Mempercayai dalam Tuhan dengan Tidak Beragak
Jika kita tabah dan tidak ragu dalam iman kita, Tuhan akan mempertingkatkan keupayaan kita untuk mengatasi cabaran-cabaran kehidupan.
Saudara dan saudari, saya ingin memulakan pesanan saya hari ini dengan bersaksi bahawa saya tahu Presiden Thomas S. Monson ialah nabi Tuhan pada zaman kita. Penasihat-penasihatnya dalam Presidensi Utama dan Dua Belas Rasul juga merupakan para nabi, pelihat, dan pewahyu. Mereka mewakili Tuhan Yesus Kristus dan mempunyai hak untuk mengisytiharkan fikiran-Nya dan kehendak-Nya bila diungkapkan kepada mereka. Saya bersaksi bahawa adanya keselamatan dalam mengikuti nasihat mereka. Tuhan sedang mengilhami mereka untuk memberi penekanan dalam memperkukuhkan iman kita kepada Bapa Syurgawi dan kepada Putera-Nya, Yesus Kristus, dan kepada Korban tebusan-Nya agar kita tidak akan beragak-agak apabila kita menghadapi cabaran-cabaran zaman kita.
Dalam Kitab Mormon kita membaca tentang seorang lelaki bernama Ammon yang diutus dari Negeri Zarahemla ke negeri Lehi-Nefi untuk bertanya mengenai saudara-saudaranya. Di sana dia menjumpai Raja Limhi dan orangnya, yang ditawani orang Laman. Raja Limhi digalakkan oleh hal-hal yang Alma mengongsi dengan dia mengenai orangnya di Zarahemla. Hatinya dipenuhi dengan harapan dan kebahagiaan yang begitu besar sehingga dia mengumpulkan orangnya di bait suci dan mengatakan:
“Oleh kerana itu, angkatlah kepalamu, dan bersukacitalah, dan taruhlah kepercayaanmu kepada Tuhan. …
“… Tetapi jika kamu akan berpaling kepada Tuhan dengan maksud hati yang sepenuhnya, … dan melayani-Nya dengan segenap ketekunan fikiran, … Dia akan, menurut kehendak dan kesenangan-Nya sendiri, membebaskanmu keluar daripada perhambaan.”1
Iman orang Raja Limhi dikesan dengan begitu mendalam oleh kata-kata Ammon sehingga mereka membuat perjanjian dengan Tuhan untuk melayani-Nya dan mematuhi perintah-perintah-Nya, tidak kira keadaan mereka yang susah. Oleh kerana iman mereka, mereka dapat mengatur satu rancangan untuk melarikan diri dari tangan orang Laman.2
Fikirkanlah kepentingan jemputan yang Raja Limhi beri kepada orangnya dan kaitannya kepada kita: Dia berkata, “Angkatlah kepalamu, dan bersukacitalah, dan taruhlah kepercayaanmu kepada Tuhan.” Dengan kata-kata ini, Limhi menjemput orangnya untuk memandang masa yang akan datang melalui mata iman; untuk mengganti ketakutan mereka dengan optimisme dari harapan yang berasal dari iman; dan untuk jangan beragak-agak dalam menaruh kepercayaan mereka kepada Tuhan tidak kira keadaan.
