“19–25 Oktober. 3 Nefi 27–4 Nefi: ‘Tidak Terdapat Orang yang Lebih Bahagia,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Kitab Mormon 2020 (2020)
“19–25 Oktober. 3 Nefi 27–4 Nefi,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2020
19–25 Oktober
3 Nefi 27–4 Nefi
“Tidak Terdapat Orang yang Lebih Bahagia”
Tuhan memerintahkan para pengikut-Nya untuk menulis perkara-perkara yang mereka alami (lihat 3 Nefi 27:23–24). Semasa anda belajar, tuliskan pengalaman rohani yang anda ada.
Mencatat Tanggapan Anda
Ajaran Yesus Kristus bukan hanya falsafah yang indah untuk direnungkan. Ia lebih dari itu—ia sepatutnya untuk mengubah hidup kita. Kitab 4 Nefi menyediakan contoh yang menakjubkan tentang ini, menggambarkan betapa betul-betulnya injil Juruselamat dapat mengubah orang. Selepas pelayanan ringkas Yesus, pertikaian selama berabad-abad antara bangsa Nefi dan bangsa berakhir. Dua negara yang dikenali kerana pertengkaran dan keangkuhan menjadi “kesatuan, anak-anak Kristus,” (4 Nefi 1:17), dan mereka mula mempunyai “segala benda mereka merupakan kepunyaan mereka bersama” (4 Nefi 1:3). “Kasih Tuhan … berada di dalam hati bangsa itu,” dan “tidak terdapat orang yang lebih bahagia di kalangan semua orang yang telah diciptakan oleh tangan Tuhan.” (4 Nefi 1:15–16). Inilah cara ajaran Juruselamat mengubah bangsa Nefi dan bangsa Laman. Bagaimanakah ia mengubah anda?
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Gereja Yesus Kristus dipanggil dengan nama-Nya.
Ketika para pengikut Juruselamat mula menubuhkan Gereja-Nya di seluruh negara, satu soalan muncul, untuk beberapa orang, ia mungkin kelihatan seperti perkara kecil—apakah nama Gereja? (lihat 3 Nefi 27:1–3). Apakah yang anda pelajari mengenai kepentingan nama ini dari jawapan Juruselamat dalam 3 Nefi 27:4–12? Pada tahun 1838 Tuhan mendedahkan nama Gereja-Nya hari ini (lihat A&P 115:4). Renungkan setiap perkataan dengan nama itu. Bagaimanakah perkataan-perkataan ini dapat membantu kita mengetahui siapa kita, apa yang kita percayai, dan bagaimana kita perlu bertindak?
Lihat juga Russell. M. Nelson, “Nama Gereja yang Betul,” Ensign atau Liahona, Nov. 2018, 87–80; M. Russell Ballard, “The Importance of a Name,” Ensign atau Liahona, Nov. 2011, 79–82.
Semasa saya menyucikan hasrat saya, saya menjadi pengikut yang lebih beriman.
Apakah yang anda akan katakan jika Juruselamat bertanya kepada anda, seperti yang Dia tanya kepada para pengikut-Nya, “Apakah yang kamu hasratkan daripada-Ku?” (3 Nefi 28:1). Fikirkan tentang perkara ini semasa anda membaca pengalaman para pengikut Juruselamat dalam 3 Nefi 28:1–11. Apakah yang anda pelajari mengenai hasrat hati para pengikut dari jawapan mereka terhadap pertanyaan-Nya? Presiden Dallin H. Oaks mengajar: “Untuk mencapai takdir abadi kita, kita akan berhasrat dan bekerja untuk sifat-sifat yang diperlukan untuk menjadi makhluk abadi. … Kita akan berhasrat untuk menjadi seperti [Yesus Kristus]” (“Desire,” Ensign atau Liahona, Mei 2011, 44–45). Apakah yang anda boleh lakukan untuk menjadikan hasrat hati anda lebih soleh? (Untuk maklumat lanjut tentang “ada perubahan yang dilakukan ke atas tubuh” tiga pengikut, lihat 3 Nefi 28:37 dan “Makhluk Diangkat,” Panduan Tulisan Suci, scriptures.ChurchofJesusChrist.org.)
