Ikutlah Aku
15–21 April. Easter: ‘Hai Maut, Di Manakah Kemenanganmu?’


“15–21 April. Easter: ‘Hai Maut, Di Manakah Kemenanganmu?’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“15–21 April. Easter,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2019

Imej
Taman Kuburan

15–21 April

Easter

“Hai Maut, Di Manakah Kemenanganmu?”

Gunakan masa anda dengan kanak-kanak dan bantu mereka lihat Hari Easter sebagai waktu bersukacita dalam Juruselamat dan mendalamkan kesyukuran mereka untuk pengorbanan-Nya. Idea-idea dalam rangka panduan ini boleh disesuaikan untuk membantu anda mengajar kanak-kanak sebarang umur.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Untuk membantu kanak-kanak berkongsi apa yang mereka tahu tentang Yesus Kristus dan Korban tebusan-Nya, anda boleh tunjukkan gambar-gambar Juruselamat di Getsemani, di salib, dan selepas Kebangkitan-Nya (lihat gambar di rangka panduan minggu ini di Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga dan Buku Seni Injil no. 56, 57, 58, 59, dan 60).

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Yesus Kristus ialah Juruselamat saya.

Apabila anda membaca tentang Korban tebusan Yesus Kristus, renung bagaimana anda boleh membantu kanak-kanak merasa betapa Yesus mengasihi mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Ajar kanak-kanak bahawa kita semua berdosa, kita tidak boleh kembali kepada Tuhan tanpa Juruselamat yang menderita untuk dosa-dosa kita. Yesus Kristus boleh menyelamatkan kita dari dosa-dosa kita jika kita bertaubat. Pegang satu cermin, dan biarkan kanak-kanak mengambil giliran untuk melihat ke dalamnya. Ketika setiap kanak-kanak membuat demikian, katakan, “Yesus mengasihi [nama kanak-kanak], dan Dia boleh menyelamatkan [nama kanak-kanak].”

  • Tunjuk gambar Yesus Berdoa di Getsemani (Buku Seni Injil, no. 56) ketika anda memberitahu cerita Yesus menderita di Getsemani kerana dosa-dosa dunia (lihat Matius 26:36–46; Lukas 22:39–44). Jelaskan bahawa kerana penderitaan Yesus, kita boleh diampunkan apabila kita membuat pilihan yang salah. Anda juga boleh gunakan “Bab 51: Yesus Menderita di Taman Getsemani,” Kisah-Kisah Perjanjian Baru, 129–32, atau video yang berkaitan di (LDS.org).

  • Nyanyi bersama “Kurasakan Kasih Jurus’lamat,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 42. Perkataan apakah dalam lagu ini menggambarkan kasih Juruselamat? Tanya kanak-kanak bagaimana mereka boleh membantu orang lain merasakan kasih Juruselamat.

Kerana Yesus Kristus dibangkitkan, saya boleh hidup sekali lagi.

Bagaimanakah anda boleh membantu kanak-kanak memahami kerana Yesus Kristus, kita dan orang tersayang kita akan dibangkitkan suatu hari nanti?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Ajarkan kanak-kanak cerita Hari Easter dengan menggunakan gambar-gambar Kristus di Getsemani, di salib, dan selepas Kebangkitan-Nya, yang boleh didapati di Buku Seni Injil (no. 56, 57, 58, 59, dan 60), dan gambar halaman penuh di rangka panduan minggu ini di Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Biarkan beberapa kanak-kanak pegang gambar-gambar semasa anda memberitahu cerita. Beritahu kanak-kanak tentang beberapa orang yang melihat Yesus selepas Dia dibangkitkan, seperti Maria (lihat Yohanes 20:1–18) atau Tomas (lihat Yohanes 20:24–29).

  • Cari tahu jika kanak-kanak tahu mengapa kita menyambut Hari Easter. Jelaskan bahawa pada Hari Easter kita menyambut hari yang paling penting di sejarah—hari Yesus Kristus dibangkitkan. Tanya jika terdapat kanak-kanak yang ingin berkongsi apa yang keluarga mereka buat untuk mengingati Kebangkitan Yesus Kristus.

  • Jelaskan bahawa dibangkitkan bermakna hidup sekali lagi selepas kita mati. Berikan kesaksian anda bahawa kerana Yesus Kristus, kita akan dibangkitkan—kita akan hidup sekali lagi selepas kita mati, dan kita tidak akan mati lagi.

