“Arahan untuk Waktu Menyanyi dan Pembentangan Pertemuan Sakramen Kanak-Kanak,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Kitab Mormon 2020 (2018)
“Arahan untuk Waktu Menyanyi,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2020
Arahan untuk Waktu Menyanyi dan Pembentangan Pertemuan Sakramen Kanak-kanak
Kepada Presidensi Sekolah Primer dan Pemimpin Muzik,
Lagu-lagu Sekolah Primer merupakan cara berkesan untuk membantu kanak-kanak mempelajari tentang rancangan kegembiraan Bapa Syurgawi dan asas-asas kebenaran Injil Yesus Kristus. Semasa kanak-kanak menyanyi mengenai asas-asas injil, Roh Kudus akan bersaksi kebenaran itu. Seni kata dan muzik akan kekal dalam minda dan hati kanak-kanak sepanjang hidup mereka.
Carilah bantuan Roh apabila anda membuat persiapan untuk mengajar injil melalui muzik. Kongsi kesaksian anda tentang kebenaran yang anda nyanyikan. Bantu kanak-kanak untuk melihat bagaimana muzik itu berkaitan dengan pembelajaran dan pengalaman mereka di rumah dan dalam kelas-kelas Sekolah Primer. Kanak-kanak dan keluarga mereka akan diberkati dari usaha tekun anda.
Kami menyayangi anda dan memberi kesyukuran atas pelayanan berdedikasi anda untuk memperkukuhkan dan melindungi kanak-kanak kita yang disayangi.
Presidensi Umum Sekolah Primer
Garis panduan untuk Pembentangan Pertemuan Sakramen
Di bawah arahan uskup atau presiden cabang, pembentangan pertemuan sakramen kanak-kanak biasanya diadakan pada suku ke empat setiap tahun. Sebagai presidensi Sekolah Primer dan pemimpin muzik, cuba bertemu pada awal tahun dengan penasihat lembaga uskup yang menyelia Sekolah Primer untuk mulakan perbincangan rancangan pembentangan tersebut. Apabila anda telah melengkapkan rancangan itu, sila dapatkan keizinan terdahulu.
Pembentangan itu seharusnya memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyampaikan apa yang mereka dan keluarga mereka telah pelajari dari Kitab Mormon di rumah dan dalam Sekolah Primer, termasuk lagu-lagu Sekolah Primer yang mereka telah nyanyikan sepanjang tahun. Pertimbangkan dengan penuh doa asas-asas dan lagu-lagu injil yang menyokong pembelajaran mereka. Sepanjang tahun, simpankan nota ucapan kanak-kanak dan pengalaman peribadi untuk kegunaan yang mungkin dalam pembentangan. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi ayat suci, cerita, dan kesaksian dalam pembentangan. Apabila anda merancangkan pembentangan, fikirkan cara mereka boleh menolong jemaah untuk fokus kepada ajaran Juruselamat dan ajaran-Nya
Unit-unit gereja dengan bilangan kanak-kanak yang kecil boleh memikirkan cara-cara di mana ahli keluarga dapat menyertai bersama dengan kanak-kanak mereka. Seorang ahli lembaga uskup boleh mengakhiri pertemuan dengan ucapan ringkas.
Sambil anda bersedia untuk pembentangan, ingat garis panduan berikut:
-
Latihan-latihan tidak harus mengambil masa yang yang lama dari masa kelas-kelas Sekolah Primer ataupun keluarga.
-
Visual, kostum, dan media pembentangan tidak sesuai untuk pertemuan sakramen.
Lihat Handbook 2: Administering the Church, 11.5.4.
Arahan untuk Waktu Menyanyi
5 minit (presidensi Sekolah Primer): Doa pembuka, tulisan suci atau fasal-fasal kepercayaan, dan satu ucapan
20 minit (pemimpin muzik): Waktu menyanyi
Presiden Sekolah Primer dan pemimpin muzik memilih lagu-lagu bagi setiap bulan untuk menegaskan asas-asas yang dipelajari oleh kanak-kanak dalam kelas-kelas dan di rumah. Sebuah senarai lagu yang menegaskan asas-asas ini termasuk dalam panduan ini. Lagu-lagu ini juga dicadangkan dalam rangka panduan dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.
