Ikutlah Aku
7–13 Disember. Moroni 7–9: “Semoga Kristus Mengangkat Engkau”


“7–13 Disember. Moroni 7–9: ‘Semoga Kristus Mengangkat Engkau,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Kitab Mormon 2020 (2020)

“7–13 Disember. Moroni 7–9,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2020

Moroni menulis di atas kepingan-kepingan emas.

Minerva Teichert (1888–1976), Moroni: The Last Nephite, 1949–1951, oil on masonite, 34¾ x 47 inches. Muzium Kesenian Universiti Brigham Young, 8 Mac 1969

7–13 Disember

Moroni 7–9

“Semoga Kristus Mengangkat Engkau”

Apabila anda mengkaji Moroni 7–9, dengarkan dorongan Roh Kudus, dan catatkan pesanan-Nya kepada anda. Dia boleh mengajar anda apa yang anda perlu tahu dan apa yang anda perlu lakukan.

Mencatat Tanggapan Anda

Sebelum Moroni menamatkan catatan yang kita ketahui hari ini sebagai Kitab Mormon dengan kata-kata terakhirnya, dia berkongsi tiga pesanan daripada bapanya, Mormon: pesanan untuk “pengikut Kristus yang damai” (Moroni 7:3) dan dua surat yang ditulis oleh Mormon kepada Moroni. Mungkin Moroni memasukkan pesanan-pesanan ini dalam Kitab Mormon kerana dia meramalkan persamaan antara bahaya zamannya dan kita. Apabila kata-kata ini ditulis, orang Nefi secara keseluruhannya jatuh ke dalam kemurtadan. Kebanyakan mereka telah “kehilangan kasih mereka, antara satu sama lain;” dan bersukacita “dalam semua hal kecuali perkara yang baik;” (Moroni 9:5, 19). Namun Mormon masih menemui sebab untuk harapan—mengajar kita bahawa harapan tidak bermaksud mengabaikan atau menjadi naif tentang masalah dunia; ia bermaksud mempunyai iman kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus, yang kuasa Mereka lebih besar dan lebih kekal dari masalah itu. Ia bermaksud “berpegang pada setiap hal yang baik,” (Moroni 7:19). Ini bermaksud membiarkan Korban tebusan Yesus Kristus “harapan akan kemuliaan-Nya dan kehidupan abadi, berada di dalam fikiranmu” (Moroni 9:25). Dan hingga hari yang mulia Kedatangan Kedua Kristus, itu bermaksud ia tidak pernah berhenti “[kita mempunyai] pekerjaan untuk dilaksanakan … [untuk] mengalahkan musuh segala kebenaran” (Moroni 9:6).

ikon kajian peribadi

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Moroni 7:12–20

Cahaya Kristus membantu saya menilai antara yang baik dan yang jahat.

Dunia hari ini penuh dengan pesanan yang berpengaruh; bagaimana kita boleh tahu yang betul dan mana yang salah? Kata-kata Mormon dalam Moroni 7 memberi kita beberapa asas yang kita boleh guna untuk mengelakkan “menilai dengan salah;” (Moroni 7:18). Apabila anda mengkaji Moroni 7:12–20, cari kebenaran yang boleh membantu anda mengetahui apa yang akan dan tidak akan membawa anda lebih dekat kepada Tuhan. Anda boleh menggunakan kebenaran ini untuk membantu anda menilai pesanan yang anda jumpa dan pengalaman yang anda alami minggu ini dan menentukan sama ada atau tidak mereka menjemput dan menarik anda untuk berbuat baik (lihat Moroni 7:13).

Moroni 7:20–48

Melalui iman kepada Kristus, saya boleh “berpegang pada setiap hal yang baik.”

Selepas mengajar tentang cara membezakan antara yang baik dan yang jahat, Mormon menanya soalan yang kelihatannya berkaitan dengan hari ini: “Bagaimana [untuk] berpegang pada setiap hal yang baik?”—terutamanya apabila godaan musuh sangat menarik (Moroni 7:20). Jawapan Mormon boleh didapati di seluruh bab 7. Apabila anda membaca ayat 20–48, cari kebenaran yang membantu anda mengenali “setiap hal yang baik” yang anda miliki kerana Yesus Kristus. Bagaimanakah mempunyai iman kepada-Nya membantu anda mencari hal yang baik? Bagaimana anda boleh “berpegang” pada lebih hal yang baik?

Lihat juga Fasal-Fasal Kepercayaan 1:13.

Moroni 7:44–48

“Kasih ihsan adalah kasih suci Kristus.”

