Ikutlah Aku
16–22 November. Eter 6–11: “Agar Kejahatan Boleh Diakhiri”


“16–22 November. Eter 6–11: ‘Agar Kejahatan Boleh Diakhiri,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Kitab Mormon 2020 (2020)

“16–22 November. Eter 6–11,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2020

Imej
Bangsa Yared mengembara di atas laut

I Will Bring You up Again out of the Depths, oleh Jonathan Arthur Clarke

16–22 November

Eter 6–11

“Agar Kejahatan Boleh Diakhiri”

Idea dalam garis panduan ini bukan arahan yang anda perlu ikuti. Mereka bertujuan untuk mencetuskan kreativiti anda dan menjemput ilham.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Guna gambar dari garis panduan minggu ini dan minggu lepas dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga untuk membantu kanak-kanak mengkaji semula apa yang mereka pelajari mengenai bangsa Yared yang menyeberangi laut. Biarkan mereka bergilir berkongsi apa yang mereka tahu.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Eter 6:2–12

Bapa Syurgawi boleh menghibur saya apabila saya takut.

Ia pasti menakutkan bagi bangsa Yared untuk “diumbang-ambingkan di atas ombak laut di hadapan angin” (Eter 6:5). Tetapi Tuhan memastikan mereka selamat dan membantu mereka. Bagaimanakah anda boleh membantu kanak-kanak berpaling kepada Tuhan apabila mereka berasa takut?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Menggunakan kata dan frasa dari Eter 6:2–12, gambarkan kepada kanak-kanak perjalanan bangsa Yared ke seberang laut. Jemput kanak-kanak untuk berpura-pura memanjat ke dalam kapal tongkang dan berpura-pura bahawa kapal tongkang mereka bergerak dan diliputi oleh ombak. Bagaimanakah perasaannya berada dalam kapal tongkang sebenar di perairan yang kasar? Apakah yang kita boleh lakukan apabila kita takut? Baca bersama ayat 7 dan 9 untuk melihat apa yang dilakukan bangsa Yared ketika mereka ketakutan.

  • Cerita tentang masa ketika anda takut dan Bapa Syurgawi menolong anda. Nyanyi dengan kanak-kanak lagu rohani atau lagu yang membantu anda “berterima kasih dan memuji Tuhan” (Eter 6:9) bagi bantuan-Nya. Biarkan kanak-kanak berkongsi lagu-lagu Sekolah Primer kegemaran mereka, dan menyanyikan beberapa lagu itu bersama-sama.

  • Gunakan laman aktiviti minggu ini untuk membantu kanak-kanak membuat kapal tongkang kertas. Jelaskan bahawa kapal tongkang membantu bangsa Yared kekal selamat walaupun mereka dikelilingi oleh air (lihat Eter 6:7, 10). Apakah yang Bapa Syurgawi telah berikan kepada kita untuk memastikan kita selamat dalam perjalanan kita balik kepada-Nya?

Eter 6:9, 12, 30; 7:27; 10:2

Saya boleh bersyukur.

Setelah tiba dengan selamat di negeri yang dijanjikan, bagsa Yared sangat bersyukur sehingga mereka “mencucurkan air mata kebahagiaan” (Eter 6:12). Bagaimanakah anda dapat menggalakkan semangat kesyukuran dalam diri kanak-kanak yang anda ajar?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca kepada kanak-kanak frasa dari Eter 6:9 dan 12 untuk mengajar mereka bagaimana bangsa Yared menunjukkan kesyukuran mereka kepada Tuhan kerana membantu mereka tiba ke negeri yang dijanjikan. Minta kanak-kanak menamakan beberapa perkara yang mereka bersyukur. Nyanyi bersama, seperti yang dilakukan oleh bangsa Yared, satu lagu yang menunjukkan kesyukuran, seperti “T’rima Kasih Bapa” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 9).

  • Baca kepada kanak-kanak Eter 10:2 untuk menunjukkan bahawa walaupun bertahun-tahun kemudian, bangsa Yared mengingati bagaimana Tuhan telah membantu nenek moyang mereka menyeberangi lautan. Bantu kanak-kanak memikirkan cara Tuhan telah memberkati mereka. Kemudian biarkan kanak-kanak melukis gambar untuk mengingatkan diri mereka tentang berkat-berkat ini (atau membantu mereka memilih dari beberapa gambar yang anda bawa, mungkin dari majalah Gereja).

Eter 7:24–27

Saya diberkati apabila saya mengikuti nabi.

Kitab Eter jelas menunjukkan bahawa ketika bangsa Yared mengikuti para nabi, mereka diberkati, dan ketika mereka menolak para nabi, hidup mereka lebih sukar. Fikirkan cara anda boleh membantu kanak-kanak melihat bahawa perkara ini juga adalah benar bagi kita.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan gambar nabi yang hidup, dan tanyakan kepada kanak-kanak apa yang mereka tahu mengenai dia. Apakah yang dilakukan oleh seorang nabi? Jelaskan bahawa bangsa Yared juga mempunyai nabi, dan setiap kali mereka mengikuti nabi, mereka diberkati dan bahagia (lihat Eter 7:24–27). Bagaimanakah kita boleh mengikuti nabi?

