Ikutlah Aku
2–8 November. Mormon 7–9: “Aku Berbicara kepadamu Seolah-olah Kamu Sudah Ada”


“2–8 November. Mormon 7–9: ‘Aku Berbicara kepadamu Seolah-olah Kamu Sudah Ada,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Kitab Mormon 2020 (2020)

“2–8 November. Mormon 7–9,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2020

Imej
Moroni menulis di atas kepingan-kepingan emas.

Moroni Writing on Gold Plates, oleh Dale Kilborn

2–8 November

Mormon 7–9

“Aku Berbicara kepadamu Seolah-olah Kamu Sudah Ada”

Apabila anda membaca Mormon 7–9, pertimbangkan apa yang anda paling inginkan untuk kanak-kanak yang anda ajar ketahui. Buat rancangan untuk mengajar kebenaran yang anda rasa akan memberkati kehidupan mereka.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Edarkan satu salinan Kitab Mormon sekeliling. Jemput kanak-kanak, ketika giliran mereka untuk memegang buku itu, untuk berkongsi satu perkara yang mereka telah pelajari dari buku itu. Jika mereka memerlukan bantuan, ingatkan mereka tentang perkara yang mereka pelajari baru-baru ini di dalam kelas.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Mormon 7:8–10

Kitab Mormon dan Alkitab kedua-duanya bersaksi tentang Yesus Kristus.

Mormon mengajarkan bahawa Kitab Mormon ditulis untuk membantu kita mempercayai Alkitab dan bahawa mereka yang mempercayai Alkitab akan mempercayai Kitab Mormon.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan kepada kanak-kanak halaman judul Kitab Mormon, dan tunjukkan perkataan tajuk apabila anda membaca, menekankan perkataan satu lagi. Bantu kanak-kanak memikirkan buku-buku lain yang mengajar kita tentang Yesus. Tunjukkan kepada mereka bahawa Alkitab mempunyai Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru. Bantu kanak-kanak untuk mengatakan “Perjanjian Lama, Perjanjian Baru” apabila anda menunjuk kepada Alkitab dan “Kesaksian Satu Lagi” ketika anda menunjuk kepada Kitab Mormon.

  • Paparkan peta dunia atau halaman aktiviti untuk garis panduan ini, bersama dengan Alkitab dan Kitab Mormon. Gunakan benda-benda ini untuk mengajar kanak-kanak bahawa Alkitab adalah catatan ajaran-ajaran Yesus di dalam dan di sekitar Yerusalem dan Kitab Mormon adalah catatan ajaran-ajaran-Nya di Benua Amerika.

  • Pilih beberapa peristiwa dan kebenaran yang ada dalam kesaksian Alkitab dan Kitab Mormon, seperti kelahiran, kematian, dan Kebangkitan Yesus. Tunjukkan gambar dari Buku Seni Injil yang menggambarkan peristiwa dan kebenaran ini. Minta kanak-kanak untuk menggambarkan apa yang mereka lihat dalam gambar, dan beritahu mereka bahawa kedua-dua Alkitab dan Kitab Mormon mengajar tentang perkara-perkara ini.

Mormon 8:3

Saya boleh memilih yang benar walaupun saya rasa bersendirian.

Moroni adalah bangsa Nefi yang terakhir, tetapi dia tetap setia kepada kesaksiannya. Bantu kanak-kanak belajar daripada contohnya.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca Mormon 8:3, menekankan bahawa Moroni bersendirian, tetapi dia tetap mematuhi perintah-perintah, termasuk perintah untuk menyiapkan Kitab Mormon. Kongsi tentang suatu masa ketika anda setia walaupun anda rasa bersendirian.

  • Selepas membincangkan contoh Moroni, kongsi beberapa senario di mana seorang kanak-kanak mesti membuat keputusan sama ada untuk memilih yang benar, walaupun tiada siapa yang sedang melihatnya. Apakah yang akan dilakukan oleh Moroni?

  • Nyanyi dengan kanak-kanak satu lagu tentang memilih yang benar, seperti “Jadi Contoh Kebenaran” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 81). Mengapakah ia penting untuk memilih yang benar sepanjang masa, walaupun anda bersendirian?

Mormon 9:7–21

Tuhan ialah “seorang Tuhan mukjizat.”

Bantu kanak-kanak memahami bahawa mukjizat adalah penting dalam pekerjaan Tuhan dan Tuhan akan melakukan mukjizat apabila umat-Nya memiliki iman.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jelaskan bahawa mukjizat adalah sesuatu yang Tuhan lakukan untuk menunjukkan kuasa-Nya dan memberkati kehidupan kita (lihat Panduan Tulisan Suci, “Mukjizat”). Baca kata-kata dan frasa dari Mormon 9:11–13, 17 yang menggambarkan beberapa mukjizat Tuhan. Bantu kanak-kanak memikirkan mukjizat lain yang terdapat di dalam tulisan suci (gambar dari Buku Seni Injil, seperti no. 26, 40, 41, dan 83, boleh membantu). Berikan kesaksian bahawa Tuhan melakukan mukjizat di zaman kuno dan Dia masih melakukan mukjizat hari ini.