Apabila anda mengajar lagu-lagu kepada kanak-kanak, jemput mereka untuk berkongsi apa yang mereka telah pelajari tentang cerita-cerita dan asas-asas ajaran dari lagu-lagu itu. Anda mungkin perlu semak rangka panduan Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer yang kanak-kanak pelajari dalam kelas-kelas mereka. Ini akan membantu anda menjadi peka pada cerita-cerita dan asas-asas yang dipelajari oleh mereka supaya anda boleh mempertimbangkan cara untuk menyokong pembelajaran mereka dengan muzik.
Semasa waktu menyanyi, anda juga boleh mengkaji semula lagu yang mereka pelajari sebelumnya dan lagu yang mereka suka menyanyi. Apabila anda mengkaji semula, minta kanak-kanak untuk berkongsi pemikiran dan perasaan mereka tentang kebenaran yang terdapat dalam lagu-lagu.
Buku Nyanyian Anak-Anak adalah sumber asas untuk muzik dalam Sekolah Primer. Lagu atau nyanyian rohani dari Friend dan Liahona juga sesuai untuk digunakan. Sekali-sekala kanak-kanak boleh menyanyi lagu patriotik atau perayaan yang sesuai untuk hari Ahad dan untuk usia kanak-kanak. Penggunaan sebarang muzik lain dalam Sekolah Primer mesti dibenarkan oleh lembaga uskup (lihat Handbook 2: Administering the Church [2010], 11.2.4).
Gambaran Keseluruhan Sekolah Primer
Pada setiap minggu, Sekolah Primer termasuk:
-
Waktu menyanyi25 minit
-
Peralihan5 minit
-
Kelas-kelas20 minit
Pemimpin bagi Sekolah Primer yang lebih besar boleh membahagikan kanak-kanak ke dalam dua kumpulan dan meminta salah satu ke kelas Sekolah Primer dan yang lagi satu ke waktu menyanyi. Kemudian dua kumpulan itu akan bertukar tempat. Jika ini berlaku, pemimpin Sekolah Primer perlu mengubahsuai masa yang ternyata di atas untuk mengikut keadaan mereka.
Muzik untuk Waktu Menyanyi
Januari
-
“Kisah Kitab Mormon,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 62–63.
-
“Patuhi P’rintah,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 68–69
Februari
-
“Keberanian Nefi,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 64–65
-
“Kurasakan Kasih Jurus’lamat,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 42–43
-
“Ku Ingin ke Bait Suci,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 99
Mac
-
“Waktu Aku Dibaptis,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 53
-
“Kebenaran,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 80
-
“Doa Seorang Anak,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 6–7
April
-
“Kami Senang Membantu,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 108
-
“Saling Mengasihi,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 74
Mei
-
“Aku Akan Jadi Pemberani,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 85
-
“Bapa Kumohon PertolonganMu,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 52
-
“Kesaksian,” Nyanyian Rohani, no. 54
Jun
-
“Membawa Injil Ke Seluruh Dunia,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 92–93
-
“Patuhi Nabi,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 58–59
-
“Ku Ingin Jadi Misi Sekarang,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 90
Julai
-
“Tuhan Kasih Padaku,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 16–17
-
“Iman,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 50–51
-
“S’dang Kubaca Kitab Suci,” Nyanyian Rohani, no. 117
Ogos
-
“Suara Yang Lembut,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 142–143
-
“Patuhi Nabi,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 58–59
September
-
“Ku Mau Jadi Seperti Yesus,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 40–41
-
“Orang Bijaksana Dan Orang Bodoh,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 132
Oktober
-
“Hormatlah, Tenanglah,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 11
-
“K’luarga Dapat Kekal Selamanya,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 98
-
“Gereja Yesus Kristus,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 48
November
-
“Kasihilah Sesama,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 39
-
“Jadi Contoh Kebenaran,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 81
-
“T’rima Kasih Bapa,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 9
Disember
-
“Cari, Renungkan Dan Berdoa,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 66
-
“Nun Jauh Dalam Palungan,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 26–27
-
“Dia Mengutus PuteraNya,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 20–21
Menggunakan Muzik untuk Mengajar Ajaran
Tujuan waktu menyanyi adalah untuk membantu kanak-kanak belajar kebenaran injil. Idea-idea berikut boleh mengilhami anda semasa anda merancang cara-cara untuk mengajar asas-asas injil yang terdapat dalam nyanyian rohani dan lagu-lagu Sekolah Primer.
