Ikutlah Aku
30 November–6 Disember. Moroni 1–6: “Memelihara Mereka di dalam Jalan yang Benar”


“30 November–6 Disember. Moroni 1–6: ‘Memelihara Mereka di dalam Jalan yang Benar,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Kitab Mormon 2020 (2020)

“30 November–6 Disember. Moroni 1-6,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2020

Alma membaptis orang ramai di Perairan Mormon

Minerva Teichert (1888–1976), Alma Baptizes in the Waters of Mormon, 1949–1951, oil on masonite, 35⅞ x 48 inches. Muzium Kesenian Universiti Brigham Young, 8 Mac 1969

30 November–6 Disember

Moroni 1–6

“Untuk Memelihara Mereka pada Jalan yang Benar”

Moroni mencatatkan apa yang dia harapkan supaya “ianya mungkin bermanfaat … pada suatu hari di masa hadapan” (Moroni 1:4). Apakah yang anda jumpa dalam Moroni 1–6 yang bermanfaat kepada anda? Catatkan apa yang anda temui, dan pertimbangkan untuk berkongsi dengan seseorang yang juga mungkin mendapatinya berharga.

Mencatat Tanggapan Anda

Setelah menamatkan catatan bapanya tentang bangsa Nefi dan meringkas catatan orang Yared, Moroni berfikir pada mulanya bahawa kerja catatannya telah selesai (lihat Moroni 1:1). Apa lagi yang boleh dikatakan mengenai dua negara yang telah musnah sepenuhnya? Tetapi Moroni telah melihat zaman kita (lihat Mormon 8:35), dan dia diilhami untuk “menulis sedikit hal lagi, agar ianya mungkin bermanfaat … pada suatu hari di masa hadapan” (Moroni 1:4). Dia tahu bahawa kemurtadan meluas akan datang, membawa kekeliruan tentang tatacara imamat dan agama secara umum. Ini mungkin sebabnya dia memberi penjelasan terperinci mengenai sakramen, pembaptisan, pemberian kurnia Roh Kudus, dan berkat pengumpulan orang percaya untuk “memelihara [satu sama lain] dalam jalan yang benar, … bergantung hanya pada jasa Kristus, yang merupakan pengarang dan penyempurna iman [kita]” (Moroni 6:4). Tanggapan yang berharga seperti ini memberi kita sebab untuk bersyukur bahawa Tuhan melindungi hidup Moroni agar dia dapat “menulis sedikit hal lagi,” (Moroni 1:4).

ikon kajian peribadi

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Moroni 1

Para pengikut Yesus Kristus tetap beriman walaupun menghadapi pertentangan.

Bagi sesetengah orang, ia lebih mudah untuk beriman pada masa senang dan selesa. Tetapi sebagai pengikut Yesus Kristus, kita mesti tetap beriman walaupun kita menghadapi percubaan dan pertentangan. Apabila anda membaca Moroni 1, apakah yang mengilhami anda tentang imam Moroni kepada Tuhan dan panggilannya? Bagaimanakah anda dapat mengikuti contohnya?

Moroni 2–6

Tatacara imamat mesti diberikan seperti yang diperintah oleh Tuhan.

Semasa pelayanan fana-Nya, Juruselamat menerima dan memberi tatacara-tatacara suci, seperti pembaptisan (lihat Matius 3:13–17; Terjemahan Joseph Smith, Yohanes 4:1–3 [dalam Panduan Tulisan Suci]), pentahbisan imamat (lihat Markus 3:13–19), dan sakramen (lihat Matius 26:26–28). Walau bagaimanapun, oleh kerana Kemurtadan Besar berlaku, banyak orang hari ini keliru tentang bagaimana tatacara-tatacara mesti dilaksanakan—bahkan sama ada tatacara diperlukan sama sekali. Dalam Moroni 2–6, Moroni memberikan butir-butir penting tentang tatacara imamat tertentu yang dapat membantu mengatasi kekeliruan itu. Apakah tanggapan yang anda terima ketika anda belajar tentang tatacara dalam bab ini? Berikut adalah beberapa soalan yang anda boleh tanya untuk membantu anda belajar:

Penetapan (Moroni 2; 6:4).Apakah yang diajar kepada anda oleh arahan Juruselamat dalam Moroni 2:2 tentang tatacara penetapan? Apakah pendapat anda tentang maksud “dipengaruhi dan dibersihkan oleh kuasa Roh Kudus”? (Moroni 6:4).

Pentahbisan imamat (Moroni 3).Apakah yang anda dapati dalam bab ini yang boleh membantu seseorang bersedia untuk ditahbiskan kepada imamat? Apakah yang anda dapati yang akan membantu seseorang melaksanakan pentahbisan?

