Ikutlah Aku
23–29 November. Eter 12–15: “Melalui Iman Segala Hal akan Digenapi”


“23–29 November. Eter 12–15: ‘Melalui Iman Segala Hal akan Digenapi,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Kitab Mormon 2020 (2020)

“23–29 November. Eter 12–15,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2020

Ether memasuki sebuah gua

Ether Hiding in the Cavity of a Rock, oleh Gary Ernest Smith

23–29 November

Eter 12–15

“Melalui Iman Segala Sesuatu Digenapi”

Apabila anda membaca Eter 12–15, fikirkan tentang kanak-kanak yang anda ajar. Idea aktiviti dalam garis panduan ini boleh mengilhami anda dengan idea lain yang akan membantu memenuhi keperluan kanak-kanak di kelas anda.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Bantu kanak-kanak memikirkan cerita-cerita tulisan suci tentang orang-orang yang menunjukkan iman yang besar. Beberapa contoh boleh dijumpai dalam Eter 12:11–22.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Eter 12:6–22

Iman adalah mempercayai perkara yang tidak dapat kita nampak.

Moroni berkongsi beberapa contoh orang yang melakukan hal-hal besar kerana iman mereka. Pertimbangkan bagaimana anda boleh menggunakan contoh-contoh ini untuk mengajar kanak-kanak apakah iman.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca kepada kanak-kanak “Iman adalah hal-hal yang diharapkan dan bukan dilihat” dari Eter 12:6, dan minta mereka mengulangi frasa ini dengan anda. Beritahu kanak-kanak tentang perkara-perkara yang anda percayai walaupun anda tidak dapat melihatnya, dan bantu kanak-kanak memikirkan contoh-contoh tambahan. Lagu “Iman” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 50), atau lagu lain tentang iman, boleh membantu.

  • Tunjukkan gambar yang menggambarkan contoh iman dalam Eter 12:13–15, 20–21 (lihat Buku Seni Injil, no. 7885, dan halaman aktiviti minggu ini). Biarkan kanak-kanak memberitahu anda apa yang mereka lihat dalam gambar dan apa yang mereka tahu tentang cerita itu. Bercakap dengan kanak-kanak tentang bagaimana individu-individu ini menunjukkan iman dan apa yang terjadi kerana iman mereka.

  • Main satu permainan meneka dengan kanak-kanak. Berikan mereka petunjuk tentang orang-orang yang beriman yang digambarkan dalam Eter 12:13–15, 19–20 sehingga kanak-kanak dapat meneka siapakah orang itu. Kemudian biarkan kanak-kanak main permainan itu sekali lagi dengan bergilir-gilir memberikan petunjuk mengenai orang yang sama (atau orang-orang beriman yang lain) sementara yang lain meneka. Kongsi apa yang anda kagumi tentang iman orang-orang ini.

Eter 12:23–27

Yesus Kristus boleh membantu saya menjadi kuat.

Kadangkala kanak-kanak menghadapi situasi di mana mereka merasa lemah, sama seperti Moroni. Bantu mereka belajar apa yang dipelajari Moroni—bahawa Juruselamat boleh “menjadikan hal-hal yang lemah menjadi kuat” (Eter 12:27).

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Gambarkan kepada kanak-kanak satu tugas yang memerlukan banyak kekuatan fizikal untuk dicapai. Jemput mereka untuk berkongsi contoh-contoh perkara yang mereka tidak cukup kuat untuk lakukan sekarang. Bagaimanakah kita boleh menjadi cukup kuat untuk melaksanakan tugas-tugas ini? Jelaskan bahawa kita juga mempunyai kerja rohani untuk lakukan, tetapi kita kadangkala merasa lemah secara rohani. Moroni merasakan demikian mengenai tulisannya di atas kepingan-kepingan. Baca Eter 12:27 kepada kanak-kanak. Apakah yang dijanjikan oleh Tuhan kepada mereka yang merasa lemah?

  • Kongsi satu pengalaman di mana Juruselamat membantu anda atau seseorang yang anda kenali yang melakukan sesuatu yang sukar. Berikan kesaksian kepada kanak-kanak bahawa jika mereka mencari bantuan-Nya, Yesus dapat membantu mereka menjadi kuat, termasuk ketika mereka merasa lemah.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Eter 12:5–6

Iman adalah mempercayai perkara yang tidak dapat kita nampak.

Kanak-kanak yang anda ajar sedang membina asas kesaksian mereka. Nasihat Moroni tentang iman, boleh dijumpai dalam Eter 12:6, boleh membantu mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jelaskan bahawa nabi Eter cuba mengajar bangsa Yared “hal-hal yang besar dan menakjubkan,” tetapi mereka tidak mempercayai apa yang dia katakan. Jemput kanak-kanak membaca Eter 12:5 untuk mengetahui mengapa mereka tidak percaya. Apakah beberapa perkara yang Bapa Syurgawi mahu kita percaya walaupun kita tidak melihatnya? Baca bersama Eter 12:6. Apakah yang Moroni ajarkan kepada orang yang tidak percaya kebenaran rohani kerana mereka tidak dapat melihatnya?

