Ikutlah Aku
14–20 Disember. Moroni 10: “Datanglah kepada Kristus, dan Disempurnakanlah di dalam Dia”


“14–20 Disember. Moroni 10: ‘Datanglah kepada Kristus, dan Disempurnakanlah di dalam Dia,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Kitab Mormon 2020 (2020)

“14–20 Disember. Moroni 10,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2020

Imej
Yesus menampakkan diri kepada bangsa Nefi

That Ye May Know, oleh Gary L. Kapp

14–20 Disember

Moroni 10

“Datanglah kepada Kristus, dan Disempurnakanlah di dalam Dia”

Apabila anda selesai membaca Kitab Mormon, pertimbangkan untuk mencari kesaksian yang diperbaharui daripada Roh Kudus bahawa ini benar. Semasa anda melakukannya, catatkan tanggapan yang anda terima.

Mencatat Tanggapan Anda

Kitab Mormon bermula dengan janji Nefi untuk menunjukkan kepada kita bahawa “belas kasihan Tuhan yang lembut meliputi mereka semua yang telah Dia pilih, kerana iman mereka” (1 Nefi 1:20). Kitab itu diakhiri dengan pesanan serupa daripada Moroni ketika dia bersedia “memeteraikan” catatan: dia menjemput kita untuk “mengingati betapa Tuhan telah penuh berbelas kasihan” (Moroni 10:2–3). Walaupun kita hanya memikirkan tentang belas kasihan yang dicatatkan dalam Kitab Mormon, ini memberi kita banyak untuk difikirkan. Apakah contoh-contoh yang anda fikirkan? Anda boleh merenungkan cara belas kasihan Tuhan membimbing keluarga Lehi melalui padang belantara dan di seberang perairan yang besar, belas kasihan yang ditunjukkan-Nya kepada Enos ketika jiwanya lapar untuk keampunan, atau belas kasihan yang Dia tunjukkan kepada Alma, musuh Gereja yang menjadi satu daripada pembela yang berani. Atau anda mungkin berfikir tentang belas kasihan Juruselamat kepada orang ramai ketika Dia menyembuhkan mereka yang sakit dan memberkati kanak-kanak kecil mereka. Mungkin yang paling penting, semua ini boleh mengingatkan anda tentang “betapa Tuhan telah penuh berbelas kasihan” kepada anda, untuk salah satu tujuan utama Kitab Mormon adalah menjemput setiap kita untuk menerima belas kasihan Tuhan—satu jemputan yang dinyatakan dalam kata-kata perpisahan Moroni, “Datanglah kepada Kristus, dan disempurnakanlah di dalam Dia” (Moroni 10:32).

Imej
ikon kajian peribadi

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Moroni 10:3–7

Saya dapat mengetahui kebenaran dengan kuasa Roh Kudus.

Janji dalam Moroni 10:3–7 telah mengubah kehidupan berjuta-juta orang di seluruh dunia. Bagaimanakah ia mengubah kehidupan anda? Sama ada anda sedang berusaha untuk memperoleh atau untuk memperkuatkan kesaksian anda tentang Kitab Mormon, jemputan Moroni boleh digunakan oleh anda. Apabila anda membaca Moroni 10:3–7, pertimbangkan untuk membacanya dengan lebih berhati-hati dari pada masa lalu anda membacanya. Anda boleh mengkaji setiap frasa, menanya diri sendiri soalan seperti ini: Apakah maksudnya? Bagaimana saya boleh melakukan ini dengan lebih baik? Apakah pengalaman saya dengan ini? Bagaimanakah Roh Kudus telah menyatakan kebenaran Kitab Mormon kepada saya?

Fikirkan juga tentang seseorang yang perlu mendengar kesaksian anda tentang Kitab Mormon. Bagaimanakah anda akan membantu orang itu mencari kesaksian sendiri?

Moroni 10:8–25

“Tidak menyangkal kurnia-kurnia Tuhan.”

Terdapat banyak cara yang seseorang mungkin “menyangkal … kurnia-kurnia Tuhan” (Moroni 10:8). Sesetengah orang menafikan bahawa kurnia-kurnia ini wujud. Orang lain mungkin menafikan bahawa mereka mempunyai kurnia rohani tetapi mengenalinya dalam orang lain. Terdapat juga orang lain yang mengabaikannya atau gagal membangunkannya.

Apabila anda membaca Moroni 10:8–25, cari kebenaran yang akan membantu anda menemui kurnia rohani anda dan menggunakannya dengan kuasa yang lebih besar untuk memberkati diri anda dan orang lain. Dapatkan pandangan tentang kurnia yang telah diberikan oleh Tuhan kepada anda atau kurnia yang Dia mahu anda cari. Mengapakah ia penting untuk “mengingati bahawa setiap kurniaan yang baik datang daripada Kristus”? (Moroni 10:18).

