“4–10 Februari. Matius 4; Lukas 4–5: ‘Roh Tuhan Ada Pada-Ku’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2019 (2019)
“4–10 Februari. Matius 4; Lukas 4–5,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2019
4–10 Februari
Matius 4; Lukas 4–5
“Roh Tuhan Ada Pada-Ku”
Mulakan persediaan anda bagi pelajaran ini dengan membaca Matius 4 dan Lukas 4–5. Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga dapat membantu anda memahami bab-bab ini, dan rangka panduan ini dapat memberi anda idea pengajaran.
Mencatat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Mintalah kanak-kanak untuk mengedar sekeping gambar Yesus dari seorang kanak ke yang seterusnya. Ketika setiap kanak menerima gambar tersebut, jemputlah dia untuk berkongsi sesuatu yang Yesus lakukan semasa Dia di bumi.
Mengajar Ajaran
Kanak-kanak yang Lebih Kecil
Saya boleh memilih yang benar seperti yang Yesus lakukan.
Kanak-kanak kecil “tidak dapat berdosa” (A&P 29:47). Bagaimanapun, cerita tentang Yesus melawan godaan Setan dapat mengilhamkan kanak-kanak mula memilih yang benar dari sekarang.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Ceritakan kisah Yesus digoda dari Matius 4:1–11. (Lihat juga “Bab 11: Yesus Dicobai,” Kisah-Kisah Perjanjian Baru, 30–31, atau video berkaitan di LDS.org.) Pada cerita yang sesuai, tanya, “Apakah yang anda fikir Yesus harus lakukan?”
-
Pamerkan sebuah gambar Yesus Kristus, dan kemudian gambarkan pilihan-pilihan seorang kanak yang lebih kecil mungkin akan lakukan. Untuk setiap pilihan yang baik, mintalah kanak-kanak untuk mengambil selangkah ke depan menuju gambar tersebut. Untuk setiap pilihan yang buruk, mintalah mereka untuk mengambil selangkah ke belakang darinya.
-
Bantulah kanak-kanak untuk pelajari lirik kepada “Memilih yang Benar,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 82, menggunakan gambar, objek, atau alat bantu visual yang lain yang berkaitan dengan lirik tersebut.
Yesus Kristus adalah Juruselamat saya.
Lukas 4:18–19 tersenarai aspek misi Yesus. Bagaimanakah anda membantu kanak-kanak menghargai apa yang telah Dia lakukan untuk mereka?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Bacalah Lukas 4:18–19 kepada kanak-kanak, dan jelaskan tujuan Yesus Kristus di hantar ke bumi (mengajar, menghibur, dan menyembuhkan orang). Kongsi bagaimana Dia telah lakukan ini untuk anda.
-
Jemputlah beberapa kanak-kanak untuk pura-pura menjadi keliru, sedih, atau sakit. Mintalah kanak-kanak yang lain untuk lakonkan peranan apa yang mereka dapat lakukan untuk membantu mereka. Bersaksi bahawa Yesus Kristus datang untuk mengajar, menghibur, dan menyembuhkan kita, dan kita harus mengikuti teladan-Nya.
-
Tunjukkan gambar-gambar Yesus memenuhi aspek misi-Nya (lihat Buku Seni Injil), dan mintalah kanak-kanak untuk menjelaskan apa yang Yesus lakukan. Tunjukkan juga gambar orang-orang yang cuba menjadi seperti Yesus (anda boleh menjumpai beberapa di majalah Gereja).
-
Tuliskan pada helaian kertas ayat yang bermula dengan “Kerana Yesus Kristus” (seperti “Kerana Yesus Kristus, keluarga saya dapat bersama selamanya”). Jemputlah setiap kanak-kanak untuk memilih satu dari potongan kertas tersebut, dan bantulah dia membaca ayat tersebut.
Yesus Kristus menjemput kita menjadi “penjala manusia.”
Juruselamat memanggil, “Ikutlah Aku, dan kamu akan Ku-jadikan penjala manusia” (Matius 4:19), diterapkan kepada semua orang, termasuklah kanak-kanak.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Jemputlah dua kanak-kanak untuk berlakon sebagai Petrus dan Andreas semasa anda membaca Matius 4:18–22. Bantulah kanak-kanak untuk memahami apa yang para lelaki ini telah lepaskan untuk mengikuti Yesus.
-
Biarkan kanak-kanak mengambil giliran untuk menceritakan cerita dari ayat-ayat ini menggunakan gambar di rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga.
-
Nyanyikan bersama “Aku Akan Ikut Rancangan Tuhan,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 86–87. Apakah yang kita dapat pelajari dari lagu ini tentang mengikuti Yesus Kristus?
