Ikutlah Aku
7–13 Disember. Moroni 7–9: “Semoga Kristus Mengangkat Engkau”


“7–13 Disember. Moroni 7–9: ‘Semoga Kristus Mengangkat Engkau,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Kitab Mormon 2020 (2020)

“7–13 Disember. Moroni 7–9,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer 2020

Imej
Moroni menulis di atas kepingan-kepingan emas.

Minerva Teichert (1888–1976), Moroni: The Last Nephite, 1949–1951, oil on masonite, 34¾ x 47 inches. Muzium Kesenian Universiti Brigham Young, 1969

7–13 Disember

Moroni 7–9

“Semoga Kristus Mengangkat Engkau”

Belajar Moroni 7–9 dengan penuh doa supaya akan mengundang pengaruh Roh Kudus. Dia akan membantu anda untuk fahami keperluan kanak-kanak di kelas anda.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Memperingatkan kanak-kanak tentang undangan anda kepada mereka bagi pelajaran minggu lepas atau sesuatu yang mereka telah belajar daripada keluarga mereka pada minggu ini. Minta mereka untuk berkongsi apa yang mereka belajar.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Moroni 7:33

Jika saya beriman, saya boleh lakukan segala yang Tuhan inginkan saya buat.

Kanak-kanak yang beriman dalam Yesus Kristus dan yakin dengan kuasa-Nya boleh melakukan hal-hal yang hebat apabila mereka melayani Dia.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca Moroni 7:33, dan jemput kanak-kanak berdiri apabila mereka mendengar kata “iman.” Jelaskan bahawa kita menunjukkan iman kita dalam Yesus Kristus apabila kita mematuhi perintah-Nya. Bantu kanak-kanak membuat satu senarai di atas papan tulis tentang hal-hal Yesus mahu mereka lakukan, seperti patuhi ibu bapa mereka atau bercakap benar. Bersaksi bahawa iman kita dalam Yesus Kristus dapat membantu kita mematuhi perintah-perintah.

  • Tunjukkan beberapa gambar yang menunjukkan seseorang dari Kitab (atau kitab-kitab lain) melaksanakan hal yang penting oleh kerana dia beriman dalam Yesus Kristus (Lihat, contohnya, Buku Seni Injil, no. 19, 70, 7881). Bantu kanak-kanak menceritakan kisah yang tunjukkan dalam gambar. Beritahu mereka oleh kerana orang-orang ini mempunyai iman dalam Yesus Kristus, diberikan kuasa untuk melakukan apa yang Dia hendaki mereka buat.

Moroni 7:41

Kepercayaan terhadap Yesus Kristus boleh memberi saya harapan.

Terdapat ramai orang di dunia yang merasa bahawa mereka tiada harapan. Bagaimana anda boleh membantu kanak-kanak yang anda ajar mencari harapan dalam Yesus Kristus?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca dan menjelaskan Moroni 7:41 kepada kanak-kanak, dan mintalah mereka untuk mengangkat tangan ketika mereka terdengar sesuatu daripada Mormon tentang apa yang kita perlu harapkan. Beritahu kanak-kanak tentang harap yang anda rasa kerana Yesus Kristus.

  • Minta kanak-kanak untuk memikirkan seseorang yang mereka kenali sedang mengalami kesusahan. Jemput kanak-kanak melukis sebuah gambar bagi orang itu supaya orang itu boleh ada harapan dalam Yesus Kristus.

Moroni 7:47

“Kasih ihsan adalah kasih suci Kristus.”

Apakah pengalaman daripada kehidupan anda boleh membantu kanak-kanak belajar untuk berbuat baik dan menyayangi orang lain?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta kanak-kanak mengulangi frasa ini dengan anda: “Kasih ihsan adalah “kasih suci Kristus” (Moroni 7:47). Bantu kanak-kanak berfikir cara Yesus menunjukkan kasih sayang kepada orang lain (gambar boleh membantu, seperti di Buku Seni Injil, no. 55, 83, 84). Bagaimanakah Dia telah menunjukkan kasih sayang kepada kita? Kepada siapakah kita boleh tunjukkan kasih seperti Yesus telah tunjukkan?

  • Jemputlah anak-anak untuk melukis gambar mereka sedang menunjukkan kasih sayang kepada seseorang. Cadangkan kepada mereka untuk letakkan gambar mereka di mana ia akan mengingatkan mereka untuk menyayangi orang lain seperti dibuat oleh Yesus.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Moroni 7:21–22, 25, 33

Saya diberkati apabila saya mempunyai iman dalam Yesus Kristus.

Mormon menginginkan orang ramai untuk mengetahui mukjizat tidak berhenti setelah pelayanan Juruselamat di bumi tamat. Asalkan kami beriman dalam Yesus Kristus dengan bantuan-Nya, kita boleh lakukan segala yang Dia inginkan kita untuk lakukan—termasuk hal-hal yang ajaib.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak menyenaraikan di atas papan tulis beberapa “hal yang baik kita menerima dari injil Yesus Kristus, seperti mempunyai keluarga abadi, kembali ke Bapa Syurgawi, dan dosa kita diampuni. Kemudian jemput kanak-kanak membaca Moroni 7:21–22 dan 25 untuk mencari cara-cara kita menerima semua hal yang baik itu. Bagaimanakah kita menunjukkan iman dalam Yesus Kristus dan dalam perjanjian-Nya?