Kehidupan fana merupakan tempoh masa ujian di mana kita akan dibuktikan untuk melihat jika kita akan melakukan semua hal yang Tuhan kita akan memerintah kepada kita.3 Ini akan memerlukan iman yang tidak beragak-agak kepada Kristus bahkan pada masa-masa yang sangat susah. Ia akan memerlukan kita untuk maju hadapan dengan ketabahan di dalam Kristus, didorong oleh Roh dan mempercayai bahawa Tuhan akan memberikan apa yang kita perlu.4
Pada akhir pelayanan-Nya di bumi, sebelum diambil tawanan, Juruselamat mengajar pengikut-pengikut-Nya, “Di dunia kamu akan menderita, tetapi tabahkanlah hati kamu, kerana Aku sudah mengalahkan dunia!”5
Renungkanlah dengan saya sekejap—Yesus Kristus, Putera Tunggal Bapa, menjalani kehidupan yang tiada dosa dan mengatasi semua godaan, kepedihan, cabaran, dan kesengsaraan dunia. Dia menyerahkan titisan darah di Getsemani; Dia menderita kesakitan dahsyat yang di luar kuasa pemerian apa pun. Dia mengambil ke atas diri-Nya segala kepedihan dan kesakitan kita. Dia sedia untuk membantu—untuk membantu setiap kita—dengan setiap beban. Melalui kehidupan, penderitaan, kematian, dan Kebangkitan-Nya, Dia menghapuskan setiap halangan kepada kegirangan hati dan perjumpaan kedamaian kita di bumi ini. Manfaat-manfaat korban-Nya yang menebus diberikan kepada semua orang yang menerima-Nya dan menafikan diri mereka dan kepada orang yang mengambil salib-Nya dan ikut Dia sebagai pengikut-Nya sebenar.6 Jadi, bila kita beriman kepada Yesus Kristus dan kepada Korban tebusan-Nya, kita akan diperkukuh, beban-beban kita akan diringankan, dan melalui Dia kita akan mengatasi dunia.
Saudara dan saudari, ketika kita merenungkan kekuatan dan harapan yang kita dapat menerima dari Juruselamat, kita mempunyai sebab untuk mengangkat kepala kita, bergembira, dan maju terus dalam iman tanpa beragak-agak, “kerana orang yang ragu-ragu seperti ombak di laut yang diumbang-ambingkan angin. … Orang seperti itu tidak tetap pendiriannya dan teragak-agak dalam semua perbuatannya.”7
Raja Limhi menggesa dengan demikian, “berpaling kepada Tuhan dengan maksud hati yang sepenuhnya, … dan melayani-Nya dengan segenap ketekunan fikiran, jika kamu melakukan ini, Dia akan, menurut kehendak dan kesenangan-Nya sendiri, membebaskanmu keluar daripada perhambaan.”8
Dengarlah kata-kata Juruselamat ketika Dia mengajar kita:
“Janganlah kamu risau. Percayalah kepada Tuhan dan percayalah kepada-Ku juga. …
“Jika kamu mengasihi Aku, kamu akan mentaati perintah-perintah-Ku. …
“Sesiapa yang menerima dan melakukan perintah-perintah-Ku, mengasihi Aku. Bapa-Ku akan mengasihi sesiapa yang mengasihi Aku. Aku pun akan mengasihi orang itu dan menunjukkan diri kepadanya.”9
Tuhan memberkati kita menurut iman kita.10 Iman ialah sumber hidup dengan tujuan ilahi dan pandangan yang abadi. Iman adalah asas praktikal yang menyemangati dengan ketekunan. Iman ialah kuasa hidup yang dapat dilihat dalam sikap kita yang positif dan keinginan kita untuk melakukan dengan rela semua yang Tuhan dan Yesus Kristus meminta dari kita. Iman menyebabkan kita berlutut dan merayu kepada Tuhan untuk bimbingan dan berdiri dan bertindak dengan keyakinan untuk mencapai hal-hal yang selaras dengan kehendak-Nya.
Bertahun dahulu semasa melayani sebagai presiden misi, saya menerima panggilan telefon dari ibu bapa salah seorang penginjil kami yang dikasihi dengan berita kematian kakaknya. Saya ingat, dalam kelembutan saat tersebut, saya dan penginjil itu membincangkan rancangan keselamatan Tuhan yang mengagumkan untuk anak-anak-Nya dan bagaimana pengetahuan ini akan menenangkan hatinya.
Walaupun dia tergamam dan disedihkan oleh kesusahan itu, penginjil ini—melalui air matanya dan dengan iman kepada Tuhan—bergirang hati dalam kehidupan kakaknya. Dia menyatakan keyakinan yang tidak teragak-agak kepada belas kasihan Tuhan. Dengan tegas, dia memberitahu saya bahawa dia akan terus melayani misinya dengan segala iman dan ketekunan untuk menjadi layak untuk janji-janji yang Tuhan ada untuk dia dan keluarganya. Pada masa yang susah ini, penginjil yang beriman itu menumpukan hatinya kepada Tuhan, menaruh kepercayaannya kepada Dia, dan memperbaharui tekadnya untuk melayani Tuhan dengan iman dan dengan segala ketekunan.
