Ikutlah Aku
4–10 Mac. Matius 8–9; Markus 2–5: ‘Kerana Kamu Percaya Kepada-Ku, Kamu Sembuh’


“4–10 Mac. Matius 8–9; Markus 2–5: ‘Kerana Kamu Percaya Kepada-Ku, Kamu Sembuh’ Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“4–10 Mac. Matius 8–9; Markus 2–5,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2019

Imej
Yesus menyembuh seorang lelaki lumpuh

Penyembuhan di bawah Sayapnya, oleh Jon McNaughton

4–10 Mac

Matius 8–9; Markus 2–5

“Kerana Kamu Percaya Kepada-Ku, Kamu Sembuh”

Bermula dengan membaca Matius 8–9 dan Markus 2–5. Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga dapat membantu anda memahami bab-bab berikut, dan rangka panduan ini dapat memberi anda idea-idea pengajaran.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemput kanak-kanak untuk kongsikan satu kisah di mana Yesus melaksanakan satu mukjizat (lihat senarai mukjizat dalam rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga). Anda juga boleh tunjukkan gambar-gambar yang berkaitan (lihat Buku Seni Injil, no. 4041, atau LDS.org).

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Matius 8–9; Markus 25

Yesus punyai kuasa untuk melaksanakan mukjizat.

Ketika anda membaca tentang mukjizat-mukjizat pemulihan Juruselamat, renungkan mukjizat yang anda ingin kongsikan. Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak yang diajar faham peranan iman dalam mukjizat yang dilaksanakan oleh Yesus?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Kongsikan kisah lelaki yang lumpuh dari Markus 2:1–12. Untuk bantuan, lihat “Bab 23: Seseorang yang Tidak Dapat Berjalan,” Kisah-Kisah Perjanjian Baru, 57–58, dan video berkaitan di (LDS.org). Jelaskan kepada kanak-kanak bahawa lelaki yang lumpuh itu tidak dapat berjalan. Bantu mereka kenali bahawa lelaki ini telah disembuhkan dan diampuni oleh Juruselamat.

  • Jemput kanak-kanak untuk berlakon bagaikan mereka “bangun” seperti anak perempuan Yairus yang di baca dalam Markus 5:22–23, 35–43. Bantu mereka faham bahawa Yesus telah membolehkan kita semua untuk peroleh kehidupan abadi.

  • Baca Markus 5:34. Bantu kanak-kanak hafalkan ungkapan “Kerana kamu percaya kepada-Ku, kamu sembuh,” mungkin dengan memberi setiap kanak satu kata dan kemudian meminta mereka menyebut kata-kata mereka dengan teratur. Adakah sesiapa yang mereka kenali telah pun disembuhi ketika sakit?

  • Minta kanak-kanak untuk tutupkan mata dan mendengar ketika anda membaca dari Matius 9:27–30. Apabila anda membaca tentang Yesus menyembuh mereka yang buta, jemput kanak-kanak untuk buka mata mereka. Bagaimanakah perasaan kanak-kanak jika Yesus yang telah menyembuhkan mereka?

  • Jemput kanak-kanak untuk kongsikan ketika mereka sakit. Kongsikan salah satu kisah di mana Yesus menyembuhkan orang sakit, dan bersaksi bahawa Yesus mempunyai kuasa yang boleh menyembuh dan memberkat kita apabila kita berdoa dan menerima berkat-berkat imamat. Jelaskan bahawa walaupun kadangkala Tuhan tidak memberi kita mukjizat yang diingini, Dia mengasihi kita dan perihatin terhadap keperluan kita. Dia akan memberi kita bantuan yang diperlukan.

Markus 4:35–41

Ketika saya berasa takut atau berada dalam bahaya, Yesus dapat membantu saya berasa damai.

Kisah Yesus menenangkan ribut boleh membantu kanak-kanak tahu bahawa Dia boleh memberi mereka kedamaian apabila mereka berasa takut.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak bayangkan mereka berada di atas sebuah kapal ketika anda membaca Markus 4:35–41. (Lihat juga “Bab 21: Yesus Meredakan Angin dan Ombak,” Kisah-Kisah Perjanjian Baru, 53, atau video berkaitan LDS.org.) Minta kanak-kanak huraikan bagaimana perasaan mereka jika mereka berada di sana. Bilakah kanak-kanak pernah berasa takut? Bagaimanakah mereka peroleh kedamaian?

  • Jemput kanak-kanak untuk membuat bunyi ribut dan berhenti apabila seseorang berkata “Diam, tenanglah.” Berikan saksi bahawa sepertimana Yesus boleh memberi kedamaian ketika adanya ribut, Dia boleh memberi kedamaian dalam hati kita apabila kita berasa sedih.

  • Fikirkan aksi-aksi untuk mengiringi rangkap ketiga dalam “C’ritakan Padaku Kisah Tentang Yesus,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 36.

