Kesatuan Ketuhanan dan Rancangan Keselamatan
Sebab kita memiliki kebenaran tentang Kesatuan Ketuhanan dan perhubungan dengan Mereka, kita mempunyai peta yang paling baik untuk perjalanan kefanaan kita.
I.
Fasal-fasal Kepercayaan pertama mengisytiharkan “Kami percaya kepada Tuhan, Bapa Yang Kekal, dan kepada Putera-Nya, Yesus Kristus, dan kepada Roh Kudus.” Kita menyertai hampir semua orang Kristian dalam kepercayaan kepada seorang Bapa dan seorang Putera dan seorang Roh Kudus, tetapi yang kita percaya berbeza daripada kepercayaan orang lain. Kita tidak percaya kepada ajaran Sangti Trinitas. Dalam Penglihatan Pertama, Joseph Smith nampak dua lembaga yang berlainan, jadi menerangkan bahawa kepercayaan yang lazim pada masa itu mengenai Tuhan dan Kesatuan Ketuhanan adalah tidak benar.
Bertentangan dengan kepercayaan bahawa Tuhan ialah satu misteri yang tidak dapat difahami dan diketahui, kita percaya bahawa kebenaran tentang sifat Tuhan dan perhubungan kita dengan Dia boleh diketahui dan ia ialah kunci kepada semua ajaran kita. Alkitab mencatatkan Doa Perantaraan Yesus, di mana Dia mengisytiharkan bahawa “jika orang mengenal Engkau, satu-satunya Tuhan yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang sudah Engkau utus, maka mereka mendapat hidup sejati dan kekal”(John 17:3).
Usaha untuk mengetahui Tuhan dan pekerjaan-Nya mula sebelum kefanaan dan tidak akan tamat di situ. Nabi Joseph Smith ajar, “Lama selepas anda meninggal dunia dan menyebelah tirai, anda masih akan terus belajar tentang semua asas-asas permuliaan.”1 Kita tambah ke atas ilmu yang kita peroleh dalam dunia pra-fana. Jadi, dalam percubaan untuk mengajar orang Israel tentang sifat Tuhan dan perhubungan-Nya dengan anak-anak-Nya, nabi Yesaya kata dalam Alkitab:
“ Dengan siapakah dapat kamu samakan Tuhan? Siapakah yang kamu anggap serupa dengan Dia? …
“Tidakkah kamu tahu? Tidakkah kamu diberitahu sejak dahulu? Bukankah Tuhan yang mencipta bumi?” (Yesaya 40:18, 21).
Kita tahu bahawa ketiga-tiga ahli Kesatuan Ketuhanan adalah berasingan dan berbeza. Kita tahu ini dari arahan yang diberikan oleh Nabi Joseph Smith: “Bapa memiliki tubuh dari daging dan tulang senyata milik manusia, Putera juga; tetapi Roh Kudus tidak memiliki tubuh dari daging dan tulang, tetapi ialah lembaga dari Roh. Jika tidak demikian, Roh Kudus tidak dapat berdiam dalam diri kita”(A&P130:22).
Mengenai kedudukan agung Tuhan Bapa dalam Kesatuan Ketuhanan, dan juga peranan-peranan mereka masing-masing, Nabi Joseph jelaskan bahawa:
“Sesiapa yang pernah nampak syurga terbuka tahu bahawa adanya tiga lembaga dalam syurga yang memegang kunci-kunci kuasa, dan seorang memimpin semua. …
“… Tiga Lembaga ini … Dipanggil Tuhan pertama, Pencipta; Tuhan kedua, Penebus; dan Tuhan ketiga, Saksi atau Pewasiat.
“Hak Bapa adalah untuk memimpin sebagai Ketua atau Presiden, Yesus sebagai pengantara, dan Roh Kudus sebagai Pewasiat atau Saksi.”2
II. Rancangan
Kita faham tentang perhubungan kita dengan ahli-ahli Kesatuan Ketuhanan dari wahyu tentang rancangan keselamatan.
Soalan-soalan seperti “Dari mana kita datang?” “Mengapa kita di sini?” dan “Ke mana kita akan pergi?” Dijawabkan dalam “rancangan keselamatan,” “rancangan kebahagiaan,” atau “rancangan penebusan”(Alma 42:5, 8, 11). Injil Yesus Kristus ialah pusat rancangan ini.
