Dan Inilah Kehidupan Abadi
Tuhan mengenali anda dan menjemput anda untuk mengenali Dia.
Saya bercakap kepada anda, generasi yang membangun—remaja dan pemuda-pemudi, bujang atau sudah berkahwin—anda adalah pemimpin masa depan Gereja Tuhan. Dengan semua kejahatan, huru-hara, ketakutan dan kekeliruan di dunia hari ini, saya bercakap dengan kejelasan tentang keagungan dan berkat dalam mengetahui Tuhan.
Yesus Kristus mengajar banyak kebenaran yang menerangkan rancangan kegembiraan Bapa Syurgawi dan tempat anda di dalamnya. Saya akan fokus kepada dua perkara yang akan menolong anda memahami identiti sebagai anak Tuhan dan untuk mengenali tujuan anda dalam hidup.
Pertama: “Tuhan sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal.”1
Kedua: “Jika orang mengenal Engkau, satu-satunya Tuhan yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang sudah Engkau utus, maka mereka mendapat hidup sejati dan kekal.”2
Tolong ingat kebenaran ini—mereka mengajar mengapa—sambil saya menerangkan bagaimana anda dan kita semua boleh mengetahui Tuhan.
Ketahui Dia melalui Doa
Kawan mudaku, kita boleh mula mengenali Tuhan melalui doa
Pada April 7, 1829, Oliver Cowdery yang berumur 22 tahun mula berkhidmat sebagai jurutulis kepada Joseph Smith yang berumur 23 tahun. Mereka amat muda–seperti anda. Oliver meminta pengesahan daripada Tuhan mengenai Pemulihan dan kerja-nya di dalamnya. Dia menerima wahyu berikut, sebagai jawapan:
“Lihatlah, engkau mengetahui bahawa engkau telah bertanya kepada-Ku dan Aku menerangi fikiranmu. …
“Ya, Aku memberi tahu engkau, agar engkau boleh mengetahui bahawa tak seorang pun yang lain kecuali Tuhan yang mengetahui pemikiranmu dan maksud hatimu. …
“… Jika kamu menghasratkan suatu kesaksian lebih lanjut, arahkanlah fikiranmu pada malam hari ketika kamu berseru kepada-Ku. …
“Apakah Aku tidak memfirmankan kedamaian pada fikiranmu … ? Kesaksian yang lebih besar apakah yang dapat kamu peroleh daripada dari Tuhan?”3
Apabila anda berdoa dengan iman, anda akan merasa kasih sayang Tuhan apabila Roh-nya bercakap kepada jiwa anda. Tidak kira betapa sendirian atau tidak pasti ada mungkin rasa, anda tidak seorang di dunia ini. Tuhan mengetahui anda, secara peribadi. Apabila anda berdoa, anda akan mula mengenali-Nya.
Mengenali Tuhan melalui Kajian Ayat Suci
Apabila anda mengkaji ayat suci, anda bukan sahaja belajar tentang Juruselamat, tetapi anda sebenarnya boleh mengenali Juruselamat.
Pada April 1985, Elder Bruce R. McConkie berucap di persidangan umum—hanya 13 hari sebelum dia meninggal dunia. Dia berakhir dengan kesaksiannya:
“Saya seorang saksi-Nya, dan dalam hari yang akan datang, saya akan merasa tanda di dalam tangan-Nya dan di dalam kaki-Nya dan akan membasahi kaki-Nya dengan air mataku.
“Tetapi saya tidak akan ketahui lebih daripada apa yang saya ketahui sekarang bahawa Dia ialah Putera Tuhan Maha Kuasa, bahawa Dia ialah Juruselamat dan Penebus, dan keselamatan datang dari dan melalui darah penebusannya dan tidak melalui jalan lain.”4
Mereka yang mendengar Elder McConkie berucap pada hari itu tidak pernah lupa bagaimana kami rasa. Apabila dia mula berucap, dia mengungkapkan mengapa kesaksian dia sangat berkuasa. Dia berkata:
“Dalam berkata tentang perkara menakjubkan ini, saya menggunakan perkataan sendiri, tetapi anda mungkin berfikir ia adalah ayat suci. …
“Benar bahawa ia telah pertama diisytiharkan oleh yang lain, tetapi ia adalah milik saya sekarang, ini adalah kerana Roh Tuhan yang Kudus telah bersaksi kepada saya bahawa ia benar, dan sekarang ia adalah seperti Tuhan telah mengungkapkan kepada saya seperti ia pertama diberikan. Saya telah mendengar suara-Nya dan mengetahui ajaran-Nya.”5
Apabila anda mengkaji dan merenungkan ayat suci, anda juga akan mendengar suara Tuhan, mengetahui ajaran-Nya, dan akan mengenali-Nya. Tuhan akan mendedahkan kebenaran abadi-Nya kepada anda, secara peribadi. Ajaran dan asas ini akan menjadi sebahagian daripada siapa diri anda dan akan datang daripada jiwa anda sendiri.
