“23–29 November. Eter 12–15: ‘Melalui Iman Segala Hal akan Digenapi,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Kitab Mormon 2020 (2020)
“23–29 November. Eter 12–15,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2020
23–29 November
Eter 12–15
“Melalui Iman Segala Sesuatu Digenapi”
Mencatatkan tanggapan boleh menjemput wahyu lebih lanjut dan menguatkan kesaksian anda. Ia juga membantu anda mengingati tanggapan anda dan berkongsi dengan orang lain pada masa akan datang.
Mencatat Tanggapan Anda
Nubuat Eter kepada bangsa Yared adalah “besar dan menakjubkan” (Eter 12:5). Dia “memberitahu mereka tentang semua hal, sejak dari permulaan” (Eter 13:2). Dia melihat “masa kehidupan Kristus,” dan zaman akhir Yerusalem Baru (Eter 13:4). Dan dia berkata “berharap untuk dunia yang lebih baik, ya, bahkan sebuah tempat di sebelah tangan kanan Tuhan” (Eter 12:4). Tetapi bangsa Yarred menolak kata-katanya, kerana alasan yang sama orang sering guna untuk menolak nubuat hamba-hamba Tuhan hari ini—“kerana mereka tidak melihatnya.” (Eter 12:5). Ia memerlukan iman untuk mempercayai janji atau amaran tentang perkara-perkara yang kita tidak dapat lihat, seperti iman yang diperlukan oleh Eter untuk bernubuat tentang “hal-hal yang besar dan menakjubkan” kepada orang yang tidak percaya. Ia memerlukan iman untuk Moroni mempercayai bahawa Tuhan boleh mengambilnya “kelemahan dalam menulis;” dan menjadikan ia kekuatan (lihat Eter 12:23–27). Itulah iman yang menjadikan kita “tabah, selalu berlimpah ruah dengan kerja-kerja baik, dituntun untuk memuliakan Tuhan.” (Eter 12:4). Dan ini jenis iman di mana “segala hal akan digenapi” (Eter 12:3).
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Iman dalam Yesus Kristus boleh membawa kepada mukjizat yang besar.
Ramai orang hari ini, seperti bangsa Yared pada zaman Eter, ingin melihat bukti sebelum mereka percaya kepada Tuhan dan kuasa-Nya. Namun, Moroni mengajar “iman adalah hal-hal yang diharapkan dan bukan dilihat;” dan bahawa anda “kamu tidak menerima kesaksian sehinggalah setelah pencubaan imanmu.” (Eter 12:6).
Tandakan setiap kali anda jumpa perkataan “iman” dalam Eter 12, dan catatkan apa yang anda pelajari tentang iman. Cari jawapan kepada soalan-soalan seperti ini: Apakah iman? Apakah hasil kehidupan yang penuh iman? Anda juga boleh mencatatkan pemikiran anda tentang kesaksian yang telah anda perolehi “setelah pencubaan imanmu” (Eter 12:6).
Yesus Kristus memberi kita “harapan yang lebih baik.”
Tambahan kepada pandangan mendalam tentang iman, Eter 12 juga banyak mengatakan tentang harapan—mungkin anda boleh menandakan setiap kali perkataan “harapan” muncul. Apakah maksud harapan kepada anda? Apakah sebab-sebab Eter “berharap untuk dunia yang lebih baik”? (lihat Eter 12:2–5). Bagaimanakah injil Yesus Kristus telah memberi anda “harapan yang lebih baik”? (Eter 12:32).
Lihat juga Moroni 7:40–41; Dieter F. Uchtdorf, “The Infinite Power of Hope,” Ensign atau Liahona, Nov. 2008, 21–24; Preach My Gospel, 117.
Yesus Kristus boleh membuat perkara lemah jadi kuat.
