Ikutlah Aku
21–27 Disember. Krismas: “Dia akan Datang ke Dunia untuk Menebus Umat-Nya”


“21–27 Disember. Krismas: Yesus Kristus Akan Datang untuk Menebus Umat-Nya,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Kitab Mormon 2020 (2020)

“21–27 Disember. Krismas,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2020

Yusuf, Maria dan bayi Yesus di sebuah kandang

Behold the lamb of God, oleh Walter Rane

21–27 Disember

Krismas

“Dia akan Datang ke Dunia untuk Menebus Umat-Nya”

Kanak-kanak sering kali mahu memberitahu bagaimana mereka meraikan Krismas. Pertimbangkan apa yang anda boleh lakukan untuk membantu mereka fokus kepada Yesus Kristus dan kesyukuran terhadap kelahiran-Nya.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemput kanak-kanak memberitahu atau melukis sesuatu yang keluarga mereka lakukan pada masa Krismas supaya mereka boleh mengingati Yesus Kristus.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

1 Nefi 11:13–22; Mosia 3:5–8; Alma 7:9–13; Helaman 14:1–6; 3 Nefi 1:15, 19–21

Yesus Kristus dilahirkan untuk menjadi Juruselamat saya.

Adakah kanak-kanak yang anda ajar tahu kenapa kita meraikan Krismas? Bagaimana anda boleh membantu mereka memahami kenapa kelahiran Yesus Kristus adalah sesuatu yang perlu dirayakan?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Ceritakan kelahiran Yesus, sambil menunjukkan gambar-gambar (seperti Buku Seni Injil, no. 28, 29, 30, 31). Biarkan kanak-kanak berkongsi apa yang mereka tahu. Gunakan halaman aktiviti minggu ini untuk mengajar kanak-kanak bahawa orang-orang yang hidup pada masa Kitab Mormon tahu tentang kelahiran Yesus.

  • Bacakan frasa penting dari Alma 7:11–12 untuk mengajar kanak-kanak apa Yesus telah lakukan bagi kita. Kongsikan kenapa anda bersyukur Yesus Kristus dilahir, dan nyatakan perasaan anda tentang Korban Tebusan-Nya.

  • Tunjukkan gambar Korban Tebusan Juruselamat—seperti penderitaan-Nya di Getsamani, kematian di atas salib, dan Kebangkitan (lihat Buku Seni Injil, no.56, 57, 58, 59). Minta kanak-kanak memberitahu anda apa yang mereka lihat dalam gambar-gambar itu. Bantu mereka memahami bahawa Bapa Syurgawi mengutus Yesus Kristus ke dunia untuk menderita bagi dosa-dosa kita, mati bagi kita dan dibangkitkan supaya kita boleh pulang kepada Dia.

  • Nyanyi bersama kanak-kanak sebuah mengenai kelahiran Yesus, seperti “Dia Mengutus Putera-Nya” atau “Nun Jauh Dalam Palungan” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 20–21 ,26–27). Tunjukkan frasa dalam lagu kepada kanak-kanak yang menjelaskan berkat-berkat kita perolehi daripada kelahiran Yesus.

2 Nefi 25:23, 26

Kitab Mormon bersaksi tentang Yesus Kristus.

Semasa anda mengakhiri pembelajaran Kitab Mormon pada tahun ini, ingatkan kanak-kanak bahawa kitab ini adalah “Satu Lagi Kesaksian Tentang Yesus Kristus,” ditulis untuk membantu kita datang kepada Dia.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Pegang satu Kitab Mormon supaya kanak-kanak boleh melihatnya. Baca tajuk dan tunjukkan dengan jari pada perkataan “Satu Lagi Kesaksian Tentang Yesus Kristus.” Biarkan kanak-kanak mengambil giliran memegang kitab itu, dan bantu mereka mencari nama Juruselamat di atas kulit buku. Beritahu kanak-kanak bagaimana perasaan anda mengenai Kitab Mormon dan cara ia telah membantu anda belajar tentang Yesus Kristus.

  • Berikan setiap kanak-kanak sebuah gambar Yesus, atau mereka melukiskan gambar Yesus sendiri. Jemput mereka mengangkat gambar-gambar semasa nama Kristus disebut apabila membaca 2 Nefi 25:23, 26. Bersaksi bahawa Kitab Mormon ditulis untuk membantu kita “percaya kepada Kristus” (2 Nefi 25:23).

