2010–2019
Semakin Terang sampai kepada Hari yang Sempurna
April 2017


10:23

Semakin Terang sampai kepada Hari yang Sempurna

Bahkan pada masa-masa yang paling susah dan gelap, ada cahaya dan kebaikan di sekeliling kita.

Paulus mengongsi pesanan harapan yang sungguh baik dengan orang-orang Korintus:

“Kami sering kali dianiaya, tetapi kami tidak menyerah kalah. Kadangkala kami kebingungan, tetapi tidak pernah putus harapan;

“Meskipun kami sering dianiaya, kami tidak binasa.”1

Apakah sumber harapan Paulus? Dengarlah penjelasannya: “Tuhan itu juga yang menyebabkan cahaya-Nya bersinar di dalam hati kami, sehingga kita dapat memahami kemuliaan Tuhan yang bersinar pada wajah Kristus.”2

Bahkan pada masa-masa yang paling susah dan gelap, ada cahaya dan kebaikan di sekeliling kita. Bulan Oktober yang lalu, Presiden Dieter F. Uchtdorf mengingatkan kita, “Kita dikelilingi oleh … begitu banyak cahaya dan kebenaran sehingga saya tertanya-tanya kalau kita betul-betul menghargai apa yang kita ada.”3

Tetapi, si musuh ingin agar kita memberikan tumpuan pada “kabut kegelapan … yang membutakan mata, … mengeraskan … hati … , dan… menuntun … agar mereka binasa dan tersesat.”4

Namun, dengan kefahaman sempurna tentang cabaran-cabaran zaman kita, Tuhan berjanji, “Yang berasal dari Tuhan adalah terang; dan dia yang menerima terang dan melanjutkan dalam Tuhan, menerima lebih banyak terang; dan terang itu berkembang makin cemerlang sampai kepada terangnya siang hari yang sempurna.”5

Kita adalah anak-anak Tuhan. Menerima cahaya, teruskan dalam Tuhan, dan menerima lebih cahaya lagi adalah apa yang kita telah diciptakan untuk melakukan. Dari permulaan, kita ikut cahaya; kita ikut Bapa Syurgawi kita dan rancangan-Nya. Pencarian cahaya termasuk di dalam DNA rohani kita.

Saya mendengar kebenaran abadi ini diajar dengan baik di tempat yang tidak dijangka. Semasa kerja untuk bank besar, saya dijemput menghadiri program eksekutif di Universiti Michigan. Semasa program itu, Profesor Kim Cameron mengajar konsep kepimpinan positif dan kesannya yang heliotrop. Dia menjelaskan: “Ini merujuk kepada kecenderungan dalam semua sistem kehidupan kepada tenaga positif [cahaya] dan berpaling daripada tenaga negatif [kegelapan]. Dari organisma satu sel sampai ke sistem-sistem manusia yang rumit, semua yang hidup mempunyai kecenderungan kepada yang positif dan berpaling daripada yang negatif.”6

Disokong oleh banyak kajian, dia juga memberikan tumpuan pada tiga bahagian yang penting dari kebudayaan tempat kerja yang berjaya: belas kasihan, keampunan, dan kesyukuran.7 Ini masuk akal bahawa ketika orang berpaling kepada [cahaya] yang positif, sifat-sifat yang dicontohi dengan sempurna oleh Cahaya Dunia, Yesus Kristus, ada!

Saudara dan saudari, ambillah ketenangan kerana adanya cahaya untuk kita. Saya ingin mencadangkan tiga perkara di mana kita akan selalu menemui cahaya:

1. Cahaya Gereja

Gereja merupakan isyarat cahaya kepada dunia yang semakin gelap. Ini ialah masa yang sungguh baik untuk menjadi ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir! Gereja lebih kuat daripada yang pernah ia menjadi8 dan ia tumbuh menjadi lebih kuat setiap hari semasa ahli-ahli baru menyertai kita, jemaah-jemaah baru ditubuhkan, penginjil-penginjil baru dipanggil, dan wilayah-wilayah baru dibuka kepada Injil. Kita melihat mereka yang telah berpaling dari aktiviti dalam Gereja buat sementara waktu yang kembali semasa penyelamatan yang Presiden Thomas S. Monson bervisi membawa mukjizat setiap hari.

Kebelakangan ini saya berjumpa dengan remaja di Paraguay, Uruguay, Chile, dan Argentina semasa persidangan For the Strength of Youth mereka. Beribu-ribu remaja putera dan remaja puteri menghabiskan satu minggu memperkuatkan kasih mereka terhadap Juruselamat, kemudian pulang ke rumah ke keluarga dan kawan mereka memancarkan cahaya dan kasih Kristus.

Gereja akan selalu ada pengkritik. Begitulah caranya dari permulaan dan akan terus begitu sampai akhir. Tetapi kita tidak dapat membiarkan kritikan yang demikian untuk mengurangkan sensitiviti kita kepada cahaya yang ada untuk kita. Pengenalan cahaya dan pencarian cahaya akan melayakkan kita untuk lebih banyak cahaya.

Di dunia yang semakin gelap, cahaya Gereja akan bersinar dengan semakin terang sampai kepada hari yang sempurna.

2. Cahaya Injil

Cahaya Injil ialah jalan yang “kian lama kian cerah sehingga hari pun terang,”9 dan ia bersinar dengan paling terang dalam keluarga kita dan di dalam bait suci di seluruh dunia.