Penukaran hati kepada Yesus Kristus dan injil-Nya membawa kepada kesatuan dan kebahagiaan.
Bolehkah anda bayangkan perasaannya untuk hidup dalam tahun-tahun berikutnya selepas kunjungan Juruselamat? Bagaimanakah bangsa ini mengekalkan kedamaian ilahi ini selama ini—hampir 200 tahun? Apabila anda mengkaji 4 Nefi 1:1–18, pertimbangkan menandakan atau perhatikan pilihan yang dibuat oleh bangsa ini untuk mengalami kehidupan yang diberkati ini
Renungkan apa yang anda boleh lakukan untuk membantu keluarga, bahagian, atau komuniti anda untuk hidup dalam kesatuan dan kebahagiaan yang lebih besar, seperti bangsa dalam 4 Nefi hidup. Apakah ajaran Yesus Kristus yang anda boleh jalani dengan lebih sepenuhnya untuk mencapai matlamat ini? Apakah yang anda boleh lakukan untuk membantu orang lain memahami dan menjalani ajaran ini?
Kejahatan membawa kepada perpecahan dan kesedihan.
Malangnya, masyarakat Sion yang digambarkan di dalam 4 Nefi (lihat juga Musa 7:18) berakhir. Apabila anda membaca 4 Nefi 1:19–49, cari sikap dan tingkah laku yang menyebabkan masyarakat ini jatuh. Adakah anda melihat tanda-tanda sikap atau tingkah laku ini dalam diri anda?
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
Apabila anda membaca tulisan suci dengan keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas apa yang perlu ditekankan dan dibincangkan untuk memenuhi keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa idea.
3 Nefi 27:13–21
Ayat-ayat ini dapat membantu ahli keluarga lebih memahami apa yang dimaksudkan oleh Juruselamat ketika Dia merujuk kepada “Injil-Ku.” Selepas membaca dan membincangkan ayat-ayat ini, anda boleh minta setiap ahli keluarga untuk meringkaskan apakah injil dalam satu ayat.
3 Nefi 27:23–26
Apakah kemajuan kita dalam mencatatkan perkara-perkara yang kita telah“lihat dan dengar”—sebagai individu atau sekeluarga? Mengapakah ia penting untuk mencatat catatan perkara rohani?
3 Nefi 27:30–31
Untuk membantu ahli keluarga memahami kebahagiaan yang digambarkan oleh Juruselamat dalam ayat-ayat ini, anda boleh bermain satu permainan di mana ahli keluarga bersembunyi dan ahli keluarga lain cuba mencari mereka. Ini boleh membawa kepada perbincangan tentang mengapakah ia penting untuk mencari setiap ahli keluarga supaya “tidak seorang pun daripada mereka yang hilang.” Bagaimanakah kita boleh membantu ahli keluarga kita kekal kuat dalam injil atau kembali jika mereka telah meninggalkan injil?
3 Nefi 28:17–18, 36–40
Apakah yang kita dapat pelajari daripada contoh Mormon apabila dia tidak memahami segala-galanya tentang perubahan yang terjadi kepada tiga pengikut bangsa Nefi? Apakah yang kita boleh lakukan apabila kita tidak memahami segala-galanya mengenai asas injil? Presiden Dieter F. Uchtdorf mengajar: “Tuhan kisah tentang kamu. Dia akan mendengar dan Dia akan menjawab setiap soalan peribadi kamu. Jawapan kepada doa kamu akan datang mengikut cara-Nya dan dalam masa-Nya dan oleh sebab itu kamu mesti mempelajari cara untuk mendengar suara Tuhan.” (“Menerima Satu Kesaksian tentang Cahaya dan kebenaran,” Ensign atau Liahona, Nov. 2014, 21).
4 Nefi 1:15
Untuk mengurangkan pertikaian di rumah anda, mungkin ahli keluarga dapat menetapkan matlamat untuk menjadi lebih penyayang kepada sama lain minggu ini. Selepas minggu berakhir, kaji semula kemajuan anda bersama dan bincangkan bagaimana menunjukkan kasih yang lebih besar telah memberi kesan kepada keluarga anda.
Untuk idea lanjut untuk mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.