Apabila kita membaca tulisan-tulisan Moroni yang sangat berkuasa, ia mudah untuk lupa bahawa dia bimbang tentang “kelemahan dalam menulis” dan ketakutannya bahawa orang akan mengejek kata-katanya (lihat Eter 12:23–25). Tetapi Tuhan berjanji bahawa Dia akan “menjadikan hal-hal yang lemah menjadi kuat” untuk yang berhati rendah (ayat 27), dan kuasa rohani dalam tulisan Moroni adalah bukti yang meyakinkan bahawa Tuhan memenuhi janji ini.
Selepas membaca Eter 12:23–29, renungkan masa ketika Tuhan telah membantu anda mengenali kelemahan anda dan menguatkan anda. Mungkin ini juga masa yang baik untuk berfikir tentang kelemahan yang anda sedang hadapi. Apakah yang anda rasa anda perlu lakukan untuk merendahkan hati di hadapan Tuhan dan menunjukkan iman kepada-Nya untuk menerima janji-Nya untuk “menjadikan hal-hal yang lemah menjadi kuat”? (Eter 12:27).
Semasa anda merenungkan ayat-ayat ini, pandangan berikut daripada Elder Neal A. Maxwell mungkin dapat membantu: “Apabila kita membaca dalam tulisan suci ‘kelemahan manusia’, istilah ini termasuk … kelemahan yang wujud dalam keadaan umum manusia di mana secara jasmani mempunyai kesan berterusan terhadap roh (lihat Eter 12:28–29). Kelemahan ini termasuk kelemahan individu kita, di mana kita diharapkan untuk mengatasinya (lihat Ajaran dan Perjanjian 66:3; Yakub 4:7)” (Lord, Increase Our Faith [1994], 84).
Menolak para nabi membawa bahaya rohani.
Menjadi raja bangsa Yared adalah kedudukan yang bahaya dalam sejarah. Ini sangat sesuai benar bagi Koriantumr, kerana banyak “lelaki-lelaki perkasa … berusaha untuk menghancurkannya” (Eter 13:15–16). Dalam Eter 13:15–22, perhatikan apa yang Koriantumr lakukan untuk melindungi dirinya dan apa yang nabi Eter nasihatkannya untuk lakukan. Semasa anda membaca seluruh kitab Eter, pertimbangkan akibat dari menolak para nabi. Apakah yang berlaku kepada orang ramai apabila “Roh Tuhan telah berhenti berjuang bersama mereka”? (Eter 15:19).
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
Apabila anda membaca tulisan suci dengan keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas apa yang perlu ditekankan dan dibincangkan untuk memenuhi keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa idea.
Eter 12:7–22
Semasa anda membaca ayat-ayat ini bersama-sama, anda boleh kaji semula beberapa contoh iman yang anda telah baca dalam Kitab Mormon. Ini boleh membawa kepada perbincangan mengenai contoh iman dalam sejarah keluarga anda atau kehidupan anda sendiri—pertimbangkan mencatat pengalaman ini jika anda belum melakukannya.
Eter 12:27
Mengapakah Tuhan memberikan kita kelemahan? Apakah bahagian kita dalam membuat “hal-hal yang lemah menjadi kuat”? Apakah bahagian Juruselamat?
Eter 12:41
Adakah terdapat cara yang menyeronokkan untuk mengajar anak-anak anda “mencari … Yesus”? Satu cara mungkin adalah untuk menyembunyikan gambar Yesus dan menjemput ahli keluarga anda untuk “mencari” gambar itu. Bagaimanakah kita mencari Yesus, dan bagaimanakah kita diberkati apabila kita menemui Dia?
Eter 13:13–14; 15:19, 33–34
Ia mungkin menarik bagi ahli keluarga anda untuk membandingkan pengalaman Eter dengan pengalaman Mormon dan Moroni (lihat Mormon 6; 8:1–10). Bagaimanakah ia serupa? Bagaimanakah jalan kehancuran bangsa Nefi sama dengan jalan kehancuran bangsa Yared? (bandingkan Eter 15:19 dengan Moroni 8:28). Apakah kebenaran yang kita pelajari yang boleh membantu kita mengelakkan apa yang berlaku kepada mereka?
Untuk idea lanjut untuk mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.