-
Gunakan halaman aktiviti minggu ini untuk berbincang bersama kanak-kanak bagaimana mereka dapat menjadi “penjala manusia” dengan mengikuti Yesus. Anda juga boleh bermain permainan padanan: guntingkan dua salinan untuk setiap ikan, letakkan ia menghadap ke bawah, dan jemputlah kanak-kanak untuk membeleknya satu pada satu masa untuk dipadankan.
Mengajar Ajaran
Kanak-kanak yang Lebih Besar
Yesus menunjukkan teladan kepada saya dengan menangkis godaan.
Walaupun Yesus Kristus digoda oleh Setan, tetapi Dia tidak pernah menyerah. Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak untuk mengikuti teladan-Nya?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Membuat sebuah carta di papan tulis bertanda Godaan Setan dan Tindak balas Yesus. Bantulah kanak-kanak untuk mengisi carta dengan menggunakan Matius 4:1–11 dan Lukas 4:1–13. Tanyakan kepada kanak-kanak bagaimana mereka dapat mengikuti teladan Yesus.
-
Tuliskan beberapa senario yang kanak-kanak mungkin akan tergoda untuk melakukan pilihan yang salah. Berikan seorang kanak untuk membaca, dan berbincang sebagai sebuah kelas bagaimana mereka dapat melawan godaan dalam situasi itu.
Berpuasa dapat membantu saya merasa dekat kepada Bapa Syurgawi.
Sebelum memulakan pelayanan-Nya, Yesus telah berpuasa dan “berbicara dengan Tuhan” (Terjemahan Joseph Smith, Matius 4:2). Bantulah kanak-kanak untuk melihat bagaimana berpuasa dapat memberi mereka kekuatan rohani dan membantu mereka merasa dekat kepada Bapa Syurgawi.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Jemputlah seorang kanak untuk membaca dengan lantang Matius 4:1–2 menggunakan Terjemahan Joseph Smith yang dikemaskini. Apakah yang Yesus lakukan untuk “bersama Tuhan”? Kongsi bagaimana berpuasa telah membantu anda merasa dekat kepada Bapa Syurgawi.
-
Jemputlah kanak-kanak yang pernah berpuasa sebelum ini untuk berkongsi pengalaman mereka. Bagaimanakah mereka akan menjelaskan tentang puasa kepada seseorang yang tidak pernah berpuasa sebelum ini?
-
Tuliskan soalan tentang berpuasa (seperti mengapa, bila, atau bagaimana kita berpuasa) pada kepingan kertas, dan letakkan ia di dalam mangkuk. Jemputlah kanak-kanak untuk mencabut satu soalan dan cuba untuk menjawabnya. Apakah pengalaman yang anda atau kanak-kanak dapat kongsi tentang berpuasa?
Yesus Kristus adalah Juruselamat Saya.
Renungkan bagaimana Juruselamat telah memberkati kehidupan anda. Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak untuk lebih menghargai pengaruh-Nya dalam kehidupan mereka?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Jemputlah seorang kanak untuk datang ke kelas dengan bersedia untuk merumuskan Lukas 4:16–30. Juga akan membantu sekiranya menggunakan “Bab 17: Orang-Orang yang Marah di Nazaret,” Kisah-Kisah Perjanjian Baru, 42–43; video yang berkaitan di (LDS.org); atau video “Jesus Declares He Is the Messiah” (LDS.org).
-
Bacalah Lukas 4:18 dengan lantang sementara kanak-kanak mengikuti. Mintalah mereka untuk membuat sebuah senarai hal-hal yang Juruselamat kata Dia datang untuk lakukan. Jemputlah kanak-kanak untuk berkongsi beberapa contoh waktu Yesus melakukan hal-hal ini, sama ada di dalam tulisan suci atau di kehidupan mereka.
Yesus Kristus menjemput kita untuk mengikuti-Nya dan menjadi “penjala manusia.”
Terdapat banyak cara kanak-kanak dapat mengikuti Juruselamat dan menjadi “penjala manusia” (Matius 4:19). Bagaimanakah anda akan membantu mereka untuk melihat pengaruh baik yang mereka dapat menjadi kepada orang lain?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Jemputlah kanak-kanak untuk membaca Matius 4:18–22 dan Lukas 5:1–11. Bagaimanakah pengikut Yesus bertindak balas terhadap panggilan-Nya untuk mengikuti Dia? Apakah yang kita dapat lakukan untuk mengikuti teladan mereka?
-
Tunjukkan kanak-kanak beberapa peralatan memancing atau gambar seorang nelayan. Apakah maksud menjadi “penjala manusia”? Apakah peralatan yang kita perlu untuk membantu kita menjadi penjala manusia?
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Jemputlah kanak-kanak untuk berkongsi bersama keluarga mereka apa yang mereka telah pelajari tentang menjadi penjala manusia.