juruselamat, anda boleh menerima wahyu peribadi yang akan menolong anda untuk mencipta dan mempersenjatai anak-anak yang berani menahan dosa. Saya berdoa supaya anak-anak kita akan mengikut kata Nefi: “Akankah Engkau menjadikanku agar aku menggementar apabila munculnya dosa?”22 Saya bersaksi bahawa Juruselamat kita menebuskan dosa-dosa dunia23—kerana Dia kata Dia akan buat demikian, dan Dia menyayangi kita lebih daripada pemahaman fana kita24—kerana Dia sudah kata Dia akan buat demikian. Dalam nama Yesus Kristus, amin.