2010–2019
Menjadi Pengikut Tuhan Kita Yesus Kristus
April 2017


11:7

Menjadi Pengikut Tuhan Kita Yesus Kristus

Susunan sifat-sifat yang dihasilkan dari iman kepada Kristus semua diperlukan untuk kita berdiri tegak pada zaman akhir ini.

Apakah ertinya menjadi pengikut Tuhan kita Yesus Kristus? Seorang pengikut ialah seseorang yang telah dibaptiskan dan rela mengambil ke atas dirinya nama Juruselamat dan ikut Dia. Seorang pengikut berusaha menjadi seperti Dia dengan mematuhi perintah-perintah-Nya dalam kefanaan, seperti seorang perantis berusaha menjadi seperti gurunya.

Banyak orang mendengar perkataan pengikut dan berfikir ia bermakna hanya “orang yang ikut” saja. Tetapi menjadi pengikut yang ikhlas ialah keadaan kewujudan. Ini mencadangkan lebih daripada mempelajari dan menggunakan senarai sifat-sifat individu. Pengikut-pengikut hidup supaya sifat-sifat Kristus ditenun ke dalam seluruh badan mereka, seperti kain rohani.

Dengarlah jemputan Rasul Petrus untuk menjadi pengikut Juruselamat:

“Oleh itu, kamu harus dengan sungguh berusaha untuk menambahkan kepada imanmu hemah; dan kepada hemah pengetahuan;

“Dan kepada pengetahuan penguasaan diri; dan kepada penguasaan diri kesabaran; dan kepada kesabaran kesolehan;

“Dan kepada kesolehan kasih akan saudara-saudara; dan kepada kasih akan saudara-saudara kasih ihsan.”1

Seperti yang anda dapat melihat, menenun kain rohani penganutan peribadi memerlukan lebih daripada satu benang saja. Pada zaman Juruselamat, banyak orang mendakwa bahawa mereka soleh dalam sesuatu bahagian kehidupan mereka. Mereka melakukan apa yang saya panggil kepatuhan pilihan. Contohnya, mereka mematuhi perintah untuk tidak bekerja pada hari Sabat tetapi mengkritik Juruselamat kerana menyembuhkan pada hari yang kudus itu.2 Mereka memberi sedekah kepada yang miskin tetapi memberi hanya yang berlebihan—apa yang mereka sendiri tidak perlu.3 Mereka berpuasa tetapi hanya dengan bermuka muram.4 Mereka berdoa tetapi hanya untuk dilihat orang.5 Yesus mengatakan, “Mereka menghampiri Aku dengan bibir mereka, namun hati mereka jauh daripada-Ku.”6 Lelaki dan perempuan yang demikian mungkin memberikan tumpuan pada menguasai sifat atau tindakan tertentu tetapi tidak semestinya menjadi seperti Dia dalam hati mereka.

Mengenai orang-orang ini, Yesus mengisytiharkan:

“Pada Hari Kiamat banyak orang akan berkata kepada-Ku, Ya Tuhan, ya Tuhan, bukankah dengan nama Tuhan kami memberitakan perkhabaran Tuhan? Bukankah dengan nama Tuhan kami mengusir roh jahat, serta melakukan banyak mukjizat?

“Tetapi Aku akan menjawab, Aku tidak mengenal kamu: pergilah dari sini, hai kamu pembuat kederhakaan.”7

Sifat-sifat Juruselamat, sebagaimana kita melihatnya, bukanlah skrip untuk diikuti atau senarai untuk ditandai. Sifat-sifat itu merupakan sifat-sifat yang ditenun, yang satu ditambah kepada yang lain, yang berkembang di dalam kita dalam cara yang saling tindak. Dengan kata-kata lain, kita tidak boleh mendapat satu sifat Kristus tanpa juga mendapat dan mempengaruhi sifat-sifat yang lain. Bila satu sifat menjadi kuat, banyak sifat yang lain menjadi kuat juga.

Di 2 Petrus dan di Ajaran dan Perjanjian bahagian 4, kita belajar bahawa iman kepada Tuhan Yesus Kristus ialah dasar. Kita mengukur iman kita dengan apa yang ia membimbing kita melakukan—dengan kepatuhan kita. Tuhan berjanji, “Jika kamu akan mempunyai iman kepada-Ku kamu akan memiliki kuasa untuk melakukan apa pun yang adalah sesuai bagi-Ku.”8 Iman ialah pemangkin. Tanpa tindakan, tanpa hidup dengan soleh, iman kita tidak ada kuasa untuk mengaktifkan penganutan. Tentunya, iman itu mati.9

Jadi, Petrus menjelaskan, “menambahkan kepada imanmu hemah.” Hemah ini lebih daripada kemurnian seksual. Ia merupakan kebersihan dan kekudusan dalam fikiran dan badan. Hemah juga merupakan kuasa. Bila kita mematuhi Injil dengan beriman, kita akan mempunyai kuasa untuk menjadi penuh hemah dalam setiap fikiran, perasaan, dan tindakan. Fikiran kita menjadi lebih terbuka kepada dorongan Roh Kudus dan Cahaya Kristus.10 Kita menjadi lambang Kristus bukan saja dengan apa yang kita berkata dan melakukan tetapi juga dalam siapa kita menjadi.

Petrus melanjutkan, “Menambahkan kepada hemah[mu], pengetahuan.” Bila kita menjalani kehidupan yang penuh hemah, kita mengenali Bapa Syurgawi kita dan Putera-Nya dalam cara yang istimewa. “Orang yang mahu melakukan kehendak [Bapa] akan tahu mengenai ajaran itu.”11 Pengetahuan ini ialah kesaksian peribadi, yang berasal dari pengalaman peribadi. Pengetahuanlah yang mengubah kita supaya “terang bersatu dengan terang[-Nya]” dan “hemah [kita] memeluk hemah[-Nya].”12 Dengan kehidupan kita yang penuh hemah, kita membuat perjalanan dari “saya percaya” ke destinasi yang mulia “saya tahu.”