Selain daripada mengkaji dengan sendiri, mengkaji ayat suci bersama keluarga adalah penting.
Di rumah, kami ingin anak-anak kami untuk mempelajari mengenali suara Roh. Kami percaya ia berlaku apabila kami mempelajari Kitab Mormon setiap hari sebagai keluarga. Kesaksian kami dikuatkan apabila kami bercakap tentang kebenaran kudus.
Mengkaji ayat suci menjadi saluran untuk Roh memberi kami semua ajaran peribadi. Apabila anda mengkaji ayat suci setiap hari, bersendirian dan bersama keluarga, anda akan belajar cara untuk mengenal suara Roh dan akan mengetahui Tuhan.
Mengenali Dia dengan Melakukan Kehendak-Nya
Selain daripada doa dan mengkaji ayat suci, kita harus melakukan kehendak-Nya.
Juruselamat adalah contoh yang sempurna. Dia berkata, “Aku sudah turun dari syurga bukan untuk melakukan kehendak-Ku sendiri, tetapi kehendak Dia yang mengutus Aku.”6
Apabila Juruselamat yang dibangkitkan muncul kepada bangsa Nefi, Dia berkata, “Dan lihatlah, Akulah cahaya dan kehidupan dunia; dan Aku telah minum dari cawan pahit yang telah Bapa berikan kepada-Ku, dan telah memuliakan Bapa dengan mengambil ke atas diri-Ku dosa-dosa dunia, yang mana di dalamnya Aku telah menurut kehendak Bapa dalam segala hal sejak dari permulaan.”7
Anda dan saya melakukan kehendak Bapa dengan menghormati perjanjian kita, mentaati perintah, dan melayani Tuhan dan sesama manusia.
Isteri saya, Rhonda dan saya mempunyai ibu bapa yang biasa—mungkin seperti ibu bapa anda. Tetapi satu perkara yang saya suka tentang ibu bapa kami adalah mereka mendedikasi hidup mereka untuk melayani Tuhan, dan mereka mengajar kami untuk melakukan perkara sama.
Apabila ibu bapa Rhonda baru sahaja berkahwin untuk dua tahun, bapanya yang berumur 23 tahun telah dipanggil untuk melayani misi sepenuh masa. Dia meninggalkan isterinya yang muda bersama anak perempuan berumur 2 tahun. Kemudian isterinya di panggil untuk melayani bersamanya semasa tujuh bulan terakhir misinya—meninggalkan anak perempuan mereka di bawah jagaan saudara-mara.
Beberapa tahun kemudian, sekarang bersama empat anak, mereka berpindah ke Missoula, Montana, supaya ayahnya boleh menghadiri universiti. Walaubagaimanapun, mereka hanya berada di sana untuk beberapa bulan apabila Presiden Spencer W. Kimball dan Elder Mark E. Petersen melanjutkan panggilan kepada bapa mentuaku untuk menjadi presiden pertama pancang Missoula yang baru dibuka. Dia hanya berumur 34 tahun. Fikiran terhadap universiti ditinggalkan ke belakang apabila dia berusaha melakukan kehendak Tuhan —bukan untuk dirinya.
Ibu bapa saya telah melayani dalam bait suci selama 30 tahun—Bapa sebagai pemeterai dan ibu sebagai pekerja tatacara. Mereka juga telah melayani lima misi penuh masa bersama—di Riverside, California; Ulaanbaatar, Mongolia; Nairobi, Kenya; Bait suci Nauvoo Illinois; dan Bait suci Monterrey Mexico. Di Mexico mereka bekerja keras untuk mempelajari bahasa baru, sesuatu yang bukan senang pada umur 80 tahun. Tetapi mereka mencari untuk melakukan kehendak Tuhan daripada untuk melakukan keinginan sendiri dalam hidup.
Kepada mereka dan semua Orang Suci Zaman Akhir yang berdedikasi di seluruh dunia, saya menggemakan firman Tuhan kepada nabi Nefi: “Diberkatilah engkau, … untuk hal-hal yang telah engkau lakukan itu … tanpa mengenal penat … , [kerana engkau] tidak mengutamakan nyawamu sendiri, tetapi telah mengutamakan kehendak-Ku, dan untuk mentaati perintah-perintah-Ku.”8
Apabila kita mencari kehendak Tuhan dengan penuh iman melayani-Nya dan sesama manusia, kita merasa restu-Nya dan dapat mengenali Dia.
Mengenali Dia dengan Menjadi Seperti Dia.
