“9–15 November. Eter 1–5: ‘Mengoyakkan Tirai Ketidakpercayaan Itu,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Kitab Mormon 2020 (2020)
“9–15 November. Eter 1–5,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2020
9–15 November
Eter 1–5
“Mengoyakkan Tirai Ketidakpercayaan Itu”
Kitab Eter adalah catatan bangsa Yared, yang tiba di negeri yang dijanjikan berabad-abad sebelum bangsa Nefi. Tuhan mengilhami Moroni untuk memasukkan catatan Eter dalam Kitab Mormon kerana ia berkaitan dengan zaman kita. Bagaimana anda merasakan ia berkaitan dengan kehidupan anda?
Mencatat Tanggapan Anda
Walaupun ia benar bahawa cara Tuhan lebih tinggi daripada kita, dan kita harus sentiasa mematuhi kehendak-Nya, Dia juga menggalakkan kita untuk berfikir dan bertindak untuk diri kita sendiri. Itulah satu pelajaran yang dipelajari oleh Yared dan saudara lelakinya. Contohnya, idea perjalanan ke negeri baru itu adalah “pilihan yang melebihi semuanya di bumi” nampaknya bermula dalam minda Yared, dan Tuhan “mempunyai rasa kasihan” dan berjanji untuk menunaikan permintaan itu, Dia berkata, “Dan demikianlah Aku akan lakukan kepadamu kerana sepanjang waktu yang lama ini kamu telah berseru kepada-Ku.” (lihat Eter 1:38–43). Dan ketika saudara lelaki Yared menyedari betapa gelapnya dalam kapal tongkang yang akan membawa mereka ke negeri yang dijanjikan, Tuhan menjemputnya untuk mencadangkan suatu penyelesaian, menanya soalan yang kita selalu bertanya kepada Dia: “Apakah yang kamu inginkan agar Aku harus lakukan?” (Eter 2:23). Pesanan itu seolah-olahnya kita tidak boleh mengharapkan Tuhan memerintahkan kita dalam segala hal. Kita boleh berkongsi dengan Dia fikiran dan idea kita sendiri, dan Dia akan mendengar dan memberi pengesahan-Nya, atau memberi nasihat kepada kita tentang sebaliknya. Kadangkala satu-satunya perkara yang memisahkan kita dari berkat yang kita cari adalah “tirai ketidakpercayaan,” kita dan jika kita boleh “mengoyakkan tirai” (Eter 4:15), kita mungkin akan terkejut dengan apa yang Tuhan mahu lakukan untuk kita.
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Apabila saya berseru kepada Tuhan, Dia akan mengasihani saya.
Eter 1:33–43 menceritakan tiga doa saudara lelaki Yared. Apakah yang anda pelajari dari tindak balas Tuhan kepada setiap doa ini? Fikirkan tentang masa anda telah mengalami rasa kasihan Tuhan ketika anda berseru kepada-Nya dalam doa. Anda mungkin ingin mencatatkan pengalaman ini dan berkongsinya dengan seseorang yang mungkin perlu mendengar kesaksian anda.
Saya boleh menerima wahyu untuk hidup saya.
Presiden Russell M. Nelson berkata: “saya merayu kepada anda untuk meningkatkan kemampuan rohani anda untuk menerima wahyu. … Pilihlah untuk melakukan pekerjaan rohani yang diperlukan untuk menikmati kurnia Roh Kudus dan mendengar suara Roh dengan lebih kerap dan lebih jelas” (“Wahyu untuk Gereja, Wahyu untuk Kehidupan Kita,” Ensign atau Liahona, Mei 2018, 96).
Apabila anda mengkaji Eter 2; 3:1–6; and 4:7–15, apakah kebenaran yang anda temui yang membantu anda memahami cara untuk mendapatkan wahyu peribadi? Anda boleh menanda dalam satu warna untuk soalan atau kebimbangan yang saudara lelaki Yared ada dan apa yang dia lakukan mengenainya, dan dalam warna yang lain, anda boleh menanda bagaimana Tuhan membantunya dan memberitahu kehendak-Nya. Apakah yang mengagumkan anda tentang cara saudara lelaki Yared bercakap dengan Tuhan, dan apa yang anda pelajari dari ini tentang bagaimana untuk meningkatkan aliran wahyu dalam hidup anda?