Sebagai anak roh Tuhan, dalam kewujudan sebelum kefanaan, kita berhasrat untuk memperoleh takdir kehidupan abadi tetapi sudah berkembang sebanyak yang kita boleh tanpa satu pengalaman fana dalam satu tubuh jasmani. Untuk memberikan peluang itu, Bapa Syurgawi kita memimpin Penciptaan dunia ini, di mana peringatan kita tentang dunia sebelum kelahiran fana kita dihapuskan, kita boleh membuktikan kerelaan kita untuk mematuhi perintah-perintah-Nya dan mengalami dan berkembang melalui cabaran-cabaran kehidupan fana ini. Tetapi sepanjang jalan pengalaman fana ini, sebagai akibat Kejatuhan ibu bapa pertama kita, kita akan menderita kematian rohani dengan disingkirkan dari hadirat Tuhan, dicemarkan oleh dosa, dan mengalami kematian jasmani. Rancangan Bapa berduga dan menyediakan cara-cara untuk mengatasi semua halangan tersebut.
III. Kesatuan Ketuhanan
Mengetahui tujuan rancangan Tuhan, sekarang kita merenungkan peranan-peranan ketiga-tiga ahli Kesatuan Ketuhanan dalam rancangan itu.
Kita mula dengan satu ajaran dari Alkitab. Pada pengakhiran surat keduanya kepada orang Korintus, Rasul Paulus buat satu rujukan tentang Kesatuan Ketuhanan yang terdiri daripada Bapa, Putera, dan Roh Kudus: “Tuhan Yesus Kristus memberkati kamu, Tuhan mengasihi kamu, dan Roh Tuhan3 menyertai kamu semua” (2 Korintus 13:14).
Ayat suci Alkitab ini mewakili Kesatuan Ketuhanan dan merujuk kepada kasih sayang Tuhan Bapa yang amat besar, misi penyelamatan Yesus Kristus yang berbelas kasihan, dan penemanan Roh Kudus.
Tuhan Bapa
Semua bermula dengan Tuhan Bapa. Secara perbandingan kita tidak tahu banyak tentang Dia, apa yang kita tahu adalah mustahak dalam pemahaman kedudukan agung-Nya, perhubungan kita dengan Dia, dan peranan penguasa-Nya dalam rancangan keselamatan, Penciptaan, dan selain-lainnya.
Sebelum kematiannya, Elder Bruce R. McConkie tulis: “Hanya ada satu Tuhan yang hidup dan sejati. Dialah Bapa, Elohim Yang Maha Kuasa, Yang Agung, Pencipta dan Pemerintah alam semesta.”4 Dialah Tuhan dan Bapa kepada Yesus Kristus, dan kepada kita juga. Presiden David O. McKay ajar bahawa “Kebenaran dasar pertama yang dibela oleh Yesus Kristus ialah kebenaran ini, Tuhan Bapa, Tuhan langit dan bumi memimpin semua hal.”5
Apa yang kita tahu tentang sifat Tuhan Bapa kebanyakan datang dari pelayanan dan ajaran Putera Tunggal-Nya, Yesus Kristus. Elder Jeffrey R. Holland ajar bahawa, salah satu tujuan terpenting pelayanan Yesus adalah untuk mengungkap kepada orang fana “sifat Tuhan Bapa Abadi kita, … Untuk mengungkap dan memperkenalkan kepada kita sifat benar Bapa-Nya, Bapa kita di Syurga.”6 Alkitab mengandungi satu saksi dari seorang rasul yang mengatakan bahawa “Dia perwujudan Tuhan sendiri” (Hebrews 1:3), yang memerangkan ajaran Yesus bahawa “orang yang sudah melihat Aku, sudah melihat Bapa” (John 14:9).
Tuhan Bapa ialah Bapa roh kita. Kita anak-anak-Nya. Dia menyayangi kita, dan semua yang Dia lakukan adalah untuk faedah abadi kita. Dialah pengarang rancangan keselamatan, dan melalui kuasa-Nya, rancangan ini mencapai tujuannya demi kemuliaan abadi anak-anak-Nya.