Sakramen (Moroni 4–5; 6:6).Perhatikan janji-janji dalam doa sakramen (lihat Moroni 4:3; 5:2), dan renungkan apa yang anda lakukan untuk mentaati janji anda. Apakah yang anda boleh lakukan untuk menjemput pengaruh Roh dengan lebih kuat ketika anda mengambil sakramen?

Pembaptisan (Moroni 6:1–3).Apakah yang anda boleh lakukan untuk terus memenuhi kelayakan untuk pembaptisan yang diberikan dalam ayat-ayat ini, walaupun selepas anda dibaptiskan? Apakah yang dicadangkan oleh ayat-ayat ini kepada anda tentang apa yang dimaksudkan untuk menjadi ahli Gereja Yesus Kristus?

Berdasarkan apa yang anda telah pelajari, bagaimana anda akan mengubah cara anda berfikir, mengambil bahagian, atau menyediakan orang lain untuk tatacara cara ini? Mengapakah ia penting untuk tatacara-tatacara ini diberkati “menurut perintah Kristus”? (Moroni 4:1).

remaja puteri sedang menerima berkat

Yesus mengajar bagaimana tatacara-tatacara harus dilaksanakan.

Moroni 6:4–9

Para pengikut Yesus Kristus menjaga kebajikan jiwa satu sama lain.

Walaupun ia benar bahawa kita semua “kerjakan keselamatan [kita] sendiri” (Mormon 9:27), Moroni juga mengajarkan bahawa “sering bertemu bersama” dengan para orang yang percaya boleh membantu memelihara kita “dalam jalan yang benar” (Moroni 6:4–5). Apabila anda membaca Moroni 6:4–9, renungkan berkat yang datang dari menjadi “dihitung di kalangan umat gereja Kristus” (Moroni 6:4). Bagaimanakah anda dapat membantu membuat pengalaman anda dan orang lain di gereja lebih seperti yang Moroni gambarkan, sama ada anda seorang pemimpin atau peserta?

ikon kajian sekeluarga

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Apabila anda membaca tulisan suci dengan keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas apa yang perlu ditekankan dan dibincangkan untuk memenuhi keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa idea.

Moroni 1; Moroni 6:3

Apakah yang dimaksudkan dengan “menyangkal Kristus”? (Moroni 1:2–3). Bagaimanakah kita dapat menunjukkan kita “berazam untuk melayani-Nya sehingga akhir”? (Moroni 6:3). Kongsi contoh orang yang anda kenal yang mempunyai azam ini untuk melayani Dia.

Moroni 4:3; Moroni 5:2

Membaca doa sakramen sebagai satu keluarga boleh membawa kepada perbincangan tentang melayani sakramen dengan lebih ketakziman. Mungkin ahli keluarga dapat membincangkan frasa dari doa-doa ini yang sangat bermakna kepada mereka. Mereka juga boleh mencatatkan pendapat mereka tentang frasa ini atau melukis gambar yang membantu mereka memikirkan Juruselamat. Mereka boleh membawa apa yang mereka tulis atau lukis ke pertemuan sakramen untuk membantu mereka menumpukan fikiran mereka kepada-Nya. Beritahu keluarga anda perasaan anda tentang sakramen dan pengorbanan Juruselamat.

Moroni 6:1–4

Apakah maksudnya untuk mempunyai “hati yang hancur dan roh yang menyesal”? (Moroni 6:2). Bagaimanakah ini membantu kita bersedia untuk pembaptisan? Bagaimanakah ia dapat membantu kita selepas kita dibaptiskan?

Moroni 6:4–9

Berdasarkan ayat-ayat ini, apakah beberapa berkat yang datang dari menjadi “dihitung di kalangan umat gereja Kristus”? (Moroni 6:4). Mengapakah kita memerlukan Gereja?

Moroni 6:8

Apakah yang ayat ini ajarkan tentang pertaubatan? Apakah maksudnya untuk mencari keampunan dengan “niat yang bersungguh-sungguh, ”? (Moroni 6:8). Pertimbangkan untuk menyanyi lagu mengenai keampunan, seperti “Bapa Kumohon PertolonganMu (Pertobatan)” (Buku Nyanyian Anak-anak, 52).

Untuk idea lanjut untuk mengajar kanak-kanak, lihat garis panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Memperbaikkan Kajian Peribadi

Cari bukti kasih Tuhan. Presiden M. Russell Ballard mengajarkan, “Injil ini ialah injil kasih—kasih kepada Tuhan dan kepada satu sama lain” (“God’s Love for His Children,” Ensign, Mei 1988, 59). Semasa anda membaca tulisan suci, pertimbangkan untuk mencatat atau menanda bukti kasih Tuhan untuk anda dan semua anak-Nya.

Moroni bersembunyi di dalam sebuah gua

Moroni in the Cave, oleh Jorge Cocco