2010–2019
Lakukan Apa Sahaja yang Dikatakan-Nya Kepada Kamu
April 2017


12:46

Lakukan Apa Sahaja yang Dikatakan-Nya Kepada Kamu

Apabila kita membuat keputusan untuk melakukan “apa sahaja yang dikatakan-Nya kepada” kita, kita sangat komited untuk menyelaraskan tingkah laku harian kita dengan kehendak [Tuhan].

Juruselamat melaksanakan mukjizat pertama-Nya yang telah dicatatkan di majlis perkahwinan di Kana, Galilea. Maria, ibu-Nya, dan pengikut-pengikut-Nya berada di sana. Mary berasa bertanggungjawab untuk kejayaan majlis itu. Semasa perayaan ini, satu masalah timbul—tuan rumah perkahwinan kehabisan wain. Maria berasa risau dan pergi kepada Yesus. Mereka bercakap secara ringkas; kemudian Maria berpaling kepada pelayan-pelayan itu dan berkata:

“Lakukan apa sahaja yang dikatakan-Nya kepada kamu.

“Di situ ada enam buah tempayan. … [Tempayan-tempayan ini tidak digunakan untuk menyimpan air minuman tetapi adalah untuk basuhan istiadat di bawah hukum Musa.]

“Yesus berkata kepada [pelayan-pelayan itu], Isilah tempayan-tempayan ini dengan air. Mereka mengisi semua tempayan itu sehingga penuh

“Lalu Yesus berkata kepada mereka, Sekarang ambillah sedikit air itu dan hidangkannya kepada ketua majlis. Mereka membawa air itu.

“[Kemudian] ketua majlis itu mengecap … air yang sudah berubah menjadi wain” dan menunjukkan rasa terkejut bahawa wain yang terbaik telah dihidangkan begitu lewat pada majlis itu.1

Kita biasanya mengingati peristiwa ini kerana mengubah air kepada wain ialah demonstrasi kuasa Tuhan—satu mukjizat. Itulah pesanan penting, tetapi terdapat satu lagi pesanan penting di dalam laporan Yohanes. Maria merupakan “bejana yang berharga dan terpilih”2 dipanggil oleh Tuhan untuk melahirkan, memupuk, dan membesarkan Putera Tuhan. Dia tahu mengenai-Nya lebih daripada orang lain di muka bumi. Dia tahu kebenaran kelahiran menakjubkan-Nya. Dia tahu bahawa Yesus ialah tanpa dosa dan Dia “berfirman tidak seperti orang lain, tidak juga Dia dapat diajar; kerana Dia tidak memerlukan bahwa siapa pun mesti mengajar-Nya.”3 Maria tahu keupayaan luar biasa Yesus untuk menyelesaikan masalah, termasuk yang peribadi seperti menyediakan wain untuk majlis perkahwinan. Dia mempunyai keyakinan yang teguh dalam Yesus dan dalam kuasa ketuhanan-Nya. Arahannya yang mudah, jelas kepada pelayan-pelayan itu tiada syarat, tiada kelayakan, tiada had: “Lakukan apa sahaja yang dikatakan-Nya kepada kamu.”

Maria merupakan seorang wanita muda apabila malaikat Gabriel menampakkan diri kepada dia. Mula-mulanya dia “gelisah” kerana dipanggil “sangat diberkati” dan “diberkati … antara para wanita … dan dia tertanya-tanya tentang makna salam itu.” Gabriel memberi jaminan bahawa dia tidak perlu takut—berita yang dia bawakan adalah baik. Dia akan “mengandung … Anak Tuhan Yang Maha Tinggi” dan “melahirkan seorang anak lelaki … [dia] akan memerintah sebagai raja keturunan Yakub untuk selama-lamanya.”

Maria berkata kepada malaikat itu, “Aku masih dara. Bagaimanakah perkara ini boleh berlaku?”

Malaikat itu menjelaskan tetapi hanya secara ringkas, mengesahkan kepadanya bahawa “bagi Tuhan tiada perkara [yang] mustahil.”