  • Kongsi satu pengalaman ketika anda telah melihat keajaiban dalam Gereja hari ini atau dalam kehidupan anda sendiri. Berikan kesaksian anda bahawa Tuhan ialah “seorang Tuhan mukjizat” (Mormon 9:11).

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Mormon 7:8–10

Kitab Mormon dan Alkitab kedua-duanya bersaksi tentang Yesus Kristus.

Mormon mengajarkan bahawa “injil Kristus … akan persiapkan di hadapan [kita]” dalam Alkitab dan Kitab Mormon. Pertimbangkan bagaimana anda akan mengajar kanak-kanak bahawa kedua-dua kitab kudus adalah penting kepada kita.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tulis Mormon 7:9 pada papan tulis, tetapi tinggalkan tempat kosong untuk perkataan ini dan itu. Tuliskan juga di papan tulis ini = Kitab Mormon dan itu = Alkitab. Jemput kanak-kanak untuk membaca Mormon 7:9 dengan lantang dan guna frasa pada papan tulis untuk mengisi tempat kosong tersebut. Apakah yang kita pelajari mengenai Alkitab dan Kitab Mormon dalam ayat ini?

  • Paparkan satu Kitab Mormon dan Alkitab. Berkongsi beberapa cerita dari setiap buku, menunjukkan gambar jika ada (lihat Buku Seni Injil). Jemput kanak-kanak untuk menunjukkan kepada buku dari mana cerita itu berasal. Mengapakah kita memerlukan kedua-dua buku?

  • Tuliskan setiap perkataan dari fasal-fasal kepercayaan yang kelapan pada kertas yang berbeza. Berikan satu atau dua perkataan kepada setiap kanak-kanak, dan jemput mereka untuk bekerjasama untuk meletakkan perkataan dalam urutan yang betul. Kemudian minta mereka untuk mengulangi fasal-fasal kepercayaan beberapa kali. Apakah yang diajarkan kepada kita?

    Imej
    salinan Kitab Mormon dalam bahasa yang berbeza

    Kitab Mormon bersaksi tentang Yesus Kristus.

Mormon 8:1–7

Saya boleh memilih yang benar walaupun saya rasa bersendirian.

Keazamam Moroni untuk “memenuhi perintah ayah [Dia],” walaupun ayahnya telah mati, dapat mengilhami kanak-kanak untuk mematuhi perintah Tuhan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca Mormon 8:1–7 dengan kanak-kanak, dan jemput mereka untuk berkongsi perasaan mereka jika mereka ialah Moroni. Minta mereka untuk melihat sekali lagi pada ayat 1, 3, dan 4 untuk mencari apa yang Moroni diperintahkan untuk lakukan. Bagaimanakah Moroni “memenuhi perintah ayah [Dia]”? Bagaimanakah kita boleh menjadi lebih seperti Moroni?

  • Jemput setiap kanak-kanak menulis situasi di mana mereka perlu membuat pilihan antara yang betul atau salah apabila tiada siapa yang sedang melihat. Masukkan idea-idea mereka dalam bekas, dan biarkan kanak-kanak bergilir mengambil satu situasi dan berkongsi apa yang mereka akan lakukan untuk menjadi seperti Moroni.

Mormon 8:24–26; 9:7–26

Tuhan ialah “seorang Tuhan mukjizat.”

Terdapat banyak orang hari ini yang tidak percaya bahawa mukjizat masih berlaku. Gunakan ajaran Moroni dalam ayat-ayat ini untuk mengajar kanak-kanak bahawa apabila kita mempunyai iman, kita dapat melihat Tuhan melakukan mukjizat dalam hidup kita.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan satu resipi kepada kanak-kanak. Apakah yang akan berlaku jika anda tertinggal bahan penting? Jemput kanak-kanak untuk mencari Mormon 8:24 dan 9:20–21 untuk mencari “bahan” yang kita perlu ada sebelum Tuhan dapat melakukan mukjizat. Berikan contoh mukjizat—besar atau kecil—yang anda lihat dalam Gereja atau dalam hidup anda. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi contoh mereka sendiri.

  • Bahagikan kanak-kanak kepada dua pasukan. Jemput setiap pasukan untuk mencari contoh mukjizat dalam beberapa atau semua tulisan suci ini: Mormon 8:24; 9:11–13, 16–18, 21–25. Apakah yang kita boleh katakan kepada seseorang yang berfikir bahawa mukjizat tidak berlaku lagi? (lihat Mormon 9:9, 15–21).

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk meminta ahli keluarga untuk menggambarkan satu mukjizat yang menguatkan kesaksiannya.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Kanak-kanak boleh mengenali pengaruh Roh. Ajar kanak-kanak bahawa perasaan damai, kasih, dan kehangatan yang mereka miliki apabila mereka bercakap atau menyanyi tentang Yesus Kristus dan injil-Nya datang daripada Roh Kudus (lihat Mengajar dengan Cara Juruselamat, 11).

Cetak