Ikutlah Aku
4–10 Februari. Matius 4; Lukas 4–: ‘Roh Tuhan ada pada-Ku’


“4–10 Februari. Matius 4; Lukas 4–5: ‘Roh Tuhan Berada di atas-Ku’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“4–10 Februari. Matius 4; Lukas 4–5,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2019

Kristus menang atas Setan

Christ Triumphs over Satan, oleh Robert T. Barrett

4–10 Februari

Matius 4; Lukas 4–5

Roh Tuhan ada pada-Ku”

Mulakan dengan membaca Matius 4 dan Lukas 4–5, dan berikan tumpuan kepada sebarang pandangan yang anda terima. Idea pembelajaran ini dalam rangka panduan ini dapat membantu anda mengenal pasti asas penting di dalam bab-bab ini.

Mencatat Tanggapan Anda

Dari masa remaja-Nya, Yesus kelihatan peka bahawa Dia memiliki sebuah misi yang unik dan kudus. Tetapi semasa Yesus bersedia untuk memulakan pelayanan duniawi-Nya, musuh cuba untuk menanam keraguan di minda Juruselamat. “Jika engkau adalah Putera Tuhan,” Setan berkata (Lukas 4:3, kata condong ditambah). Tetapi Juruselamat telah berbicara dengan Bapa Syurgawi-Nya. Dia mengetahui tulisan suci, dan Dia mengetahui siapa diri-Nya. Kepada-Nya, Setan menawarkan—“Semua kuasa ini akan aku berikan kepada-Mu” (Lukas 4:6)—persediaan sepanjang hidup Juruselamat mengizinkan-Nya untuk menerima “kuasa Roh” (Lukas 4:14). Jadi tidak mengira godaan, cubaan, dan penolakan, Yesus Kristus tidak pernah goyah dari pekerjaan-Nya yang ditetapkan: “Aku harus memberitakan Injil Kerajaan Tuhan … untuk itulah Aku diutus” (Lukas 4:43).

ikon kajian peribadi

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Matius 4:1–2

Berbicara bersama Tuhan menyediakan saya untuk melayani-Nya.

Untuk bersedia bagi misi-Nya, Yesus pergi ke padang belantara untuk “bersama Tuhan” (Terjemahan Joseph Smith, Matius 4:1). Fikirkan apa yang anda lakukan untuk merasa dekat kepada Tuhan. Bagaimanakah ini menyediakan anda untuk pekerjaan yang Dia ingin anda lakukan?

Matius 4:1–11; Lukas 4:1–13

Yesus Kristus menetapkan teladan kepada saya dengan melawan godaan.

Kadangkala orang berasa bersalah ketika mereka digoda untuk berdosa. Tetapi bahkan Juruselamat, yang hidup “tanpa dosa” (Ibrani 4:15), juga digoda. Sangat menghiburkan untuk mengetahui bahawa Kristus juga menghadapi dan mengatasi godaan, Dia mengetahui godaan yang kita hadapi dan dapat membantu kita mengatasinya (lihat Ibrani 2:18; Alma 7:11–12).

Semasa anda membaca Matius 4:1–11 dan Lukas 4:1–13, apakah yang anda pelajari yang membantu anda ketika anda menghadapi godaan? Anda dapat menyusun buah fikiran anda di dalam carta seperti ini:

Yesus Kristus

Saya

Yesus Kristus

Apakah yang Setan goda Kristus untuk lakukan?

Gunakan kuasa-Nya untuk memuaskan kelaparan-Nya.

Saya

Apakah yang Setan goda saya untuk lakukan?

Yesus Kristus

Mengapakah Kristus telah bersedia untuk melawan godaan?

Dia telah berpuasa; Dia bersama dengan Tuhan; Dia mengetahui tulisan suci

Saya

Bagaimanakah saya bersedia untuk melawan godaan?

Yesus Kristus

Saya

Apakah pandangan tambahan yang anda peroleh dari Terjemahan Joseph Smith di Matius 4? (Lihat nota-nota kaki sepanjang Matius 4).

Lihat juga 1 Korintus 10:13; Alma 13:28; Musa 1:10–22; .

Lukas 4:16–32

Yesus Kristus adalah Mesias yang telah dinubuatkan.

Sekiranya anda diminta untuk menjelaskan apa yang Yesus Kristus dihantar ke bumi untuk melakukan, apa yang akan anda katakan? Di dalam Lukas 4:18–19, Juruselamat menggambarkan aspek misi-Nya dengan memetik salah satu nubuat Yesaya tentang Mesias (lihat Yesaya 61:1–2). Apakah yang anda pelajari tentang misi-Nya semasa anda membaca ayat-ayat ini?

Yesus mengajar di sebuah saumaah

Yesus Kristus bersaksi bahawa Dia ialah Mesias.