Presiden Dallin H. Oaks memerhatikan bahawa: “Sebab kasih ihsan tidak pernah gagal dan kasih ihsan adalah lebih besar dari bahkan tindakan kebaikan yang paling penting … Adalah kerana kasih ihsan, ‘kasih suci Kristus’ (Moroni 7:47), ia bukan satu tindakan tetapi satu keadaan atau keadaan untuk jadi. … Kasih ihsan adalah sesuatu yang seseorang itu jadi” (“The Challenge to Become,” Ensign, Nov. 2000, 34). Apabila anda membaca Moroni 7:44–48, pertimbangkan keterangan Mormon tentang kasih ihsan, dan dengarkan tanggapan daripada Roh Kudus; Dia boleh membantu anda mencari cara untuk anda memperbaiki. Mengapa kita memerlukan iman dan harapan untuk menerima kurnia kasih ihsan?

Moroni 9:9

Bolehkah kemurnian akhlak dan hemah saya diambil daripada saya?

Keterangan Mormon mengenai dosa-dosa yang dahsyat daripada bangsa Nefi telah menyebabkan beberapa orang dengan salah anggap bahawa mangsa kes serangan seksual atau dera telah melanggar hukum kemurnian ahklak. Walau bagaimanapun, Elder Richard G. Scott menjelaskan bahawa ini bukan betul. Dia mengajarkan, “Saya bersaksi dengan khusyuk bahawa apabila tindakan keganasan, lencongan seks, atau perlakuan sumbang mahram yang menyakiti anda, tanpa izin anda, anda tidak bertanggungjawab dan anda tidak sepatutnya merasa bersalah” (“Healing the Tragic Scars of Abuse,” Ensign, Mei 1992, 32).

Moroni 9:25–26

Saya boleh mempunyai harapan dalam Kristus tanpa mengira keadaan saya.

Selepas menggambarkan kejahatan yang telah dilihatnya, Mormon memberitahu anak lelakinya supaya tidak bersedih. Apakah yang mengagumkan anda tentang pesanan harapan Mormon? Apakah maksudnya kepada anda untuk Kristus “mengangkat [anda]”? Apakah sifat Kristus dan asas injil-Nya yang “berada dalam fikiranmu” dan memberi anda harapan? (Moroni 9:25).

Lihat juga Dieter F. Uchtdorf, “The Hope of God’s Light,” Ensign atau Liahona, Mei 2013, 70, 75–77.

ikon kajian sekeluarga

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Apabila anda membaca tulisan suci dengan keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas apa yang perlu ditekankan dan dibincangkan untuk memenuhi keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa idea.

Moroni 7:5–11

Berdasarkan Moroni 7:5–11, mengapakah ia penting untuk melakukan perkara yang betul untuk sebab yang betul? Bagaimana kita tahu jika kita berdoa dan mematuhi perintah Tuhan dengan “niat yang bersungguh-sungguh”? (ayat 6).

Moroni 7:12–19

Bagaimanakah nasihat Mormon dapat membantu kita membuat pilihan yang baik tentang bagaimana kita meluangkan masa kita dan siapa kita meluangkannya bersama? Anda boleh menjemput ahli keluarga untuk mencari rumah anda dan “berpegang pada” (Moroni 7:19), atau memegang, benda yang menjemput mereka untuk “melakukan kebaikan, dan untuk mengasihi Tuhan, dan untuk melayani-Nya,” (Moroni 7:13). Puji mereka untuk perkara-perkara baik yang mereka jumpa.

Moroni 7:29

Selepas membaca ayat ini, ahli keluarga boleh bercakap tentang mukjizat yang mereka telah saksikan atau cara yang lain mereka melihat tangan Tuhan dalam hidup mereka.

Moroni 8:5–26

Apakah yang bangsa Nefi yang membaptiskan anak-anak kecil tidak faham tentang Korban tebusan Yesus Kristus? Apakah yang kita pelajari mengenai Korban tebusan dari ajaran Mormon?

Moroni 8:16–17

Apakah maksudnya untuk mempunyai “kasih yang sempurna”? Bagaimanakah ia membantu kita mengatasi ketakutan? Bagaimanakah ia membantu kita mengajar kebenaran dengan keberanian? Bagaimana kita membangunkannya?

Untuk idea lanjut untuk mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Gunakan muzik untuk menjemput Roh dan mengajar ajaran. “Musik ada kuasa yang tidak terbatas untuk menggerakkan kita terhadap kerohanian yang lebih besar” (“Kata pendahuluan Presidensi Utama,” Nyanyian Rohani, x). Lagu mengenai kasih, seperti “Saling Mengasihi” (Nyanyian Rohani, no. 150), boleh mempertingkatkan perbincangan keluarga mengenai kasih ihsan dalam Moroni 7:44–48.

Yesus Kristus

Portrait of Christ the Savior, oleh Heinrich Hofmann