  • Kongsi ayat atau cerita kegemaran anda dari Kitab Mormon dengan kanak-kanak yang membantu anda belajar tentang Yesus Kristus. Tanya kanak-kanak tentang cerita kegemaran mereka dalam Kitab Mormon, dan bantu mereka lihat bagaimana cerita-cerita ini membantu kita mempelajari mengenai Juruselamat dan mendekati Dia. Dengan melihat gambar-gambar di Cerita-cerita Kitab Mormon, ia boleh membantu mereka mengingati cerita-cerita.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

1 Nefi 11:13–22; Mosia 3:5–8; Alma 7:10–13; Helaman 14:1–6; 3 Nefi 1:15, 19–21

Yesus Kristus dilahirkan untuk menjadi Juruselamat saya.

Renungkan bagaimana anda dapat membantu kanak-kanak fahami kepentingan kelahiran Kristus dan maknanya bagi mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Berikan setiap anak salah satu rujukan ayat suci di halaman aktiviti minggu ini. Jemput masing-masing membaca ayat suci mereka, mengenali nabi yang bercakap, dan kongsikan satu hal yang nabi mereka tahu tentang Yesus Kristus. Beri bantuan atau dapatkan mereka untuk bekerjasama jika diperlukan.

  • Buatlah senarai peristiwa-peristiwa yang berlaku pada kelahiran Yesus, seperti yang dihuraikan di Lukas 2:4–14; Matius 2:1–2; dan 3 Nefi 1:15, 19–21. Bantu kanak-kanak mencari ayat-ayat suci ini untuk mengetahui peristiwa-peristiwa itu berlaku di Betlehem, di Benua Amerika, atau di kedua-dua tempat. Kenapa kita bersyukur mempunyai Kitab Mormon sebagai saksi kedua kelahiran dan misi Yesus Kristus sebagai Juruselamat?

  • Baca Alma 7:10–13 dengan kanak-kanak. Apakah yang kita pelajari dari ayat-ayat ini tentang kelahiran Yesus? tentang keilahian-Nya? tentang misi-Nya di bumi? Jemput kanak-kanak untuk berkongsi kenapa mereka bersyukur pada Yesus Kristus, dan berkongsi kesaksian tentang Dia.

2 Nefi 25:23, 26; 33:4, 10

Kitab Mormon bersaksi tentang Yesus Kristus.

Berbicara tentang Kitab Mormon, Nabi Joseph Smith berkata: “Aku telah memberitahu para saudara bahawa Kitab Mormon adalah yang paling benar dari kitab apa pun di atas bumi, dan batu kunci agama kita, dan seseorang akan menjadi lebih dekat kepada Tuhan dengan menuruti ajaran-ajarannya, lebih daripada kitab lain apa pun” (pengenalan Kitab Mormon). Bagaimanakah anda boleh membantu kanak-kanak memahami perjanjian ini?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Berikan salah satu ayat-ayat suci berikut kepada setiap anak: 2 Nefi 25:23, 26; 33:4, 10. Jemput kanak-kanak untuk membaca ayat suci mereka dan ketahui apa yang Nefi di Kitab Mormon ingin anda tahu. Mintalah mereka untuk menulis apa yang mereka dapat cari di atas papan tulis. Terangkan hal-hal ini memberitahu tujuan penting Kitab Mormon. Dapatkan kanak-kanak berlakon peranan dengan sesama cara mereka boleh menjelaskan tujuan penting Kitab Mormon kepada seorang kawan.

  • Kongsi ayat atau cerita kegemaran anda dari Kitab Mormon dengan kanak-kanak yang membantu anda belajar tentang Yesus Kristus. Tanya kanak-kanak tentang cerita kegemaran mereka dalam Kitab Mormon, dan bantu mereka lihat bagaimana cerita-cerita ini membantu kita mempelajari mengenai Juruselamat dan mendekati Dia. Kongsi bersama kanak-kanak bagaimana Kitab Mormon telah membantu anda untuk mengetahui Yesus ialah Kristus. Menggalakkan kanak-kanak untuk memikirkan sebuah ayat suci atau cerita dari Kitab Mormon yang menguatkan kepercayaan mereka dalam Yesus Kristus. Minta mereka berkongsi dengan seorang kawan atau ahli keluarga yang tidak tahu tentang Kitab Mormon.

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk berkongsi kepada keluarga mereka bagaimana Kitab Mormon telah bantu kita pelajari tentang Kristus dengan lebih lanyut. Menggalakkan mereka untuk berkongsi sebuah ayat suci atau cerita dari Kitab Mormon sebagai sebahagian kesaksian mereka.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Kanak-kanak suka cerita-cerita. Cerita-cerita adalah salah satu cara terbaik untuk membantu kanak-kanak belajar dan mengingati kebenaran. Apabila anda menceritakan kelahiran Yesus, berkongsi cerita daripada kehidupan anda yang telah menguatkan iman dalam Juruselamat.