2010–2019
Jangan Pandang Sekitar, Pandang ke Atas!
April 2017


11:31

Jangan Pandang Sekitar, Pandang ke Atas!

Menjemput orang lain untuk datang kepada Kristus ialah tujuan kita, dan kita boleh memenuhi tujuan ini dengan memandang atas kepada Yesus Kristus.

Tujuan saya adalah untuk “menjemput yang lain untuk datang kepada Kristus.”1 Ini ialah tujuan anda juga. Kita boleh memenuhi tujuan ini dengan memandang atas kepada Yesus Kristus

Keluarga Elder Choi

Saya telah dibaptiskan dengan ibu bapa saya ketika saya berumur 16 tahun. Adik lelaki saya, Kyung-Hwan, yang berusia 14 tahun, menyertai Gereja melalui pak cik saya, Young Jik Lee, menjemput kami ke gereja. Setiap 10 orang dalam keluarga kami mengikuti gereja yang berbeza, jadi kami gembira untuk menjumpai kebenaran dan mahu berkongsi kebahagiaan yang kami jumpa di dalam Injil Yesus Kristus selepas kami telah dibaptiskan.

Ayah Elder Choi bersama dengan yang lain

Ayah saya yang paling teruja di kalangan kami untuk belajar dan berkongsi kebenaran. Dia selalu bangun awal pada waktu pagi untuk mengkaji tulisan suci selama lebih dua jam setiap hari. Selepas kerja dia akan pergi bersama dengan penginjil untuk melawat keluarga, rakan-rakan dan jiran-jiran kami hampir setiap hari. Tujuh bulan selepas kami telah dibaptiskan, 23 keluarga dan saudara-mara saya menjadi ahli Gereja. Ini diikuti dengan mukjizat melihat 130 orang dibaptiskan pada tahun berikutnya melalui kerja ahli penginjil ayah saya.

Permulaan pekerjaan penginjil
Pekerjaan penginjil yang berkembang

Sejarah keluarga juga penting kepadanya, dan dia menyiapkan lapan generasi nenek moyang kami. Sejak itu, hasil penukaran hati keluarga kami, yang dimulakan oleh adik saya yang berusia 14 tahun, telah meningkat dengan cara yang tidak terkira bukan sahaja di kalangan yang hidup tetapi juga di kalangan orang mati. Membina di atas kerja bapa saya dan yang lain, pokok keluarga kami kini menjangkau kepada 32 generasi, dan kami kini menyiapkan kerja bait suci untuk banyak cabang. Hari ini saya kagum dan berasa sangat gembira menghubungkan nenek moyang kami dan keturunan kami.

Sejarah keluarga yang berkembang

Presiden Gordon B. Hinckley mencatatkan pengalaman yang sama dalam Bait suci Columbus Ohio:

“Mengimbas kembali kehidupan [datuk moyang, datuk, dan bapa saya] semasa saya duduk di bait suci, saya memandang kepada anak perempuan saya, pada anak perempuannya, … dan pada anak-anaknya, cucu-cicit saya. Saya tiba-tiba menyedari bahawa saya berdiri betul-betul di tengah-tengah tujuh generasi—tiga sebelum saya dan tiga selepas saya.

“Dalam rumah kudus dan suci itu satu perasaan tanggungjawab besar melalui fikiran saya bahawa saya memberikan semua yang saya terima sebagai warisan dari nenek moyang saya kepada generasi yang kini telah datang selepas saya.”2

Di tengah-tengah generasi kami

Kita semua berada di tengah-tengah keluarga yang abadi. Peranan kita boleh menjadi titik perubahan di mana perubahan ketara boleh berlaku dengan cara yang positif atau negatif. Presiden Hinckley meneruskan, “Jangan sekali-kali membenarkan diri anda untuk menjadi pautan lemah dalam rantai generasi anda.”3 Kesetiaan anda dalam Injil akan mengukuhkan keluarga anda. Bagaimana kita boleh memastikan kita menjadi pautan yang kuat dalam keluarga abadi kita?