Maria dengan rendah hati menjawab bahawa dia akan melakukan apa sahaja yang Tuhan minta, tanpa menuntut untuk mengetahui secara khusus dan tanpa ragu-ragu walaupun dia mempunyai banyak soalan tentang kesannya ke atas hidupnya. Dia membuat komitmen tanpa betul-betul memahami mengapa Tuhan meminta atau bagaimana ia akan terjadi. Dia menerima firman Tuhan tanpa syarat dan dengan awal,4 dengan pengetahuan yang sedikit tentang apa yang menanti di hadapan. Dengan kepercayana yang mudah, Maria berkata, “Aku hamba Tuhan; biarlah berlaku kepadaku seperti yang engkau katakan.”5

Apabila kita membuat keputusan untuk melakukan “apa sahaja yang dikatakan-Nya kepada” kita, kita sangat komited untuk menyelaraskan tingkah laku harian kita dengan kehendak [Tuhan]. Perbuatan mudah seperti mengkaji tulisan suci secara harian, berpuasa dengan kerap, dan berdoa dengan niat sebenar mendalamkan keupayaan rohani untuk memenuhi permintaan kefanaan. Lama-kelamaan, tabiat kepercayaan mudah membawa kepada keputusan yang ajaib. Mereka mengubah iman kita dari anak benih kepada kuasa dinamik untuk kebaikan dalam kehidupan kita. Kemudian, apabila cabaran datang pada kita, akar kita dalam Kristus memberikan kesabaran tabah kepada jiwa kita. Tuhan menguatkan kelemahan kita, meningkatkan kegembiraan kita, dan menyebabkan “segala sesuatu [akan] bekerja bersama demi kebaikan [kita].”6

Beberapa tahun lalu, saya bercakap dengan seorang uskup muda, yang menghabiskan berjam-jam setiap minggu kaunseling dengan ahli-ahli bahagiannya. Dia membuat pemerhatian yang menarik. Masalah-masalah yang ahli bahagiannya hadapi, dia berkata, adalah seperti yang dihadapi oleh ahli Gereja di mana-mana—isu-isu seperti bagaimana untuk mewujudkan perkahwinan yang bahagia; kesulitan untuk mengimbangkan tugas pekerjaan, keluarga dan Gereja; cabaran mematuhi Kata-kata Bijaksana, pekerjaan, atau pornografi; atau mendapat kedamaian mengenai dasar Gereja atau soalan sejarah yang mereka tidak faham.

Nasihatnya untuk ahli-ahli bahagiannya sering termasuk kembali kepada amalan mudah iman, seperti mengkaji Kitab Mormon—seperti yang kita dinasihati oleh President Thomas S. Monson untuk lakukan— membayar persepuluhan, dan melayani dalam Gereja dengan ketaatan. Sering kali, walau bagaimanapun, balasan mereka terhadap dia merupakan satu keraguan: “Saya tidak setuju dengan kamu, Uskup. Kita semua tahu itu ialah perkara yang baik untuk dilakukan. Kita bercakap tentang perkara itu sepanjang masa dalam Gereja. Tetapi saya tidak pasti kamu memahami saya. Apakah kaitan melakukan hal-hal tersebut dengan isu yang sedang saya hadapi?”

Ia ialah soalan yang adil. Lama kelamaan, uskup muda itu dan saya perhatikan bahawa orang-orang yang sengaja melakukan “hal-hal yang kecil dan sederhana”7—mematuhi dalam cara-cara yang kelihatan kecil—diberkati dengan iman dan kekuatan yang jauh daripada tindakan kepatuhan sebenar dan, sebenarnya, mungkin kelihatan tidak berkaitan dengan mereka. Ia mungkin kelihatan sukar untuk membuat hubungan antara tindakan kepatuhan harian dan penyelesaian kepada masalah-masalah rumit yang besar yang kita hadapi. Tetapi mereka adalah berkaitan. Dalam pengalaman saya, mendapatkan sedikit tabiat iman harian dengan betul ialah cara tunggal terbaik untuk mengukuhkan diri kita terhadap masalah hidup, apa-apa saja masalah itu. Tindakan kecil iman, walaupun mereka seolah-olah tidak penting atau tidak berkaitan langsung dengan masalah-masalah tertentu yang menyakiti kita, memberkati kita dalam semua yang kita lakukan.

Seperti Naaman, seorang “panglima tentera negeri … Siria” dan “panglima yang perkasa,” tetapi dia menghidap penyakit kulit. Seorang gadis hamba memberitahunya seorang nabi di Israel dapat menyembuhkan Naaman, dan kerana itu dia mengembara dengan pengiring hamba-hamba, tentera, dan hadiah ke Israel, akhirnya tiba di rumah Elisa. Hamba Elisa, bukan Elisa sendiri, memaklumkan Naaman bahawa perintah Tuhan adalah untuk “mandi tujuh kali di [Sungai] Yordan.” Perkara yang mudah. Mungkin arahan mudah ini kelihatan seperti tidak logik, mudah, atau di bawah maruahnya kepada pahlawan perkasa sehingga dia merasakan cadangan ini menyakitkan hati. Arahan Elisa tidak masuk akal kepada Naaman, “Naaman marah ketika mendengar kata-kata itu lalu meninggalkan tempat itu.”