Pertimbangkan juga nasihat ini daripada Elder John C. Pingree Jr.: “Jadi bagaimana kita mengenali kurnia kita? Kita boleh merujuk berkat bapa bangsa kita, tanya mereka yang paling mengenali kita, dan mengenal pasti sendiri apa yang kita tahu buat dan menikmati. Paling pentingnya, kita boleh menanya Tuhan (lihat Yakobus 1:5; A&P 112:10). Dia tahu kurnia kita, kerana Dia memberi kepada kita” (“Aku Memiliki Suatu Pekerjaan Bagimu,” Ensign atau Liahona, Nov. 2017, 33).

Lihat Panduan Tulisan Suci, “Kurniaan Roh,” scriptures.ChurchofJesusChrist.org.

Moroni 10:30–33

Saya dapat disempurnakan melalui rahmat Yesus Kristus.

Peringatan Moroni untuk “datang kepada Kristus” melibatkan lebih dari belajar tentang Dia atau berfikir tentang Dia lebih kerap atau bahkan berusaha lebih keras untuk mematuhi perintah-perintah-Nya, walaupun hal-hal ini sangat penting. Sebaliknya, ini adalah jemputan untuk datang kepada Kristus dalam pengertian yang paling lengkap—untuk menjadi seperti Dia. Apabila anda membaca Moroni 10:30–33, perhatikan frasa yang membantu anda memahami apa yang dimaksudkan untuk datang kepada Kristus sepenuhnya, seperti “berpegang kepada setiap kurnia yang baik,” “jauhilah dirimu daripada segala kejahatan,” dan, sudah tentunya, “menjadi sempurna dalam Dia” (italik ditambahkan).

Bagaimana ini mungkin? Cari jawapannya dalam Moroni 10:30–33. Apakah yang Roh memberitahu anda tentang apa yang anda harus lakukan dengan lebih sepenuhnya “datang kepada Kristus, dan disempurnakanlah di dalam Dia”?

Lihat Omni 1:26; Panduan Tulisan Suci, “Sempurna,” scriptures.ChurchofJesusChrist.org.

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Apabila anda membaca tulisan suci dengan keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas apa yang perlu ditekankan dan dibincangkan untuk memenuhi keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa idea.

Moroni 10

Baca bab ini bersama-sama, mencari setiap kali Moroni menggunakan perkataan mendorong. Senaraikan atau tandakan apa yang Moroni mendorong—atau sangat menggalakkan—kita lakukan. Apakah yang kita boleh lakukan untuk mengikuti nasihatnya?

Moroni 10:3

Apakah yang kita telah pelajari tentang belas kasihan Tuhan ketika kita membaca Kitab Mormon tahun ini? Bagaimanakah Tuhan telah berbelas kasihan kepada keluarga kita?

Moroni 10:3–5

Selepas membaca ayat-ayat ini, anda boleh meminta ahli keluarga untuk berkongsi bagaimana mereka mengetahui bahawa Kitab Mormon adalah benar. Pertimbangkan menyanyi bersama lagu tentang mencari kebenaran, seperti “Cari, Renungkan Dan Berdoa” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 66). Anda juga boleh menjemput ahli keluarga untuk mencatat kesaksian mereka dalam jurnal keluarga.

Moroni 10:8–18

Krismas adalah masa yang biasa untuk berfikir tentang menerima hadiah. Mungkin ahli keluarga dapat membungkus hadiah untuk satu sama lain yang mewakili “kurnia Tuhan” yang disebutkan dalam Moroni 10:9–16. Kurnia-kurnia ini juga dapat mewakili kurnia-kurnia baik yang lain yang berasal daripada Kristus yang mereka lihat dalam satu sama lain.

Moroni 10:27–29, 34

Ahli keluarga boleh berkongsi apa yang mereka ingin katakan kepada Moroni ketika mereka “menemui [dia] di hadapan meja penghakiman Yehovah yang agung.”

Untuk idea lanjut untuk mengajar kanak-kanak, lihat garis panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Memperbaikkan Kajian Peribadi

Carikan Yesus Kristus. Tujuan Kitab Mormon—dan semua kitab suci—adalah untuk memberi kesaksian tentang Yesus Kristus. Apakah yang anda pelajari tentang Yesus Kristus dalam Moroni 10? Apakah yang anda rasakan diilhami untuk lakukan untuk datang kepada-Nya?

Imej
Moroni mengebumikan kepingan-kepingan emas

Moroni Burying the Plates, oleh Jon McNaughton

Cetak