Baca ayat suci berkaitan. Rujukan ayat-ayat suci tertulis pada kebanyakan lagu-lagu Buku Nyanyian Anak-Anak dan nyanyian rohani. Bantu kanak-kanak membaca beberapa ayat-ayat ini, dan beritahu bagaimana ayat-ayat suci berkaitan dengan lagu itu. Anda juga boleh menyenaraikan beberapa rujukan ayat suci pada papan tulis dan menjemput kanak-kanak untuk sesuaikan setiap rujukan pada lagu atau rangkap pada lagu.
Isikan tempat kosong. Tuliskan sebuah rangkap lagu pada papan tulis dengan beberapa kata kunci yang hilang. Kemudian minta kanak-kanak untuk nyanyikan lagu, mendengar kata-kata yang mengisi tempat kosong itu. Apabila mereka mengisi setiap tempat kosong, bincangkan asas-asas injil yang anda pelajari dari kata-kata yang hilang itu.
Petikan daripada pemimpin Gereja. Jemputlah kanak-kanak untuk mendengar sebuah petikan daripada seorang pemimpin Gereja yang mengajar asas injil sama dengan lagu Sekolah Primer. Minta mereka untuk mengangkat tangan apabila mereka dengar sesuatu yang membantu mereka memahami kebenaran yang mereka nyanyikan. Minta mereka untuk berkongsi apa yang mereka dengar.
Bersaksi. Berikan kesaksian yang singkat kepada kanak-kanak tentang kebenaran injil yang terdapat dalam lagu Sekolah Primer. Bantu kanak-kanak faham bahawa menyanyi adalah satu cara mereka memberi kesaksian dan merasai Roh.
Berdiri sebagai seorang saksi. Jemput kanak-kanak mengambil giliran berdiri dan berkongsi apa yang mereka pelajari dari lagu yang mereka nyanyikan atau perasaan mereka berkenaan kebenaran yang diajarkan dalam lagu. Tanya mereka tentang perasaan mereka semasa menyanyikan lagu itu dan bantulah mereka mengenal pasti pengaruh Roh Kudus.
Gunakan gambar. Minta kanak-kanak untuk membantu anda mencari atau melukis gambar-gambar yang berkaitan dengan kata atau frasa yang penting dalam lagu tersebut. Jemput mereka untuk berkongsi bagaimana gambar tersebut berkaitan dengan lagu itu dan apakah ajaran yang terkandung dalam lagu tersebut. Minta kanak-kanak mengumpul dan memegang gambar itu dalam urutan yang betul semasa anda menyanyikan lagu itu bersama mereka.
Kongsikan pengajaran berobjek. Anda boleh gunakan sebuah objek untuk mengilhami perbincangan tentang satu lagu. Contohnya, lagu “Iman” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 50–51) bercakap tentang sebiji benih yang kecil. Anda boleh tunjukkan kepada kanak-kanak sebiji benih dan bercakap tentang bagaimana kita menunjukkan iman ketika kita menanam sebiji benih; ini akan membawa kepada perbincangan tentang bagaimana kita menunjukkan iman kepada Yesus Kristus, sepertimana dijelaskan dalam lagu itu.
Menggalakkan perkongsian pengalaman peribadi. Bantu kanak-kanak mengaitkan asas-asas yang diajari dalam lagu tersebut dengan pengalaman yang mereka alami berkenaan asas-asas itu. Contohnya, sebelum menyanyi “Ku Ingin Ke Bait Suci” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 99), anda boleh minta kanak-kanak untuk mengangkat tangan mereka jika mereka pernah lihat bait suci. Jemput mereka untuk berfikir tentang perasaan yang mereka rasai apabila melihat sebuah bait suci.
Tanya soalan. Terdapat banyak soalan yang anda boleh tanya semasa anda menyanyi lagu-lagu. Contohnya, anda boleh tanya kanak-kanak apa yang mereka pelajari dari setiap rangkap dari lagu itu. Anda juga boleh minta mereka untuk memikirkan soalan-soalan yang dijawab oleh lagu itu. Ini boleh mewujudkan suatu perbincangan tentang kebenaran yang diajar dalam lagu itu.
Mendengar jawapan. Minta kanak-kanak untuk mendengar jawapan kepada soalan-soalan seperti “siapa?” “apa?” “di mana?” “bila?” atau “kenapa?” Contohnya, dalam lagu “Keberanian Nefi” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 64–65), mereka boleh mendengar siapa yang disuruh untuk mendapatkan kepingan-kepingan dan di mana, bila, bagaimana dan kenapa dia patuh kepada Tuhan. Anda juga boleh meminta kanak-kanak untuk cuba mendengar kata-kata kunci atau mengira dengan jari berapa kali mereka menyanyikan satu kata.