  • Tunjukkan satu gambar kepada seorang kanak-kanak tanpa membiarkan kanak-kanak lain melihat, dan minta kanak-kanak tersebut untuk menggambarkan gambar kepada seluruh kelas. Jika masa mengizinkan, biar kanak-kanak lain bergilir-gilir melakukan perkara yang sama dengan gambar yang berbeza. Kemudian jemput mereka untuk membaca Eter 12:6 dan cari frasa ini: “Iman adalah hal-hal yang diharapkan dan bukan dilihat.” Bagaimanakah kita menunjukkan iman kepada Yesus Kristus apabila kita tidak dapat melihat Dia?

  • Minta kanak-kanak untuk membaca frasa ini dalam Eter 12:6: “Kamu tidak menerima kesaksian sehinggalah setelah pencubaan imanmu.” Bantu kanak-kanak memahami bahawa apabila kita mematuhi perintah, kita dapat mengetahui bahawa ia benar. Minta mereka untuk memikirkan asas-asas injil yang Tuhan mahu kita mempunyai kesaksian, seperti membayar persepuluhan, mematuhi hari Sabat, atau menjalani Kata-kata Bijaksana. Kemudian tulis di papan tulis Untuk mendapatkan kesaksian tentang, saya mesti . Kongsi bagaimana anda beriman untuk mendapatkan kesaksian anda tentang ini dan kebenaran injil yang lain.

Eter 12:4, 32

Harapan adalah seperti sauh untuk jiwa saya.

Bantu kanak-kanak yang anda ajar memahami bahawa kita boleh “berharap untuk dunia yang lebih baik” kerana iman kita kepada Kristus (Eter 12:4).

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Berkongsi dengan kanak-kanak definisi harapan yang terdapat di dalam “Harapan” (Panduan Tulisan Suci, scriptures.ChurchofJesusChrist.org). Menurut definisi ini dan Eter 12:4, 32, apakah yang patut kita harapkan? (lihat juga Moroni 7:40–42). Bantu kanak-kanak memikirkan kata-kata lain untuk harapan, bersama-sama dengan kata-kata yang bertentangan dengan harapan. Kongsi dengan mereka beberapa kebenaran injil yang memberi anda harapan, dan jemput mereka untuk melakukan perkara yang sama.

  • Tunjukkan (atau lukiskan pada papan tulis) gambar bot dan sauh. Mengapakah bot memerlukan sauh? Apakah yang akan terjadi kepada bot yang tidak mempunyai sauh? Baca bersama Eter 12:4, dan tanya kepada kanak-kanak bagaimanakah harapan seperti sauh. Jemput kanak-kanak untuk melukis gambar bot dan sauh mereka sendiri supaya mereka dapat mengajar keluarga mereka tentang harapan.

Eter 12:23–29

Yesus Kristus boleh membantu saya menjadi kuat.

Apabila kanak-kanak semakin membesar, mereka menjadi lebih sedar tentang kelemahan mereka. Gunakan ayat-ayat ini untuk mengajar mereka bagaimana Juruselamat boleh membuat “menjadikan hal-hal yang lemah menjadi kuat” (Eter 12:27).

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta kanak-kanak untuk membaca Eter 12:23–25 untuk mengetahui mengapa Moroni risau. Tanya kepada mereka jika mereka pernah mempunyai perasaan yang sama. Kemudian jemput mereka untuk membaca ayat 26–27 untuk mengetahui bagaimana Tuhan menggalakkan Moroni. Apakah yang kita perlu lakukan agar Tuhan dapat membantu kita menjadi kuat ketika kita merasa lemah? Kongsi satu pengalaman ketika Juruselamat membantu anda menjadi cukup kuat untuk melakukan sesuatu yang sukar.

  • Jemput kanak-kanak untuk melukis gambar sesuatu yang lemah dan sesuatu yang kuat. Kemudian jemput mereka untuk menambah beberapa perkataan dan frasa pada lukisan mereka dari Eter 12:23–29 yang mengajar mereka tentang bagaimana Juruselamat dapat membantu kita mengubah kelemahan kita menjadi kekuatan. Galakkan kanak-kanak untuk berfikir tentang kelemahan yang mereka miliki dan kemudian cari bantuan Juruselamat untuk menjadi kuat.

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak menulis kebenaran yang mereka ingin mendapatkan kesaksian. Bantu mereka menetapkan matlamat untuk menjalankan iman supaya mereka dapat memperoleh kesaksian tentang kebenaran itu.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Memahami kanak-kanak yang anda ajar. “Cari cara untuk memahami latar belakang, minat, bakat dan keperluan [kanak-kanak] yang anda ajar. Tanya soalan, dengar dengan teliti, dan perhatikan apa yang dikatakan dan dilakukan oleh pelajar dalam situasi yang berbeza. … Tanya ibu bapa mereka untuk mendapatkan pandangan. Paling penting sekali, berdoa untuk pemahaman yang hanya dapat diberikan oleh Roh” (Mengajar dengan Cara Juruselamat,7).