“26 Oktober–1 November. Mormon 1–6: ‘Aku Menginginkan Agar Aku Dapat Mendorongmu Segenap … Untuk Bertaubat,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Kitab Mormon 2020 (2020)
“26 Oktober–1 November. Mormon 1–6,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2020
26 Oktober–1 November
Mormon 1–6
“Aku Menginginkan Agar Aku Dapat Mendorongmu Segenap … Untuk Bertaubat”
Apabila anda membaca Mormon 1–6, renungkan apa yang anda pelajari daripada contoh Mormon. Catatkan apa yang anda diilhami untuk lakukan.
Mencatat Tanggapan Anda
Mormon tidak memberi kita “laporan lengkap” tentang “suatu pemandangan” kejahatan dan pertumpahan darah yang dia lihat di kalangan bangsa Nefi (Mormon 2:18; 5:8). Tetapi apa yang dia catatkan dalam Mormon 1–6 sudah mencukupi untuk mengingatkan kita sejauh mana orang yang soleh boleh jatuh. Di tengah kejahatan yang merebak, tidak ada seorang pun yang boleh menyalahkan Mormon kerana menjadi letih dan bahkan kecewa. Namun melalui semua yang dia lihat dan alami, dia tidak pernah kehilangan merasa belas kasihan Tuhan dan keyakinannya bahawa pertaubatan adalah cara untuk menerimanya. Dan walaupun rakyat Mormon sendiri menolak jemputannya untuk bertaubat, dia tahu bahawa dia mempunyai khalayak yang lebih besar untuk diyakinkan. “Oleh itu,” dia mengisytiharkan, “aku menulis kepada segenap hujung bumi.” Dalam perkataan lain, dia menulis kepada anda (lihat Mormon 3:17–20). Dan pesanannya kepada anda, hari ini, adalah pesanan yang sama yang dapat menyelamatkan bangsa Nefi pada zaman mereka: “Mempercayai injil Yesus Kristus. … Bertaubat dan bersedia untuk berdiri di hadapan kerusi penghakiman Kristus.” (Mormon 3:21–22).
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Saya boleh hidup dengan soleh walaupun kejahatan terdapat di sekeliling saya.
Bermula dalam bab pertama dalam Mormon, anda akan melihat perbezaan utama antara Mormon dan orang-orang di sekelilingnya. Apabila anda membaca Mormon 1, pertimbangkan membezakan kualiti dan keinginan Mormon dengan rakyatnya. Perhatikan akibat yang datang kepadanya dan mereka (anda akan dapati satu contoh dalam ayat 14–15). Apakah yang anda pelajari yang mengilhami anda untuk hidup dengan soleh di dunia yang jahat?
Apabila anda membaca Mormon 2–6, teruskan mencari bagaimana Mormon menunjukkan imannya kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus walaupun pengaruh jahat di berada sekelilingnya.
Kesedihan Tuhan membawa kepada perubahan yang benar dan kekal.
Ketika Mormon melihat kesedihan rakyatnya, dia berharap mereka akan bertaubat. Tetapi “kesedihan mereka bukanlah untuk pertaubatan,” (Mormon 2:13)—ia bukan jenis kesedihan yang dapat membawa perubahan benar (lihat 2 Korintus 7:8–11). Sebaliknya, bangsa Nefi merasakan kesedihan duniawi (lihat Mormon 2:10–11). Untuk memahami perbezaan antara kesedihan Tuhan dan kesedihan duniawi, pertimbangkan membuat carta di mana anda boleh mencatatkan apa yang anda pelajari dari Mormon 2:10–15 tentang dua jenis kesedihan ini. Carta anda mungkin kelihatan seperti ini:
Kesedihan Tuhan |
Kesedihan duniawi |
---|---|
Kesedihan Tuhan Datang kepada Yesus (ayat 14) | Kesedihan duniawi Kutukan Tuhan(ayat 14) |
Kesedihan Tuhan | Kesedihan duniawi |
Kesedihan Tuhan | Kesedihan duniawi |
Semasa anda merenungkan apa yang anda pelajari, pertimbangkan bagaimana ia boleh mempengaruhi usaha anda untuk mengatasi dosa dan menjadi lebih seperti Bapa Syurgawi dan Juruselamat.