  • Gunakan sarung tangan untuk mengajar kanak-kanak bahawa kita semua mempunyai badan (diwakili oleh sarung tangan) dan roh (diwakili oleh satu tangan). Apabila kita mati, roh kita teruskan hidup, tetapi badan kita tidak. Apabila kita dibangkitkan, roh dan badan kita bersatu sekali lagi. Biarkan kanak-kanak mengambil giliran untuk memakai sarung tangan dan menanggalkannya.

  • Nyanyi bersama satu lagu Hari Easter, seperti “Benarkah Tuhan T’lah Bangkit?” atau “Yesus T’lah Bangkit,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 45, 44, dan tunjuk kanak-kanak gambar Yesus selepas Dia dibangkitkan (Buku Seni Injil, no. 59, 60, 61).

  • Paparkan satu gambar seseorang yang anda kenal yang telah mati. Kongsi kesaksian anda bahawa seseorang itu akan dibangkitkan kerana Korban tebusan dan Kebangkitan Yesus Kristus.

  • Tonton bersama dengan video “Jesus Is Resurrected” atau “The Risen Lord Appears to the Apostles” (LDS.org). Pesanan tambahan Hari Easter boleh didapati di mormon.org/easter.

Imej
Kristus dengan Maria di kubur yang kosong

Dia Bangkit, oleh Greg Olsen

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Besar

Yesus menderita untuk saya di Getsemani dan di salib.

Apabila anda mengkaji Korban tebusan Juruselamat, renung bagaimana anda boleh membantu kanak-kanak belajar dan ingat bahawa Kristus telah menderita di Getsemani dan di salib untuk dosa, kesakitan, dan kesedihan mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca dengan kanak-kanak Lukas 22:39–44 dan ayat-ayat yang dipilih dari Matius 27:29–50. Jemput mereka untuk mencari kata-kata yang membantu mereka memahami apa yang Juruselamat alami di Getsemani dan di salib.

  • Bantu kanak-kanak menghafal fasal-fasal kepercayaan yang ketiga. Berikan kesaksian anda bahawa Yesus Kristus mempunyai kuasa untuk menyelamatkan kita dari dosa dan dari kematian.

  • Bantu kanak-kanak menyediakan ucapan yang ringkas tentang Korban tebusan Yesus Kristus yang mereka boleh berkongsi dengan orang lain. Galakkan mereka untuk memasukkan ayat suci dan kesaksian mereka dalam ucapan mereka. Jika mereka perlukan bantuan tambahan, mereka boleh membaca Panduan Tulisan Suci, “Korban, Korban Tebusan”.

Kerana Yesus mati dan dibangkitkan, saya akan hidup sekali lagi.

Kanak-kanak yang anda ajar mungkin akan mengalami kematian orang tersayang suatu hari nanti jika mereka belum mengalaminya. Bantu mereka tahu bahawa kerana Yesus Kristus dibangkitkan kita semua akan dibangkitkan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Paparkan Buku Seni Injil, no. 57, 58, dan 59, dan minta kanak-kanak memadankan gambar-gambar dengan ayat-ayat berikut: Matius 27:29–38, 59–60; Yohanes 20:10–18.

  • Jemput kanak-kanak untuk membaca secara individu “Kebangkitan” dalam Kamus Kitab dan tulis soalan-soalan ujian yang mereka boleh tanya tentang apa yang mereka baca. Beri kanak-kanak masa untuk bertanya satu sama lain soalan mereka dan cari jawapan bersama.

  • Bantu kanak-kanak melihat di dalam indeks topik dalam Buku Nyanyian Anak-Anak untuk mencari satu lagu yang mereka mahu belajar tentang Yesus Kristus atau Kebangkitan. Nyanyi lagu itu bersama beberapa kali. Tanya kanak-kanak apa yang mereka belajar dari lagu ini.

  • Sebelum kelas, jemput beberapa kanak-kanak untuk datang bersedia berkongsi kesaksian mereka tentang Korban tebusan dan Kebangkitan Juruselamat. Jemput kanak-kanak untuk menulis kesaksian mereka untuk dikongsi di rumah.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Untuk membantu kanak-kanak berkongsi apa yang mereka belajar dengan keluarga mereka, galakkan mereka untuk menyanyi satu lagu tentang Yesus Kristus di rumah minggu ini.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Kanak-kanak mendapat manfaat dari pengulangan. Jangan takut untuk mengulang aktiviti-aktiviti beberapa kali, terutamanya dengan kanak-kanak yang lebih kecil. Pengulangan akan membantu kanak-kanak ingat apa yang anda ajar.

Cetak