Juruselamat memberitahu kita bahawa cara terbaik untuk mengenali Tuhan adalah untuk menjadi seperti Dia. Dia mengajar: “Oleh itu, kamu harus menjadi orang yang bagaimana? Sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, bahkan seperti Aku.”9
Kelayakan adalah penting untuk menjadi seperti Dia. Dia perintahkan, “Menguduskan dirimu; ya, memurnikan hatimu, dan membersihkan tanganmu … agar Aku boleh menjadikanmu bersih.”10 Bermula di atas jalan untuk menjadi seperti Dia, kita bertaubat dan menerima keampunan-Nya, dan Dia membersihkan jiwa kita.
Untuk membantu kita maju terhadap Bapa, Tuhan memberi kita janji ini: “Setiap jiwa yang meninggalkan dosa-dosanya dan datang kepada-Ku, dan memanggil nama-Ku, dan mematuhi suara-Ku, dan menaati perintah-perintah-Ku, akan melihat muka-Ku dan mengetahui bahawa Aku ada.”11
Melalui iman dalam pengorbanan penebusan-Nya, Juruselamat membersihkan kita, menyembuhkan kita, dan membolehkan kita untuk mengenali Dia dengan menolong kita menjadi seperti Dia. Mormon mengajar, “ berdoalah kepada Bapa dengan sekuat tenaga hati, … agar kamu boleh menjadi anak-anak lelaki [dan anak-anak perempuan] Tuhan; agar apabila Dia akan memperlihatkan diri-Nya kita akan kelihatan seperti Dia.”12 Apabila kita berusaha menjadi seperti Tuhan, Dia boleh menjadikan kita lebih daripada apa yang kita boleh buat untuk diri kita
Mengenali Dia dengan Mengikut Mentor
Untuk menolong kita dalam usaha kita, Tuhan telah memberi kita model peranan dan mentor. Saya ingin berkongsi perasaan saya tentang seorang model peranan saya, Elder Neal A. Maxwell. Dia sentiasa mencari untuk menyerahkan kehendak dia kepada kehendak Bapa dalam usahanya untuk menjadi seperti Tuhan.
Lebih daripada 20 tahun dahulu, dia berkongsi perasaannya dengan saya selepas dia baru di diagnos menghidapi kanser. Dia beritahu saya, “Saya ingin dalam pasukan, di sebelah sini [bahagian tirai] atau di sebelah sana. Saya tidak mahu duduk di luar padang. Saya ingin bermain dalam permainan.”13
Dalam beberapa minggu seterusnya, dia berat hati untuk meminta Tuhan menyembuhkannya; dia hanya ingin melakukan kehendak Tuhan. Isterinya, Colleen, menegaskan bahawa doa pertama Yesus dalam Taman Getsemani adalah “Jika boleh, jauhkanlah cawan penderitaan ini daripada-Ku.” Hanya selepas Juruselamat berkata, “Tetapi janganlah turut kehendak-Ku melainkan kehendak Bapa sahaja.”14 Dia menggalakkan Elder Maxwell untuk mengikut contoh Juruselamat, untuk meminta pertolongan dan kemudian menyerahkan dirinya kepada kehendak Tuhan, dan dia melakukannya.15
Selepas menderita melalui rawatan yang menyeluruh dan melemahkan untuk hampir setahun, dia bersedia sepenuhnya untuk “kembali dalam permainan” Dia melayani untuk tujuh tahun lagi.
Saya mempunyai beberapa tugasan bersama dia dalam beberapa tahun itu. Saya merasa kebaikan hatinya, rasa kasihan, dan kasih sayangnya. Saya menyaksikan penghalusan rohaninya melalui penderitaannya dan pelayanan yang berterusan apabila dia berusaha untuk menjadi sebagai Juruselamat.
Model peranan dan mentor yang utama untuk kita semua, ialah Tuhan dan Juruselamat, Yesus Kristus, yang berkata: “Akulah jalan untuk mengenal Tuhan dan untuk mendapat hidup. Tidak seorang pun dapat datang kepada Bapa kecuali melalui Aku.”16 “Ikutlah Aku.”17
Saudara dan saudariku yang muda, mengetahui Tuhan adalah usaha sepanjang hidup. “Jika orang mengenal Engkau, satu-satunya Tuhan yang benar dan mengenal … Yesus Kristus yang sudah Engkau utus.”18
“Apakah kita tidak akan meneruskan dalam perkara yang sedemikian besar? … Beranilah, [kawanku yang muda];dan maju, majulah menuju kemenangan!”19
Tuhan mengetahui anda dan menjemput anda untuk mengetahui Dia. Berdoa kepada Bapa, mengkaji ayat suci, cari kehendak Tuhan, berusaha untuk menjadi seperti Juruselamat, dan mengikut mentor yang soleh. Apabila anda melakukannya, anda akan mengetahui Tuhan dan Yesus Kristus, dan anda akan mewarisi kehidupan abadi. Ini adalah jemputan saya kepada anda sebagai seorang saksi istimewa ditahbis oleh Mereka. Mereka hidup. Mereka mengasihi anda. Saya bersaksi dalam nama Yesus Kristus, amin.