“29 September–11 Oktober. 3 Nefi 17–19 ‘Lihatlah, Kebahagiaan-Ku Penuh,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Kitab Mormon 2020 (2020)
“29 September–11 Oktober. 3 Nefi 17–19,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2020
28 September–11 Oktober
3 Nefi 17–19
“Lihatlah, Kebahagiaan-Ku Penuh”
Bab sebelumnya dalam 3 Nefi memberi tumpuan terutama pada kata-kata Juruselamat, Bab 17–19 menggambarkan pelayanan dan ajaran-Nya di kalangan orang ramai. Semasa anda membaca bab ini, apakah yang diajar oleh Roh kepada anda tentang Juruselamat?
Mencatat Tanggapan Anda
Yesus Kristus baru sahaja menghabiskan masa melayani di negeri Kelimpahan, mengajar injil-Nya, memberi kesempatan kepada orang ramai untuk melihat dan merasakan tanda-tanda dalam tubuh-Nya yang dibangkitkan, dan memberi kesaksian bahawa Dia adalah Juruselamat yang dijanjikan. Dan sekarang sudah tiba waktunya untuk Dia pergi. Dia perlu kembali kepada Bapa-Nya, dan Dia tahu bahawa orang ramai memerlukan masa untuk merenungkan apa yang Dia telah ajarkan. Dengan janji untuk kembali keesokan harinya, Dia meminta orang ramai pulang ke rumah mereka. Tetapi tiada siapa yang pergi. Mereka tidak mengatakan apa yang mereka rasa, tetapi Yesus dapat merasakannya: mereka berharap Dia akan “untuk tinggal lebih lama sedikit bersama mereka” (3 Nefi 17:5). Dia mempunyai perkara penting yang lain untuk dilakukan, tetapi peluang untuk menunjukkan rasa kasihan tidak selalu datang pada waktu yang mudah, jadi Yesus tinggal bersama mereka lebih lama sedikit. Apa yang terjadi selepas itu mungkin merupakan contoh yang paling lembut hati dalam pelayanan yang dicatatkan dalam kitab suci. Mereka yang hadir hanya boleh mengatakan ia tidak dapat digambarkan (lihat 3 Nefi 17:16–17). Yesus meringkaskan pencurahan rohani tanpa persediaan ini dengan kata-kata ini: “Lihatlah, kebahagiaan-Ku penuh.” (3 Nefi 17:20).
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Juruselamat ialah contoh sempurna saya tentang pelayanan.
Kami tahu bahawa terdapat kira-kira 2,500 orang (lihat 3 Nefi 17:25) yang mengalami kunjungan pertama Kristus, seperti yang dicatatkan dalam 3 Nefi 11–18. Namun Juruselamat mendapati cara untuk melayani mereka satu demi satu. Apakah anda yang pelajari tentang pelayanan daripada contoh Juruselamat dalam bab ini? Apakah keperluan yang Dia melayani? Renungkan bagaimana contoh-Nya dapat membantu anda melayani orang lain.
3 Nefi 17:13–22; 18:15–25; 19:6–9, 15–36
Juruselamat mengajar kita bagaimana berdoa.
Bayangkan perasaan anda untuk mendengar Juruselamat berdoa untuk anda. Apakah yang Dia mungkin katakan bagi pihak anda? Ajaran dan doa-Nya dalam bab ini mungkin memberi anda idea. Semasa anda belajar, apakah yang anda pelajari daripada contoh Kristus yang boleh membuat doa anda sendiri lebih bermakna? Apakah berkat dari doa yang anda telah lihat dalam hidup anda?
Saya boleh dipenuhi secara rohani semasa saya mengambil bahagian sakramen.
