Ikutlah Aku
14–20 Disember. Moroni 10: “Datanglah kepada Kristus, dan Disempurnakanlah di dalam Dia”


“14–20 Disember. Moroni 10: ‘Datanglah kepada Kristus, dan disempurnakanlah di dalam Dia,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Kitab Mormon 2020 (2020)

“14–20 Disember. Moroni 10,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2020

Imej
Yesus menampakkan diri kepada bangsa Nefi

That Ye May Know, oleh Gary L. Kapp

14–20 Disember

Moroni 10

“Datanglah kepada Kristus, dan Disempurnakanlah di dalam Dia”

Sesetengah kanak-kanak di kelas anda mungkin mengalami pengalaman yang bermakna mempelajari Kitab Mormon di rumah. Bagaimana anda boleh menggunakan pengalaman itu untuk menggalakkan kanak-kanak membaca kitab suci di rumah?

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Edarkan satu salinan Kitab Mormon sekeliling. Apabila setiap anak memegang kitab itu, minta dia untuk berkongsi sesuatu yang disukai tentang Kitab Mormon—cerita kegemaran, kesaksian, atau pengalaman mempelajari dri rumah ataupun di gereja.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Moroni 10:3–5

Saya boleh mengetahui dengan diri sendiri bahawa Kitab Mormon adalah benar.

Carilah cara-cara untuk membantu kanak-kanak menerima jemputan Moroni dengan menanya Tuhan jika Kitab Mormon adalah benar.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan gambar Mormon menanamkan kepingan-kepingan emas (lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga), dan minta kanak-kanak untuk memberitahu apa yang mereka lihat. Jemput mereka menuding jari pada kepingan-kepingan itu, dan jelaskan bahawa tulisan-tulisan di atas kepingan itu adalah apa yang kami baca dalam Kitab Mormon. Biarkan kanak-kanak berpura-pura menjadi Moroni yang menulis atas kepingan itu dan menanamkan kepingan itu. Nyanyi bersama “Lemping Emas” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 61).

  • Tunjukkan kitab Mormon dan baca Moroni 10:4. Fokus bahawa kita boleh minta Tuhan jika Kitab Mormon adalah benar, dan dia akan menghantar Roh Kudus untuk bersaksi kepada kita. Anda juga boleh menggunakan “Bab 54: Janjian Kitab Mormon” (Cerita-cerita Kitab Mormon, 156, atau video berkaitan di ChurchofJesusChrist.org). Kongsikan cara Roh Kudus telah membantu anda mendapatkan kesaksian Kitab Mormon. Bantu kanak-kanak memahami pengalaman yang boleh dirasai ketika Roh bersaksi kepada seseorang. Nyanyikan lagu tentang mencari kebenaran, seperti “Cari, Renungkan Dan Berdoa” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 66).

Moroni 10:8–20

Bapa Syurgawi memberi saya kurnia-kurnia rohani.

Moroni menjelaskan bahawa Tuhan memberikan kurnia-kurnia kepada anak-anak-Nya apabila mereka beriman kepada Dia. Anda boleh membantu kanak-kanak membina iman bahawa Tuhan akan memberi kurnia-kurnia rohani kepada mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tuliskan nombor, 9 sehingga 16 pada kertas berasingan dan menjadikan setiap kertas itu bagaikan satu hadiah. Biarkan kanak-kanak ambil giliran membuka kertas hadiah itu. Apabila mereka lakukan itu, baca ayat suci Moroni 10:9–16 bersama menurut nombor hadiah, dan bantulah kanak-kanak mengenali setiap kurnia rohani itu. Terangkan semua itu kurnia-kurnia Bapa di Syurga berikan kepada anak-anak-Nya supaya kita dapat membantu sesama dan lakukan pekerjaan-Nya.

  • Biarkan kanak-kanak untuk beritahu hadiah-hadiah kegemaran yang mereka telah terima. Beritahu kanak-kanak tentang kurnia rohani yang anda dapat lihat Bapa Syurgawi telah berikan kepada mereka, contohnya kurnia iman, bijaksana, kesaksian, baik hati, dan keupayaan untuk belajar.

Moroni 10:32

Yesus Kristus mahu semua orang datang kepada-Nya.

Pertimbangkan cara anda dapat membantu kanak-kanak memahami apakah maksudnya “datang kepada Kristus.”

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bacakan kepada kanak-kanak dari Moroni 10:32, “Datanglah kepada Kristus dan disempurnakan di dalam Dia,” dan jemput kanak-kanak untuk mengulangi frasa itu bersama anda. Minta kanak-kanak untuk menutup mata sambil anda meletakkan sebuah gambar Yesus di mana sahaja di dalam bilik. Kemudian minta mereka membuka mata mereka, mencari gambar itu, dan berkumpul di gambar itu. Bincangkan cara-cara kita boleh datang kepada Kristus dengan kanak-kanak Fasal-Fasal Kepercayaan 1:3–4). Ulangi aktiviti ini, kanak-kanak boleh meletakkan gambar itu di mana sahaja di dalam bilik.

