Kebaikan Hati, Kasih Ihsan dan Kasih
Marilah kita menilai kehidupan kita dan bertekad untuk mengikut teladan Juruselamat dengan menjadi baik hati, penyayang dan berkasih ihsan.
Para saudara yang dikasihi, dengan rasa hormat saya dapat berucap kepada anda dalam perhimpunan seluruh dunia ini bagi ahli yang setia kepada imamat Tuhan. Pada malam ini, saya merujuk kepada satu topik yang pernah saya mengungkap dahulu.
Nabi Mormon menjelaskan salah satu sifat Juruselamat yang penting dan perlu diamalkan oleh pengikut-Nya. Dia berkata:
“Dan jika seseorang manusia melembutkan hati dan rendah hati, dan mengakui melalui kuasa Roh Kudus bahawa Yesus adalah Kristus, dia mestilah perlu mempunyai kasih ihsan; kerana jika dia tidak memiliki kasih ihsan dia tidak bermakna langsung; oleh itu dia mestilah perlu mempunyai kasih ihsan.
“Dan kasih ihsan itu kesabaran yang panjang, dan adalah baik hati, dan tidak dengki, dan tidak bongkak, tidak mementingkan dirinya sendiri, tidak mudah marah. …
“Oleh itu, saudara-saudaraku yang dikasihi, jika kamu tidak memiliki kasih ihsan, kamu tidak bermakna langsung, kerana kasih ihsan tidak pernah gagal. Oleh itu, dekatkanlah diri pada kasih ihsan, iaitu yang terbaik daripada segalanya, kerana semua hal mestilah gagal—
“Tetapi kasih ihsan adalah kasih suci Kristus, dan ia bertahan untuk selamanya; dan sesiapa yang didapati memilikinya pada hari terakhir, maka akan baiklah kesudahannya”1
Para saudara, kita tidak menghormati imamat Tuhan jika kita tidak berbaik hati kepada orang lain.
Rakan saya yang dikasihi, Elder Joseph B. Wirthlin ialah seorang yang benar-benar baik hati. Dia berkata:
“Kebaikan hati adalah intipati dalam kehidupan celestial. Kebaikan hati adalah cara seseorang bersifat seperti Kristus melayani orang lain. Kebaikan hati harus meresap ke dalam percakapan dan perbuatan di tempat kerja, sekolah, gereja dan terutamanya di rumah kita.
“Yesus, Juruselamat kita adalah intisari kebaikan hati dan belas kasihan.”2
Kitab suci mengajar bahawa perlakuan keimamatan kita yang soleh bergantung kepada pengamalan asas kebaikan hati, kasih ihsan dan kasih kita. Dalam Ajaran dan Perjanjian, kita membaca:
“Tidak ada kuasa atau pengaruh dapat atau seharusnya dipertahankan melalui kebajikan keimamatan, kecuali dengan pujukan, … dengan kelembutan hati, dan dengan kasih yang tidak dibuat-buat;
“Dengan kebaikan hati. dan pengetahuan yang murni, yang akan teramat memperluaskan jiwa tanpa kemunafikan, dan tanpa tipu daya”3
Para saudara, marilah kita menilai kehidupan kita dan bertekad untuk mengikut teladan Juruselamat dengan menjadi baik hati, penyayang dan berkasih ihsan. Dan apabila kita lakukan itu, kita akan lebih layak meminta kuasa dari syurga bagi kita, keluarga, dan kepada para pengembara dalam perjalanan yang kadangkala susah untuk pulang ke rumah syurgawi kita. Dalam nama TuhanYesus Kristus, amin.