Tetapi hamba-hamba Naaman perlahan-lahan mendekatinya dan memerhatikan bahawa dia akan melakukan “perkara yang susah” jika Elisa memintanya. Mereka mendapati bahawa dia hanya diminta untuk melakukan satu tugas yang kecil, tidakkah dia harus lakukannya, walaupun dia tidak memahami mengapa? Naaman mempertimbangkan semula reaksinya dan mungkin dengan ragu-ragu, tetapi dengan patuh, “turun … ke Sungai Yordan dan membenamkan dirinya tujuh kali” dan dengan ajaib sembuh.8

Beberapa ganjaran kepatuhan datang dengan cepat; yang lain hanya datang selepas kita diuji. Di dalam Mutiara yang Sangat Berharga, kita membaca tentang ketekunan yang tidak mengenal penat lelah Adam dalam mematuhi perintah untuk mempersembahkan korban. Ketika malaikat bertanya kepadanya mengapa dia mempersembahkan korban, dia berkata, “Saya tahu tidak, kecuali Tuhan perintahkan kepadaku.” Malaikat menjelaskan bahawa pengorbanannya adalah “suatu kemiripan dari pengorbanan Anak Tunggal Bapa, yang penuh dengan kasih kurnia dan kebenaran.” Tetapi penjelasan itu datang hanya setelah Adam telah menunjukkan komitmen untuk mentaati Tuhan “setelah berhari-hari” tanpa mengetahui mengapa dia sepatutnya mempersembahkan pengorbanan tersebut.9

Tuhan akan sentiasa memberkati kita untuk kepatuhan tabah dan tidak tergoyah kepada Injil-Nya dan kesetiaan kepada Gereja-Nya, tetapi Dia jarang menunjukkan kepada kita jadual-Nya untuk berbuat demikian terlebih dahulu. Dia tidak menunjukkan kepada kita gambaran keseluruhan dari awal. Itu adalah di mana iman, harapan, dan kepercayaan kepada Tuhan datang.

Tuhan meminta kita untuk bertahan dengan-Nya—untuk percaya Dia dan mengikuti Dia. Dia memohon kepada kita untuk “janganlah berselisih kerana kamu tidak melihat.” Dia menyuruh kita berhati-hati agar kita tidak mengharapkan jawapan yang mudah atau jalan pintas dari syurga. Perkara akan selesai apabila kita berdiri teguh semasa “pencubaan iman [kita],” bagaimana susah pun ujian itu untuk ditahani atau lambatnya jawapan datang.10 Saya bukan berucap tentang “kepatuhan buta,”11 tetapi keyakinan dalam kasih dan masa yang sempurna Tuhan.

Pencubaan iman kita selalu melibatkan berpegang teguh kepada amalan iman harian yang mudah. Kemudian, dan hanya kemudian, Dia berjanji bahawa kita akan menerima balasan ketuhanan yang kita inginkan. Hanya ketika kita telah membuktikan kesanggupan kita untuk melakukan apa yang Dia minta tanpa menuntut untuk mengetahui bila, bagaimana, dan kenapa, kita dibenarkan “menuai pahala iman [kita], dan ketekunan, dan kesabaran, dan panjang sabar [kita].”12 Kepatuhan yang sebenar menerima perintah Tuhan tanpa syarat dan terlebih dahulu.13

Setiap hari, secara sedar atau tidak, kita semua memilih “siapa [kita] akan melayani.”14 Kita menunjukkan kesungguhan kita untuk melayani Tuhan dengan penuh iman terlibat dalam perbuatan ketaatan harian. Tuhan telah berjanji untuk menunjukkan laluan kita,15 tetapi untuk Dia berbuat demikian, kita perlu berjalan ke hadapan, mempercayai bahawa Dia mengetahui caranya kerana Dia ialah “jalan itu.”16 Kita mesti mengisi tempayan kita sendiri sehingga penuh. Apabila kita mempercayai dan mengikuti Dia, hidup kita, seperti air bertukar ke wain, akan bertukar. Kita menjadi sesuatu yang lebih dan baik daripada kita akan menjadi. Percaya dalam Tuhan, dan “lakukan apa sahaja yang dikatakan-Nya kepada kamu.” Dalam nama Yesus Kristus, Amin.