“2–8 November. Mormon 7–9: ‘Aku Berbicara kepadamu Seolah-olah Kamu Sudah Ada,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Kitab Mormon 2020 (2020)
“2–8 November. Mormon 7–9,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2020
2–8 November
Mormon 7–9
“Aku Berbicara kepadamu Seolah-olah Kamu Sudah Ada”
Mormon dan Moroni mempunyai iman bahawa catatan mereka akan mengilhami mereka yang hidup pada zaman akhir. Apabila anda membaca Mormon 7–9, tulis tanggapan yang datang kepada anda tentang bagaimana anda boleh menggunakan apa yang anda sedang belajar.
Mencatat Tanggapan Anda
Mormon dan Moroni mengetahui perasaan sendirian di dunia yang jahat. Untuk Moroni kesepian itu pasti sangat teruk selepas bapanya mati dalam peperangan dan bangsa Nefi dimusnahkan. “Aku bahkan ditinggalkan seorang diri,” dia tuliskan. “Aku tidak mempunyai teman ataupun tempat untuk ditujui;” (Mormon 8:3, 5). Ini mungkin kelihatan seperti tiada harapan, tetapi Moroni mendapat harapan dalam kesaksiannya tentang Juruselamat dan pengetahuan dia bahawa “tujuan-tujuan abadi Tuhan akan berterusan” (Mormon 8:22). Dan Moroni tahu bahawa peranan utama dalam tujuan-tujuan abadi itu akan dimainkan oleh Kitab Mormon—catatan yang dia kini tekun untuk selesaikan, catatan yang suatu hari akan “bersinar di dalam kegelapan,” dan membawa banyak orang “pengetahuan tentang Kristus,” (Mormon 8:16; 9:36). Iman Moroni dalam janji-janji ini memungkinkannya untuk mengumumkan kepada pembaca masa depan buku ini, “aku berbicara kepadamu seolah-olah kamu sudah ada,” dan “aku tahu bahawa kamu akan memiliki perkataanku.” (Mormon 8:35; 9:30). Sekarang kita memiliki perkataannya, dan pekerjaan Tuhan sedang berterusan, sebahagiannya kerana Mormon dan Moroni tetap setia pada misi mereka, walaupun ketika mereka sendirian.
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Saya mesti percaya kepada Yesus Kristus dan “berpeganglah” kepada injil-Nya.
Perkataan terakhir oleh Mormon yang dicatatkan, didapati di dalam Mormon 7, ditujukan kepada keturunan bangsa Laman pada zaman akhir, tetapi mereka mengandungi kebenaran bagi kita semua. Apakah yang pesanan Mormon ajarkan anda tentang Yesus Kristus dan injil-Nya? Mengapa Mormon telah memilih pesanan ini untuk kesimpulan tulisannya?
Mormon 7:8–10; 8:12–22; 9:31–37
Kitab Mormon sangat berharga.
Presiden Russell M. Nelson bertanya: “Jika anda diberikan berlian atau batu delima atau Kitab Mormon, apakah yang anda akan pilih? Yang manakah lebih berharga kepada anda?” (“Kitab Mormon: Apa Akan Terjadi Kepada Hidup Anda Tanpa Ia?” Ensign atau Liahona, Nov. 2017, 61).
Mormon dan Moroni tahu catatan yang mereka simpan akan menjadi sangat berharga di zaman kita, sehingga mereka melakukan pengorbanan besar untuk mempersiapkan dan melindunginya. Apabila anda membaca Mormon 7:8–10; 8:12–22; dan 9:31–37, pertimbangkan mengapa catatan ini sangat berharga pada zaman kita. Anda boleh mencari pandangan tambanhan dalam 1 Nefi 13:38–41; 2 Nefi 3:11–12; dan Ajaran dan Perjanjian 33:16; 42:12–13. Apakah pengalaman yang telah membantu anda mengetahui bahawa Kitab Mormon sangat berharga?
Kitab Mormon ditulis untuk zaman kita.
Yesus Kristus menunjukkan kepada Moroni apa yang akan terjadi ketika Kitab Mormon muncul (lihat Mormon 8:34–35), dan apa yang dilihat Moroni membuat dia memberi amaran yang berani untuk zaman kita. Apabila anda membaca Mormon 8:26–41 and 9:1–30, renungkan sama ada terdapat tanda-tanda sikap dan tindakan ini dalam hidup anda. Apakah yang anda boleh lakukan secara berbeza?
Contohnya, Mormon 9:1–30 mengandungi pesanan Moroni sebagai tindak balas kepada kekurangan iman dalam Yesus Kristus yang meluas yang diramalkan oleh dia pada zaman kita. Pertimbangkan mencatatkan apa yang anda pelajari dari kata-katanya tentang perkara berikut:
-
Kepentingan percaya kepada Tuhan wahyu dan mukjizat (ayat 7–20)
-
Nasihat Moroni kepada kita (ayat 21–30)
Apakah yang anda pelajari daripada Moroni yang dapat membantu anda membawa orang lain lebih dekat kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus?
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
Apabila anda membaca tulisan suci dengan keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas apa yang perlu ditekankan dan dibincangkan untuk memenuhi keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa idea.
Mormon 7:5–7, 10; 9:11–14
Apakah yang ayat-ayat ini ajarkan kita tentang rancangan Bapa Syurgawi dan mengapa kita memerlukan Juruselamat?
Mormon 7:8–10
Apakah yang kita telah pelajari dalam kajian Kitab Mormon tahun ini yang telah membantu memperkuatkan kepercayaan kita dalam Alkitab? Untuk memulakan perbincangan, anda boleh membaca bersama beberapa tulisan suci dari Kitab Mormon dan Alkitab yang mengajar kebenaran yang serupa, seperti Alma 7:11–13 dan Yesaya 53:3–5 atau 3 Nefi 15:16–24 dan Yohanes 10:16.
Mormon 8:1–9
Bagaimanakah perasaannya untuk menjadi bersendirian seperti Moroni? Apakah yang mengagumkan kita tentang kerja yang dia telah lakukan?
Mormon 8:12, 17–21; 9:31
Pertimbangkan membaca ayat-ayat ini sebagai keluarga dan kemudian membaca pernyataan berikut oleh Elder Jeffrey R. Holland: “Kecuali dalam kes Putera-Nya yang sempurna sahaja, orang yang tidak sempurna adalah semua yang Tuhan kena bekerja dengan. … Apabila anda melihat ketidaksempurnaan, ingat bahawa batasan itu bukan dalam ketuhanan pekerjaan” (“Lord, I Believe,” Ensign atau Liahona, Mei 2013, 94). Mengapakah ia bahaya untuk menumpukan ketidaksempurnaan dalam orang lain, termasuk mereka yang menulis Kitab Mormon?
Mormon 8:36–38
Apakah maksudnya mengambil nama Yesus Kristus ke asta diri kita? Mengapakah seseorang mungkin rasa malu untuk mengambil ke atas dirinya nama Yesus Kristus? Bagaimanakah kita boleh menjadi berani dalam kesaksian kita tentang Juruselamat?
Mormon 9:16–24
Bahan-bahan tertentu diperlukan untuk membuat eksperimen sains atau resipi berjaya. Pertimbangkan melakukan eksperimen atau membuat resipi kegemaran sebagai keluarga sebelum membaca Mormon 9:16–24. Apabila anda membaca ayat-ayat (terutamanya ayat 20–21), cari “bahan” yang diperlukan untuk membuat mukjizat. Apakah mukjizat yang kita boleh lihat di dunia sekeliling kita dan di dalam keluarga kita?
Untuk idea lanjut untuk mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.