  • Bantulah kanak-kanak menghiasi lencana berbentuk hati yang berkata “Saya mengasihi Tuhan dengan segala daya, fikiran dan kekuatan” (lihat Moroni 10:32). Bagaimanakah kita menunjuk Tuhan bahawa kita mengasihi Dia?

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Moroni 10:3–5

Saya dapat mengetahui kebenaran melalui kuasa Roh Kudus.

Tuhan mahu setiap orang tahu bahawa Kitab Mormon adalah benar. Bantulah kanak-kanak memahami janji Tuhan untuk “menyatakan kebenarannya kepada saya oleh kuasa Roh Kudus.”

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tulis di atas papan tulis kata Membaca, Mengingati, Merenungkan, dan Bertanya. Jemput kanak-kanak untuk mencari kata-kata ini di Moroni 10:3–4. Apakah harus kita baca, ingat, renungkan dan tanya supaya meningkatkan atau menguatkan kesaksian kita tentang Kitab Mormon? Minta kanak-kanak untuk mencari persamaan di antara ayat-ayat itu dengan lagu “Cari, Renungkan Dan Berdoa” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 66).

  • Bantu kanak-kanak mengingati pengalaman yang anda ada bersama kanak-kanak mempelajari dari Kitab Mormon. Kongsikan perasaan anda mengenai Kitab Mormon, termasuk cara anda meningkat atau menguatkan kesaksian anda bahawa ia benar. Jemput kanak-kanak mengongsikan perasaan dan kesaksian mereka.

  • Ceritakan satu masa di mana Roh Kudus bersaksi kepada anda mengenai sesuatu hal. Beritahu bagaimana perasaan anda dan cara anda tahu bahawa ia daripada Roh Kudus? Bantu kanak-kanak mempelajari cara Roh Kudus bercakap kepada kita dari ayat-ayat suci yang berikut: Yohanes 14:26–27; Ajaran dan Perjanjian 6:15, 23; 8:2–3; 9:7–9; 11:12–14.

Moroni 10:8–19

Bapa Syurgawi memberi saya kurnia-kurnia rohani.

Ada banyak orang pada masa kini yang “menyangkal kurnia-kurnia Tuhan” (Moroni 10:8). Bantu kanak-kanak melihat kurnia-kurnia ini masih wujud hari ini.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tuliskan nama kurnia-kurnia dari Moroni 10:9–16 ke atas jalur -jalur kertas dan letakkan mereka ke dalam satu kotak hadiah. Tuliskan nombor 9 sehingga 16 pada papan tulis, dan menjemput kanak-kanak untuk mengambil giliran mengutip satu jalur kertas dari kotak itu dan padankan kertas itu menurut nombor ayat suci di atas papan. Apakah yang dapat kita pelajari tentang kurnia-kurnia ini dari ayat 8 dan 17–18?

  • Kongsikan kisah kedatangan Kitab Mormon (lihat “Bab 3: Malaikat Moroni dan Lempengan-Lempengan Emas,” Kisah-kisah Ajaran dan Perjanjian, 13-17). Bantu kanak-kanak mencari kurnia-kurnia ternyata dalam Moroni 10:9–16 yang Tuhan berikan kepada Jospeh Smith supaya dia boleh mendatangkan Kitab Mormon. Mengapakah Bapa Syurgawi mahu kita percaya dalam kurnia-kurnia rohani hari ini?

Moroni 10:32–33

Yesus Kristus mahu semua orang datang kepada-Nya.

Bagaimanakah anda akan menjemput kanak-kanak untuk “datang kepada Kristus, dan disempurnakan di dalam Dia.”?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tulis pada papan tulis soalan seperti Apakah maksudnya untuk datang kepada Kristus? Bantu kanak-kanak mencari Mosia 10:32–33 untuk mencari jawapan itu. Bekerjasama membuat satu senarai apa yang Kristus mahu kita lakukan dan apa dia janjikan untuk melakukan bagi kita.

  • Kongsi ayat atau cerita kegemaran anda dari Kitab Mormon yang bantu anda datang kepada Kristus, dan jemput kanak-kanak melakukan sedemikian. Semak kata-kata Joseph Smith dengan kanak-kanak dari pengenalan Kitab Mormon: “Seseorang akan menjadi lebih dekat kepada Tuhan dengan menuruti ajaran-ajaran [Kitab Mormon], lebih daripada kitab lain apa pun.” Berikan kesaksian anda bagaimana ini terjadi dalam kehidupan anda.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk berdoa untuk mempunyai kesaksian Kitab Mormon dan kemudian berkongsi kesaksian kepada seorang ahli keluarga atau kawan.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Menggalakkan perkongsian. Kanak-kanak kecil sering mempunyai pendapat bermakna tentang injil. Perkongsian pendapat mereka menyediakan mereka untuk bercakap dengan kawan-kawan mereka tentang injil (lihat Mengajar dengan Cara Juruselamat,30).

Cetak