Lihat juga Dieter F. Uchtdorf, “Kamu Boleh Lakukan Sekarang!” Ensign atau Liahona, Nov. 2013, 55–57.
Saya harus sentiasa mengakui tangan Tuhan dalam hidup saya.
Mormon mencatat kelemahan yang dilihatnya dalam bangsa Nefi: mereka gagal mengakui cara Tuhan memberkati mereka. Presiden Henry B. Eyring meminta kita “mencari cara untuk mengenali dan mengingat kebaikan Tuhan. … Berdoa dan merenungkan, bertanya soalan: Adakah Tuhan menghantar pesanan yang hanya untuk saya? Adakah saya melihat tangan-Nya dalam hidup saya atau kehidupan anak-anak saya? … Saya bersaksi bahawa Dia mengasihi kita dan memberkati kita, lebih dari apa yang kita kenali” (“O Remember, Remember,” Ensign atau Liahona, Nov. 2007, 67, 69).
Apabila anda membaca Mormon 3:3, 9, anda mungkin merenungkan bagaimana anda mengakui pengaruh Tuhan dalam hidup anda. Apakah berkat yang akan datang apabila anda mengakui pengaruh-Nya? Apakah akibatnya tidak mengakui Dia? (lihat Mormon 2:26).
Yesus Kristus berdiri dengan tangan terbuka untuk menerima saya.
Bangsa Nefi menolak ajaran Mormon, tetapi dia berharap bahawa catatannya akan mempengaruhi anda. Apabila anda membaca Mormon 5:8–24 dan 6:16–22, apa yang anda pelajari tentang akibat dosa? Apakah yang anda pelajari dari petikan-petikan ini tentang perasaan Bapa Syurgawi dan Yesus terhadap anda, walaupun anda berdosa? Bagaimanakah anda merasakan Yesus Kristus sedang menghulurkan tangan terbuka kepada? Apakah yang anda rasa diilhami untuk lakukan sebagai hasilnya?
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
Apabila anda membaca tulisan suci dengan keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas apa yang perlu ditekankan dan dibincangkan untuk memenuhi keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa idea.
Mormon 1:2
Apakah yang dimaksudkan dengan “cepat mengamati”? Bagaimanakah kurnia cepat mengamati merupakan berkat kepada Mormon? Bagaimanakah ia boleh menjadi berkat kepada kita?
Mormon 1:1–6, 15; 2:1–2
Adakah anak-anak dalam keluarga anda faham bahawa mereka boleh membangunkan sifat dan kuasa rohani yang kuat walaupun mereka masih muda? Contoh Mormon dapat membantu mereka. Pertimbangkan membuat garis masa zaman kanak-kanak dan remaja Mormon, menggunakan umur dan peristiwa yang diberikan dalam Mormon 1:1–6, 15 dan 2:1–2. Semasa anda membincangkan sifat dan pengalaman Mormon, tunjukkan sifat anak-anak anda ada yang mengilhami anda dan orang lain di sekeliling mereka.
Mormon 2:18–19
Apakah kata-kata yang digunakan oleh Mormon untuk menggambarkan dunia yang dia tinggal? Bagaimanakah dia mengekalkan harapan walaupun kejahatan di sekelilingnya? Bagaimanakah keluarga kita dapat melakukan perkara yang sama?
Mormon 3:12
Bagaimana perasaan Mormon terhadap orang-orang di sekelilingnya, walaupun mereka jahat? Apakah yang kita boleh lakukan untuk membangunkan jenis kasih yang dia ada?
Mormon 5:2
Mengapa kita mungkin teragak-agak untuk memanggil Bapa Syurgawi ketika kita sedang susah? Apakah yang kita boleh lakukan untuk lebih bergantung kepada Bapa Syurgawi?
Mormon 5:16–18
Untuk membantu keluarga anda membayangkan apa yang dimaksudkan dengan “diusir ke sana sini seperti sekam ditiup angin.” (ayat 16), koyakkan sehelai kertas menjadi kepingan kecil dan biarkan ahli keluarga meniupnya. Jelaskan kepada mereka bahawa sekam berasal dari benih, dan ia cukup ringan untuk ditiup. Bagaimanakah “tanpa Kristus dan Tuhan di dunia ini;” (ayat 16) seperti serkam ditiup angin?
Untuk idea lanjut untuk mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.