Petrus menggesa kita untuk menambahkan “penguasaan diri kepada pengetahuan; dan kesabaran kepada penguasaan diri.” Sebagai para pengikut yang sederhana, kita mematuhi Injil dalam cara yang seimbang dan tetap. Kita tidak “berlari lebih cepat daripada kekuatan yang [kita] miliki.”13 Hari demi hari kita terus ke hadapan, tidak ditakutkan oleh cabaran-cabaran kefanaan yang menghaluskan.

Menjadi sederhana dalam cara ini, kita mengembangkan kesabaran dan kepercayaan kepada Tuhan. Kita dapat bergantung pada rancangan-Nya untuk kehidupan kita, walaupun kita tidak dapat melihatnya dengan mata fana kita sendiri.14 Oleh kerana itu, kita dapat “diam dan mengetahui bahawa [Dialah] Tuhan.”15 Bila dihadapi dengan ribut kesusahan, kita bertanya, “Apakah yang Engkau ingin saya belajar dari pengalaman ini?” Dengan rancangan dan tujuan-Nya dalam hati kita, kita terus ke hadapan bukan saja dengan bertahan melalui segala hal tetapi juga dengan bertahan melalui segala hal dengan sabar dan dengan baik.16

Kesabaran ini, Petrus mengajar, membimbing kita ke ketuhanan. Seperti Bapa bersabar dengan kita, anak-anak-Nya, kita menjadi sabar dengan satu sama lain dan dengan diri kita. Kita bersukacita dalam hak pilihan orang lain dan kesempatan yang ia memberikan mereka untuk berkembang “garis demi garis,”17 “makin terang sampai kepada hari yang sempurna.”18

Dari penguasaan diri kepada kesabaran dan dari kesabaran kepada ketuhanan, sifat-sifat kita berubah. Kita mendapat kebaikan hati yang merupakan satu ciri semua pengikut sejati. Seperti orang Samaria yang baik, kita menyeberangi jalan untuk melayani sesiapa yang perlu, bahkan jika mereka bukan dalam kumpulan kawan kita.19 Kita memberkati mereka yang mengutuk kita. Kita berbuat baik kepada mereka yang menganiaya kita.20 Adakah apa-apa sifat yang lebih seperti Tuhan atau Kristus?

Saya bersaksi bahawa usaha-usaha yang kita buat untuk menjadi pengikut Juruselamat kita betul-betul ditambahkan sampai kita “dimiliki” kasih-Nya.21 Kasih ini adalah sifat seorang pengikut Kristus yang paling penting.

“Meskipun aku dapat bercakap dalam pelbagai bahasa manusia, bahkan dalam bahasa malaikat sekalipun, tetapi jika aku tidak mengasihi orang lain, maka kata-kataku hanya seperti bunyi bising yang tidak bermakna.

“Meskipun aku mempunyai kurnia untuk menyampaikan perkhabaran daripada Tuhan, dan memahami hal-hal yang dalam, serta hal-hal yang tersembunyi, dan aku juga sangat percaya kepada Tuhan sehingga dapat mengalihkan gunung, tetapi jika aku tidak mengasihi orang lain, maka aku tidak berguna.”22

Iman, harapan, dan kasih ihsanlah yang melayakkan kita untuk pekerjaan Tuhan.23 “Tetapi yang paling penting daripada ketiga-tiganya adalah kasih ihsan.”24

Saudara dan saudari, sekarang, kita tidak dapat menjadi “pengikut sambilan”! Kita tidak dapat menjadi pengikut hanya pada satu ajaran saja. Susunan sifat-sifat yang dihasilkan dari iman kepada Kristus—termasuk sifat-sifat yang telah kita bincangkan hari ini—semua adalah perlu untuk kita berdiri tegak pada zaman akhir ini.

Bila kita betul-betul berusaha untuk menjadi pengikut sejati Yesus Kristus, sifat-sifat ini akan ditenun, ditambahkan, dan diperkukuh secara saling tindak di dalam kita. Tidak akan ada perbezaan antara kebaikan yang kita menunjukkan kepada musuh kita dan kebaikan yang kita memberi kepada kawan-kawan kita. Kita akan menjadi sama jujurnya bila tidak ada orang lain lihat dan bila orang lain lihat. Kita akan menjadi sama setianya kepada Tuhan di tempat awam dan di tempat peribadi kita.

Saya bersaksi bahawa semua orang dapat menjadi pengikut Juruselamat. Penganutan tidak terhad oleh umur, asal etnik, atau panggilan. Melalui penganutan individu kita, kita, sebagai Orang Suci Zaman Akhir, membina kekuatan bersama untuk memberkati saudara dan saudari kita di seluruh dunia. Sekarang adalah masa untuk membuat komitmen lagi untuk menjadi pengikut-Nya dengan segala ketekunan.

Saudara dan saudari, kita dipanggil untuk menjadi pengikut Juruselamat kita. Biarlah persidangan ini menjadi kesempatan anda untuk “mulailah seperti pada zaman dahulu, dan datanglah kepada [Dia] dengan sepenuh hatimu.”25 Ini adalah Gereja-Nya. Saya memberi kesaksian istimewa saya bahawa Dia hidup. Semoga Dia memberkati kita dalam usaha abadi kita untuk menjadi pengikut-pengikut yang setia dan berani. Dalam nama Yesus Kristus, amin.