  • Nyanyi bersama lagu mengenai nabi, seperti “Patuhi Nabi” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 58; lihat juga Buku Seni Injil, no. 4–27, 67–87). Bercakap dengan kanak-kanak mengenai perkara-perkara yang telah diajarkan oleh para nabi kepada kita (contohnya, membaca tulisan suci kita setiap hari, mematuhi hari Sabat, atau melayani orang lain), dan jemput mereka untuk membuat aksi-aksi mematuhi nasihat itu apabila anda berkata “Patuhi nabi!”

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Eter 6:2–12

Saya boleh mempercayai Bapa Syurgawi untuk membimbing saya kepada kehidupan abadi.

Laporan pelayaran bangsa Yared ke seberang laut dapat dibandingkan dengan perjalanan kita melalui kefanaan. Kedua-dua perjalanan kadangkala berbahaya dan memerlukan iman bahawa Tuhan akan membimbing dan melindungi kita.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca bersama Eter 6:2–12, berhenti sebentar supaya kanak-kanak dapat melukis gambar tentang apa yang mereka baca. Bagaimanakah perjalanan bangsa Yared seperti hidup kita? Bantu kanak-kanak mengenal pasti dan melabelkan maksud bahagian-bahagian yang berlainan dari lukisan mereka yang mewakili kehidupan kita. Sebagai contoh, bangsa Yared boleh mewakili kita. Kapal tongkang boleh mewakili rumah kita, Gereja, atau injil. Apakah yang mungkin diwakili oleh angin, air, batu bersinar, dan negeri yang dijanjikan?

  • Bantu kanak-kanak mencari perkataan dan frasa dalam Eter 6:2–12 yang menunjukkan bagaimana bangsa Yared mempercayai Tuhan. Kongsi contoh bagaimana bergantung kepada Tuhan telah membantu anda ketika masa yang sukar dalam hidup anda. Galakkan kanak-kanak untuk berkongsi pengalaman yang serupa yang mereka ada.

    Imej
    Bangsa Yared mengembara dengan haiwan

    Journey of the Jaredites across Asia, oleh Minerva Teichert

Eter 6:30; 7:27; 10:2

Mengingati apa yang Tuhan telah lakukan untuk saya membawa kedamaian.

Satu perkara yang membezakan raja-raja Yared yang soleh dari yang jahat adalah raja-raja yang soleh “mengingati hal-hal besar yang telah Tuhan lakukan” untuk mereka (Eter 7:27). Bagaimanakah anda dapat mengilhami kanak-kanak untuk mengingati apa yang Tuhan telah lakukan untuk mereka?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta kanak-kanak untuk membaca Eter 6:30; 7:27; dan 10:2 secara individu atau dalam kumpulan kecil dan mencari persamaan dalam ayat-ayat ini. Kongsi perasaan anda tentang apa yang Tuhan telah lakukan untuk anda, dan jemput kanak-kanak untuk melakukan perkara yang sama.

  • Kongsi dengan kanak-kanak tentang bagaimana anda cuba mengingati cara Tuhan telah memberkati anda dan keluarga anda. Bantu kanak-kanak memikirkan cara mereka dapat mengingatkan diri mereka tentang apa yang Tuhan telah lakukan untuk mereka. Berikan setiap mereka sekeping kertas, dan jemput mereka untuk merenung dan menulis sesuatu yang telah dilakukan-Nya untuk mereka baru-baru ini. Cadangkan bahawa mereka membuat tabiat tetap untuk menulis berkat yang mereka perhatikan daripada Tuhan.

Eter 9:28–35; 11:5–8

Tuhan berbelas kasihan apabila saya bertaubat.

Walaupun bangsa Yared sering menolak para nabi dan menjadi jahat, Tuhan selalu memaafkan mereka ketika mereka merendahkan hati mereka dan bertaubat.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca bersama Eter 9:28–35, dan bantu kanak-kanak memikirkan tiga atau empat ayat pendek yang meringkaskan apa yang berlaku dalam ayat-ayat ini. Kemudian baca Eter 11:5–8, dan bantu kanak-kanak mengenal pasti persamaan antara kedua-dua laporan ini. Apakah yang kita pelajari dari cerita-cerita ini?

  • Minta kanak-kanak memikirkan orang lain dalam Kitab Mormon yang merendahkan hati mereka dan telah diampuni. Gunakan gambar dari Buku Seni Injil atau Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga untuk membantu mereka mengingatinya. Berikan kesaksian anda bahawa Tuhan mengampuni kita apabila kita bertaubat dengan ikhlas.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk berkongsi dengan keluarga mereka sesuatu yang mereka bersyukur yang telah dilakukan oleh Bapa Syurgawi kepada mereka.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Bantu kanak-kanak menjadi kreatif. “Semasa anda mengajar kanak-kanak, biarkan mereka membina, melukis, mewarna, menulis, dan mencipta. Perkara-perkara ini adalah lebih dari aktiviti yang menyeronokkan—mereka penting untuk pelajaran” (Mengajar dengan Cara Juruselamat, 25).

Cetak