Membantu Kanak-kanak Belajar dan Mengingati Lagu-lagu Sekolah Primer
Kanak-kanak belajar lagu dengan mendengar dan menyanyi berulang kali. Selalu nyanyikan seni kata lagu baru kepada kanak-kanak—jangan hanya membaca atau menyebutnya. Ini membantu kanak-kanak mengaitkan melodi dengan kata-kata itu. Selepas sebuah lagu telah diajarkan, kaji semula dengan pelbagai cara seronok sepanjang tahun. Di bawah adalah beberapa idea untuk membantu kanak-kanak belajar dan mengkaji semula lagu-lagu.
Mencipta poster. Paparkan poster dengan kata-kata dari setiap rangkap atau gambar yang menjelaskan kata-kata itu. Semasa kanak-kanak menyanyi, tutup beberapa kata atau gambar sehingga mereka dapat menyanyi semua rangkap tanpa melihat poster. Anda juga boleh meminta kanak-kanak untuk membantu anda mencipta poster.
Tunjukkan nada suara Untuk membantu kanak-kanak mempelajari melodi lagu, angkat tangan secara mendatar, dan sambil anda menyanyi kata-kata, tinggikan tangan untuk menunjukkan nada suara meninggi dan turunkan tangan untuk menunjukkan nada suara menurun.
Meniru kata-kata. Jemput kanak-kanak untuk menyanyi kembali apa yang anda nyanyikan. Nyanyi kepada kanak-kanak dengan frasa pendek atau satu baris, dan kemudian dapatkan mereka menyanyi kembali kepada anda.
Gunakan kelainan. Nyanyikan lagu-lagu dalam cara-cara berlainan, misalnya bisikan, berdengung, tepuk tangan mengikut rentak, irama berlainan, atau menyanyi sambil duduk atau berdiri. Anda juga boleh mencipta sebuah dadu dari kertas dan tuliskan cara-cara menyanyi pada setiap permukaan dadu. Jemput seorang kanak-kanak untuk melontar dadu untuk mengetahui bagaimana kanak-kanak akan menyanyi lagu itu.
Nyanyi secara berkumpulan. Berikan setiap kelas atau individu satu frasa untuk menyanyi sambil berdiri dan kemudian minta mereka bertukar frasa sehingga setiap individu telah menyanyikan setiap frasa itu.
Gunakan gerakan tangan. Minta kanak-kanak untuk memikirkan gerakan tangan untuk membantu mereka mengingati kata-kata dan pesanan lagu itu. Contohnya, apabila anda menyanyi rangkap kedua “Tuhan Kasih Padaku” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 16–17), anda boleh meminta kanak untuk menunjuk jari pada mata mereka, gerak seperti kupu-kupu dan menutup bahagian belakang telinga dengan tangan mereka. Minta mereka untuk meletak tangan mereka pada hati mereka sambil menyanyi “Ku tau Tuhan kasih padaku.”
Perempuan menyanyi, lelaki menyanyi: Lukiskan gambar seorang lelaki dan perempuan, tampal atau lekat gambar-gambar pada batang kayu yang berasingan. Ketika mempelajari lagu semula, angkat salah satu gambar itu untuk menunjukkan siapa harus menyanyi bahagian lagu itu.
Melontar ke dalam bakul. Letakkan bakul yang bernombor atau bekas lain di hadapan bilik—sediakan bekas menurut bilangan rangkap-rangkap sebuah lagu. Jemputlah seorang kanak-kanak untuk melontarkan beg kekacang atau kertas ronyok ke dalam atau hampir pada bekas yang bernombor. Minta kanak-kanak menyanyikan rangkap menurut nombor bekas yang sama.
Sesuaikan gambar kepada frasa. Tuliskan setiap baris lagu pada helaian kertas berbeza dan carikan gambar yang menjelaskan setiap baris. Letakkan gambar pada satu bahagian dalam bilik dan helaian kertas pada bahagian bilik lain. Nyanyikan lagu dan minta kanak-kanak untuk menyesuaikan gambar pada kata-kata itu.
Nota: Rujukan-rujukan kepada bahagian dan lembaga uskup juga ditujukan pada cabang-cabang dan persidensi cabang.