Putera
Bagi orang fana, ahli kesatuan Ketuhanan yang paling nyata ialah Yesus Kristus. Satu kenyataan ajaran dari Presidensi Utama pada tahun 1909 mengisytiharkan bahawa Dia ialah “anak sulung Tuhan—anak pertama dalam roh, dan Anak Tunggal dalam daging.”7 Putera, yang paling agung, dipilih oleh Bapa untuk melaksanakan rancangan Bapa—untuk menggunakan kuasa Bapa untuk menciptakan dunia-dunia tak terhitung jumlah (lihat Musa 1:33) dan untuk menyelamatkan anak-anak Tuhan dari kematian dengan Kebangkitan-Nya dan dari dosa dengan Korban tebusan-Nya. Korban tebusan ini benar-benarnya dipanggil “kejadian terpenting dalam semua sejarah manusia.”8
Pada masa unik dan kudus apabila Tuhan Bapa memperkenalkan Putera-Nya, Dia berfirman, “Inilah Anak-Ku yang Aku kasihi. Dengarkanlah Dia!” (Markus 9:7; Lukas 9:35; juga lihat 3 Nefi 11:7; Joseph Smith—Sejarah 1:17). Jadi, Yesus Kristus, Yehovah, Tuhan Israel, berucap kepada dan melalui para nabi.9 Apabila Yesus muncul kepada orang Nefi selepas kebangkitan-Nya, Dia memperkenalkan diri sendiri sebagai “Tuhan seluruh bumi”3 Nefi 11:14). Yesus sering kali berfirman kepada para nabi dari Kitab Mormon dan kepada Orang Suci Zaman Akhir sebagai “Bapa dan Putera,” satu gelaran yang dijelaskan dalam satu penjelasan ajaran dari Presidensi Utama dan Dua Belas Rasul 100 tahun dahulu.10
Roh Kudus
Ahli ketiga Kesatuan Ketuhanan ialah Roh Kudus, juga dirujuk sebagai Roh Tuhan, dan Penolong. Dia ialah ahli Kesatuan Ketuhanan yang berperanan sebagai ejen wahyu peribadi. Sebagai satu lembaga Roh (lihat A&P 130:22), Dia boleh berdiam dalam kita dan melaksanakan peranan penting-Nya sebagai komunikator di antara Bapa dan Putera serta anak-anak Tuhan pada bumi. Banyak ayat suci ajar bahawa misi-Nya adalah untuk memberi saksi tentang Bapa dan Putera (lihat Yohanes 15:26; 3 Nefi 28:11; A&P 42:17). Juruselamat janji kita bahawa Penolong akan mengajar segala hal, mengingatkan kita tentang segala hal, dan membimbing kita untuk mengetahui segala kebenaran (lihat Yohanes 14:26; 16:13). Jadi, Roh Kudus menolong kita mentafsirkan kebenaran dan kepalsuan, membimbing kita untuk membuat keputusan yang penting, dan membantu kita melalui cabaran-cabaran kefanaan.11 Melalui Dia, kita boleh menjadi kudus, iaitu, dibersihkan dan disucikan dari dosa (lihat 2 Nefi 31:17; 3 Nefi 27:20; Moroni 6:4).
IV.
Bagaimana pemahaman ajaran syurgawi tentang Kesatuan Ketuhanan dan rancangan keselamatan menolong kita dengan cabaran hari ini?
Sebab kita memiliki kebenaran tentang Kesatuan Ketuhanan dan perhubungan dengan Mereka, tujuan hidup, dan sifat takdir abadi, kita mempunyai peta yang paling baik dan kepastian untuk perjalanan kefanaan kita. Kita tahu siapa kita sembah dan mengapa kita sembah. Kita tahu siapa kita dan apa yang boleh kita jadi (lihat A&P 93:19). Kita tahu siapa yang membolehkan semua ini terjadi, dan kita tahu apa yang perlu kita lakukan untuk menikmati berkat-berkat yang datang dari rancangan keselamatan Tuhan. Bagaimana kita tahu semua ini? Kita tahu melalui wahyu Tuhan kepada para nabi-Nya dan kepada kita masing-masing secara individu.
Untuk “menjadi matang dan sempurna seperti Kristus” seperti yang dihuraikan oleh Rasul Paulus (Efesus 4:13) memerlukan lebih usaha daripada memperoleh ilmu sahaja. Adakah tidak cukup bagi kita untuk yakin kepada Injil; kita mesti bertidak dan berfikir supaya kita bertukar hati kepada ia. Sebalik dengan institusi dunia, yang mengajar kita untuk mengetahui sesuatu, rancangan keselamatan dan Injil Yesus Kristus mencabar kita untuk menjadi sesuatu.
Seperti Presiden Thomas S. Monson mengajar kita pada persidangan umum lepas:
“Juruselamat kita, Yesus Kristus, diperlukan dalam rancangan keselamatan. Tanpa korban-Nya, semua akan hilang. Adalah tidak cukup untuk hanya mempercayai kepada Dia dan misi-Nya. Kita perlu berusaha dan belajar, mencari dan berdoa, bertaubat dan mengembang. Kita perlu tahu hukum-hukum Tuhan dan mematuhi mereka. Kita perlu menerima tatacara-tatacara penyelamatan-Nya. Hanya dengan berbuat demikian kita boleh memperoleh kegembiraan yang benar dan abadi. …
Presiden Monson mengisytiharkan, “Dari jiwa saya dan dengan kerendahan hati, saya bersaksi tentang kurnia rancangan Bapa untuk kita. Ini jalan yang sempurna ke kedamaian dan kegembiraan di sini dan dalam dunia akan datang.”12
Saya tambahkan kesaksian saya ke atas kesaksian nabi presiden terkasih kita. Saya bersaksi bahawa kita ada seorang Bapa Syurgawi yang menyayangi kita. Saya bersaksi bahawa kita Roh Kudus yang membimbing kita. Dan saya bersaksi tentang Yesus Kristus, Juruselamat kita, yang membolehkan segala, dalam nama Yesus Kristus, amin.