Saudara dan saudari, jika kita tidak mengakar dalam kepercayaan yang tabah kepada Tuhan dan keinginan untuk melayani-Nya, pengalaman-pengalaman kefanaan yang menyakitkan dapat membawa kita untuk berasa seperti kita dibebani oleh kuk yang berat; dan kita dapat hilang semangat untuk mematuhi Injil dengan sepenuhnya. Tanpa iman, kita akhirnya akan hilang kebolehan untuk menghargai rancangan-rancangan Tuhan kita mengenai perkara-perkara yang akan berlaku kemudian dalam kehidupan.11
Pada saat-saat cubaan ini, si musuh—yang selalu memerhati—cuba menggunakan logik dan penaakulan kita sendiri untuk menentang kita. Dia cuba meyakinkan kita bahawa mentaati asas-asas Injil tidak berguna. Ingatlah bahawa logik manusia alamiah “tidak dapat menerima kurnia daripada Roh Tuhan, kerana orang seperti itu tidak dapat memahaminya dan menganggapnya suatu kebodohan sahaja.”12 Ingatlah bahawa Setan “ialah musuh kepada Tuhan, dan [dia] menentang-Nya secara berterusan, dan mengajak dan memujuk [kita] untuk berdosa, dan untuk melakukan perkara yang jahat secara berterusan.”13 Jangan membiarkan dia memperdaya kita; kerana bila kita biarkan, kita akan teragak-agak dalam iman kita dan hilang kuasa untuk mendapat berkat-berkat Tuhan.
Jika kita tabah dan tidak ragu dalam iman kita, Tuhan akan mempertingkatkan keupayaan kita untuk mengatasi cabaran-cabaran kehidupan. Kita akan dibolehkan untuk menguasai gerak hati yang negatif dan kita akan mengembangkan keupayaan untuk mengatasi halangan yang sangat susah. Inilah yang membolehkan orang Raja Limhi untuk membuat pelarian diri yang hebat dari tawanan orang Laman.
Saudara dan saudari, saya menjemput anda untuk menaruh semua harapan anda kepada Tuhan dan kepada ajaran-ajaran para nabi-Nya. Saya menjemput anda untuk memperbaharui perjanjian-perjanjian anda dengan Tuhan, untuk melayani-Nya dengan seluruh hati anda, tidak kira apa pun keadaan kehidupan yang rumit. Saya bersaksi bahawa melalui kuasa iman anda kepada Kristus yang tidak teragak-agak, anda akan menjadi bebas dari tawanan dosa, keraguan, ketidakpercayaan, ketidakgembiraan, penderitaan; dan anda akan menerima semua berkat yang dijanjikan dari Bapa Syurgawi kita yang penyayang.
Saya bersaksi bahawa Tuhan adalah benar. Dia hidup. Dia mengasihi kita. Dia mendengar doa-doa kita pada saat gembira dan pada saat-saat keraguan, kesedihan, dan terdesak kita. Saya bersaksi bahawa Yesus Kristus ialah Juruselamat dunia. Dia ialah Penebus.
Saya mengakhiri ucapan saya hari ini dengan kata-kata lagu rohani “Bukan Sekarang tetapi dalam Tahun-tahun yang akan Datang,” yang terdapat di dalam buku lagu rohani bahasa Portugis:
Jika awan membuat bayang-bayang atas hati kita
Jika kesakitan mengenakan kita, tidak mengapa; kita akan tahu siapa Engkau
Yesus bimbing kita dengan tangan-Nya, dan Dia akan beritahu kita mengapa;
Jika kita dengar suara-Nya, Dia akan beritahu kita selalu.
Percayai kepada Tuhan dengan tidak teragak-agak, dan biar dia menyokong;
Nyanyilah kemuliaan-Nya, kerana kemudian dia akan menjelaskan.14
Saya mengatakan hal-hal ini dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.