“16–22 November. Eter 6–11: ‘Agar Kejahatan Boleh Diakhiri,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Kitab Mormon 2020 (2020)
“16–22 November. Eter 6–11,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2020
16–22 November
Eter 6–11
“Agar Kejahatan Boleh Diakhiri”
Bercakap mengenai catatan orang Yared, Mormon berkata bahawa “adalah arif bahawa semua orang hendaknya mengetahui apa yang dituliskan dalam laporan ini.” (Mosia 28:19). Ingatkan ini semasa anda membaca Eter 6–11. Mengapakah perkara ini adalah arif—atau bermanfaat—kepada anda dan orang yang anda kasihi?
Mencatat Tanggapan Anda
Beratus-ratus tahun selepas bangsa Yared dimusnahkan, bangsa Nefi telah menemui runtuhan tamadun purba mereka. Di antara runtuhan ini adalah catatan misteri—kepingan-kepingan “emas tulen” yang “diisi dengan ukiran,” (Mosia 8:9). Raja bangsa Nefi, Limhi, dapat merasakan bahawa catatan ini penting: “Pasti suatu misteri besar terkandung dalam kepingan-kepingan ini,” dia berkata (Mosia 8:19). Hari ini anda mempunyai ringkasan catatan ini, diterjemahkan ke dalam bahasa anda, dan ia dipanggil kitab Eter. Ia datang dari catatan yang sama yang bangsa Nefi “berhasrat teramat sangat” untuk membaca, dan apabila mereka melakukannya, “dipenuhi dengan dukacita; walaupun demikian ia memberikan mereka banyak pengetahuan, yang di dalamnya mereka bersukacita” (Mosia 28:12, 18). Seperti yang anda baca tentang kebangkitan dan kejatuhan bangsa Yared yang tragis, anda akan menemui banyak saat yang menyedihkan. Tetapi jangan terlepas pandang kegembiraan mempelajari pengajaran dari sejarah ini. Lagipun, seperti yang ditulis Moroni, “adalah kebijaksanaan di dalam Tuhan bahawa hal-hal ini akan diperlihatkan kepadamu” (Eter 8:23), kerana jika kita dapat belajar dari kegagalan dan kejayaan bangsa Yared, “kejahatan boleh diakhiri, dan … waktunya akan tiba apabila Setan tidak mempunyai kuasa ke atas hati anak-anak manusia” (Eter 8:26).
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Tuhan akan membawa saya ke negeri yang dijanjikan kepada saya.
Anda boleh mendapati pandangan rohani jika anda membandingkan pelayaran bangsa Yared ke seberang lautan dengan perjalanan anda melalui kefanaan. Sebagai contoh, apakah yang Tuhan telah sediakan yang menerangi perjalanan anda seperti batu-batu dalam kapal tongkang bangsa Yared? Apakah yang mungkin mewakili kapal tongkang, atau angin itu yang “bertiup ke arah negeri yang dijanjikan”? (Eter 6:8). Apakah yang anda pelajari daripada tindakan bangsa Yared sebelum, semasa, dan selepas pelayaran? Bagaimanakah Tuhan membimbing anda ke negeri yang dijanjikan kepada anda?
Eter 6:5–18, 30; 9:28–35; 10:1–2
Tuhan memberkati saya ketika saya rendah hati.
Walaupun keangkuhan dan kejahatan seperti menguasai sejarah bangsa Yared, terdapat juga contoh-contoh kerendahan hati dalam bab ini—terutama dalam Eter 6:5–18, 30; 9:28–35; dan 10:1–2. Merenungkan soalan-soalan berikut akan membantu anda belajar dari contoh-contoh berikut: Mengapa bangsa Yared merendahkan diri mereka dalam situasi ini? Apakah yang mereka lakukan untuk menunjukkan kerendahan hati mereka? Bagaimanakah mereka diberkati sebagai hasilnya? Perhatikan bahawa dalam beberapa situasi, orang dipaksa oleh keadaan mereka untuk menjadi rendah hati. Pertimbangkan apa yang anda boleh lakukan untuk rela “berjalan dengan kerendahan hati di hadapan Tuhan” (Eter 6:17) dan bukannya kerana terpaksa merendahkan hati (lihat Mosia 4:11–12; Alma 32:14–18).
Pemimpin yang soleh memberkati orang yang mereka pimpin.