Mengkhutbahkan Injil-Ku mengatakan: “Melalui terang Injil, keluarga dapat mengatasi salah faham, pertikaian, dan cabaran. Keluarga yang terpecah kerana perbezaan-perbezaan dapat disembuhkan melalui pertaubatan, keampunan, dan iman pada kuasa Korban tebusan Yesus Kristus.”10 Keluarga kita mesti menjadi sumber cahaya yang besar kepada semua yang di keliling kita. Cahaya bertambah dalam keluarga ketika mereka bertambah dalam kasih dan kebaikan hati. Semasa kita mendirikan keluarga “iman, … pertaubatan, keampunan, hormat, kasih, [dan] belas kasihan,“11 kita akan rasa peningkatan kasih terhadap Juruselamat dan terhadap satu sama lain. Keluarga akan menjadi lebih kuat, dan cahaya di dalam setiap kita akan menjadi lebih terang.

Kita membaca dalam Kamus Alkitab bahawa “hanya rumahlah yang dapat dibandingkan dengan bait suci dalam kekudusan.”12 Kita sekarang ada 155 bait suci yang beroperasi dan lebih yang akan datang. Semakin banyak keluarga dimeteraikan untuk masa dan keabadian. Ahli-ahli memberi lebih banyak nama nenek moyang kepada bait suci untuk melaksanakan tatacara-tatacara penyelamatan mereka. Kita sedang mengalami kebahagiaan dan sambutan besar di kedua-dua belah tirai!

Di dunia yang semakin gelap, cahaya Injil akan bersinar dengan semakin terang sampai kepada hari yang sempurna.

3. Cahaya Kristus

Seseorang tidak dapat mengucap tentang cahaya di dunia tanpa mengucap tentang Cahaya Dunia, Yesus Kristus. Satu pernyataan Bapa Syurgawi yang penyayang adalah bahawa semua orang yang datang ke kehidupan ini diberkati dengan Cahaya Kristus untuk membantu mereka pulang. Presiden Boyd K. Packer mengajar: “Roh Kristus selalu ada. … Cahaya Kristus adalah sejagat seperti cahaya matahari. Di mana saja ada kehidupan manusia, ada Cahaya Kristus.”13 Cahaya Kristus “mengajak dan memujuk untuk melakukan kebaikan secara berterusan”14 dan menyediakan semua orang yang mencari kebaikan dan kebenaran untuk menerima Roh Kudus.

Juruselamat mengajar bahawa Dialah cahaya yang “menerangi matamu,” “menghidupkan kefahamanmu,” dan “memberi hidup kepada semua hal.”15 Cahaya Kristus akan membantu kita melihat orang lain melalui mata Juruselamat. Kita akan menjadi lebih penyayang dan lebih memahami cubaan orang lain. Ia akan membantu kita menjadi lebih sabar dengan orang yang mungkin tidak menyembah atau melayan sama seperti kita. Ia akan membantu kita memahami rancangan kegembiraan yang besar dengan lebih penuh dan melihat bagaimana kita semua sepadan dalam rancangan penyayang besar itu. Ia memberikan kita hidup, makna, dan tujuan kepada semua yang kita lakukan. Dengan semua kegembiraan yang akan datang kepada kita ketika kita memahami Cahaya Kristus dengan lebih penuh, ia tidak akan setanding dengan kebahagiaan yang kita rasa bila kita melihat Cahaya Kristus bekerja di dalam orang lain—keluarga, kawan-kawan, dan bahkan orang yang tidak dikenali.

Perlawanan kebakaran api gereja

Saya merasa kebahagiaan itu bila saya mendengar tentang usaha satu pasukan bomba yang berani yang berjuang untuk menyelamatkan sebuah pusat pancang di California Selatan pada bulan Julai 2015. Ketika api itu naik radang, seorang komander batalion memanggil satu kawan LDS untuk bertanya di mana relik-relik dan cawan-cawan sakramen kudus disimpan supaya mereka dapat menyelamatkannya. Kawannya memastikannya bahawa tiada relik dan bahawa cawan-cawan sakramen mudah digantikan. Tetapi komander itu rasa bahawa dia patut melakukan lebih, jadi dia menyuruh ahli-ahli bomba balik ke dalam bangunan yang sedang membakar itu untuk mengambil setiap lukisan tentang Kristus dari dinding agar lukisan-lukisan itu dapat dikekalkan. Mereka meletakkan satu lukisan di dalam lori bomba dengan harapan bahawa para ahli bomba akan dijaga. Saya betul-betul terharu oleh kebaikan hati komander itu dan sensitivitinya kepada Cahaya, terutamanya semasa masa yang bahaya dan susah.

Menyelamatkan lukisan-lukisan Juruselamat dari api
Ahli bomba dengan lukisan Juruselamat

Di dunia yang semakin gelap, Cahaya Kristus akan bersinar dengan semakin terang sampai kepada hari yang sempurna!

Sekali lagi saya mengulangi kata-kata Paulus: “Marilah kita lengkapi diri seolah-olah dengan senjata yang digunakan dalam terang.”16 Saya bersaksi akan Kristus. Dia adalah Cahaya Dunia. Semoga kita diperkuatkan oleh cahaya yang ada untuk kita melalui lebih penyertaan di gereja dan lebih penggunaan asas-asas Injil dalam keluarga kita. Semoga kita melihat Cahaya Kristus di dalam orang lain selalu dan membantu mereka melihatnya di dalam diri mereka sendiri. Ketika kita menerima cahaya itu, kita akan diberkati dengan lebih banyak cahaya, bahkan sampai kepada hari yang sempurna bila kita melihat lagi “Bapa cahaya,”17 iaitu Bapa Syurgawi kita. Saya bersaksi dengan demikian dalam nama kudus Cahaya Dunia, bahkan Yesus Kristus, amin.