Pada suatu hari, beberapa bulan selepas pembaptisan saya, saya mendengar beberapa ahli gereja mengkritik satu sama lain di dalam gereja. Saya berasa kecewa. Saya pulang ke rumah dan memberitahu ayah saya bahawa mungkin saya tidak perlu pergi ke gereja lagi. Ia adalah sukar untuk melihat ahli gereja mengkritik orang lain seperti itu. Selepas mendengar, ayah saya mengajar saya bahawa Injil itu telah dipulihkan dan ia adalah sempurna tetapi ahli gereja tidak sempurna lagi, seperti dirinya dan saya. Dia dengan tegasnya berkata, “Jangan kehilangan iman kamu kerana orang di sekeliling kamu, tetapi membina hubungan yang kuat dengan Yesus Kristus. Jangan pandang sekitar, pandang ke atas!”

Pandang ke atas kepada Yesus Kristus—nasihat bijak ayah saya—menguatkan iman saya setiap kali saya menghadapi cabaran dalam kehidupan. Dia mengajar saya bagaimana untuk mengaplikasikan ajaran-ajaran Kristus, seperti dalam perkataan-perkataan ini: “Pandanglah kepada-Ku dalam setiap pemikiran; janganlah ragu, janganlah takut.”4

Para penginjil di Bait suci Seattle Washington

Apabila saya memimpin Misi Washington Seattle, hujan turun banyak hari setahun. Namun, para penginjil kami diarahkan untuk keluar dan mencari penyelidik baru dalam hujan. Saya selalu berkata kepada mereka, “Keluar dalam hujan, pandang atas ke langit, buka mulut anda, dan minumnya! Apabila anda melihat ke atas, anda akan diperkuatkan untuk membuka mulut anda kepada semua orang tanpa rasa takut.” Ia satu pengajaran simbolik bagi mereka untuk pandang atas apabila mereka menghadapi cabaran walaupun selepas misi mereka. Sila jangan cuba ini di kawasan tercemar.

Ketika masih melayani dalam misi Seattle, saya menerima panggilan telefon daripada anak sulung saya, Sunbeam, seorang pemain piano. Dia memberitahu yang dia akan mempunyai keistimewaan untuk membuat persembahan di Dewan Carnegie di New York kerana dia telah memenangi pertandingan antarabangsa. Kami sangat gembira dan teruja untuk dia. Walau bagaimanapun, petang itu, ketika berdoa dengan ucapan terima kasih, isteri saya menyedari bahawa kami tidak dapat menyertai dia untuk persembahannya dan berkata kepada Bapa Syurgawi sesuatu seperti ini: “Bapa Syurgawi, Saya bersyukur untuk berkat Bapa berikan kepada Sunbeam. Saya rasa bersalah kerana saya tidak boleh pergi ke sana. Saya boleh pergi jika Bapa telah memberikan berkat ini sama ada sebelum atau selepas misi ini. Saya bukan merungut, tetapi saya mempunyai sedikit perasaan sedih.”

Sebaik sahaja dia selesai doa ini, dia mendengar suara yang jelas: “Kerana kamu tidak boleh pergi, anak kamu telah diberi keistimewaan ini. Mahukah kamu menukarnya?”

Isteri saya terkejut. Dia tahu anak-anak akan diberkati melalui kerja penuh iman ibu bapa mereka di dalam kerajaan Tuhan, tetapi ia adalah kali pertama dia memahami peranannya dengan terang. Dia menjawab kepada-Nya segera: “Tidak, tidak, ia ialah OK bagi saya untuk tidak pergi. Biarlah dia mendapat penghormatan itu.”