Bab 7–11 Eter meliputi sekurang-kurangnya 28 generasi. Walaupun tidak banyak perincian yang dapat diberikan dalam ruang kecil, satu pola muncul dengan cepat: kepimpinan yang soleh membawa berkat dan kemakmuran, sementara kepimpinan yang jahat membawa kepada penawanan dan kehancuran.
Berikut adalah beberapa raja yang disebutkan dalam bab ini. Baca ayat-ayat yang berkaitan, dan lihat apa yang anda boleh pelajari dari contoh-contohnya—positif dan negatif—tentang kepimpinan. Ketika anda lakukan ini, fikirkan peluang yang mungkin anda miliki untuk memimpin atau mempengaruhi orang lain di rumah anda, komuniti anda, panggilan Gereja anda, dan sebagainya.
-
Oriha—Eter 6:30–7:1
-
Sul—Eter 7:23–27
-
Yared—Eter 8:1–7, 11–15
-
Emer dan Koriantum—Eter 9:21–23
-
Het—Eter 9:26–30
-
Sez—Eter 10:1–2
-
Riplakis—Eter 10:5–8
-
Morianton—Eter 10:10–11
-
Lib—Eter 10:19–28
-
Etem—Eter 11:11–13
Apakah itu komplot-komplot rahsia?
Ketika dua atau lebih orang berkomplot untuk menjaga perbuatan jahat mereka sebagai rahsia, mereka terlibat dalam komplot-komplot rahsia. Mereka sering bermotivasi oleh keinginan untuk kuasa atau kekayaan. Sebagai tambahan kepada komplot-komplot rahsia yang diterangkan dalam Eter 8:7–18, contoh lain boleh didapati dalam Helaman 1:9–12; 2:2–11; 6:16–30, dan Musa 5:29–33. Dalam Eter 8:18–26, Moroni menerangkan akibat komplot-komplot rahsia (lihat juga Eter 9:4–12) dan memberi amaran kepada kita untuk tidak menyokong mereka.
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
Apabila anda membaca tulisan suci dengan keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas apa yang perlu ditekankan dan dibincangkan untuk memenuhi keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa idea.
Eter 6:2–12
Adakah keluarga anda menikmati melakonkan pelayaran bangsa Yared ke negeri yang dijanjikan? Mungkin anda boleh menggunakan bilik gelap sebagai kapal tongkang dan lampu suluh untuk mewakili batu bersinar. Anda boleh bercakap tentang bagaimana bangsa Yared menunjukkan iman mereka kepada Tuhan dengan masuk ke dalam kapal tongkang, walaupun mengetahui bahawa mereka akan “ditenggelamkan ke dalam laut,” (Eter 6:6). Selepas membaca ayat 9, ahli keluarga boleh berkongsi lagu rohani kegemaran dan menyanyi bersama-sama. Bagaimanakah rumah kita boleh dibandingkan dengan kapal tongkang bangsa Yared? Apakah negeri yang dijanjikan Tuhan dalam memimpin keluarga kita?
Eter 6:22–23
Sepanjang minggu ini, keluarga anda dapat melihat bagaimana amaran nabi oleh saudara lelaki Yared tentang penawanan telah dipenuhi. Apakah amaran yang diberikan oleh para pemimpin Gereja kepada kita? Bagaimanakah menolak nasihat mereka membawa kepada penawanan?
Eter 8:23–26
Menurut ayat-ayat ini, mengapakah Moroni diperintahkan untuk menulis “hal-hal ini” tentang komplot-komplot rahsia? (Eter 8:23). Apakah yang kita telah pelajari dari kitab Eter yang dapat membantu kita memperoleh berkat yang digambarkan di dalam ayat 26?
Eter 9:11
Bagaimanakah keinginan kita mempengaruhi pilihan kita? Apakah yang kita boleh lakukan sebagai keluarga untuk memastikan bahawa kita menginginkan hal-hal Tuhan?
Eter 11:8
Untuk mempelajari lebih tentang belas kasihan Tuhan kepada mereka yang bertaubat, anda boleh membaca Mosia 26:29–30; 29:18–20; Alma 34:14–16; atau Moroni 6:8. Mungkin ahli keluarga dapat berkongsi contoh belas kasihan Tuhan dari tulisan suci atau daripada kehidupan mereka sendiri.
Untuk idea lanjut untuk mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.