Tuhan akan mempersiapkan saya untuk menyeberang “perairan yang dalam.”
Untuk sampai ke negeri yang dijanjikan, bangsa Yared menghadapi halangan utama: menyeberang “perairan yang dalam” (Eter 2:25). Frasa “perairan yang dalam” boleh menjadi cara yang sesuai untuk menerangkan bagaimana percubaan dan cabaran kita kadangkala merasa seperti demikian. Dan kadangkala, seperti bangsa Yared, menyeberangi “perairan yang dalam” kita adalah satu-satunya cara untuk memenuhi kehendak Tuhan untuk kita. Adakah anda melihat persamaan dengan kehidupan anda dalam Eter 2:16–25? Bagaimanakah Tuhan menyediakan anda untuk menghadapi cabaran anda? Apakah yang Dia mungkin meminta anda lakukan sekarang untuk mempersiapkan apa yang Dia perlukan anda lakukan pada masa depan?
Saya dicipta menurut rupa Tuhan.
Di Gunung Selem, saudara lelaki Yared banyak belajar tentang Tuhan dan tentang dirinya sendiri. Apakah yang anda pelajari dari Eter 3 mengenai sifat rohani dan jasmani Tuhan? Bagaimanakah kebenaran ini dapat membantu anda memahami identiti dan potensi ilahi anda?
Adakah saudara lelaki Yared orang pertama melihat Tuhan?
Tuhan telah menunjukkan diri-Nya kepada para nabi lain sebelum saudara lelaki Yared (contohnya, lihat Musa 7:4, 59), jadi mengapa Tuhan berkata kepadanya, “Belum pernah Aku memperlihatkan diri-Ku kepada manusia”? (Eter 3:15). Elder Jeffrey R. Holland memberikan penjelasan ini: “Kristus berfirman kepada saudara lelaki Yared, ‘Belum pernah Aku memperlihatkan diri-Ku kepada manusia dalam cara ini, tanpa kerelaan saya, didorong semata-mata oleh iman orang yang melihatnya’” (Christ and the New Covenant [1997], 23).
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
Apabila anda membaca tulisan suci dengan keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas apa yang perlu ditekankan dan dibincangkan untuk memenuhi keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa idea.
Eter 1:34–37
Apakah yang kita pelajari dari ayat-ayat ini tentang berdoa untuk orang lain? Apakah kebenaran lain mengenai doa yang diterangkan oleh ayat-ayat ini?
Eter 2:16–3:6
Apakah contoh yang saudara lelaki Yared ajarkan kita tentang cara mencari jawapan kepada masalah dan soalan kita? Mungkin ahli keluarga dapat berkongsi pengalaman apabila mereka mencari dan menerima jawapan daripada Tuhan.
Eter 4:11–12
Setelah membaca ayat-ayat ini, ahli keluarga dapat menulis beberapa perkara harian yang mempengaruhi keluarga anda (seperti filem, lagu, permainan, atau orang) di atas kertas dan meletakkannya di dalam mangkuk. Kemudian mereka boleh mengambil giliran untuk memilih satu dan membincangkan sama ada ia “mendorong [mereka] untuk melakukan kebaikan” (Eter 4:12). Apakah perubahan yang keluarga anda diilhami untuk lakukan?
Eter 5
Anda boleh menyembunyikan objek atau makanan di dalam kotak dan menjemput ahli keluarga untuk melihat dalam dan memberi petunjuk kepada ahli keluarga yang lain untuk membantu mereka meneka apa itu. Apabila anda membaca Eter 5 bersama, bincangkan mengapakah ia penting bahawa Tuhan menggunakan saksi dalam pekerjaan-Nya. Bagaimanakah kita boleh berkongsi kesaksian Kitab Mormon dengan orang lain?
Untuk idea lanjut untuk mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.