Imej
Kristus menenangkan ribut

Kristus Menenangkan Ribut, oleh Robert T. Barrett

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Besar

Markus 25

Yesus boleh melaksanakan mukjizat-mukjizat dalam kehidupan saya asal saya percayakan Dia.

Yesus telah melaksanakan banyak mukjizat ketika pelayanan fana-Nya. Bagaimanakah anda membantu kanak-kanak sedari mukjizat-mukjizat yang berlaku hari ini?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Suruh kanak-kanak untuk pilih salah satu daripada mukjizat berikut untuk dibaca dan dilukis: Markus 2:1–12; Markus 5:22–23, 35–43; atau Markus 5:24–34. Jemput kanak-kanak untuk jelaskan lukisan-lukisan mereka kepada kelas. Apakah yang mereka telah pelajari berkenaan Yesus melalui kisah-kisah tersebut?

  • Minta kanak-kanak untuk lakonkan bagaimanakah perasaan mereka apabila mereka sakit, sedih, takut, atau risau. Bagaimanakah Yesus membantu kita apabila kita mempunyai perasaan-perasaan tersebut? Berikan saksi bahawa Yesus boleh membantu kanak-kanak dalam semua situasi tersebut.

  • Jemput kanak-kanak untuk kongsikan pengalaman di mana mereka atau seseorang yang mereka kenali menerima berkat imamat. Bagaimanakah orang tersebut disembuhi atau diberkati?

Matius 8–9; Markus 25

Saya boleh tunjukkan kasih kepada orang seperti Yesus.

Yesus tunjukkan kasih yang besar dengan menyembuh mereka yang sakit dan sengsara. Renungkan bagaimana anda dapat ajar kanak-kanak untuk berbelas kasihan terhadap mereka yang memerlukannya.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Pilih satu atau lebih mukjizat Yesus untuk dikaji bersama kanak-kanak, seperti yang terdapat dalam Markus 2:1–12; Markus 5:22–23, 35–43; atau Markus 5:24–34. (Lihat juga video “Jesus Forgives Sins and Heals a Man Stricken with Palsy,” “Jesus Raises the Daughter of Jairus,” dan “Jesus Heals a Woman of Faith” di LDS.org.) Jemput kanak-kanak untuk kongsikan ketika mereka telah membantu seseorang dan bagaimanakah perasaan mereka selepas itu.

  • Tunjukkan video “Gordon Hinckley: Lessons I Learned as a Boy” atau “The Coat” (LDS.org). Bagaimanakah budak-budak dalam video mengikut teladan Yesus? Jemputkan kanak-kanak berkongsi situasi lain apabila seseorang mungkin memerlukan bantuan. Apakah yang kita boleh bantu mereka?

  • Ingatkan kanak-kanak bahawa membantu orang merupakan sebahagian daripada perjanjian pembaptisan mereka (lihat Mosia 18:8–10; Alma 34:28).

Matius 8:23–27; Markus 4:35–41

Ketika saya berasa takut atau berada dalam bahaya, Yesus dapat membantu saya berasa damai.

Kanak-kanak perlu tahu bahawa Juruselamat boleh memberi mereka kedamaian apabila berhadapan dengan ribut kehidupan—kini dan masa hadapan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Suruh salah seorang kanak untuk menggunakan Markus 4:35–41 dan gambar Yesus Menenangkan Ribut (Buku Seni Injil, no. 40) untuk memberitahu kisah Yesus menenangkan ribut. Minta kanak-kanak huraikan bagaimana perasaan mereka jika mereka berada di sana.

  • Jemput kanak-kanak untuk kongsikan pengalaman kedamaian yang dirasai setelah berdoa untuk bantuan. Ingatkan mereka bahawa kedamaian ini datang dari Juruselamat.

  • Nyanyikan “Tuhan, Badai S’dang Mengamuk,” Nyanyian Rohani, no. 38, bersama kanak-kanak, jemput mereka untuk berbisik apabila mereka menyanyi “Diam, tenanglah.”

  • Berikan setiap kanak satu awan hujan kertas, dan suruh mereka tuliskan cabaran yang seseorang mungkin hadapi di atas kertas awan itu. Letakkan semua awan-awan itu pada papan tulis, menutupi gambar Juruselamat. Jemput seorang kanak untuk mengambil salah satu awan itu dan cadangkan cara kita boleh membantu seseorang yang menghadapi cabaran itu untuk peroleh kedamaian. Apabila semua awan-awan telah diturunkan dari papan tulis, berikan saksi akan kuasa Juruselamat untuk menenangkan ribut dalam hidup kita.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Bantu kanak-kanak senaraikan layanan-layanan yang mereka boleh laksanakan untuk seseorang minggu ini.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Kanak-kanak secara semula jadinya sangat aktif. Kadangkala anda mungkin berasa bahawa tenaga kanak-kanak mengalih perhatian daripada pelajaran. Namun anda boleh gunakan sifat aktif mereka dengan menjemput mereka untuk melakonkan satu cerita atau laksanakan aksi-aksi yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa dalam satu lagu atau ayat suci. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 25.)

Cetak