Saudara dan saudari dikasihi, ia tidak mudah bagi kita untuk mengenali kasih Bapa Syurgawi apabila kita memandang sekitar kita dengan mata duniawi kita, kerana kita melihat kesulitan, kehilangan, beban, atau kesepian terlebih dahulu. Sebaliknya, kita dapat melihat berkat-berkat tidak terhingga apabila kita memandang ke atas. Tuhan telah mengungkapkan, “Dan ketika kita mendapatkan berkat apa pun dari Tuhan, itu adalah kerana kepatuhan pada hukum itu yang di atasnya itu dilandaskan.”5 Kepada anda semua yang mulai dalam apa-apa pelayanan Tuhan, tahu bahawa anda adalah sambungan yang kukuh untuk berkat sangat berkuasa untuk orang yang sebelum anda dan kepada generasi selepas anda.

Hari ini saya bersyukur melihat ramai ahli keluarga kami yang beriman pada jalan perjanjian dan amat sedih untuk membayangkan sebarang kerusi kosong di sebelah kami. Elder M. Russell Ballard berkata: “Jika anda pilih untuk menjadi tidak aktif dalam atau meninggal Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir yang yang sudah dipulihkan, ke manakah akan anda pergi? Apakah yang akan anda lakukan? Keputusan untuk “tidak mahu mengikut” ahli-ahli Gereja dan para pemimpin Tuhan akan ada kesan jangka panjang yang tidak dapat dinampak sekarang.”6 Presiden Thomas S. Monson menggalakkan kita, “Semoga kita pilih perkara yang betul dan susah dan bukan perkara yang salah dan mudah.”7

Ia tidak pernah terlambat untuk memandang ke atas kepada Yesus Kristus. Tangan-Nya sentiasa terbuka kepada anda. Terdapat generasi sebelum kita dan selepas kita yang bergantung kepada kita untuk mengikuti Kristus supaya kita boleh menjadi keluarga Tuhan yang abadi.

Apabila saya dilepaskan dari panggilan saya sebagai presiden pancang, anak-anak saya teruja untuk menghabiskan lebih banyak masa dengan saya. Tiga minggu kemudian saya dipanggil sebagai Tujuh Puluh. Pada mulanya saya fikir mereka mungkin akan kecewa, tetapi tindak balas rendah hati anak bongsu saya ialah “Daddy, jangan bimbang. Kita adalah keluarga abadi.” Ia adalah kebenaran yang mudah dan jelas! Saya bimbang sedikit kerana saya memandang sekitar kehidupan fana ini dahulu, tetapi anak saya gembira kerana dia tidak melihat sekitar tetapi memandang atas dengan mata ke arah keabadian dan tujuan Tuhan.

Ia tidak selalunya mudah untuk memandang atas apabila ibu bapa anda menentang Injil, apabila anda seorang ahli Gereja unit kecil, apabila pasangan anda bukan ahli Gereja, apabila anda masih bujang walaupun anda telah melakukan yang terbaik untuk berkahwin, apabila anak-anak sesat, apabila anda menjadi ibu atau bapa tunggal, apabila anda dicabar secara fizikal atau emosi, atau apabila anda adalah mangsa bencana, dan sebagainya. Pegang pada iman anda pada masa sukar ini. Pandang atas kepada Kristus untuk kekuatan, keseimbangan, dan penyembuhan. Melalui kuasa Korban tebusan Yesus Kristus, “segala sesuatu akan bekerja bersama demi kebaikan [anda].”8

Saya bersaksi tentang Yesus Kristus, bahawa Dia adalah Juruselamat dan Penebus kita. Apabila kita mengikuti nabi hidup kita, Presiden Thomas S. Monson, kita memandang atas ke Yesus Kristus. Apabila kita berdoa dan mengkaji tulisan suci setiap hari dan mengambil sakramen setiap minggu dengan ikhlas, kita mendapat kekuatan untuk selalu memandang atas kepada-Nya. Saya gembira untuk menjadi ahli Gereja ini dan menjadi sebahagian daripada keluarga yang abadi. Saya suka untuk berkongsi Injil yang agung ini dengan orang lain. Menjemput orang lain untuk datang kepada Kristus adalah tujuan kita, dan kita boleh memenuhi tujuan ini dengan memandang atas kepada Yesus Kristus. Saya dengan rendah diri memberi kesaksian tentang perkara-perkara ini dalam nama Yesus Kristus, amin.