  • Baca Moroni 7:33 kepada kanak-kanak, dan minta mereka mendengar cara-cara kita boleh lakukan ketika kita beriman dalam Yesus Kristus. Bilamana sesuai, kongsi pengalaman anda di mana iman telah membantu anda lakukan apa yang dikehendaki Tuhan. Bantu kanak-kanak memikirkan dan berkongsi contoh-contoh dalam kehidupan mereka. Bagaimana beriman dalam Kristus membuat perbezaan besar dalam contoh-contoh ini?

Moroni 7:40–41; 9:25–26

Saya boleh mempunyai harapan dalam Yesus Kristus walaupun dalam masa kesusahan saya.

Mormon dan Moroni menghadapi keadaan yang mengecewakan tetapi mereka dapat mencari harapan dalam Juruselamat Yesus Kristus. Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak mencari harapan dalam Kristus apabila mereka rasa kecewa?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantulah kanak-kanak membuat satu senarai masalah-masalah yang membuat orang merasa kecewa atau putus asa. Jemput kanak-kanak membaca Moroni 7:40–41 dan 9:25–26 untuk mencari sesuatu untuk membantu seseorang yang merasa kecewa. Beritahu mereka bagaimana Yesus Kristus dan injil-Nya telah membantu anda pada masa kesusahan.

  • Jemput kanak-kanak menulis satu pesanan kepada seorang yang rasa kecewa untuk membantu dia mencari harapan dalam Kristus seperti yang dilakukan oleh Mormon bagi anak lelakinya di Moroni 9:25–26. Menggalakkan kanak-kanak untuk menggunakan frasa atau ayat suci dalam pesanan mereka.

  • Isikan air ke dalam satu bekas lut sinar, dan letakkan dua objek ke dalamnya—satu terapung di atas air dan satu lagi tenggelam ke bawah air. Bandingkan objek terapung dengan seorang yang berharapan dalam Kristus. Baca Matius 9:25 bersama-sama. Bagaimanakah Kristus “mengangkat kita” semasa kita menghadapi percubaan yang susah? Bantu kanak-kanak memikirkan cara-cara mereka dapat mengamalkan ajaran-Nya yang penuh dengan galakan “berada di dalam fikiran [mereka] selamanya.”

Moroni 7:45–48

“Kasih ihsan adalah kasih suci Kristus.”

Mengembangkan kurnia kasih ihsan merupakan suatu matlamat sepanjang hayat. Bagaimanakah anda dapat mengilhami kanak-kanak untuk mencari kasih suci Kristus?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka fikirkan maksud kata “kasih ihsan”? Kemudian jemput seorang anak untuk membaca Roma 7:45. (Jika anda mendapati perkataan dalam ayat ini susah untuk difahami, minta kanak-kanak mencarinya dalam sebuah buku kamus.) Minta kanak-kanak untuk bercakap tentang orang yang mereka kenali merupakan contoh kasih ihsan yang baik. Kenapa kasih ihsan dipanggil “kasih suci Kristus”? (Moroni 7:47). Apakah yang diajarkan kepada kita mengenai bagaimana kita boleh dipenuhi dengan kasih ihsan di ayat 48? Menggalakkan setiap anak berdoa untuk kasih ihsan pada minggu ini dan mencari peluang untuk menunjukkan kasih ihsan kepada orang lain.

  • Bantu kanak-kanak fikirkan cara-cara Yesus menunjukkan kasih ihsan (lihat, contohnya, Lukas 23:34; Yohanes 8:1–11; Eter 12:33–34). Bagaimanakah kita dapat mengikuti contoh-Nya?

  • Minta kanak-kanak menulis nama-nama orang yang mereka kenali pada kepingan kertas dan kemudian masukkan kertas ke dalam sebuah beg atau bekas kecil. Jemput mereka untuk mengambil bekas mereka pulang ke rumah, ambil keluar satu nama setiap hari, dan lakukan sesuatu yang menunjukkan kasih sayang terhadap orang itu. Di pembelajaran akan datang, jemput mereka untuk berkongsi pengalaman melayani orang-orang ini.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Menggalakkan kanak-kanak untuk memikirkan seseorang yang mungkin sedang mencari iman atau harapan yang lebih besar dalam Yesus Kristus. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka telah pelajari dengan orang itu hari ini.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Menggalakkan ketakziman. Salah satu bahagian penting rasa hormat ialah berfikir tentang Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus. Memperingatkan kanak-kanak untuk bertakzim dengan menyanyi atau menyenandungkan satu lagu dengan lembut atau menunjukkan satu gambar Yesus.

Cetak