Apabila anda membaca 3 Nefi 18:1–12, renungkan bagaimana mengambil sakramen dapat membantu anda secara rohani menjadi “penuh” (3 Nefi 18:3–5, 9; lihat juga 3 Nefi 20:1–9). Sebagai contoh, anda boleh membuat senarai soalan untuk menggalakkan renungan peribadi apabila anda mengambil sakramen, seperti “Apakah perasaan saya tentang Juruselamat dan pengorbanan-Nya untuk saya?” “Bagaimanakah pengorbanan-Nya mempengaruhi kehidupan harian saya?” atau “Apakah yang saya lakukan dengan baik sebagai seorang pengikut, dan apa yang saya boleh memperbaiki?”
Kata-kata daripada Presiden Henry B. Eyring dapat membantu anda merenungkan satu cara sakramen dapat membantu anda dipenuhi secara rohani: “Semasa anda mengkaji hidup anda ketika tatacara sakramen, saya berharap pemikiran anda bukan hanya bertumpu pada perkara yang anda lakukan salah tetapi juga pada perkara yang anda telah lakukan betul—ketika anda merasakan bahawa Bapa Syurgawi dan Juruselamat gembira dengan anda. Bahkan anda boleh mengambil masa sewaktu sakramen untuk meminta Tuhan untuk membantu anda melihat perkara-perkara ini. … Ketika saya melakukan ini, Roh meyakinkan saya meskipun saya masih jauh dari kesempurnaan, saya lebih baik hari ini daripada saya yang semalam. Dan ini memberikan saya keyakinan bahawa, kerana Juruselamat, saya dapat menjadi yang lebih baik lagi esok” (“Always Remember Him,” Ensign, Feb. 2018, 5).
Para pengikut Yesus Kristus mencari kurnia Roh Kudus.
Fikirkan tentang doa yang anda katakan baru-baru ini. Apakah yang doa anda ajarkan anda tentang keinginan anda yang paling dalam? Selepas meluangkan sehari di hadirat Juruselamat, orang ramai “berdoa untuk perkara yang paling mereka inginkan”—Kurnia Roh Kudus (3 Nefi 19:9). Semasa anda membaca petikan-petikan ini, renungkan keinginan anda sendiri untuk penemanan Roh Kudus. Apakah yang anda pelajari tentang mencari penemanan Roh Kudus?
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
Apabila anda membaca tulisan suci dengan keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas apa yang perlu ditekankan dan dibincangkan untuk memenuhi keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa idea.
3 Nefi 17
Semasa anda membaca bab ini sebagai satu keluarga, pertimbangkan berhenti dari semasa ke semasa untuk menjemput keluarga anda untuk membayangkan mengalami peristiwa-peristiwa ini secara langsung. Sebagai contoh, anda boleh bertanya soalan seperti “Apakah kesengsaraan yang anda akan bawa kepada Juruselamat untuk disembuhkan?” “Apakah yang anda mahu Dia berdoa untuk anda?” atau “Siapakah orang yang dikasihi yang anda mahu Dia memberkati?” Membaca bab ini juga boleh mengilhami anda untuk berdoa untuk ahli keluarga anda, satu demi satu, seperti yang dilakukan oleh Yesus.
3 Nefi 18:1–12
Apakah yang dimaksudkan untuk menjadi “penuh” dengan mengambil bahagian dalam sakramen, dan bagaimana kita mengalaminya? Apakah yang kita pelajari dari ayat 5–7 mengenai mengapa Yesus memberi kita tatacara sakramen?
3 Nefi 18:17–21
Apakah yang kita pelajari dari ayat-ayat ini mengenai tujuan doa? Bagaimanakah kita dapat meningkatkan kekuatan rohani doa kita, sebagai individu dan sebagai keluarga?
3 Nefi 18:25; 19:1–3
Apakah yang dialami oleh keluarga kita melalui injil yang kita harap semua orang di sekeliling kita juga dapat mengalami? Bagaimanakah kita boleh mengikuti contoh orang-orang dalam ayat ini dan “bekerja keras” (3 Nefi 19:3) untuk membawa orang lain kepada Kristus, agar mereka mungkin juga “merasakan dan melihat; ” (3 Nefi 18:25) apa yang kita temui dalam injil?
Untuk idea lanjut untuk mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.