Meskipun orang Yahudi telah menanti untuk berabad untuk nubuat Yesaya dipenuhi, banyak yang tidak menerima Yesus ialah Mesias ketika Dia menyatakan, “Pada hari ini genaplah tulisan suci ini sewaktu kamu mendengarnya” (Lukas 4:21). Semasa anda membaca Lukas 4:20–30 (lihat juga Markus 6:1–6), cuba untuk letakkan diri anda di tempat orang Nasaret. Adakah apa-apa yang menghalang anda dari sepenuhnya menerima Kristus sebagai juruselamat peribadi anda?

Lihat juga Mosia 3:5–12; “Jesus Declares He Is the Messiah” (video, LDS.org).

Matius 4:18–22; Lukas 5:1–11

Semasa saya percaya kepada Tuhan, Dia akan membantu saya mencapai potensi ilahi saya.

President Ezra Taft Benson mengajarkan, “Para lelaki dan wanita yang memalingkan kehidupan mereka kepada Tuhan akan menemui bahawa Dia dapat membuat lebih banyak untuk kehidupan mereka dari yang mereka mampu” (Teachings of Presidents of the Church: Ezra Taft Benson [2014], 42). Ini yang berlaku kepada Petrus dan para rakan nelayannya. Yesus membantu mereka untuk sedar bahawa mereka dapat melakukan lebih dari sekadar menjala ikan—mereka dapat menjadi “penjala manusia” (Matius 4:19; lihat juga Lukas 5:10). Untuk membantu mereka melihat ini, Yesus menggunakan pengalaman yang tidak asing bagi mereka.

Bilakah anda telah merasakan Juruselamat memanggil anda untuk mengikuti-Nya? Bagaimanakah anda dapat menunjukkan kepada Tuhan bahawa anda sudi untuk “[meninggalkan] semua” (Lukas 5:11) untuk mengikuti-Nya? Renungkan soalan ini semasa anda membaca Matius 4:18–22 dan Lukas 5:1–11.

Lihat juga “Ikut Aku,” Nyanyian Rohani, no. 43.

ikon kajian sekeluarga

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Semasa anda membaca tulisan suci bersama keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas-asas yang mana untuk menekankan dan membincangkan untuk memenuhi keperluan-keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa cadangan:

Matius 4:1–2; Lukas 4:1–2

Yesus telah berpuasa sebelum Dia digoda oleh musuh. Apakah pandangan yang kita dapat peroleh dari laporan tentang kuasa berpuasa? Maklumat tersebut di “Fasting and Fast Offerings,” Gospel Topics, topics.lds.org boleh membantu anda memimpin perbincangan keluarga tentang berpuasa. Anda dapat menjemput ahli keluarga anda untuk berkongsi pengalaman yang mereka ada tentang berpuasa. Mungkin keluarga anda dapat dengan penuh doa membuat pelan untuk berpuasa bersama untuk satu tujuan khusus.

Matius 4:3–4; Lukas 4:3–4

Ketika Setan menggoda Kristus untuk mengubah batu kepada roti, dia mencabar identiti ilahi Kristus dengan berkata “Jika engkau adalah putera Tuhan” (Matius 4:3, kata condong ditambah). Mengapakah Setan cuba untuk membuat kita meragui identiti ilahi kita? Bagaimanakah dia cuba untuk melakukan ini? (Lihat juga Musa 1:10–23.)

Terjemahan Joseph Smith, Matius 4:11

Selepas Yesus diuji secara fizikal dan rohani, fikirkan-Nya berpaling kepada keperluan Yohanes Pembaptis, yang berada di penjara: “Dan sekarang Yesus sudah mengetahui bahawa Yohanes telah dimasukkan ke dalam penjara, dan Dia menghantar para malaikat, dan lihatlah, mereka datang dan melayani-Nya [Yohanes]” (Terjemahan Joseph Smith, Matius 4:11 [di dalam Matius 4:11). Bagaimanakah kita diberkati semasa kita mengikuti teladan Kristus memikirkan orang lain sebelum diri kita? Bagaimanakah kita dapat mengikuti teladan-Nya?

Lukas 4:16–21

Adakah kita mengenali sesiapa yang hatinya hancur atau yang perlu “dibebaskan”? (Lukas 4:18). Bagaimanakah kita dapat membantu orang lain menerima penyembuhan dan pembebasan Juruselamat? Anda boleh membincangkan bagaimana melaksanakan tatacara membantu membawa “pembebasan kepada orang-orang tawanan” (Lukas 4:18).

Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Menjalani injil Yesus Kristus. “Bahkan hal yang paling penting anda boleh lakukan [sebagai ibu bapa atau pengajar] adalah untuk … menjalani injil dengan segenap hati anda. … Ini adalah asas untuk layak bagi penemanan Roh Kudus. Anda tidak perlu menjadi sempurna, hanya secara tekun mencuba—dan mencari keampunan melalui Korban Tebusan Juruselamat apabila anda terjatuh” (Teaching in the Savior’s Way, 13).

Yesus memanggil para Rasul untuk menjadi penjala manusia

The Call, oleh Jorge Cocco